Friday, April 8, 2011

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

Assalamualaikum....

Artikel menarik ini sesuai dan amat berguna kepada mereka yang berkahwin dan akan berkahwin! Amat sesuai untuk lelaki yang bergelar suami dan bakal menjadi suami. Baca dan faham serta ambillah kebaikan daripadanya.

Mungkin dengan kebaikan di dalamnya dapat mengekalkan sebuah ikatan suci di antara dua hati yang berbeza. Bila saya baca artikel ini dan saya cuba fahami mengikut permahaman sendiri .... ada betulnya. Dan ada kaitan dengan apa yang ibu pernah cakap dengan saya dahulu. Untuk mencari pasangan, carilah mereka yang membolehkan kita rasa selesa berada di samping. Bila kita tiada dicari dan dirindui dan bila dia tiada kita merasa kosong dan ingin diisi olehnya!

Carilah teman hidup yang boleh menemani kita 'bersembang' sepanjang umur dengannya. Yang mampu menerima senyuman kita seadanya biar ribuan kedutan menjelma di wajah tua. Yang mampu menongkat di kala diri sudah membongkok. Susah untuk dijumpa, tapi pasti ada ....

Bacalah artikel di bawah ini dan fahamilah sendiri ....


++++++++++++++++++++++++++++++


Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

SUAMI ITU LELAKI

  • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
  • Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

  • Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Kenapa Pentingkan Suami Berbual-Bual Dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.

KESIMPULANNYA:

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.

2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir



CK : Amat memerlukan pendengar yang baik di saat ini! Siapa yang sudi...??

7 comments:

  1. akak...sy sudi jd pendengar setia akak... =)

    ReplyDelete
  2. bagus artikel ni. :) nak kan pendengar yg sudi dgr? taip je kat entri, nanti KAMI baca, heee. :)

    ReplyDelete
  3. artikel ni patut di baca oleh semua..
    mmg mcm ragam dn kerenah dlm idup ni..
    susah sgt bila kita nk pikir mana yg terbaik kepada yg terbaik,..

    apa yg kita dpt nt redha aje lerr..
    dpt abg polis ag best kan..dpt naik kete sport..kihkih

    ReplyDelete
  4. betul3.. komunikasi tu penting ;)

    ReplyDelete
  5. Mizz > Thanks ya

    Kami > Thanks juta2 kali ngan awak

    Qaseh > ada ke abang polis yg bujang trang tang tang .... ha ha ha

    Ardini > Komunikasi .... nk sembang selagi hayat ada dgn si dia. Tak mau rumahtangga jd kaku

    ReplyDelete
  6. yes,, suke entry ney,,
    paling suke part ney :
    '. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

    mendengar je dah ckop baik taw utk sophie =)

    ReplyDelete
  7. salam...

    harap saya tak berubah bila kwin nanti..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!