Friday, December 31, 2010

Entri Terakhir Bagi 2010.....

Assalamualaikum...


Lebih kurang sejam sahaja lagi kita akan meninggalkan Tahun 2010. Pelbagai isi di dalamnya kita akan tinggalkan. Sedih, suka, duka, gembira, bahagia, kecewa, gagal, berjaya, dihargai, dikhianati, dipuji, dikeji....dan pelbagai lagi perkara kita akan tinggalkan. Tapi saya rasa kita bukan tinggalkan buat selamanya. Sesekali tolehlah.....bukan untuk dikenang hingga merencatkan perjalanan hari-hari akan datang, tp cukuplah setakat dikenang untuk mengambil iktibar dan pengajaran.

365 dalam 2010 kita lalui....adakah kita telah berbakti dan memberikan amal yg baik buat semua....buat diri sendiri, keluarga, masyarat dan makhluk Allah yg lain. Tepuk dada tanya diri, iman dan akal. Jangan tanya selera. Kerana selera...semua diinginkan tanpa had dan sempadan.

Untuk semua followers Cik Kamoo.....terima kasih banyak-banyak krn sudi menterjah ke blog picisan seperti ini. Semoga kita semua berjaya memeriahkan dunia blog ini dalam sempadannya yang tersendiri. Semoga Tahun Baru 2011 akan memberikan kita semua kejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan. Dan semoga kita semua tabah atas segala ujian dan dugaan dari DIA.


SELAMAT TINGGAL 2010
TERIMA KASIH ATAS SEGALA KENANGAN DAN PENGALAMAN....


SELAMAT DATANG 2011
KU NANTI DENGAN PENUH HARAPAN.....
MOGA TIDAK DIPERSIAKAN
AMIN!

Doa Melamar Wanita.

Assalamualaikum....

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010. Banyak kenangan, rintangan, sukaduka, ketawa menangis, kecewa dan gembira yg akan ditinggalkan dalam tahun ini. Sambil duduk2 saya terfikir apa yg telah saya buat dlm tahun ini yg bermakna pada diri dan yg buat semua org gembira?? Pasal bab ini kita cerita dalam entri akan datang ya.....

Saya ada doa menarik utk LELAKI! Kalau sebelum ini saya cerita pasal lelaki juga....tp ttg lelaki yg perempuan tak suka. Belum baca? Ok sila CLICK DI SINI YA! Jom kita sharing is caring DOA MELAMAR WANITA....dibawa khas oleh Pak Ngah Farit Ismeth Emir! Thanks to Pak Ngah....

Psssssstttt....lelaki-lelaki sila baca ya! he he he he

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur. Kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda diterima.

Doa Nurun Nubuwwah

Ertinya: “Ya Allah, Zat Yang memilikikekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata:

“Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku, kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir.

Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”




CK : Nak doa melamar lelaki....he he he [ish ada ke??]

Thursday, December 30, 2010

KUKUHNYA CINTA LANGIT DAN LAUT

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah- pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih. (hadirlah hujan)

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.


Kredit to : Embun Malam [Thanks Dik]


CK : Cinta awan putih yg gebu dengan sape lak???

Perkara Yang Wanita Benci Terhadap LELAKI!

Assalamualaikum....

Jom kita selidik perkara yang dibenci oleh wanita tentang LELAKI! Walaupun lelaki dan perempuan saling memerlukan....tp ada juga perkara yg tidak disukai. Sharing is caring di bawa khas oleh Pak Ngah Farit Ismeth Emir...mcm biasalahkan! Thanks to Pak Ngah.


Ada sesetengah lelaki mudah menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Kita teliti beberapa perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran orang lelaki:

1. Panas Baran

[bahaya ooo lelaki baran....takut!]

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

[gaya-gaya mengongkong....hikhikhik]

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

[ego lelaki sukar dicairkan....]

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka ‘Cuci Mata’

[erghhhhh...tidaaaaaaaaaaaaak]

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki memandang wanita lain.

5. Main Kayu Tiga

[Bab main kayu tiga ini, memang PANTANG bg saya....keji ok...org main kayu tiga ni bg saya TAMAK dan tak bersyukur!! ]

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tetapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak Sensitif Perasaan Wanita

[ini boleh buat perempuan jd stress loooo....]

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan Kawan-Kawan

[Inipun kena tgk juga kawan2 yg mcm manakan...klu asyik ngan kawan2 jer...jgn kahwin ah!]

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak Tahu Menghargai

[sedih ooo kalau tak dihargai! mcm robek jantungku..hukhukhuk]

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan Suara

[saya belum pekak....sila perlahankan suara ya]

Gemar meninggikan suara sekadar menunjukkan ego. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

[Pernah lalui pengalaman ditipu....klu boleh cukuplah! Takmau ditipu lagi.....]

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.



CK : Dah pernah jumpa mcm nie.....ermmmmm

Wednesday, December 29, 2010

10 TANDA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Prof

Kredit to : Embun Malam [Thanks Dik]


CK : Jodoh owh jodoh....di mana di kau....he he he

MALAYSIA JULANG PIALA AFF SUZUKI 2010

Bharian Online


JAKARTA: Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun seri 1-1 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.




CK : TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA....U'RE THE BEST!! MENGAUM KUAT2 DAN LAGI KUAT....

AFF SUZUKI CUP 2010 - MALAYSIA MENANG!!!

Assalamualaikum!


Meraikan kemenangan Malaysia. Bunyi shj wisel penamat, terus saya buat entry nie. Cepatkan!! [sila kagum dgn saya...he he he]. Memang jerit sorang2 kat rumah. Nak pi tengok kat Dataran Putrajaya mcm nak hujan je. Jadi terpaksa batalkan niat. Tengok kat rumah pun ok!!


Akhirnya MALAYSIA MENANG.....4-2 DENGAN INDONESIA! Alhamdulillah....separuh masa kedua yg mendebarkan! Tambah2 bila Indonesia dah start jaringkan gol pertama. Rasa bergetar jantung bila Indonesia jaringkan gol ke-2 plak! Masa tu Fahmi dah hangin dah! Nasib baik separuh masa kedua pada masa2 kecederaan. Kalau byk masa lagi....uiks.....boleh sakit jantunglah saya tengok. Menjerit sorang2 plaks....sambung menyambung jerit dengan jiran sebelah!!


UNTUK PEMAIN MALAYSIA....TAHNIAH!! CUMA SEPARUH MASA PERTAMA ITU...KALIAN MCM MAIN2, TAK AGRESIF SGT! APAPUN ALHAMDULILLAH ANDA DAH CUBA YANG TERBAIK.....KEMENANGAN YG AMAT BERBALOI JIKA NAK DIBANDING TRAINING DI INDONESIA DI LOKASI YG TAK BERAPA BAIK! MALAYSIA MEMANG THE BEST!!!

Sekarang ni sedang kedengaran letupan bunga api! Meraikan kejayaan Malaysia merangkul AFF SUZUKI CUP 2010.




CK : Cukup risau dengan Malaysia td....

Ke Kapar, Selangor Tukar Tayar Kereta...

Assalamualaikum....


Nak cerita pasal Mybee kesayangan yang dibelikan anggota baru. Sebab anggota lama dah haus. Sebenarnya banyak sangat cerita yg saya nak update. Tapi tak berkesempatan. Takpalah kita update cerita yang fresh dulu. Cerita yang dah macam pekasam tu abaikan sekejap. Saya sebenarnya suka buat entri yg bergambar...walaupun leceh sebab saya suka edit sana sini gambar tu. Itulah antara punca yg menjadikan saya takda masa...[mengalahkan PM yg sibuk nak hadapi PRU akan datang je!]

Semalam saya on leave! Cuti semata-mata nak rawat Mybee saya nie. Tayarnya dah haus! Bukan haus nak minum ya....bunga-bunga tayarnya dah kurang sangat! Amat bahaya kalau memandu ketika hujan. So, bertemankan teman tapi mesra saya, Incik Babah....kami ke Kapar, Selangor semata-mata nak tukar tayar! Dekat sana lebih murah!! Lebih berbaloi....lgpun kami dah kira perjalanan pergi balik untuk tol dan petrol cuma RM30 shj. So, lebih baik pergi ke Kapar shj. Kalau mcm tayar Mybee saya rim 14", model Silverstone....cuma RM125 sahaja. Kalau kat Bangi, Dengkil dan Kajang saya survey lebih kurang RM160-170! Mahal....sbb kalau saya tukar 4-4 tayar dah berapakan [korang kira sendiri yek].

Setelah termakan dengan pujukan sorang Marketing Exec berbangsa Cina kat kedai tukar tayar tu...saya amik model Michelin. Harganya RM155. Kalau kat Bangi, Kajang and Dengkil....lebih dan kurang hampir RM200 jugaklah. Setelah call abang Incik Babah...dia ckp tayar ini ok...so kami pun on ajelah! Cina itu sudah racun...ckp tayar model ini lembut [mcm agar2 ke?] and memang sedap drive....talak bising looo....

Mybee yang telah dibogel dan digonjengkan 4-4 tayar

Ini tayar lama....proses nak keluarkan dr sport rim
[saya pakai sport rim standard je...tp punya angan2 nk pakai sport lawa nti.
Nanti saya buat entri pasal sport rim kat korang yek!]

Ok...dah siap dibogelkan macam ini dan tunggu nak pakai tayar baru!!

Inilah tayar barunya! MICHELIN

Saya dah lupalah dia buat apa nie! Dah berkali2 Incik Babah cakap....still lupa. Cuma yg ingat Incik Babah kata nak bagi balance....eh! betul ka??

Dah nak pasang semula! Inilah Cina yang saya panggil Marketing Exec tu. Serius respect la kat dia...marketing mmg bagus! Kalau ada jer customer baru sampai, boss dia akan panggil dia untuk explain kebaikan setiap brg yg customer tu nak. Pastu adalah dia promote itu ini. Standardlah kalau kita nak servis kereta ada je nak suruh ditukar. Nak-nak yang pergi tu perempuan! Memang semua dia nak suruh tukarlah! Dia punya nak meracun saya suruh tukar exzober Mybee. Adus....tukar 4-4 tayar ini pun dah beratus-ratus! Nak tambah tukar exzober....tukar depan belakang RM600 tu! Racun dia tak cukup kuat! heheheh exzober tu boleh guna lagi. Maaf ya! Apa-apa pun terima kasih...

Ini last check sebelum kerja-kerja alignment dijalankan....



Total semua saya tukar tayar dan perihal berkaitan tayar lebih dan kurang RM690. Memang bulan ini gaji yg dapat untuk 'jaga' Mybee je! Naik Mykerih la pi keje. Hari ini plak saya pergi servis Mybee kat Perodua Seri Kembangan [Dah takmau buat kat Putrajaya....tak best dan tak memuaskan hati]. Siap buat major servis....aircond segala...RM400 lebih! Adeeeeh......

Tapi takpa....saya melabur pun Mybee ini dah byk sgt berjasa. Dah banyak tempat pergi. Baru 2 tahun lebih mileage dan 80,000! Sampai ayah saya tanya...."pi jalan mana??". Lagipun tahun depan awal Februari mahu jalan-jalan lagi! Mahu pusing...Perlis, Kedah, Penang dan Perak!! Itu sebab servis gila-gila!

Lepas abis tukar tayar, kami pergi Kota Melawati. Next entri yek.....seronok jugak! Memang dah lama idam nk datang sini. Akhirnya sampai jugak!

Psssst....nak bgtau....tayar baru tu memang best! Sonyap joooo....stabil!! [ker sebab dia masih baru...eh! masa beli dulu pun baru juga...tapi takda la best mcm nie...hikhik]





CK : Nak tukar sport rim lak...he he he ..... 2 tahun lagi laaa!! Skang nie tgh kumpul duwet nak cantikkan motor plak....

Petua ISLAM: Menangani Suami Panas Baran

Assalamualaikum.....

Rasa mcam dah lama tak syer petuakan. Korang dah balik kerja ke belum? Erk...keje...ish..ish...hujung tahun mcm ini, cuti best ooo! Macam saya...cuti sambil merehatkan badan. Jom kita share petua Islam yang baik untuk mereka yang dah berkeluarga. Petua ini dibawa khas oleh Pak Ngah Farit Esmith! Kita kongsi sama-sama yek....

Cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul: “Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! ” (21:69).

Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah.

APABILA BERDEPAN SIKAP KERAS HATI SUAMI

Bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:

“Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ” (27:30).

Ia bersempena kisah Nabi Sulaiman yang mengajak Ratu Saba’ yang bernama Balqis agar memeluk Islam. Akhirnya, hati baginda menjadi lembut untuk memeluk Islam setelah membaca kepala surat perutusan daripada Nabi Sulaiman di atas. Mudah-mudahan bacaan ruqyah puan walaupun dalam diam akan melembutkan hati suami puan untuk kembali bertanggungjawab kepada keluarga dan bersedia untuk berbincang elok-elok dengan puan dengan izin Allah. Amin.

  • Bagi pihak isteri juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu anda mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila anda bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.
  • Anda juga digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)
  • Berdoa adalah sinonim dengan kehidupan seseorang Muslim, hatta solat itu pun maksud asalnya doa. Amalan berdoa menjadi simbol penyerahan diri kita kepada Allah dan betapa kita sentiasa memerlukan Allah al-Samad – tempat bergantung. Anda boleh bermunajat kepada-Nya, pohonlah apa jua permintaan anda dalam bahasa Melayu sekalipun di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Allah s.w.t. Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Serulah dari 99 Nama-nama ALLAH yang Indah (Asma’ Allah al-Husna) dalam doa puan, seperti Ya Razzaq Ya Fattah agar Allah melimpahkan rezeki keluarga anda dan seumpamanya, semoga ia segera dimakbulkan.
  • Sebagai satu alternatif, anda juga boleh mencuba bacaan ruqyah dari ayat 200, Surah Ali Imraan yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (dalam menghadapi segala kesukaran), kentalkanlah daya kesabaranmu, sabarkanlah di antara kamu, perkukuhkanlah ikatan sesama kamu dan bertakwalah kepada Allah. Semoga Allah Menentukan kamu akan Berjaya (akhirnya).” (3:200)).

  • Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga anda, bacalah“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.”

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.) ”

Menurut baginda, sesiapa yang membacanya 3 kali pada waktu pagi maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu petang; begitu jugalah apabila ia dibaca 3 kali pada waktu petang, maka tiada apa yang boleh memudaratkannya sehingga waktu pagi. [Sumber: Sunan Abu Daud, juzu' 3, hal. 132, bil. 5088].

Tuesday, December 28, 2010

::ADAM DAN HAWA::

MANUSIA HAWA DICIPTAKAN DARI RUSUK KANAN ADAM,

BUKAN DARI KEPALANYA UNTUK DIJADIKAN ATASNYA,

BUKAN PULA DARI KAKINYA UNTUK DIJADIKAN ALASNYA,

MELAINKAN DARI SISINYA UNTUK DIJADIKAN TEMAN HIDUPNYA,

DEKAT PADA LENGANNYA UNTUK DILINDUNGI

DAN

DEKAT DIHATINYA UNTUK DICINTAINYA....


CK : Cintai dengan jujur dan ikhlas...

Monday, December 27, 2010

JODOH : JANGAN MENCARI YANG SEMPURNA

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~



Kredit to : EMBUN SEMALAM [ Thanks dik]


CK : Jodoh itu ketentuan Allah...kita manusia hanya berusaha!!

Curang, SMS, jahil agama!

Utusan Online

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.

Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.

Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah:

  • Kecurangan salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menerusi Internet atau alam siber. Menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mengembalikan semula hubungan dengan kekasih lama atau bermain kayu tiga dengan ‘kekasih gelap’.
  • Masalah rumah tangga diluahkan secara terbuka menerusi Internet atau laman-laman sosial menyebabkan ia menjadi lebih parah. Masing- masing mencari rakan-rakan dalam talian untuk memberi nasihat, bukannya kepada saluran yang betul.
  • Telefon bimbit juga punca perceraian. Ia berlaku apabila salah seorang mendapat tahu pasangannya berhubung dengan lelaki atau perempuan lain sama ada melalui panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Pasangan cuai dalam hubungan dengan Allah atau jahil tentang agama. Ada suami atau isteri yang malas untuk menunaikan solat lima waktu hingga merunsingkan pasangan, akhirnya berlaku perceraian.
  • Keperluan duniawi seperti wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing. Sedangkan kos hidup semakin meningkat.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, khususnya bekas kekasih atau ahli keluarga terdekat, mendorong suami isteri berpisah.
  • Terdapat juga penceraian yang berlaku kerana isteri memohon cerai disebabkan tidak mahu dimadukan.
  • Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa fenomena jodoh singkat ini berkait rapat dengan kursus kahwin yang sudah tidak lagi relevan.

    Sebaliknya, wartawan turut menyertai kursus kahwin selama dua hari itu mendapati, modul kursus memang meliputi semua aspek persediaan dalaman dan luaran serta penyelesaian konflik selepas berkahwin.

    Namun, apa yang membimbangkan adalah sikap peserta kursus yang bakal menjadi suami isteri, menganggap mudah kursus tersebut dan hadir semata-mata untuk mendapatkan sijil.



    CK : Dunia akhir zaman......

    Facebook tempat luah masalah suami isteri!

    Utusan Online

    KUALA LUMPUR 26 Dis. – Perbincangan masalah rumah tangga secara terbuka di laman sosial Facebook semakin menjadi trend di kalangan pasangan suami isteri yang berdepan konflik perkahwinan.

    Trend itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan malah diibaratkan seperti membuka pekung di dada.

    Sedangkan masalah tersebut seharusnya dibincangkan secara tertutup bersama pasangan masing-masing.

    Buktinya, penyelidikan Utusan Malaysia mendapati, salah satu kumpulan dalam Facebook iaitu Kisah Rumah Tangga amat popular di kalangan pasangan suami isteri teraniaya.

    Ia menjadi medan perbincangan dan luahan perasaan dalam mendapatkan khidmat nasihat berhubung konflik rumah tangga mereka.

    Amat mengejutkan, ruangan mengandungi hampir 200 kisah dan konflik rumah tangga itu turut mendapat ratusan maklum balas serta pandangan daripada ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada 65,945 orang.

    Antara topik yang hangat dibincangkan adalah:

  • Suami lebih gemar bermain permainan video Playstation 3 (PS3) dan menonton kartun Naruto daripada melayan isteri
  • Suami curang dan ada akaun kedua Facebook
  • Suami kuat merokok dan mengabaikan nafkah keluarga
  • Membicarakan fenomena ini, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan berkata, komunikasi lemah antara pasangan dikenal pasti punca suami atau isteri beralih kepada Facebook atau laman sosial lain.

    “Saya dapati pasangan suami isteri hari ini terlalu mudah mempercayai dan meluahkan perasaan mereka kepada orang yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.

    “Mungkin mereka fikir cara itu dapat meredakan tekanan. Hakikatnya, ia juga memporak-perandakan hubungan sesama pasangan. Tambahan pula, semakin banyak kes perceraian yang berlaku disebabkan amalan luahan perasaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru.


    CK : Tak tahu nk comment aper...semuanya bergantung pada hati!!

    AFF Suzuki Cup 2010 - Malaysia MENANG 3-0!

    Assalamualaikum...

    SALAM 1MALAYSIA! ALHAMDULILLAH MALAYSIA MENANG GANYANG INDONESIA 3-0 MALAN TADI DALAM PERLAWANAN AKHIR AFF SUZUKI CUP 2010. WALAUPUN TENGOK SAMPAI TERTIDO2 SEBAB KEPENATAN....KEMENANGAN MALAYSIA YG AMAT BERBALOI!

    TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA....DAN TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT MALAYSIA YG MEMBERI SOKONGAN! KITA MENANG! KITA MENANG! KALAU NAK TENGOK RAKYAT MALAYSIA BERSATU MASA PERLAWANAN BOLA MCM INILAH! MOGA2 KITA SEMUA TERUS BERSATU SAMPAI BILA2 TAK KIRA APA JUA KEADAAN SEKALIPUN!! AMIN.....


    Sumber : Utusan Online

    KUALA LUMPUR – Dendam terbalas! Garuda tersembam ke bumi dibaham Harimau Malaya. Nampaknya reputasi gah Indonesia sekadar omong kosong apabila anak-anak buah K. Rajagobal memastikan penyokong Malaysia berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemenangan cukup menyakinkan, 3-0.

    Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama.

    Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dif-dif kehormat yang lain.

    Dianggarkan sebanyak 85,000 penonton membanjiri stadium pada malam, semalam.

    Nama Safee Sali layak disanjung sebagai wira Malaysia kerana dua golnya pada minit ke-59 dan 71 selain Mohd. Ashari Samsudin pada minit ke-67 memastikan Malaysia membuatkan Indonesia pulang dengan penuh kekecewaan.

    Kemenangan ini sudah pasti memberikan kelebihan besar buat Malaysia yang akan bertandang ke bumi Jakarta pada Rabu depan untuk perlawanan akhir kedua.

    Walaupun beraksi agak gementar pada separuh masa pertama, percaturan bijak Rajagobal memasukkan Ashari dan mengeluarkan

    Mohd. Amirulhadi Zainal untuk menukar rentak serangan sebaik bermula separuh masa kedua membuahkan hasil lumayan buat pasukan negara.

    Ashari bagaikan menjadi senjata sulit negara apabila serangan dari arah sebelah kiri jelas bertenaga dan membuatkan benteng Indonesia dalam keadaan kucar-kacir.

    Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.

    Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.

    Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.

    Selepas gol tersebut, aksi pemain Indonesia semakin longlai, namun sebaliknya keyakinan pemain Malaysia semakin menggila, malah hampir mendapat gol keempat melalui sayap lincah negara, S. Kunanlan pada masa kecederaan tetapi Markus sempat menghalang.

    Dalam aksi di Jakarta nanti, Malaysia sudah pasti akan kehilangan khidmat Mohd. Amirulhadi Zainal yang mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini sementara Indonesia pula terpaksa meratapi ketiadaan Oktovianus Maniani yang turut menerima nasib yang sama.



    CK : Tak feel tengok bola kat umah! ermmmmm....sbb kemungkinan tertido itu tinggi....

    Sunday, December 26, 2010

    Say NO to click Fraud

    Assalamualaikum...

    Saja saya nak share tentang blogger yang click kat iklan di blog sendiri. Saya sendiri pun pernah click juga iklan pada blog sendiri SEBAB IKLAN ITU TAK PERNAH ADA TIBA2 DIA MAIN2 MANJA KAT BLOG...SO, CLICK AJE KERANA NAK TAHU INFO. TAPI KALAU IKLAN YANG SAMA....SAYA BUAT TAK TAHU AJELAH! RAMAI LAGI BLOGGER LAIN YG BOLEH TOLONG CLICKKAN...KAN...KAN.....

    Ini adalah e-mail yang dihantar oleh pihak Nuffnang....moga kita jujur menjadi blogger yg dah letak Nuffnang kat blog masing2kan....!!


    Salam sejahtera Nuffnanger,

    Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

    Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
    Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

    Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

    Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

    Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
    - klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
    - mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
    - menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

    Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

    Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

    Terima kasih atas perhatian anda.

    Sekian,
    Robb Chew
    Jabatan Perhubungan Blogger
    Nuffnang Sdn Bhd


    Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community



    CK : Nuffnang cuma bagi kita peringatan....so fikir2kanlah ye...

    "Purest Of Pain"



    I'm sorry I didn't mean to call
    but I couldn't fight it
    I guess I was weak and couldn't even hide it
    and so I surrender just to hear your voice
    I know how many times I said I'm gonna to live with out you
    and maybe someone else is standing there beside you
    but there's something baby that you need to know
    that deep inside me I feel like I'm dying
    I have to see you it's all that I'm asking.
    Vida, give me back my fantasies
    the courage that I need to live
    the air that I breathe
    carino mio, my world becomes so empty
    my day's are so cold and lonely
    and each night I taste
    the purest of pain.
    I wish I could tell you I'm feeling better every day
    that it didn't hurt me when you walked away
    but to tell you the truth I can't find my way
    and deep inside me I feel like I'm dying
    I have to see you it's all that I'm asking.
    Vida, give me back...



    CK : Sesekali speak LONDON....ada kisah???

    Pengantin baru maut terhidu gas di malam pertama

    26/12/2010 2:09am - Utusan Online

    AMMAN, Jordan 26 Dis. - Sepasang pengantin baru mati lemas akibat terhidu gas karbon dioksida dari alat pemanas yang terpasang sepanjang malam di rumah mereka di selatan wilayah Zarqa semalam.

    Menurut ketua pertahanan awam tempatan, Kolonel Mohammed al-Malaba, kejadian berlaku selepas pasangan muda itu meraikan perkahwinan mereka.

    Tragedi seperti ini sering berlaku di Jordan kerana kebanyakan keluarga mengguna alat pemanas yang murah. Tahun lalu lapan orang terbunuh dalam 60 kejadian serupa. - AFP



    CK : Ini adalah satu kelalaian....lepas nie sebelum tido pastikan semua berada dalam keadaan baik.

    Nak Jadi Macam Apa Bila Nanti Saya Ada Dia.....??

    Kadang2 saya terfikir.

    Kalaulah saya ada dia yang istimewa di hati saya

    Rasa mahu hidup bagai pen dan penutup pen

    Mungkin dia pen dan saya penutupnya

    Tapi bila fikir semula

    Pen boleh terus menulis tanpa ada penutup

    Oh! Tidak mahulah....


    Kemudian saya terfikir lagi

    Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

    Rasa mahu hidup bagai laptop dan 'mouse'

    Mungkin dia laptop dan saya 'mousenya'

    Tapi bila fikir semula

    Laptop boleh lagi ditekan2 keyboardnya walaupun tanpa 'mouse'

    Oh! Tidak mahulah...


    Dan saya fikir lagi..

    Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

    Rasanya mahu hidup bagai sudu dan garpu

    Mungkin dia sudu dan saya garpu

    Tapi bila fikir semula

    Sudu boleh lagi digunakan untuk makan tanpa ada garpu

    Oh! Tidak mahulah..


    Saya sambung fikir lagi

    Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

    Rasa mahu hidup bagai stokin dan kasut

    Mungkin dia stokin dan saya kasut...paling dekat dan rapat

    Tapi bila fikir semula

    Tiada stokin, kasut masih boleh dipakai sendirian

    Oh! Tidak mahulah..


    Rasa macam tidak mahu fikir lagi...

    Tapi... nak fikir juga

    Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

    Rasanya mahu hidup bagai kereta dan petrol

    Mungkin dia kereta dan saya petrol

    Kalau petrol takda mesti kereta tak gerakkan?

    Takkan dia nak tolak....

    Maknanya dia memerlukan saya

    Oh! Saya suka...


    Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

    Rasanya mahu hidup bagai buku dan pembaca

    Mungkin dia pembaca dan saya bukunya

    Terasa dekat dan rapat

    Kalau pembaca tiada...tentu buku pun tak adakan?

    Maknanya dia akan tengok saya selalu

    Oh! Saya suka...


    Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

    Rasanya mahu hidup bagai awan gebu dan langit biru

    Mungkin dia awan gebu dan saya langit biru

    Dah kejadian Tuhan awan gebu dan langit biru sentiasa bersatu

    Maknanya saya tidak akan berpisah dengan dia

    Hari-hari dapat tengok awan gebu bergerak

    Oh! Saya suka


    Tapi bila fikir berkali-kali

    Biarlah saya hidup menjadi diri saya

    dan dia menjadi diri dia

    Menerima seadanya

    Kelebihan dan kekurangan

    Kelemahan dan kekuatan

    Yang melengkapi satu kehidupan

    Andai bersatu bermakna kami saling memerlukan

    Andai tidak...bermakna tiada jodoh dalam kehidupan


    Harus percaya biar apa pun yang kita ingin jadi...

    Menjadi diri sendiri adalah yang TERBAIK!


    ~menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - cik kamoo~



    CK : Note di facebook!

    Saturday, December 25, 2010

    ::JANGAN KAU TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU::

    Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

    Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

    Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

    Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.

    Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

    Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

    Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

    Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.”(QS. Al-Baqarah 216)

    Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

    Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

    Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

    Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.


    Kredit to : EMBUN SEMALAM [Thanks Dik]


    CK : Menghadapi kenyataan dan kebenaran itu susah...tp kita perlu menghadapinya dengan ketabahan dan rasa syukur. Ada hikmah di sebaliknya.

    SMS Tipu Minta Prabayar

    Assalamualaikum...

    [Harian Metro 24/12/2010]

    KUALA LUMPUR - "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

    Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

    Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.

    "Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.

    "Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.

    Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.

    "Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.




    Ayah saya pun dapat sms mcm nie. Bila dapat jer dia terus call saya. Kalut-kalut and cemas sekali. Dahlah masa dia call saya tengah drive nak pi KLIA. Saya pun suruh dia forwardkan sms tu pada saya....Dia ckp tak pandai nak forward, so minta tolong ngan adik yg ada kat rumahlah. Bila saya baca sms tu nak gelak pun ada....yelah yg dia pi hantar kat ayah saya! Tok Wan saya tu dah berpuluh tahun meninggal duni [saya sendiri tak pernah tgk arwah, sbb masa dia meninggal saya belum wujud lagi kat dunia nie. Gambar dia pun takda. Zaman dulu mana ada camera2 nie...apatah lagi digital camera]. Terfikir juga saya, kalau ayah saya tu pandai reply sms, mesti sms dia berbunyi mcm nie;

    "AYAH SAYA DAH BERPULUH TAHUN DALAM KUBUR,
    RASANYA KAT SANA TAKDA LINE LA"
    Macam-macam hal orang sekarang ini nak menipu!! Ingat senang dorang jer. Dahlah sms tu kat orang kampung...ingat ape? Ayah saya cap duit nak top up kat korang! Tulang empat kerat ada...kerjalah!! Ingat rezeki boleh turun dari langit tanpa usaha ke? Carilah rezeki halal...jangan dok menipu jer...[marah nie!]

    Kredit untuk : Cik Orchid sbb saya amik artikel ni kat blog dia.



    CK : Taubatlah weh!! Banyak lagi kerja yg boleh dibuat

    Suami SYOK Amah

    Assalamualaikum....

    KUALA LUMPUR: Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

    Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.

    “Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

    “Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.

    “Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

    Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.

    Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

    “Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

    Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

    “Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

    Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.

    “Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

    “Perkara ini hanya saya sedari apabila telefon bimbit suami saya kerap berdering pada waktu malam sebelum dia dilihat gemar berbual dalam keadaan berbisik.

    “Rasa curiga menyebabkan saya memberanikan diri bertanya sebelum dia tanpa berselindung menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu dan meminta saya memberi persetujuan,” katanya.


    * Amah = PEMBANTU RUMAH....bukan Mak Mah atau Kak Limah yg jadi hantu tu taw.

    Sumber : Harian Metro Online


    CK : Mcm2 hal amah Indonesia....datang kerja elok2 tak boleh ker? Suami org nak dikebas....suami pun satu, isteri dah ada, amah tu juga yg disuka! Lelaki...huh! [Tapi tak semua lelaki mcm tu]


    ::PUDING CARAMEL::

    Assalamualaikum....

    Share resepi lagi!! Kata sharing is caringkan! Hari ini saya dah buat 2 entri tentang masakan + resepi. Pagi tadi share tentang MASAK IKAN TALAPIA GORENG SAMBAL. Malam ini kita share pulak masakan pencuci mulut...::PUDING CARAMEL:: Saya ini peminat puding caramel. So, takkan asyik suruh org buatkan aja. Haruslah belajar dan buat sendiri. Bila teringin terus pi pasaraya beli bahan-bahan....then teruslah klong...klang...klong....klang kat dapur! Jom kita terjah and layan resepi ini....Resepi ini saya dapat dari hubby kawan baik saya.....Si Khaty!! Hubby dia terror buat caramel nie....

    Ini bahagian atas dan akan jadi bahagian bawah jap lagi...

    Dah terbalikkan....mcm inilah rupanya!! Laparlah pulak.....

    Nampak cam sedap tak???

    Bahan-bahan;

    • 6 biji telur [saya guna gred B shj]
    • 5 sudip gula [sudip kecik tau]
    • 1 tin susu cari [ saya guna carnation - *dah try susu lain tp yg ini lagi baik]
    • 3 titik essen vanilla
    Cara-cara mengerjakannya;

    • Panaskan 2 sudip gula hingga keperangan [guna api plg kecik & harap bersabar]
    • Pukul hingga naik telur bersama 3 sudip gula [ saya blend shj! senang! make sure blender korang takda perisa cili]
    • Tuangkan essen vanilla
    • Bila dah naik, tuang susu cair ke dalam aduan [guna 1 tin ok...]
    • Panaskan periuk kukusan hingga airnya mendidih
    • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang [saiz loyang 28cm yg saya guna] yang berisi gula perang tadi
    • Kukus adunan dengan api minimum selama lebih dan kurang 45 minit
    • Selepas 45 minit...nak tahu masak ke tak...cucuk dgn lidi sate yg bersih, kalau tak melekat maknanya dah masaklah tu.
    • Angkat + sejukkan...kemudian masukkan dalam fridge
    • Bila nak makan terbalikkan loyang ke atas pinggan ......
    SELAMAT MENCUBA!!



    CK : Lepas ni nak try buat karamel tanpa guna telur pulak. Kalau jadi saya share dengan korang ye!

    Masak Ikan Talapia Goreng Sambal

    Assalamualaikum...

    Selamat Pagi Semua! Merry Christmas....Merry Christmas....ho ho ho ho.....Santa Claus turun dari langit dengan nak kijang terbangnye! Kenapalah Christmas ni tak hari Ahadkan...mesti Isnin dapat cuti ganti. Walaupun bukan kita yg menyambutnya...tp nak juga bercuti. he he he

    Pagi ini takda info best. Citer jiwang-jiwang pun takdak. Tapi saya nk share resepi simple dengan kawan-kawan semua. Jom terjah resepi pagi ini...."MASAK TALAPIA GORENG SAMBAL".


    BAHAN-BAHANNYA
    • Seekor ikan talapia saiz sederhana [basuh bersih2 dan lumur perahan limau kasturi utk hilangkan hanyir kemudian lumurkan dengan garam kunyit biarkan dalam 15 minit baru goreng - bagi garing ye]
    • 3 Sudu cilih boh [Giling Puteri]
    • Air asam jawa
    • Bawang besar
    • Bawang merah dan putih - untuk menumis [dimayang halus @ ditumbuk]
    • Gula + garam secukup rasa
    • Minyak untuk menumis
    CARA-CARANYA
    • Goreng dulu ikan talapia tu ye dan ketepikan
    • Tumis bawang merah dan putih....biar agak2 garing dan naik bau
    • Kemudian masukkan bancuhan cili boh + air asam jawa
    • Masak hingga cili betul2 garing [dah nampak minya naik tu...kira dah garinglah tu]
    • Masukkan gula dan garam - secukup rasa [kalau nak letak serbuk perasa pun ok jugak]
    • Masukkan hirisan bawang besar [hiris bulat2]
    • Bila dah masak dan rasa pun dah ok.....curahkan sambal pedas ini ke atas badan ikan talapia goreng!
    Ok! Dah pun siap.....sedap dimakan dengan nasi panas....ermmmm nyum...nyum....



    CK : Tiba-tiba plak rasa lapar! Ermmm nak masak ape utk breakfast ni??

    Friday, December 24, 2010

    Jalan, Order dan Makan : Ikan Bakar di Restoran Terapung H.M Sri Bagan

    Assalamualaikum....

    Tak tahu arah tuju petang semalam! Saya ajak Incik Babah ke Bagan Lalang setelah 2 tahun tak menjejak kaki ke sana untuk makan ikan bakar....[cuba2 imbas kenangan lama yg hampir luput dr ingatan - moga cepat luput hendakNya]. Tempat pun dah berubah [Inikan pula hati orangkan...] dari tiada bumbung dan berbumbung! Makin cantik....

    Pemandangan yang cantikkan?? Subhanallah....cukup cantik!


    Masing bersetuju nak makan di RESTORAN TERAPUNG H.M. SRI BAGAN. Layan ajelah! Nak tukar port lain pun....risau tak sedap! Rugi pulak jalan jauh2 nie. Perjalanan dari Putrajaya ke Bagan Lalang mengambil masa lebih dan kurang 45minit. Restoran ini berdekatan dengan Hotel Sri Malaysia....hampir-hampirlah! Jom


    Sekali timbang 2 ekor ketam RM38.00 siap dgn upah masak....mahalnye...he he he

    Udang kertas segar bugar

    Sup campur

    Ketam masak pedas [Dekat Alai, Melaka lebih sodap!!]

    Butter prawn. Ini memang soooooooooodap!!

    Isi cencaru bakar ini masih segar....terasa manis2 ikan....

    Sekali dapat bil.....uh! uh! RM82.25
    termasuk nasi putih + aiskrim conetto + limau panas dan nescafe panas


    Jujur ya....harga ini terlalu mahal sebabnya saya makan kt Alai and Sungai Duyung kat Melaka dengan menu yang sama hanya RM50++!! Makan kat Alai masakannya lagi sedap dowh! Papepun Alhamdulillah....masih dikurniakan rezki oleh DIA! Mahal pun mahallah....tapi rasa masakan tidak mengecewakan.....sedap jugak!!

    Kalau kawan-kawan berminat nak pergi ke RESTORAN TERAPUNG H.M SRI BAGAN....ini alamatnya;

    Pantai Perkhemahan Bagan Lalang
    43950, Sungai Pelek
    Sepang Selangor

    Tel : 03-3141 2895 HP: 013 338 5887



    CK : Pergi lapar balik pun lapar.....sebab perjalanannya yg jauhlah jugak....he he he

    AFF SUZUKI CUP 2010 TAYANGAN DI DATARAN PUTRAJAYA, PRESINT 3 PUTRAJAYA

    Assalamualaikum...

    Pagi ini saya bawakan info menarik kepada peminat bolasepak di Putrajaya!! Jom lepak di Dataran Putrajaya Presint 3 pada 26 Disember dan 29 Disember 2010 untuk menyaksikan AFF Suzuki Cup 2010....info seperti di bawah;






    Orang ramai dijemput ke Dataran Putrajaya, Presint 3 berhadapan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 26 dan 29 Disember 2010 mulai jam 8.00 malam kerana AFF Suzuki Cup akan membawa anda untuk menyaksikan PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI 2010 antara MALAYSIA menentang Indonesia di SKIRN LED GERGASI.

    Ini adalah untuk memberi peluang kepada warga PUTRAJAYA untuk sama-sama menunjukkan semangat dan sokongan kepada pasukan bolasepak negara sewaktu berlangsungnnya PERLAWANAN AKHIR PERTAMA di STADIUM BUKIT JALIL pada Ahad ini.

    Memandangkan inilah kali pertama pasukan MALAYSIA mara ke perlawanan akhir bagi merebut Piala Suzuki, warga PUTRAJAYA turut bergembira dan berpeluang menyokong pasukan negara di tempat sendiri. Pada masa yang sama, Putrajaya akan diceriakan lagi dengan kehadiran pelbagai golongan terutamanya golongan belia dan peminat bolasepak.

    Sila klik DI SINI dan DI SANA ..... untuk info seterusnya!!


    CK : Menarik....