Tuesday, October 18, 2011

Tips : Untuk Mendapatkan Sponsored Post Dari Nuffnang

Assalamualaikum ....



Tengahari nie aku baik hati sikit, nak bagi sikit tips untuk dapatkan sponsored post/advertorial dari Mr. Nuff. Aku nie jenis manusia yang suka tanya sana sini kalau tak tahu. Waima soalan itu agak nampak kurang cerdik pada sesetengah orang, aku tetap tanya kalau aku tak tahu. Tak tanya sesat jalan ye dak!


Kebanyakan bloggers yg dah otai motai ni cakap kalau dapat sponsored post memang untunglah. Laju je earning katanya. Macam Red Mummy selalu buat kat belog dia tu. Aku suka baca belog RedMummy sebab banyak cerita menarik termasuk cerita hantu! 


Disebabkan teringin sangat nak tahu pasal sponsored post dari Nuffnang, aku pun rajinkan diri hantarkan ticket kepada Nuff. Aku nak tahu macam mana nak dapatkan benda nie. Tak tahu tanya! So, bila orang lain bercakap takdalah mulut tu menganga aje ...


Korang kalau tak tahu apa-apa pasal Buffered Earning, Meter Earning, Kempen dan sebagainya, hantar saja ticket pada Nuffnang. Cepat atau lambat pasti akan dibalas. Jangan malu bertanya. Berbalik kepada sponsored post dan ticket yang aku hantar pada pihak Nuff, ini adalah jawapan yang aku terima;




Thank you for your interest in sponsored posts. A sponsored post is where a blogger is commissioned by the advertiser to post on a specific issue/item/event and so on in order to create hype for said item. The selection of blogs for sponsored posts is entirely dependent on the advertisers, where the advertisers will select blogs which meet their requirements of the target audience they would like to reach, and those blogs typically have traffic of about 1000 unique visitors a day or more.

Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd



Bila baca tang 1000UV sehari, memang belog aku tak mampu dapat sponsored post lagi. Setakat ini cukuplah dulu dengan BE yang ada. Apapun terima kasih kepada Nuffnang ... bagi BE pun dah cukup bahagia sebagai blogger. Ye dak?


Jika korang teringin nak dapatkan sponsored post berkenaan, kena rajinlah usaha bagi UV meningkat dan maintainkan UV berkenaan. Mana tahu kot rezeki korang boleh juga duit earning menulis belog ini menampung sana sini yang kurang, tak pun boleh disimpan untuk masa depan.



Terpulang kepada diri masing-masing! Hendak seribu daya ....

CK : Menulis belog rajin, nak bw kurang rajin ... mcm mana UV nak naik???

3 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!