Monday, June 13, 2011

Banyak Benda Dalam Kepala ....

Assalamualaikum ...

Dah time balik pun! Tapi masih kat office. Kerja hari ini anggap dah siap. Malas nak pening-peningkan kepada. Sekarang nie tinggal sorang-sorang jer kat office. Gigih nau nak update. Heeeeee. Hari nie siap satu kerja mesti take 10 untuk layan blog yang saya follow. Untung ooo siapa yang difollow saya. Akan dijenguk hari-hari.

Sebenarnya banyak benda dalam kepala saya nak cerita. Nak buat entrilah kononnya. Sebab terlalu banyak benda sampai tak tahu mana satu yang nak dijadikan entri. Ish ... nampak nau tak sistematik! Kejap rasa nak cerita pasal budak-budak office dok cerita hantu. Kejap rasa nak cerita pasal mak. Kejap rasa macam nak taruk resepi .... ish banyak bendalah! Semua benda kalau boleh nak cerita dalam satu masa yang singkat ini.

Sudahnya saya sedang merapu di sini. Sementara menunggu sesiapa sudi teman saya balik. Heeeee. Manalah kawan saya yang satu tu. Tadi ada. Skang dah hilang. Ish! Macam chipsmore okeh.

Rasanya aircond office ni dah di off. Lebih baik saya gerak dulu. Bukan apa kot terbayang cerita kawan-kawan tadi masa lunch. Tak sanggup eh! Oklah korang sambung malam nie. Malam nie mungkin ada cerita kot ... tak pun nak sambung pasal CCM ke Kuching. Serius belum habis update lagi pasal tu. Lepas nak vote kawan mesra saya yang rajin join BENDA ALAH NIE. Ish. rajin nau dia nie.

Tiba-tiba aircond nie berfungsi balik??? caaaaaaaaaaaau dululah ... cam pelik plak. Banyak benda yang dalam kepala tu dah tinggal satu benda je .......... "NAK BALIK!!!!"



CK : Mana budak sorang nie ... tiba2 jer ilang!!

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!