Sunday, July 10, 2011

Mentadbir Kehidupan Diri Yang Tak Seberapa

Assalamualaikum ...

Hujan renyai! Lama-kelamaan menjadi lebat dan kembali renyai semula. Membasah tanah-tanah Putrajaya seolah tanpa belas. Tapi sebenarnya tidak ... hujan ini satu rahmat! Bukan derita buat manusia. Percayalah ...

Dalam kepenatan menempuh hari dari bermulanya kokokan ayam. Di Putrajaya tiada ayam yang berkokok. Maaf. Ingatkan di kampung halaman sendiri. Memulakan hari sejak kedengaran azan Subuh memecah sunyi yang hening. Nikmatnya tidur. Berselimut "kulit babi" andai tidak bangun mengadap Tuhan dengan solat 2 rakaat yang tidak sampai setengah jam untuk dilaksanakan. Masih ramai yang menarik selimut ketika itu! Tidak kiralah mengatakan kulit babi atau gorila sekalipun. Nafsu tidur membuai segala rasa yang ada! Oh ... enaknya!

Sedang mentadbir hidup yang tidak seberapa. Panjat segala kesyukuran buat DIA masih bernafas turun naik menikmati hari yang indah ini. Walau tiada secawan teh atau nescafe panas di meja seperti yang dilakukan seorang ibu, hari ini perlu diteruskan jua! Bungkam sendirian bila celik mata masih ketiadaan teman. Oh! nikmat yang tidak harus dipersiakan. Sebolehnya ... hiduplah dengan penuh ketenangan. Teman akan datang dan akan ada bila sampai masanya!

Membasahi tubuh sendiri. Menunaikan segala yang wajib! Dan menghirup segelas air suam membasah tekak. Entah semalam mimpi apakah! Rasa kepenatan dalam tidur seolah tidur-tidur ayam! Sialan kamu mimpi ... nyah kau dari tidur ku yang indah untuk malam ini. Usah buat tidur ku semakin lelah untuk mimpi yang jadi hiasan tidur semata!

Meneruskan hari untuk mentadbir hidup yang tidak seberapa. Masih memanjat syukur buatnya! Terima kasih atas segala anugerah dan nikmatnya. Sedang orang lain minum pagi bersama keluarga ... aku telah menderumkan enjin kereta menuju ke tempat kerja!

Ya ... hari ini si penulis belog  bekerja! Sedangkan orang lain mungkin fikir untuk shopping atau berjalan bersama keluarga! Arghhh cemburunya ....

Apapun aku tetap berterima kasih kepada Tuhan .... masih menikmati hari yang penuh rasa bahagia ini! Syukur!


Terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!


CK : Senyum ... pasti indah duniamu wahai sayang!

2 comments:

  1. Like this one. ;)
    dan jangan lupa keblog kami pula. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!