Sunday, September 11, 2011

Masalah Besar Untuk Aku!!

Assalamualaikum ...


Cuti raya aku seminggu. Seminggu sebelum raya, hati aku semua dah kat kampung. Tinggal jasad yang tak berapa tinggi dan sedikit gems kat office. Kerja aku buat endah tak endah je ... buat bagi siap, tapi memang lambat. Tambah pula seminggu sebelum balik kampung aku sibuk ke sana sini. Siap itu. Siap ini. Mengalahkan orang yang dah ada suami dan anak. Serius.


Dan, dah masuk seminggu juga aku bekerja selepas raya, esok pula dah masuk minggu kedua. Malangnya bagi aku, semua mood kerja aku tertinggal kat kampung. Termasuk hati aku pun ada kat kampung juga! Hati aku masih beraya kat kampung lagi. Agaknya selagi tak cukup 30 hari  Syawal mungkin hati aku tak balik kot. Memang masalah besar untuk aku sekarang nie.


Mana tak masalahnya, bila masuk office, kerja jangan cakaplah ... aku rasa berlambak. Aku mula buat-buat tak nampak. Dari seorang yang positif tersangat pasal kerja, aku mula merungut sikit-sikit. Ada sahaja aku nak ngomel diam-diam dalam hati. Buat kerja pun macam ikhlas tak ikhlas je. Jujur! 


Aku risau kalau-kalau sifat buruk aku yang tiba-tiba nie melarat ke satu tahap yang aku tak mampu nak hadapi. Baru seminggu aku persiakan masa aku di office, dan aku mula mencari jalan secepat mungkin untuk hapuskan mood malas kerja! Aku bencilah bab-bab malas nie. Tambah-tambah aku taknak bila malas kerja aku jadi berlonggok!


Korang ada idea tak nak tolong aku sebaiknya idea yang paling bernas yang pernah korang buat untuk diri sendiri ... dan ianya menjadi?!? Aku serius nie! Sekarang nie aku sedang baca buku motivasi ... any experiences yang korang nak share dengan aku?? Silakan ... aku amat terima kasih jika korang sudi membantu!


Thanks for sharing and thanks for reading too ....




CK : Sunyi pulak rasanya hari ini ...

5 comments:

  1. kerja melambak sekalipun always think positive...dan jika rasa tak tahan sangat, amik wuduk dan solat sunat..tak pun pergi tenangkan diri...
    if kita sentiasa fikir positif insyaAllah dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  2. Nizam > thanks a lot! sy akn cuba

    ReplyDelete
  3. sifat M ni mmg tk lari drp kehidupan kita..

    kawal & cuba fkir positif n lawan perasaan M nie :D

    ReplyDelete
  4. Shafazie > tulah ....nk buang jauh2 sifat M nie, akan menyusahkan diri kalau dibiarkan

    ReplyDelete
  5. Kalau Awan, Awan suka paksa diri. kalau penyakit tu dah datang, Awan pergi kacau orang buat kerja. Lama-lama, hilang malas tu. Itu bagi Awanlah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!