CIK PUAN BELOG KAYA RAYA

Cik Kamoo Rich! Seorang yang rendah, kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary. Loving person. In a relationship dan hari-hari doa ikatan ini berakhir dengan ijabkabul dan kekal hingga akhir hayat. Love traveling, cooking & blogging. Tengah sibuk diet atkins. Suka pada kerja sendiri tapi tak suka boss kepochi. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.


Hubungi CK :

MEREKA YANG KAYA BERJAYA!

Wednesday, May 22, 2013

KERJA ENGKAU KERJA AKU

Assalamualaikum ...



Malam-malam nak luahkan perasaan sikitlah. Rasa berapi juga kat hati nie, tapi malas nak simpan lama-lama sebab takut jadi busuk hati, susah pulak kang. Barang dilepas kalau boleh taknak kenang, lagi-lagi hal yang menyakitkan. Simpan saja kat belog nie buat pengajaran di masa depan.


Nak cerita pasai office. Pasai anak buah aku dekat office. Buat hal sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Asyik bagi alasan untuk aku sambung kerja dia. Yang aku bengang, macamlah kerja dia banyak sangat. Kerja dia memanjang aku nak kena cover. Habis kerja aku?? Ada ke yang tolong nak coverkan??


Lately aku perasan dia makin melampau sangat-sangat. Kira tahap melampui batas. Semua benda nak bagi aku buat. Walhal itu kerja dia. Sampai aku terpaksa sound .. "sampai bila saya nak buat semua ini, kerja saya awak nak ke siapkan??". Dia memanjang nak aku faham kerja dia. Mengeluh penat itu ini. Habis .. aku nie ingat datang office goyang kaki ke? Aku pun buat kerja. Deal sana sini. Belum kena maki hamun dengan customer lagi. Belum campur satu department tu yang asyik dok serang aku memanjang sejak-sejak peralihan kuasa. Tekanan mak jemah macam nie!!


Kerja engkau, engkau buatlah. Kerja aku ... aku buat. Dan kalau tak reti atau nak minta bantuan, takde masalah. Aku boleh bantu mana yang boleh dan mana yang patut. Tapi kenalah usaha cari penyelesaian dulu, jangan belum cuba terus nak serah suruh aku buat semua benda! Selama ini pun aku memang tolong anak buah aku. Cuma lately dorang dah macam naik lemak sana sini perangai. Dorang pulak nak goyang kaki macam pengarah. Sukahati sendirikan! Nak goyang kaki, buka company sendirilah. Goyanglah kaki tu sampai lembik! 


Sekarang nie, sukahati je nak suruh aku buat itu ini macam korang pulak bayar gaji aku. Ini yang buat mak jemah hangen nie! Nak kerja niat ikhlas kerana Allah Ta'ala terus jadi tak ikhlas plak. Aku mula kerja start dari bawah, bila ada masalah aku cuba selesaikan dulu ... tanya orang itu ini. Sebaiknya aku cuba dulu. Bila dah tak boleh sangat baru aku minta bantuan pegawai aku. Ini tak, belum buat lagi dah cakap tak boleh. Tak ke hangen dibuatnya! Semua benda tak boleh, apa yang boleh sebenarnya? Time dapat gaji then nak claim OT laju je boleh.


Aku haraplah, suatu masa (bukan lagu M.Nasir tu ye) ... anak buah aku kat office nie sedarlah. Tak kisahlah awak tu otai dari aku sekalipun. Kita kerja nie, kalau cara A tak boleh ... mungkin kita boleh guna cara B atau cara C atau cara D ... sampai cara Z laaah! Bukan kuih cara ye. Dah habis Z tu dah tak boleh, hah ... baru cari boss! 


Itu baru betul. Boss bukan nak dengar kau cakap ... "tak boleh buatlah ... itu lah ini lah ...!". Bukan semua boss hanya nak tahu kerja tu siap. Ada juga boss yang suka tolong anak buah dia, tapi bila dah ditolong janganlah pulak kau nak jadi kaduk naik junjung! Ada faham??



Itu sahaja luahan hati aku. Hah! lega dan ringan hati aku. he he he he



Bukan senang nak jadi leader. Pening kepala.




CK : Anak buah aku tu tadi sentap ngan aku siang tadi ... ah, lantaklah. Kerja aku pun banyak nak kena settle.

Tuesday, May 21, 2013

ENTRY YANG LAMA-LAMA

Assalamualaikum ...




Dok saja-saja aku belek semua entri aku yang lama-lama kat blog nie. Cari ilham nak update. Nak tengok apa yang aku dah persembahkan pada korang untuk dibaca selama ini. Setelah dibelek dan ditelek, baru aku perasaan aku jarang-jarang dah update pasal Jalan, Order dan Makan ... dan juga entry pasai resepi. Entry pasai atkins diet lagilah jarang update. Maklumlah diet atkins aku banyak ke laut dalam, baru je timbul untuk serius atkins seminggu nie. 


Kadang bila baca balik apa yang ditaip dengan susah payah, nak gelak sorang-sorang pun ada. Betul ke apa yang aku tulis nie? Betul ke aku yang tulis? Kadang aku baca 2-3 kali untuk faham balik apa yang aku taip. Hye ... entah-entah korang pun susah nak faham maksud yang aku cuba sampaikan dalam setiap entry aku. Jangan marahlah kalau susah nak faham atau tak faham langsung. Korang layankan ajelah. Aku kadang memang suka dan terlebih  merapu skit.



Bila dah lama belek-belek, kesimpulan yang aku dapat, sebenarnya aku lebih suka buat entry siap dengan gambar. Lagi rasa puas menulis dan edit gambar. Lagi rasa fun nak baca. Itu akulah!! Korang aku tak pasti macam mana pulak... suka teks sahaja atau suka teks dengan gambar??





CK : Aku rasa, aku perlu belajar perbaiki susunan ayat ... lintang pukang!

CERITA HOT SPOT!!