CIK PUAN BELOG KAYA RAYA

Cik Kamoo. Seorang isteri yang kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary & Kadang-Kadang Extraordinary. Loving person. Loyal. Hakikatnya seorang yang pendiam. Suke gigit kuku dan order air suam. . Love traveling, cooking & blogging. Suka pada kerja sendiri. Part time blogger. Atkiners. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.

Belog yang asyik tayang gambar makanan sedap, sederhana sedap dan kurang sedap. Walaupun cik puan belog nie bukanlah pemakan sangat pun oghangnye. Harap maaf kalau semua ini buat korang terliur!

MEREKA YANG KAYA BERJAYA!

Monday, October 3, 2011

Jalan, Order dan Makan : Mee Udang Banjir Mak Jah @ Wangsa Maju

Assalamualaikum ....



Siri JOM (Jalan, Order & Makan) aku dan MB nie rasanya selepas 2 minggu raya kot. Terperuk aku simpan gambar yang ada. Sepatutnya aku update siri JOM nie dulu sebelum aku update yang INI! Tapi tak apelah, mana-mana pun boleh janji bahagia. hu hu. Dalam entry nie aku dah janji nak cerita kat korang lokasi makan yang tak berapa best bagi tekak aku. Diulang ... TEKAK AKU JE!


Mungkin lokasi makan ini best bagi sesetengah orang. Sebelum pergi memang aku google dulu mana-mana blog yang menceritakan perihal lokasi makan nie. Majoriti cakap sedap! Sedikit sahaja yang cakap ala-ala bolehlah ... Tapi tak semestinya majoriti itu betul ... ye dak??


Setelah menggoogle dan mendengar cerita dari kawan sendiri, terus aku beriya nak ke sana -----> Mee Udang Banjir Mak Jah di No. 22 Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju KL. Restoran ini adalah cawangan dari Mee Udang Banjir Mak Jah yang terdapat di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Perak tu.


Sebelum ini aku dah pun sampai ke Kuala Sepetang dan makan mee udang di sana! Tapi bukan kat kedai Mee Udang Mak Jah. Aku makan kat Mee Udang Mak Teh ... kampung yang sama! Mee goreng udang Mak Teh memang sedap dan terbaik berbanding mee udang bagi aku and kawan-kawan yang join masa tu. Kalau tak ... takkan sampai up sorang 2 pinggan!


Masa kat Restoran Mee Udang Banjir Mak Jah Wangsa Maju, aku order nasi goreng udang special dan MB order mee udang goreng special. Sebelum order tu aku tanyalah apa beza special dengan yang biasa. Tahu apa pelayan tu cakap? Special ... udang dia semua besar-besar! Biasa ... udang bersaiz sederhana!


Close up gambar yang blurr nie! Tangan gigil sebab lapar sangat, lepas tu kecewa sebab tak sedap! Korang nampak udang macam besarlahkan? Kata special udang besar ... cuma ada 2 ekor sahaja udang yang benar-benar besar, lepas tu dia campur 8 ekor udang saiz sederhana. ggrrrrrrrr! Harga untuk special RM12.00 dan yang biasa kalau tak salah aku RM8.00. Kalau korang makan kat Kuala Sepetang ... special RM10.00, udang memang besar-besar punya! Fresh lagi!




Mee goreng udang special yang MB order! Satu suap terus dia cakap tak sedap. Rasa macam mee kicap katanya. Aku pun test ... huuuu memang failed kat tekak aku. Sorry ye Mak Jah Cawangan Wangsa Maju. Memang tak pergi dah kot. 




Ini nasi goreng udang special aku yang punya! Aku lagilah rasa sadis. Nasi goreng dia suam-suam kuku. Pastu rasa macam nasi goreng yang baru dipanaskan semula. Saiz udang besar ada satu sahaja, lain-lain semua sederhana! Tak hancur hati macam nie. Dahlah datang dari Putrajaya. Lalu jalan yang amat jammed kat MRR2 lagi.  Sesat barat lagi. Sudahnya ... semua cerita yang aku dengar tu indah cerita dari rasa!


Disebabkan rezeki sudah depan mata, MB cakap ... "makan ajelah, ini rezeki Tuhan bagi pada kita malam nie. Syukurlah!"


Nak kata apa lagi. Aku pun makan dengan penuh tertib. Sudah makan aje ... terus ajak MB balik dengan rasa kecewa. Rasa macam nak je ajak dia singgah mana-mana restoran tomyam area Bangi sebelum balik. Aku rasa amat lapar sangat. Tapi bila fikir aku dah banyak nyusahkan dia  untuk memenuhi permintaan aku, aku diam ajelah sepanjang jalan! Aku tak boleh terlalu mengada-ngada, sebab sebagai sahabat, dia dah banyak memenuhi hajat aku ... antara cepat dan lambat sahaja untuk aku menerima!


Masa berjalan ke kereta nak balik, MB tanya aku dengan soalan cepumas, "nak datang makan kat sini lagi ke lepas nie?".


Hu hu soalan macam perli sedas ... sebab aku yang beriya ajak dia pergi makan kat situ. Aku geleng-geleng kepala masa dia tanya. Memang tak nak datang lagi dah kot! Terus dia cakap, next time nak makan sangat mee udang pergi Kuala Sepetang ajelah, boleh jenjalan sekali!


Kalau korang rasa ia sedap pada tekak korang ... terpulang! Tapi tekak kami rasa tak berapa nak okey. Bab nasi goreng aku yang suam-suam kuku dan keras tu aku tak boleh terima langsung! erghhhh.



Oklah .... nanti kita sambung cerita lagi. Lagi panjang aku taip, lagi geram rasanya. Untuk korang yang singgah baca kat sini ... thanks ya! Sayang korang ketat metat tau!




CK : Rindu Kuala Sepetang .... huuuuu!!

6 comments:

  1. Ape punye gile serve customer dgn makanan mcm tu? Mmg sadis!

    ReplyDelete
  2. wow, udang dia, melingkau-lingkau.

    ReplyDelete
  3. Ok.Berdebar jugak ni.

    Aku baru nak pegi merasa malam ni.Harapnya,sesuai dengan tekak aku.

    Cepat tolong aminkan.

    ReplyDelete
  4. hehehe Kjee tak nak cakap banyak2. nanti dosa. kjee yer kan jer apa yang awak tulis. memang kecewa sangat. anuway, korang baca pulak kat sini http://www.dapurkakjee.com/2012/01/jjcm-mi-udang-mak-jah-di-klsama-tapi.html. kjee taklah abrutal sangat/. hehehe

    ReplyDelete
  5. Simpan duit...mkn tempat lain he he...lega dpt info...

    ReplyDelete
  6. Simpan duit, mkn kt tempat lain...terima qaseh info...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!

CERITA HOT SPOT!!