Thursday, April 14, 2011

Baik Belum Tentu Suka!

Assalamualaikum....

"Orang yang baik dengan kita belum tentu suka kita...wachaaa"

Status FB adik saya! Ada benarnya. Perasan tak ramai orang yang baik dengan kita, tapi dalam ramai-ramai tu belum tentu semua tu sukakan kita. Kadang-kadang baik mereka bersebab. Ada sahaja yang mahu menempek atau menumpang apa yang kita ada. Berburuk sangkalah pulak ....! Sebenarnya ini bukan buruk sangka...cuma bercerita realiti manusia yang berhampiran dengan kita. Itu sahaja...

Saya pernah lalui. Bila senang rasa ramai kawan. Mulalah kita rasa..."wah! ada lawan kawan-kawan rupanya aku nie, kalau tersepit bolehlah minta tolong". Rupanya bila sedar...kawan yang ada tu semasa kita senang sahaja. Bila kita tengah mengalirkan airmata...tersepit dan disepit ketam sesaknya kehidupan ini, pusing kiri kanan, tinggal berapa kerat jer kawan yang benar-benar kawan! Itu pun bilang sebelah jari pun tak lepas. sangat sedih!

Dipergunakan oleh kawan-kawan sendiri pun dah biasa! Nasihat saya berhati-hatilah memilih kawan. Kerana bukan semua orang yang baik dengan kita sangat sukakan kita dan anggap diri kita adalah kawan. Kadang-kadang mereka ini berbaik di depan, pantang kita toleh skit ke belakang dah mula bercerita buruk perihal diri kita. 

Saya ingat lagi masa di kampus, saya ada seorang kawan yang cukup baik. Memang berkepit jer dengan dia. Dia susah saya tolong. Masa tu saya ada motor sendiri untuk ulang alik ke kelas. So, adalah pemboncengnya. Saya pula jenis tak kisah dan tidak berkira. Dia pun pernah menumpang di rumah mak ayah saya selama sebulan lebih. Makan semua mak ayah saya tanggung. Kira memang dah kenal rapat. Bila habis belajar ... masing-masing bawa haluan sendiri.

Disebabkan saya menganggap dia adalah kawan baik! Saya selalu contact dia kerana masing-masing berjauhan. Dia di utara dan saya di KL. Hinggalah selepas setahun ... saya call dia tidak pernah dapat. Rupanya dia dah tukar no. hp! Tak pula bagi kat saya nombor barunya. Kemudian saya terhegeh-hegeh call no. rumahnya di kampung berkali-kali. Siap tinggalkan pesanan kat mak dia untuk call saya semula. Sampai hari ini dah hampir 10 tahun ... dia tak pernah pun call saya. Sedih! Sebab saya dengan dia sangat baik. Last sekali saya dapat cakap dengan dia sebelum bertukar no. hp....dia cakap dia malu kerana tak dapat kerja yang setaraf dengan degree yang dia ada masa tu. Kerja pun biasa-biasa katanya.

Pelik saya! Apa yang nak dimalukan. Sedangkan saya pun kerja sambilan jer time tu. Memang jenuh nak cari kerja. Kalau fikir malu sampai lupa kawan...memang tak logik Lainlah saya nie jadi pegawai besar ke hape ke time tu. Sedangkan saya pun kerani cabuk jer! Skang pun saya masih ingat kawan-kawan biarpun ada la pangkat cenonet skit. Call dan ber'FB' selalu .... Ada juga kawan-kawan saya yang jadi surirumah berijazah jer lepas habis study! Masih calling-calling pun. Takda malupun! 

Saya cuma terfikir ..."mungkin dia tak mahu berkawan dengan saya lagi!". Yelah dulu saya boleh bawa dia pi kelas naik motor comel saya tu. Skang nie apa lagi khidmat saya yang diperlukan dia....Tak ada apa-apakan! Kalau terjumpa saya pun tak tahu dia masih cam lagi tak wajah saya yang comel chubby nie.

Maca-macamlah cerita yang saya telah lalui berkaitan dengan kawan! Paling best saya selalu perasaan orang yang baik dengan saya tu memang suka saya...rupanya TIDAK! wuaaaawuaaaa ..... sedih akak tau dek non oi!! Ada juga yang baik dengan saya sebab nak makan maggi sebungkus, bila dah dapat makan maggi tu...terus blah! Esoknya datang kerja boleh pula tak bertegur sapa dengan saya. Haishhhh .... apalah.....

Tak kisahlahkan korang nak buat apa wahai kawan! Asalkan korang bahagia, tapi ingat .... bila orang dah berbaik dengan kita, ikhlaslah menjadi kawan! Ye tak???


CK : Kawan yang benar-benar kawan .... bila dia di samping kita masa susah dan senang! dan sanggup terima kita seadanya. Dia tak akan complaint pun kita kalau kita suka makan ayam je....atau suka gigit kuku jari kaki tangan! Ha ha ha ha .... Inchik Babah, jangan marah ye! Gurau-gurau je

5 comments:

  1. dia lupa kot dia ada kawan cm CK. :)

    ReplyDelete
  2. betul..
    org yg baik dgn kita belum tntu org tu suka kt kita, means ikhlas laa..
    maybe dia ada niat lain or nak amik kesempatan..

    tp hati org kita tak taw kan..

    ReplyDelete
  3. Mizz Sue > he he he .... agaknye

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!