Friday, January 14, 2011

Saya Suka Mungkin Awak Tidak Suka...

Assalamualaikum...

Sudah lumrah manusia tidak menyukai semua perkara yang hinggap dalam perjalanan kehidupannya. Kadangkala manusia juga tidak suka apa yang manusia lain suka. Tak pelik bukan?! Sebab kita mempunyai rasa, keinginan dan kehendak yang berbeza. Kalau semuanya sama sudah pasti tiada keindahan dan keistimewaannya di dalam dunia milik Dia Yang Maha Esa ini.

Ada orang suka menulis. Macam saya. Macam kita semua yang jadi blogger ini. Ada orang lebih senang menjadi pembaca. Ada orang suka politik [politik sekarang sudah tiada kejujuran dan keikhlasan...hancur!]. Ada orang lebih suka menjadi pemerhati politik. Ada orang hanya suka makan tapi masak...MALAS! Ada orang suka masak dan suka makan. Macam-macam hal karenah apa yang disuka dan apa yang tidak disuka! Sebagai manusia , kita sepatutnya menghormati minat dan kesukaan orang lain [selagi apa yang disuka dan diminat itu adalah perkara yang baik+halal].

Macam saya. Tidaklah bagus menulis pun. Walaupun pernah ada impian untuk jadi penulis semasa sekolah dulu. Bila sajak yang dikarang dapat tempat pertama. Bukan main suka dan girang. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita semasa menjadi budak hingusan. Tak pernah terfikir pun untuk mengasah bakat. Maklumlah cuma budak kampung. Sekarang kalau menulis...subjek dan predikat pun hancur! Nasib baik jadi blogger tak perlu ikut semua tu. Kalau ikut lagi baguskan. Bahasa kita pun tak tercemar mungkin. Senyum lebarkan orang DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka] kalau kita sebagai blogger menulis ikut subjek dan predikat serta menulis dengan penggunaan bahasa yang betul ya tak?!

Cuma apa yang buat saya sedih dan terkilan. Tiada siapa yang terdekat memahami keinginan dan kesukaan saya. Bukan sahaja dalam bab menjadi blogger...malah kalau saya terlalu rajin untuk bekerja pun akan menjadi isu. Sedih jugak. Tapi selalunya saya abaikan sahaja. Adik-adik saya selalu komplen..."asyik kerja Sabtu Ahad!". Dan Encik Abie pun asyik cakap.."yelah diakan blogger!". Salah ke saya jadi semua ini. Rasanya tak? Sebab saya masih ada masa meluangkan masa dengan kaliankan....Pembahagian masa saya dengan kamu dan kamu adil apa!

Hormatlah minat dan kesukaan orang lain. Itu sahaja. Pernah dipersoalkan. "Best ke jadi blogger? Banyak masa ngadap lappy? Tak buang masa ke? Alah kau kan penulis?" Sentap ok! Rasa macam nak buat muka ketat! Tapi saya bukan begitu orangnya. *Senyum* dalam hati *SAKIT!*.

Penjelasan. Saya bukan 24jam mengadap lappy dan juga bukan 24jam berada di pejabat. Saya masih ada dengan kamu dan kamu bila kamu dan kamu perlukan saya. Dan saya menulis untuk tidak jadikan otak saya bergerak bagai siput khinzir! Bila saya menulis saya perlu berfikir untuk membina ayat. Walaupun bahasa saya tidak cantik malah tidak bagus tapi masih ada yang fahamkan. Begitu juga bila saya bekerja. Saya akan berfikir...maka otak saya bagai tiada rehat bukan. Saya suka walaupun awak tidak suka. Tidak mengapa. Tiada paksaan untuk menyukai minat dan kesukaan saya.

Saya suka mungkin awak tidak suka...tapi pernahkan kamu dan kamu lihat saya menyatakan tidak suka dengan minat dan keinginan kalian? Saya tetap memberikan semangat untuk kamu dan kamu maju serta berjaya bukan??

[Kita pun berdiri tak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah...
jadi tidak hairanlah saya suka mungkin awak tidak suka!
Berbeza itu nampak cantik bukan....?]

[Saya suka makan ayam dan dia suka makan ikan....dia cakap bila kita kahwin nanti jangan harap saya nak beli ayam! Ini lagi buat saya lagi sentap....nak ke awak kahwin dengan saya yang makan ayam hampir setiap hari tanpa jemu? Saya suka dan mungkin awak tidak suka....tapi tak bermakna saya rela awak nak suruh saya hilang minat pada AYAM!]


Fikir-fikirkanlah.......



CK : Lega.....

4 comments:

  1. nak pikir jap...hehe...ayam ke ikan ke mana2 pun saya layan...
    btw, nice entry..pas baca terpikir jap keadaan saya...biasa la tu, masing2 ader hobby masing2 kan, kena paham n support selagi perkara itu tk terpesong ke arah tk baik....klw tk mampu nk paham atau support, kita senyap jer...tu yg jalan terbaik... =]

    ReplyDelete
  2. Sue : Akk sllu pk2....sampai penat pk2

    Alfieean : Tul...diam lagi baik kan...

    ReplyDelete
  3. aik demand nye org tu..sbar je la

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!