CIK PUAN BELOG KAYA RAYA

Cik Kamoo. Seorang isteri yang kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary & Kadang-Kadang Extraordinary. Loving person. Loyal. Hakikatnya seorang yang pendiam. Suke gigit kuku dan order air suam. . Love traveling, cooking & blogging. Suka pada kerja sendiri. Part time blogger. Atkiners. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.

Belog yang asyik tayang gambar makanan sedap, sederhana sedap dan kurang sedap. Walaupun cik puan belog nie bukanlah pemakan sangat pun oghangnye. Harap maaf kalau semua ini buat korang terliur!

MEREKA YANG KAYA BERJAYA!

Thursday, January 6, 2011

Medan Selera SEROJA Presint 11, PUTRAJAYA

Assalamualaikum....

Saya nak share info best tentang lokasi makan baru di Putrajaya! Jom kita sama-sama memeriahkan lokasi baru ini. Kalau memang best dan terbaik...bolehlah war-warkan ke seantero dunia [cheeeewah...dunia tu!].

Lokasi baru ini adalah MEDAN SELERA SEROJA PRESINT 11 yang terletak di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Kalau sesiapa yang kerja dan tinggal kat Putrajaya sure tahukan tempat nie kat mana....jomlah sesama menjamu selera kat sini. Kalau tak tahu jugak...korang cari Balai Polis Presint 11....Kompleks Kejiranan nie selepas balai polis dan kuarters kerajaan [yang rumah teres tu] dan berhadapan dengan Pangsapuri Putra Damai [umah flat tuh].

Apa yang best kat sini?? Jom sama2 jenguk...mana tau kot ada yg berkenankan...

++++++++++++

Medan Selera SEROJA Presint 11 yang terletak di Kompleks Kejiranan Presint 11 telah mula beroperasi pada 3 Januari 2011 (Isnin). Sebanyak lapan (8) buah gerai makan yang menawarkan pelbagai menu yang menarik menanti anda semua untuk menjamu selera bersama sahabat dan keluarga. Menu yang disajikan seperti berikut;

1. Aroy Chua (Gerai No. 1) – Tomyam Seafood

2. The Ritz (Gerai No. 2) – Makanan Barat

3. Sup UK (Gerai No. 3) – Sup Istimewa (Sup Urat Keting UK)

4. AdDurrah (Gerai No. 4) – Sajian Mediterranean (Nasi Arab dan Kebab)

5. Lianhua (Gerai No. 5) – Masakan Cina Muslim

6. Seri Saji (Gerai No. 6) – Nasi Lemak

7. Nudalsa (Gerai No. 7) – Aneka Mee

8. Minang (Gerai No. 8) – Nasi Padang

Waktu operasi adalah dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari.

* Ayat ceduk sebijik dari SINI!




CK : Belum try lagi....jom try sama2 pastu kongsi best ke tak menu kt sini....[Dah lunch hour...so, boleh blogging yeeeeeeeaahaaaaaaaaaaa]

2 comments:

  1. Amat laaa jarang menjejak kaki ke Puterajaya tu. Macam la jauh sgt dr Shah Alam ke situ ;p

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!

CERITA HOT SPOT!!