Monday, March 14, 2011

Resepi : Udang Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum....

Sejak 2-3 menjak nie saya rajin masak untuk buat bekal pergi kerja. Jimat bajet kononnya. Dan faktor lain adalah makanan kat kafe macam dah kurang kick! Dah tak mabeles macam mula-mula dulu. Tapi makanan kat kafe tu tetap habis. Mungkin tak kick + mabeles bagi saya. Bagi orang lain yang pergi masih ok! Lagi satu...kalau lambat cepat sangat makanan habis....yang paling tak suka kalau makan pagi....mee goreng, beehon goreng...kuewteow goreng semuanya kosong! Tak ada fishcake ke hape ke ayam jauh sekali la....uiks...dekut sungguh!!

So, bagi menjimatkan bajet dan memenuhi selera tekak sendiri...SAYA MASAK! hu hu senangkan...letak je apa yang suka letak. Yang nak makan pun tekak sendiri. Jumaat lepas memandangkan waktu rehat adalah panjang, saya balik rumah untuk masak makanan tenghari. Selongkar peti ais ada udang. Lepas tu masih ada baki cili api yang telah diblend! Apa lagi terus buat UDANG MASAK LEMAK CILI API!

Masak lemak ini sangat simple! Anak-anak pun boleh buat. Ini adalah versi budak baru belajar. Sapa-sapa yang baru belajar masak silalah cuba. Style masak-memasak saya memang simple. Saya cuma nak memenuhi minat memasak sahaja dan masih dalam tempoh pembelajaran serta membaiki keupayaan memasak. Kalau yang berminat dengan resepi ini, silalah cuba....

Bahan-bahan :
  • 15 ekor - Udang saiz sederhana besar
  • 10 biji - Cili Api Kampung
  • 5 ulas - Bawang Merah
  • 1cm kunyit
  • 2 biji tomato [ dibelah 4 ]
  • 1 kotak santan [Sebaiknya guna santan segar. Saya guna apa yang ada shj]. Kalau guna santan kotak, campur dengan sedikit air dan kacau.
  • Asam keping [Sekeping cukuplah]
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:
  • Cili api + bawang + kunyit diblend dengan sedikit air
  • Panaskan minyak dalam periuk
  • Bila minyak dah panas masukkan bahan-bahaqn yang telah diblend
  • Kacau dan kacau sehingga cili masak
  • Bila dah naik minyak masukkan udang...kacau sebati
  • Kemudian masukkan buah tomato...kacau sebentar
  • Masukkan santan...kacau lagi
  • Masukkan garam dan asam keping
  • Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih...kemudian rasa kuah ok tak dengan lidah korang
  • Kalau rasa dah ok....boleh tutup api! Bersedia untuk dijamah!
Ini adalah hasilnya! Udang masak lemak cili api! [memang berapi!]
Komen yang diterima : SEDAP + PEDAS
Pesanan yang diterima : "Lain kali kalau nak masak lemak cili api, buat pedas mcm ini tau!"
Terus perasan tahap ke-7 ....ha ha ha ha

Yang tengah yang hitam semacam itu adalah ikan kering yang telah digoreng dengan cili api + hirisan bawang besar

Telur dadar special + hirisan daun kucai + hirisan bawang besar + lada sulah!
[Telur dadar ini tak perlu resepi...semua orang dah pandaikan??!!?]



"SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA!"



CK : Sebenarnya saya nak masak kari udang. Tapi ubi kentang plak dah habis. So, sudah tukar jadi masak lemak. Oklah .... janji boleh makan!

3 comments:

  1. ambik kau perut, terus lapar ni ha, heee. :)

    ReplyDelete
  2. cik kamoo,.pehh,sedapnyerr lahai,.CN pose rni,so tgk gmbo2 mknn ni,trliur la plak,.ekekek

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!