CIK PUAN BELOG KAYA RAYA

Cik Kamoo. Seorang isteri yang kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary & Kadang-Kadang Extraordinary. Loving person. Loyal. Hakikatnya seorang yang pendiam. Suke gigit kuku dan order air suam. . Love traveling, cooking & blogging. Suka pada kerja sendiri. Part time blogger. Atkiners. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.

Belog yang asyik tayang gambar makanan sedap, sederhana sedap dan kurang sedap. Walaupun cik puan belog nie bukanlah pemakan sangat pun oghangnye. Harap maaf kalau semua ini buat korang terliur!

MEREKA YANG KAYA BERJAYA!

Monday, August 8, 2011

Puasa Di Kampung Kecik-Kecik

Assalamualaikum ....



Alhamdulillah selamat juga saya bersahur. Hasil kejutan adik sendiri. Kalau tak mahu terbabas lagi sekali. Asyik mati sementara yang panjang je skang nie. Nak kata penat takdalah pulak. Macam-macam hal betul. Ok stop pasal itu. Ni nak cerita pasal puasa di kampung masa kecik-kecik.


Tiba-tiba semalam lepas berbuka puasa teringat akan hal ini. Masa kat kampung hari tu memang dah teringat dah. Kisah lama-lama yang tak berulang buat hati ni macam sedih pun ada. Apapun terima sahaja dengan hati yang terbuka. Zaman dah berubah.


Dulu masa kecik, kalau bulan puasa ... tak perlu pun nak masak sampai 2-3 jenis kuih/cucur. Satu jenis kuih pun dah cukup. Tapi time berbuka boleh jadi sampai 3-4 jenis kuih/cucur. Dulu, sebelum masuk time berbuka mesti ada sesi tukar menukar juadah. Meriah. Saya dulu kalau mak suruh pergi hantar juadah laju je pergi. Siap boleh pilih rumah sapa nak hantar. Seronok. Tunggu dalam 10 minit macam tu pasti ada anak jiran datang rumah kita balas juadah yang kita hantar. Memang menariklah zaman tu.


Kadang-kadang berlari-lari saya pergi mengantar juadah ke rumah jiran. Jatuh tergolek pun pernah.  Kalau dah jatuh tergolek, patah balik rumah tukar juadah yang baru plak. Habis juadah tadi dah jatuh ... sapa pulak nak makan melainkan ayam-ayam dalam reban tu. Biasalah budak-budak apalah sangat yang dia tahu. Fikir pun belum jauh lagi, kira nak cepat je. Balik rumah time berbuka tu boleh pilih-pilih juadah mana yang best. Yang mana yang best yang tulah cepat habis. Pastu siap berebut-rebut dengan abang dan adik-adik. Ya-Allah indahnya dan bahagianya masa tu! Serius rindu.


Itu adalah kenangan dulu yang dah tak ada sekarang. Saya balik kampung beberapa hari lalu pun takda lagi sesi tukar juadah berbuka puasa. Anak-anak jiran yang selalu berlari-lari tukar juadah dengan saya pun dah tak tinggal kat kampung lagi. Masing-masing dah besar ... berumahtangga dan sudah ada kehidupan sendiri. Keindahan zaman saya kecik-kecik dulu yang mungkin sudah berkurangan dalam masyarakat sekarang. Makin berkurangan!


Masyarakat sekarang lebih sibuk ke bazaar Ramadhan dan beli juadah dengan tunjuk sana sini. Mengejar masa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Realiti. Sesi tukar menukar juadah semua itu dah tak ada. Kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tak kenal. Kalau zaman kecik-kecik saya dulu, memang tak merasa pun nak ke bazaar Ramadhan beli juadah. Ayah sahaja yang pergi. Itupun setakat beli air laicikang 2 bungkus atau murtabak. Itu sahaja menu yang akan dibeli ayah sampai sekarang. Kalau mak tak buat murtabak, makanya ayah akan beli. Lain-lain juadah semua mak masakkan sendiri. Sebab itulah saya tak pernah merasa kuih karipap yang dibeli! Tak pernah. Cuma bila umur saya 25 tahun dan terpaksa berhijrah ke KL, barulah belajar beli kuih muih. Bila 25 tahun hidup dengan masakan dari air tangan mak, makanya kebanyakan makanan siap dibeli tak berapa serasi dengan tekak saya. Boleh makan ... tapi tak selaju mana!


Itu cerita dulu-dulu. Anak-anak buah saya pun tak merasa kenangan yang saya rasa. Habis nak tukar juadah berbuka apanya kalau jiran memang 1Malaysia. Ada Cina dan India. Bila difikirkan alangkah indahnya kalau era begitu diteruskan dalam masyarakat sekarang. Kalau ada pun sekarang mungkin boleh dibilang dengan jari. Dah tak ramai lagi dah yang berbuat demikian. Tambah lagi kat bandar!




Ini karipap yang mak buat hari tu. Rindu. Semalam mak call, "mak lupa kirim karipap kat anak mak!".



Oklah ... nak siap-siap pergi kerja. Sekian lama bercuti hari ini baru nak start kerja balik! Terima kasih baca hingga titik yang terakhir!




CK : Petang nie ... nak masak lagi ke ar???

2 comments:

  1. part tukar-tukar juadah tu stuju sgt...best! ;p

    ReplyDelete
  2. Sekarang nie, walaupun ada jiran Melayu, nak nampak muka pun susah. Apa tah lagi nak bertukar juadah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!

CERITA HOT SPOT!!