Tuesday, May 17, 2011

Cuti-cuti Malaysia Siri 2 - Sarawak Part 2

Assalamualaikum ...





Kita sambung pasal CCM yang CK cerita hari tu kat SINI ... Jenuh jugalah CK nak sambung part 2 nie. Rasanya kalau ikut gambar yang ada banyak lagi part nak cerita. Ini baru part 2, tapi gambar dah berjela. Lambat update sebab CK nie suka dok edit pic skit-skit. Amik masa jawabnya. Tak payah merapu panjang-panjang. Kita terus pada cerita sebenarnya.

CK ke Kuching beramai. Bukan bercouple ke hape. Ini siri jalan-jalan menyelam sambil minum air. Bajet punya travel. Tiket penerbangan mestilah AIRSIA. NOW Everyone can fly! So, akhirnya CK pun dapat fly ke Kuching Sarawak. Sebuah negeri dalam Malaysia yang telah menjadi impian sekian lama utk jejak kaki ke sini. CK memang suka SARAWAK sebelum CK sampai sini lagi. Tak tahulah kenapa ...


Sebelum check in, makan dulu! Sampai kat LCCT (Low Cost Carrier Terminal), 12.30pm sebab flight 1.50pm. Dah tahu penerbangan dari KUL ke KCH mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Wajib makan dulu. Memang dalam flight ada jual makanan, tapi tahulah makanan kat udara berganda mahalnya. Tak rasa pun Nasi Lemak Pak Nasser tu. Ramai yang cakap sedap. Sorry! nasi lemak bukan peberet. Lagipun sikit jer tengok harga RM12 kalau tak salah. CK makan kat Asean Kitchen. Mahal jugak. Biasalah harga kat airport.  Kuewteow soup yang kat atas tu RM9.90. Sentap ok ... tapi tetap layan sebab boleh tahan sedapnya!


Habis makan ... terus check in. Memang ramai orang time ni. Selalunya kalau CK balik kg naik Airasia, takdalah pula umat seramai ini ... tempat makan pun penuh tau. Melangut kat sini sambil ambil gambar ...


Saja je nak tunjuk tangga Airasia nie kat korang. Bukan niat untuk korang menjeles hokeh. Kalau tak ada tangga nie jawabnya pakai talilah naik kat kapal terbang tu ... ha ha ha


Nak ushar pramugara handsome nie...hahaha! Giler cuci mata ... tapi tak mau plak dia pandang camera. Pramugari Airasia ada juga yang sweet 


Okeh .. sudah di awangan. Nampak laut dan tumbuhan menghijau tu. Maknanya CK telah berada di balik awan. Ha ha ha. Best je dapat snap gambar.


Awan gebu! CK saja nak suruh korang layan gambar jew. Nak cerita banyak takut korang malas baca ke diri sendiri yang malas taip nie. Time nie boleh berangan ... kalaulah boleh lompat kat awan gebu nie kan best. Pergh...mau kena lempang sket!


Dah sampai Sarawak. Tengok sungai tu ... cantikkan! CK suka sangat tengok sungai nie dari atas ... sangat cantik ok. Masa nie kalau tingkap tu besar bolehlah terjun ... ha ha ha

Petempatan kat Sarawak. Apa yang CK perasaan kebanyakan penempatan kat sini adalah berhampiran dengan sungai dan laut. Alaah sama macam kita belajar Geografi masa sekolah-sekolah dulu, takkan dah lupa kot ...


Ini KUCHING INTERNATIONAL AIRPORT. Airport dia memang bersih dan cantik. Tapi toilet dia failed ok. Bau yang memang tak boleh blah ... Lebih kurang 3.30pm CK n geng sampai kat bumi Sarawak. Lepas tu kami ambil teksi kat airport tu untuk hantar ke hotel. Tambang RM26 sahaja. Murah ke? Oklah kan ...


Hotel Grand Margherita. Memang terbaik. Lokasi strategik. 20min perjalanan dari airport Kuching. Dekatlah kan. Berdekatan dengan Waterfront dan Kampung Boyan (tempat yang ada food court dan jualan kek lapis Sarawak). Hotel ini 4 bintang ye anak-anak. Memang  berbaloi. CK stay kat sini 4hari 3malam. Sebab tulah lupa langsung pasal kerja!


Ini bilik yang CK ambil. Cantikkan. Suka sangat sebab bilik dia amat selesa. Siapa da TV LCD 32' lagi. Memang best. Ngadap plak Sungai Sarawak. Memang sejuk mata memandanglah.

View bilik lagi ...

Dan lagi ...




Ada swimming pool. Betul2 ngadap bilik CK


Cantik sungguh! Macam mana gambar ... macam itulah tempatnya. Ini bukan indah khabar dari rupa tau. Kalau korang nak jalan-jalan ke Sarawak, pilihlah hotel nie, Janji puas hati


View ngadap bilik CK. Yang muncung tajam tu ... Dewan Undangan Negeri. Yang bumbung putih tu ... food court. Makanan sedap-sedap. Sebelah sana tu dipanggil Kampung Boyan. Nak ke sana kena naik sampan. Tambang RM0.50 je! Selepas 11pm baru RM1.

View sebenar hotel berkenaan...


Tengok tengah-tengah bandaraya Kuching ada yang menjala ikan. Kau ada? Tak ada kan ... he he he! Memang indahlah pi Sarawak.





Berdekatan tu ... Hotel Hilton. Kalau ada duit lebih bolehlah dok ctu ... balik Semenanjung terus kayap. Makanlah maggi hari2 ... he he he


Ok...dah part 2. Ada masa CK sambung part seterusnya .... tunggu ya!!



CK : Rasa nak pi sana lagi ... hehhehe

8 comments:

  1. terasa macam nak pergi je. :)

    ReplyDelete
  2. Kami > pergila ... best! itupun CK tak abis juga pusing

    ReplyDelete
  3. tak sabar dni nak gi sarawak! :D

    ReplyDelete
  4. wahhh !
    best gila !

    nak pegi nak pegi ~

    ReplyDelete
  5. Ardini > pergilah...tak rugi tau. Cuma masa CK pergi panas sgt

    No Answer > kumpul duit cepat ... he he he

    ReplyDelete
  6. waa... cam best je.. x penah lg sampai srwk.. tp seyes.. terasa lapar ble tgk kotiaw sup tu..

    ReplyDelete
  7. antara sarawak & sabah mana harus akak pergi dulu?..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!