Friday, October 28, 2011

Resepi : Apam Aiskrim

Assalamualaikum ...




"Apam ... apam!! Special apam aiskrim. Sapa nak beli apam" ... ngeh ngeh!


Jual kuih plak malam-malam dikala hujan. Ada ke yang nak beli? Kalau nak beli apam yang aku buat nie, berbesar hati rasanya. he he he. Tengahari tadi aku buat apam aiskrim, tu yang beriya menjaja kuih malam-malam. Aku balik rumah tengahari tadi, maklumlah rehatkan lama sebab arinie Jumaat.  Nak pi Alamanda macam buang masa cari parking je. Tak tahu nak buat apa balik tadi, mula-mula layan lappy and tv. Hati pun cam masih sedih-sedih pasal ada yang mengecikkan hati aku siang tadi.


Untuk rawat hati yang dukalara konon-kononnya, dukalaralah sangat. Sebenarnye kecik hati sket. Tapi abaikanlah. Malas pula aku nak layan hati yang sedih tengahari tadi. So, aku decide buat terapi hati untuk diri sendiri. Asal tension ke ... stress ke ... hobi yang satu nie memang buat aku rasa tenang terlampau. Apa lagi kan ... masaklah! Minat aku skang nie cuma masak, blogging dan melancong. Lepas nie nak cari minat baru plak.


Sambil layan lappy tadi, aku google resepi apam. Jumpalah resepi tu kat blog Zaliana [JURNAL RASA]. Tengok resepi macam mudahlah yang amat, terus pergi dapur check semua bahan-bahan ada. Teruslah aku start buat apam aiskrim. Tak sangka menjadi pula dan lembut walaupun rupa tak secun apam aiskrim Zaliana. Terima kasih Zaliana share resepi tu. Sangat simple dan sedap! Jom aku share resepi nie dengan korang .... "SELAMAT MENCUBA YA!".




Resipi Apam Aiskrim
Sumber: Zaliana Jurnal Rasa
Resepi Dicuba : Cik Kamoo 


Tayang cup dulu ... untuk adunan bagi resepi nie, aku dapat lebih kurang 20 cup bersaiz seperti dalam gambar!

Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2) * CK pun letak yg sama
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda (CK guna ice cream soda)


Dah siap. Tabur choc rice sebagai hiasan. Kukus lebih kurang 15 minit dengan api yang kuat.

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)


* sebelum dikukus, aku tambah choc rice atas dia kasi cun, lupa pula nak letak filling blueberry sebab kalut sangat. 


Yeaaah! Apam Aiskrim yang lembut dan enak bagi mulut aku!



So, tadi dah siap-siap apam nie, aku tapaukan untuk June dan Mama Lulu. Untuk MB juga. Bagi kat June sebab nak pulangkan tupperware dia yang mahal. Lepas tu teringat kat Si Esya comel anak mama Lulu, yang dah lama aku tak jumpa. Pergilah hantar kat dia. Untuk MB pun sebab nak pulangkan tupperware dia bagi ikan merah masak lemak cili api. Sedap tul masak lemak cili api tu!



"Apam aiskrim untuk awak, esok-esok bagi masak lemak daging salai plak ye!"



Siap jugak projek apam aiskrim nie ... esok nak projek masak apa plak yek??






CK : Makan malam nasi kerabu plak ....

3 comments:

  1. eeee sedapnye..
    nak cuba laa buat laa esok :)

    ni entry trbaru ninie, jemput laa singgah ye http://kisahniniedora.blogspot.com/2011/10/pakaian-lelaki-yg-ohsemm.html

    ReplyDelete
  2. Ninie > sangat senang dear! cubalah

    ReplyDelete
  3. sedapnye..

    nice blog.. salam perkenalan.. ;)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!