Tuesday, November 16, 2010

Resepi : Kuewteow Goreng Kerang

Mood raya!

Kat ofis nie ada keje tp keadaan selsema yg makin teruk nie tak selesa nk sambung kerja segala. Dah dua mug bancuhan panadol soluble sy telan! Adus....makin teruk rasanya. Esok dah la nk raya. Mlm nie nk buat rendang ayam lagi. Penat segala sbb demam selsema punya hal.

Pagi tadi beria sy bgn awal 6.30am...nk wat breakfast! 6.30am tu awal ke? he he he. Menu breakfast sy pagi nie kuewteow goreng kerang. Jom kita share resepi. Mcm entry sy sebelum nie...setakat resepi mudah...no hal bg sy! Sedap ke idak...yg penting kita cubakan! Klu kwn2 opis mkn sampai abis..."mungkin sedap kot" atau mungkin "nk jaga hati sy kot"...he he he!

Semua bahan2 segala sy beli kt Pasar Borong Selangor mlm td. Jgn merepek lagi, sy share resepi mudah nie dgn kawan2 yeee...

Bahan2

Kuewteow (1 bungkus - brand Laksamana) - Cili Giling Puteri (2 sudu setengah saja),- Sos Tiram (1 sudu stgh) - Kicap Manis Cap Kipas Udang (Ikut suka letak), - Gula (1 sudu kecik) - Garam secukup rasa - Letak serbuk perasa Tumix - Kerang (Stimkan dan dikopek - Sy letak 1kg) - Fishball (dibelah 4) - Air asam jawa (2 sudu) - Daun kucai dlm 5oposen (dipotong 1 inci) - Bawang Merah n Putih utk menumis (Dimayang halus)

Cara2 Nk Buat

  1. Sebatikan cili giling, sos tiram, kicap manis, gula, garam, air asam jawa dan Tumix dgn 1/2 cawan air. (Abg sy ckp klu nk sedap letak sedikit belacan, tp sllunya klu wat mee goreng je sy letak belacan --- mmg sedap!)
  2. Tumiskan bawang merah dan putih biarkan kuning keemasan. Kemudian masukkan bancuhan cili giling di para 1 ke dalam kuali. Balik2kan sehingga bancuhan cili ini masak (dah naik minyak tu kira cili dh garing la tu).
  3. Masukkan fishball tadi. Balik2kan agar dia masak. Kemudian masukkan kerang yg dikopek td. Rasa dulu...ok ke tak rasanya...masin, pedas dan manisnya bg sebati. Klu tak ok...sila tambah apa yg patut.
  4. Masukkan kuewteow dan gorengkan sehingga sebati kemudian masukkan daun kucai. Teruskan gorengan. Kemudian bolehlah angkat dan dihidangkan...
  5. Apa tunggu lagi...siapkan pinggan dan sudu "Jemput makan!"

Taraaaa...inilah KUEWTEOW GORENG KERANG pagi tadi!
Dah selamat pun di makan....Alhamdulillah.

Sharing is caring....selamat mencuba!



p/s : Putrajaya masih mendung...akan hujan! Esok raya...teringin nk makan ketupat palas.

2 comments:

  1. mizz sue : setap...setap! he he he....leh wat utk ghaya esok

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!