Friday, February 11, 2011

Cerita Pasal Safee Sali Nak Tak??

Assalamualaikum...

Boleh tak nak cakap petang nie malas nak buat kerja?? Ha ha ha....baru semalam ckp no malas-malas. Tapi arinie malas plak! Huh auta lebih weh...Ini bukan malas, tapi kerja saya dah siap. Tunggu sejam lagi nak baliklah. Mau balik awal....

Tapi itu tak penting. Nak ajak korang bergossip pasal Safee Sali. Eh bukan...gossip pasal seseorang yg bercakap ttg Safee Sali. Pagi tadi masa tgh tunggu kat sebuah klinik sempat saya layan MHI kat TV3. Rasanya MHI tadi live dari UKM kot. Rasa-rasalah. He he. Jemputan Safee Sali. Selalunya saya tengok Safee main bola jer. Tapi pagi tadi dapat tengok Safee cam sempoi semacam tanpa jersinya!

Adalah pengacara nie...Abby n Wardina tanya2 somethinglah kat si Safee nie. Si Safee nie pun jawablah segala soklan dengan penuh keyakinan. Macam smartlah pula mamat nie....ha ha ha. Tapi tiba-tiba saya terdengar ada seseorang yang ada kat sebelah saya siap cakap "Alah...mamat nie bukannya tahu apa pun...entah apa dia kelentong pun tak tahu, mcm pandai jerk!".

Terus ada sorang brother depan saya pandang jer seseorang yng bersuara tadi. Adeeeh...tak eloklah cakap camtu. Dahlah ramai kat situ. Nak-nak plak kedudukan memasing agak dekat. Suara seseorang pun agak kuat. Jadi boleh didengar oleh semua orang di sana. Memanglah orang yang kita kutuk tu dalam TV. Habis apa pandangan orang lain yang kat dalam klinik tu yang minat kat si Safee nie. Mesti dia terasa gakkan! Saya pun terasa jugaklah. Walaupun saya takdalah minat sangat bab-bab sukan nie. Tapi tahu jugaklah sikit2.

Walaupun si Safee nie femes tiba-tiba selepas menang AFF Suzuki Cup Disember 2010...tapi sekurang-kurangnya dia ada juga jasa pada Malaysia dalam bidang sukan.

Orang yang cakap si Safee nie cam tak pandai sangat....apa sumbangan hebat yg dah bagi kat Malaysia ar?? Jangan cakap sumbangan adalah byr cukai pada Kerajaan ye. Orang lain pun bayar jugak. So, kita jangan senang2 nak kutuk orang terutama yg dah ada "nama" di khalayak ramai. Sebab mungkin ada juga yg terasa nanti....tp yang terasa tu diam dan pandang jer!



CK : Cakap siang pandang2...cakap malam dengar2!!

3 comments:

  1. konklusinye orang tu jeles. tu sbb die ckp camtu. huhu.

    ReplyDelete
  2. manusia memang suke mencari kelemahan orang lain awk....padahal diri sendiri pun xperfect....mudah melemparkan kata2 yg tidak berasas tanpa memikirkan impak....tu la manusia....selalu angkuh dengan diri sendiri...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!