CIK PUAN BELOG KAYA RAYA

Cik Kamoo. Seorang isteri yang kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary & Kadang-Kadang Extraordinary. Loving person. Loyal. Hakikatnya seorang yang pendiam. Suke gigit kuku dan order air suam. . Love traveling, cooking & blogging. Suka pada kerja sendiri. Part time blogger. Atkiners. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.

Belog yang asyik tayang gambar makanan sedap, sederhana sedap dan kurang sedap. Walaupun cik puan belog nie bukanlah pemakan sangat pun oghangnye. Harap maaf kalau semua ini buat korang terliur!

MEREKA YANG KAYA BERJAYA!

Thursday, November 18, 2010

Resepi : Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan

Mood Raya Haji!!

Jom sy nk share resepi RENDANG AYAM CILI API NEGERI SEMBILAN. Resepi nie sy dpt dr mak Incik Babah. Lama dulu. Incik Babah beria2 sgt meluahkan hasrat dia nk makan rendang ayam ni. Dah berkali2 dia dok ajak2 sy buat rendang nie. Sy mmg buat msa dia ajak tu...tp buat dunno jerk! ha ha ha!

Memandangkan mood raya. Sy pun dgn ikhlas la memenuhi permintaan dia yg berkali2 nie. Segala bahan sy dan dia gi beli kt Pasar Borong Selangor. Semua bhn dia yg siang dan basuh segala. Kerja sy cuma goreng kelapa utk dijadikan kerisek dn masak rendang nie jerk! Senangkan...he he he!

Jom kite layan apa yg patut ttg resepi nie!

Ayam Telur/Pencen (2 ekor saiz sederhana) - Bawang merah (20 ulas) - Bawang putih (5 ulas) - Kunyit hidup (1 inci) - Halia (1 inci) - Cili Api Kampung (30 biji) - 2 biji kelapa parut (goreng & tumbuk - jgn halus sgt) - Santan (dari 2 biji kelapa) - Serai ( 3batang - diketuk) - Daun Kunyit (Agak2 jer - sila carik2kan) - Garam & Gula secukup rasa
Inilah ayam pencennya!!
Blendkan bawang merah-bawang putih-halia-kunyit hidup-cili api tadi dgn sedikit air. Kemudian letak sesenduk minyak utk menumis. Tumiskan semua bhn2 yg telah diblend tadi. Pastikan bahan2 tumis ini benar2 garing dan naik baunya. Bila dah naik minyak tu kira dah garing la!
Masukkan ayam pencen dan balik2kan! Masukkan juga serai yg telah diketuk tadi dan daun kunyit yg dicarik. Balik2kan ayam ini sentiasa agar ia empuk. Untuk cepat empuk...letakkan air kelapa!
Bila ayam nie dah agak2 kering dan naik minyak. Masukkan santan cair dulu! Pastu dah agak2 cam kering sket baru masukkan santan pekat.
Masak lagi dan lagi sampai ayam nie benar2 empuk....sy buat hampir 3 jam jugak!!
Maklumlah guna ayam pencenkan! Bila ayam nie dah benar2 empuk....asingkan sedikit kuahnya ke dalam bekas lain.
Rendang yg ada sedikit kuah tu baru kita letakkan kerisek! Gaul2 sebati ya!
Dah pun siap...
Boleh dimakan dgn nasi impit! Kuah yg diasingkan tadi boleh curah kt nasi impit klu nak! Sedap! Tinggal pedasnya kt lidah ar...


p/s : Incik Babah ckp..."berjaya!" ha ha ha! Dia nk suruh wat lagi. Owh apakah????

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!

CERITA HOT SPOT!!