Saturday, October 15, 2011

Kalau Hari-Hari Macam Ni Kan Best!!

Assalamualaikum ....



Happy weekend semua pembaca belog CK! Hari ini aku rasa happy banyak, sebabnya dapat bersantapan makan pagi dengan my mak and ayah aku. Dorang baru sampai Putrajaya jam 7.00am tadi. Aku pergi jemput kat Putrajaya Sentral. Merasa aku hirup udara pagi kat luar sana. Nyaman.





Lepas ambik mak ayah aku, sampai je rumah terus aku siap-siap masak. Masak yang mudah-mudah je. Sebabnya kami nak pergi melawat anak buah aku yang sakit tu kat KPJ Kajang. Pagi nie aku cuma buat nasi goreng kampung dan goreng telur dadar plus buatkan teh strawberry kat mak ayah aku. Mak ayah aku pula bawa ketupat palas, serunding ikan dan daging masak merah from kampung. Fresh maa!


Siap hidang makanan segala, tunggu ayah aku mandi nak makan bersama. Tup tup adik aku  yang bongsu dan anak buah aku yang cekonet nie balik. Adik yang bongsu nie semalam pi tidur rumah adik sulung aku. So, kami makanlah berlima pagi nie. 
 
 


Budak bajet artis, aku nak snap pic, dia siap-siap tutup muka. Tahulah hensem...
 
 
Sedap je makan beramai. Selera. Tapi aku makan nasi goreng tak adalah bertambah. Sebabnya semalam siang aku dah makan nasi, so aku kurangkan kuantiti nasi tu. Then aku up dengan sebiji ketupat palas. Sedap! Tapi takdalah aku beriya sangat makan .... sekadar alas perut. Karang aku nak makan lagi. Biar makan sedikit tapi kerap. Senang metabolisma bekerja keras untuk aku! ngeh ngeh ngeh.


Oklah aku nak siap-siap nak pergi hospital dengan mak ayah aku. Hari ini tak dapat aku masuk office. Aku nak spend time dengan family aku. Bukan selalu. Jarang sekali dapat. So aku gunakan masa emas dan berlian aku bersama mereka. Blog?? Petang atau malam kang aku jumpa belog nie balik ye!



Happy sangatlah hari ini! Kalau hari-hari macam ini kan best. Teringat zaman dulu-dulu. Makan pakai minum dijaga oleh mak ayah! Hu hu hu




CK : Nak masak apa untuk mak ayah aku nanti??

1 comment:

  1. perghh. ketupat palas!!! adeh.. ni yg ngidam ni. :B

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!