Friday, November 4, 2011

Balik Kampung - Part [2] Rahmat DariMU

Assalamualaikum ...




Petang ini sepatutnya aku pergi main layang-layang dengan si Imran. Cadangnya nak pergi main di tepian tasik berdekatan Kelab Golf Darulaman, Jitra. Dah lama aku tak pergi sana. Sejak-sejak peristiwa hati terluka dulu. Balik kampung, aku dah jarang sangat jejak kaki ke sana lagi. 



Perancangan bermain layang-layang terpaksa dibatalkan, kita manusia yang mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukannya. Hujan turun selebat-lebatnya di tanah Aloq Staq ini. Selebatnya! Masa aku taip entry ini pun  hujan masih lebat turun mencurah-curah. Tapi, aku tak rasa dingin pun. Mungkin sudah sekian lama tidak merasai hujan di kampung sendiri. Beza hujan di Putrajaya dengan di sini. Hujan di sini, hanya hujan semata tanpa angin yang bertiup. Di Putrajaya, hujan lebat besertakan angin yang telah mematahkan payung kesayangan aku. Dugaan ....




Hujan yang turun mencurah penuh dengan rahmat dariNya. Tiada siapa yang tahu, jangan anggap hujan ini satu musibah, tetapi ia satu rezeki buat keluarga petani seperti aku. Ya! mak ayah aku adalah petani .... air diperlukan ketika ini untuk memenuhi petak-petak sawah yang ada.



Nabi saw ajar doa ketika hujan, Allahumma Soyyiba Naafi'an ! Mari kita berdoa, tatkala hujan turun mencurah. Tiada siapa tahu mungkin doa kita adalah antara doa-doa yang dimakbulkan Dia buat kita.




Lebat! Basah .... dan air bertakung mengalir ke telaga.



Hujan masih dan makin lebat. Berdentum bunyi di atas bumbung rumah aku. Bumbung zink, pastinya bunyi hujan itu agak kuat. Lainlah kalau berbumbungkan genting ... bunyi hujan mungkin agak kurang kedengaran. Bumbung zink rumah kampung ini dah agak uzur.



Walau apapun, mari kita berdoa dikala hujan turun mencurah! Berdoa sebanyak-banyak doa.






CK : Doa dan sentiasa berharap, Allah ampunkan dosa kedua ibu ayah aku dan memberikan mereka rahmat serta ketenangan dunia dan akhirat. Amin ....

3 comments:

  1. hujan tu best..

    boleh tidooo. heheh

    ReplyDelete
  2. Fasihah > thanks ye dik


    Kura > memang la best leh tido, pastu muka makin bulat

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!