Monday, June 6, 2011

Kerana Ia Bukan Semua ... Kita Harus Bersyukur PadaNya!

Assalamualaikum ...

Tak semua apa yang  inginkan kita akan dapat. Tak semua apa yang hajati akan dimiliki. Tak semua  yang disukai akan mengembirakan kita. Tak semua yang mengembirakan akan membahagiakan kita. Tak semua yang kita ada akan kekal buat selamanya. Itulah serba sedikit yang berlaku dalam kehidupan kita. 

Tidak banyak yang berlaku. Hanya sedikit. Tapi yang sedikit itu tetap memberi makna. Tetap mewarnai hitam putih kehidupan. Tetap akan ada buat kita menangis dan tersenyum. Tetap akan buat kita kufur nikmat dan bersyukur. Itulah kita. 

Hidup ini tidak lama. Pejam celik. Buka dan tutup mata. Kita akan tua. Garis-garis tua dan segala kedutan menjelma. Saat itu, kita mula terfikir amat bermaknanya kehidupan yang dilayari. Atau kita mula menyesali betapa dibiarkan masa berlalu pergi tanpa ada yang memberikan makna pada diri. Salah siapa? Diri sendiri!

Kerana ia bukan semua ... itu bukan alasan untuk kita tidak mensyukuri dengan segala nikmat dan rahmat yang diberi. Kerana ia bukan semua ... itu bukan penyebab untuk kita mencorakkan kegagalan yang hakiki. Kerana bukan semua ... kita harus menyatakan rasa syukur biarpun rahmat yang diberi sekecil kuman. Kerana kita adalah manusia. Jelas sekali kita adalah hamba. 

Kehidupan yang sesingkat ini usahlah dipersiakan hanya kerana ia bukan semua kita mampu miliki kerana Maha Pencipta lebih tahu segenap hati setiap hamba ... mana yang perlu dimakbulkan setiap doa yang dipinta!

Hanya kerana bukan semua ... jangan kita menyesali apa yang terjadi dalam kehidupan ini! Pasti ada hikmah yang tersembunyi ...


~menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - cik kamoo~



CK : Hidup harus sentiasa bersyukur ... dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara!

6 comments:

  1. jgn pernah berhenti bersyukur kpdNYA...^^!

    stuju..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian terbaik sis.
    Semuanya wajib disyukuri kerana itulah tujuan kita hidup.

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete
  4. jangan sesekali berhenti bersyukur, takut bila kita berhenti bersyukur, dan lalai, kita tak sempat nak bersyukur bila ajal dah tiba. :)

    ReplyDelete
  5. Soya > betul .... terus bersyukur

    Awan Biru > Terima kasih ... kongsi yg mana boleh je

    Bob > Tq singgah sini

    Umedia > Tq!

    kami > betul tu awak ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!