Saturday, February 5, 2011

Nak Sangat Layan KHURAFAT : Perjanjian Syaitan!!

Assalamualaikum....

Balik dari layan movie KHURAFAT : PERJANJIAN SYAITAN! Ketaq pun belum habis lagi. Tu lah galak sangatkan nak tengok. Kecut perut teringat hantu tadi....


Dari mula start tayangan movie nie sibuk Encik Abie bermesej ajak tengok. Yang tak boleh tahan ajak tengok midnight kau! Saya nie kalau bab cerita hantu seram menyeram ni memang kurang gemar. Takut susah tido malam. Cerita seram campur mistik yang kat tv berlambak pun saya tak tengok....

Sebelum balik cuti ke utara Encik Abie dah dok remind pasal movie Khurafat ini. Saya kata ikut sukalah. Kalau nak tengok saya layan jelah. Muka buat-buat berani. Dalam hati takut. So, malam tadi dia remind lagi. No hal...tapi tengok sianglah saya cakap.

Malam tadi saya terus online GSC. Tengok kat Alamanda je....dekat skit! Terus beli 2 tiket utk jam 1 tengahari tadi. Jemput Encik Abie dari office terus pi Alamanda! Tepat jam 1pm sampai kat sana.

Sekali kau...boleh tahan seram jugaklah! Sampai ada orang tutup-tutup muka dgn kotak pop cornlah. Buat-buat tidur time hantu keluaq! Adeeh....dia yang beria-ria nak tengok dia plak yang berlakon tido lebih. Saya tak suka cerita hantu...lepas nie kalau boleh takmo lagi tengok cerita hantu cenggini. Kalau Hantu Kak Limah tu...ok jugaklah!

Encik Abie cakap bomoh nie memang hebat! Siap simpan mayat depan-depan tuh. Tak pernah tengok movie yang ada bomoh buat cenggini. Berani sungguh!

Part ni cam seram semacamlah. Masa van jenazah jatuh kat gaung dia boleh dukung ex-gf dia. Huh! Tiba-tiba jadi hantu...opocot kau...sib baik tak berterabur pop-corn dalam panggung tu hah!

Nak sangat layan cerita Khurafat ni kan....terus Encik Abie tak jadi balik office sambung keje. Tiba-tiba plak malaskan...ke takut...he he he he!! Terus dia nak balik rumah....

Saya bagi 4 bintang untuk cerita nie.....bolehlah buat orang terkejutkan! Dari awal sampai habis cerita....asyik hantu jer yang keluar....



CK : Jangan ajak dah tengok movie camnie...

2 comments:

  1. hihih..ni yg nak kena serbu nih. hahah

    ReplyDelete
  2. seriesly, cerita seram ni antara yang terbaik

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!