Wednesday, July 27, 2011

"On the way la nie?"

Assalamualaikum ...


Ting! Pintu lif terbuka. Aras 4.

2 lelaki masuk. Pintu lif tutup. Tekan Aras 1.


Si lelaki 1 : "Lama tak nampak?"

Si lelaki 2 : *Senyum*

Si perempuan : "Ada ... cuma agak busy je!"

Si lelaki 1 : " Ni nak pergi mana?"

Si perempuan : " Hospital .... "

Si lelaki 1 : " Eh ... awak dah kahwin ke belum ar?"

Si perempuan : *senyum ... [dalam hati "dah takda soalan lain ke nak tanya!"]* Belum kahwin lagi!

Si lelaki 1 : "Oh ... on the way lah nie?"

Si perempuan : "Insya-Allah ..."



Ting! Aras 1. Lelaki 1 menamatkan soalan dan lelaki 2 hanya senyum sipu di sudut lif sebelum kedua-duanya melangkah keluar!. Si perempuan meneruskan perjalanan ke aras B. 

Ting! Aras B. Keluar lif. Menuju ke kereta. Hidupkan enjin kereta hitam kesayangannya dan memecut ke hospital! Si perempuan berlalu tanpa memikirkan pertanyaan si lelaki 1. Cuma bisik hatinya ... "biarlah Tuhan lakukan kerja Dia, aku cuma hamba ... apa sangat daya yang aku ada!"


Orang bertanya kita jawab. Orang mendoakan kita aminkan aje! Jodoh itu ketentuan Allah dan manusia seperti kita hanya berusaha. Walau mual bagaimanapun dengan soalan yang menggelikan telinga, si perempuan masih tersenyum! Dalam hidup kita perlu berusaha memenuhi apa yang kita inginkan semampunya, selebihnya terserah kepada Tuhan Maha Pencipta bagaimana ingin Dia tentukan buat hamba kesayanganNya!



Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present ~mr.kf~




Terima kasih baca!


CK : Penat dengan kerja ... minggu depan nak cuti balik jumpa mak ayah! Rindu ....

4 comments:

  1. semoga cepat mendapat jodoh ye. :)

    ReplyDelete
  2. amin kan aje lah kan.moga2 smpai seru.

    ReplyDelete
  3. tapi manusia perlu berusaha dan jangan berserah pada takdir je..hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!