Tuesday, November 29, 2011

Jalan, Order dan Makan : Nasi Kandar, Restoran Mikamal Anak Bukit, Kedah

Assalamualaikum ...




Jom jalan-jalan cari makan. Edisi kali ini agak jauh bagi mereka yang berada di sebelah selatan ketika ini. Tapi, sekarangkan musim cuti sekolah ... bolehlah bawa anak-anak jalan-jalan ke utara. Kalau dah sampai utara jangan lupa singgah dekat satu restoran nie. Kita pekena nasi kandaq dengan mee goreng mamak yang sangat mabeles!


Aku bawa korang makan nasi kandaq dekat Restoran Mikamal, Anak Bukit Alor Star Kedah. Negeri Jelapang Padi. Sudah semestinya negeri kelahiran aku. Edisi JOM (merujuk kepada Jalan, Order dan Makan) ini dah setahun lamanya. Maaf, sebab aku baru nak update. Sebenarnya banyak lagi segala gambar cuti-cuti Malaysia yang aku tak sempat update untuk tatapan korang. Ya, aku kurang gigih menghabiskan entry bergambar. Maaf sekali lagi.


JOM ini telah aku jelajahi pada cuti Tahun Baru Cina awal tahun 2011. Hu hu. Memang hampir setahun rupanya segala gambar. Kali ini aku bawa korang makan nasi kandaq terbaik di Kedah. Sangat sedap. Kalau rasa punya sedap macam ini tak dapatlah korang jumpa dekat Putrajaya, KL atau mana-mana tempat sebelah selatan. FYI, nasi kandar yang ada area KL nie bukanlah pure. Rasa kari dia amat lain sangat. Kecuali, Nasi Kandaq Kudu Abdul. Yang nie toksah cakaplah, jilat jari punya sedap! Penang mai nak habaq kat hangpa!


Nasi Kandaq dengan ayam madu taruk sotong kuah campuq .... perghhhh meleleh beb!


Close up sket ... rasa aku balik Kedah nie, mau repeat lagi.


Up dengan mee goreng mamak! Terbaik .... tak jumpalah kat Putrajaya yang rasa dan rupa lagu nie. ngeh ngeh


Nescafe dia memang lemak berkrim. Rasa memang tak sama dengan mamak kembar Presint 9 tu ... yang ini jauh lebih sedap!

Restoran Mikamal Anak Bukit



Inilah Restoran Mikamal, Alor Star Kedah. Restoran terletak lebih kurang 100meter selepas Istana Anak Bukit. Senang sangat nak cari .... lepas Istana tu korang tengok je sebelah kiri kalau korang dari Alor Star menghala ke Kepala Batas. Pasti jumpa!


Menu breakfast dia pun sedap. So, kalau korang berjalan-jalan ke Kedah jangan lupa singgah makan di restoran nie. Boleh juga pekena nasi kandaq sepinggan ... tak pun layan mee goreng! Mesti hangpa suka .... he he he








CK : Mulalah teringat nak balik kampung bila buat entry nie ... rasa mengidam nak makan nasi kandaqlah pulak.

9 comments:

  1. macam sedap je nasi kandar tu..

    ReplyDelete
  2. @pizli bukan macam sedap pizli ... mmg sodap neh!!

    ReplyDelete
  3. aiyooo..terliur tgk mee goreng mamak tu..

    ReplyDelete
  4. walaupun org aloq staq, x penah g p makan kt cni...pas ni blk AS kena p cuba la..hehe..

    ReplyDelete
  5. @pizliTakpe...bila pizli rasa nk ke Kedah, leh la singgah....

    ReplyDelete
  6. Demyu.

    Lauk sotong tersebut sangat menggiurkan.wajib pegi balik kedah nanti.

    Habaq maiiiii!!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!