Wednesday, December 1, 2010

Al-Fatihah Untuk Abang Kamarulzaman

AL-FATIHAH!!

Adakah hari ini adalah hari sedih, geram dan kecewa! Pagi tadi saya telah menyenaraikan kesedihan dan rasa kecewa saya. Sila rujuk entry ini. Selepas satu...satu kesedihan yg sampai ke telinga dan mata saya.

Lunch tadi saya online fesbuk!! Kawan satu pejabat yang pernah bekerja di MOCAT suatu tika dulu memaklumkan....perkara ini melalui fesbuk!

    • Ratna Murniwati salam kak...kak ingat lagi tak pada abg man masa di bsm kpkk? abg man baru meninggal dunia jam 10.25 mlm tadi. sama2 kita sedekah alfatihah yer...


Rasanya baru petang semalam saya menerima sms yang mengatakan Abang Kamarulzaman telah koma dan dimasukkan ke Hospital Selayang! Cadang2 nk pergi tengok dengan Encik Abie esok atau lusa. Sebab Encik Abie sekarang sdg berkursus. Untuk ke Hospital Selayang sendiri, mmg saya tidak tahu jalan.

Last sekali saya jumpa dia di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang! Terserempak di sana kerana saya ada kursus. Itupun di hari terakhir saya berkursus baru nampak kelibat dia. Ingat lagi dia ada call saya asyik bertanyakan tentang rumah mampu milik yg boleh di beli di Putrajaya!

Allah lebih sayangkan dia. Rindu segala gelak ketawa dia sekian lama sejak saya keluar dari MOCAT Februari 2004. Dan last sekali berjumpa April 2010. Dia seorang yg baik! Kelakar! Tegas! Saya tak pernah kena marah dgn dia walaupun sekali. Masa tu saya staff sambilan...jd gaji pun ciput. Isterinya, Kak Yati rajin masakkan makanan sedap2! Ramailah yg dapat merasa masakan Kak Yati nie termasuk saya!

Bila kenang semua ini...orang akan cakap...BILA DAH TAK ADA BARU NK DISEBUT....BARU NK PERKATAKAN KEBAIKAN! Tetapi utk Arwah Abang Man nie...bagi diri saya takda benda yg tak baik nk diperkatakan!!

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman! Amin....


p/s : Kenapa dengan hari ini???

3 comments:

  1. salam takziah...

    al fatihah...semoga arwah di tempatkan di kalangan insan2 yg beriman..amin

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Yanie...terima kasih CT

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!