Sunday, September 11, 2011

Teringat Ke Rendang Ayam!

Assalamualaikum ...



Tukar kata ganti nama saya ke aku lagi! Tiba-tiba nak cari feel menulis cara terlampau. he he he. Dalam keadaan ibu jari kanan sakit-sakit, masih lagi nak menaip. Apa kehallah. Tak reti ke nak bawa berehat jari tuh??


2-3 hari nie, lidah aku asyik nak rasa dan tekak aku pula rasa nak menelan rendang ayam N9. Sejak dah tahu cara masak rendang nie, boleh dikatakan bila teringin je aku buat sendiri. Nak kata sedap itu idaklah, tapi lepaslah rasa kempunan. Time nielah aku rasa tak ruginya belajar, walaupun ambil masa yang lama untuk tunggu siap dimasak!


Sehari sebelum puasa hari tu, aku dan MB (malas nak tulis penuh lagi Inchik Babah ... jari sedang malas, so tukar kepada Mr. Babah - MB) selinsing lengan siapkan bahan-bahan untuk mantai. Dulu aku tak tahu pun apanye mantai nie, sebab sebelah utara sana rasanya macam takde pula istilah mantai nie. Masa MB ckp aku pun menjakunlah bab mantai. Katanya mantai nie lebih kurang makan besar jugaklah. 


Kami buat rendang ayam N9 sampai 2 ekor ayam dan kebetulan nak bagi dekat mak MB yang jaga ayahnya yg sedang sakit masa tu di hospital (ayah MB dah meninggal dunia pada Hari Raya Ke-4 yang lalu - Al Fatihah). Selebihnya bahagian untuk kami berdua dan adik beradik masing-masing. Rasanya kami kot yang makan lebih. Dah 2-2 memang minat giler dengan rendang ayam nie!




Ini rendang ayam yang aku dan MB buat sehari sebelum puasa. MANTAI. Tapi raya baru nie tak sempat pun aku nak tunjuk skill masak rendang kat kampung. Sibuk dengan persiapan majlis raya ke-3. So, rasa teringin nak makan rendang ayam tu aku pendam je sorang-sorang. Masa aku tolong mak sehari sebelum raya untuk bersihkan 10 ekor ayam, dah rasa macam nak cilok ayam tu untuk dibuat rendang. Nasib baik sempat kawal kesabaran. Ayam tu untuk menu lain yang abang akan masak! Masa tu memandang ayam dengan penuh kesayuan ... alahai melepaslah nak makan rendang di Hari Raya!


Sampai hari ini aku masih teringat kesedapan rendang ayam tu! Eh! sedap ke? Bolehlah sedapnya bagi lidah aku nie. Teringin nak makan rendang meluap-luap 2-3 hari nie. Bertambah sedap kalau makan dengan nasi impit. Pastu tuang sikit kuah masak lemak atas nasi impit tu .... dijamin tak pandang orang kiri kanan, depan belakang dah! Kan aku dah cakap hari tu, aku nie memang dah jatuh cinta dengan orang makanan Negeri Sembilan! hu hu





Antara menu mantai sebelum puasa hari tu! Rendang Ayam Negeri Sembilan, Ayam Masak Lemak Cili Api dan sayur campur blackpepper. Pulun makan tak hengatlah masa tu. Bilalah nak buat rendang ayam lagi ni? Rasa dah terliur sangat dah lidah nie???



Ada sapa-sapa nak tolong gorengkan kerisek ke? Bab nielah yang tak boleh blah....goreng kerisek nie pasti-pastinya buat tangan lenguh tak hengat. Tapi bila makan...memang sedaplah! Ada masanya aku lupakan bab lenguh tangan goreng kerisek kalau dah nak makan sangat ....



Uih! mengidam sungguh ..... camne nie?? Malas nak sambung tulis lagi. Nafsu serakah nak rendang ayam dah melampau. Thanks datang sini and thanks for reading ya!




CK : 2-3 hari ni apesal tak selera nak makan nasi! Hari ini cuma makan mee goreng dgn ayam panggang je siang tadi. Napelah pulak??

7 comments:

  1. perh!kecuq ayaq lioq. haha. rendang N9 ni pedas x?

    ReplyDelete
  2. Walalalalah, kecur air liur den nengoknya. Raya lepas pun famili Awan rancang nak masak Rendang Ayam tapi kerisik pula tiada. Nak goreng sendiri sibuk pula. Dari Rendang Ayam jadilah Serunding Ayam. Kalau nak goreng kerisik, api dia tak boleh kuat sangat kang nanti hangus sebelah.

    ReplyDelete
  3. suka > memang pedas nie. guna cili api kampung, kalau guna cili akar tu...tak sedap jadinye

    Awan > jomlah kita wat ... he he he

    ReplyDelete
  4. perghhh.. terliur aida tengok! 0.0

    ReplyDelete
  5. Aida > ini baru tgk...lom makan lagi. dah makan meleleh nie

    ReplyDelete
  6. Sodap kan..hehhee like2 masak lomak cili api..:D

    ReplyDelete
  7. Shafazie > heheh kita pun 4juta like masak lomak nie

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!