Friday, January 7, 2011

Petua Untuk Menangani STRESS

Assalamualaikum...

Pagi2 lagi saya dah buat entri pasal STRESS! Tapi korang jangan stress plak. Saya nak bagi petua untuk tangani stress yg telah dishare oleh Pak Ngah Farit Ismeth Emir nie. Sape yang kerja tak stresskan??!! Ada masanya kita stress....tp kita kena bijak untuk menguruskan stress ini. So, saya sharekan petua tangani stress ini dengan korang! Moga2 berkesan bila diamalkan....

+++++++++++++++++++

Kebiasaannya apabila kita apabila ditimpa masalah atau mengalami tekanan perasaan, kita akan lakukan satu daripada aktiviti berikut:

a) Meluahkan masalah dan perasaan pada individu yang boleh dipercayai.

b) Keluar bersiar-siar.

c) Mencoret di atas kertas atau di laman blog atau facebook.

d) Menangis atau meraung seorang diri.

e) Mengambil pil penenang.

f) Tidur.

g) Beriadah atau Bersenam

Petua 1: Abaikan dahulu minda anda dari memikirkan apa jua masalah yang sedang dihadapi. Dengan lain perkataan kosongkan fikiran terlebih dahulu.

[Jangan stress secara berjemaah...nti buruk padahnya!]

Petua 2: Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda.

[Teruk sangat stress sampai jadi mcm ini....dah tak terkawal nie!]

Petua 3: Setelah fikiran anda dapat rehat dan hati tenang barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca stress dalam keadaan tenang. Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih rasional dalam menentukan tindakan. Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi.

[Minta dijauhkanlah jadi mcm nie....]



CK : Kalau stress...biasanya saya relax dulu! Minum2 sejukkan hati dalam 15-30minit pastu baru sambung kerja!

2 comments:

  1. kalu stress selalunye makan dgn banyak :D

    ReplyDelete
  2. dah makan byk pastu gemoook....nti double stress lak

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!