Saturday, July 23, 2011

Tinggalkan Blogwalking Gara-Gara 10,000 Langkah! Harap Melangkahlah ....

Assalamualaikum ...

Nak update cepat-cepat pastu masuk tidur! Nanti saya nak kena bangun awal ... kul 4:00 pagi! Saya dengan Inchik Babah dah beria-ia nak join Cabaran 10,000 Langkah Anjuran Berita Harian esok pagi. Pendaftaran start 4:00 pagi hingga 6:30 pagi. So, saya dah menceceh esok bangun awal. Saya rela kejut kamu bangun walau beratus call sekalipun!


Pendaftaran 10,000 yang pertama akan dapat t-shirt! weeee nak jugak! Harap-harap mata akan terceliklah dengan sendirinya esok. Nak berjalan sesama pak menteri segala. Nak bergambar. Habis berjalan segala nak lawat dari booth ke booth pameran. Mesti seronok!

Borang pendaftaran pagi-pagi lagi saya dah isi siap-siap dan simpan dalam beg. Takut lupa ... cuma kasut sukan je belum jenguk lagi. Kejap lagi habis update belog baru jenguk kasut sukan. 

Esok pagi nak jalan pelan-pelan je. Tak perlu laju-laju. Bukan pertandingan pun. Berjalan untuk kesihatan. So, janji sampai ke garisan penamat kira dah oklah! Sorry ye korang malam nie tak dapat nak blogwalking. Esoklah yeeee .....





Kalau jalan camnie ... rasa laju semacam je


Camnie cam ok-ok jer! Senyum manis sekali ... 

Ini jalan ala-ala santai!


Oklah nak pergi beradu! Takut kang tak terbangun pulak. Nak jalan gaya macam mana esok pagi baru pikir. Sekarang yang penting .... tidur!!


Selamat malam ye korang!!





CK : Tanah kubur nie menakutkan....tapi bukankah hidup untuk mati!

3 comments:

  1. Good Luck for esk..
    Jgn xbangun ea..

    ReplyDelete
  2. mcm best je prgrm awak esok..nak ikuttt!!!

    ReplyDelete
  3. dah bangun kah..haha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!