Thursday, November 10, 2011

Korban ... Apa Pengertian Korban Buat Kita, Manusia??

Assalamualaikum ...




Bercerita pasal Aidil Adha, masih boleh lagikan? Masih panas lagikan?


Program Korban yang dijalankan di kampung halaman si MB pada Aidil Adha pertama, 6 November 2011 Seremban, Negeri Sembilan. Zaman sekarang, jarak bukan lagi pemisah. Teknologi kadangkala mendekatkan yang jauh sekadar yang mampu. Dia kirimkan gambar ini untuk aku. Katanya untuk blog.


Dia bukan pembaca setia blog aku, tapi ada masanya dia adalah penyumbang idea bagi sesetengah entry yang berada di blog ini. Apa sahaja gambar yang menarik, dia akan kirimkan untuk aku. Pengorbanan yang dia terpaksa buat untuk aku bila aku adalah blogger! Korban juga tu, walau mungkin orang pandang .. "eh! apalah sangat, lekat celah gigi je!". Tapi aku ... menghargai!




Yang sudah sedia dikorbankan. Dan apa erti korban buat kita, manusia? Berapa banyak dan apakah yang telah kita korbankan? Semalam aku postkan tajuk soal korban di FB 1, komen dari seorang kakak yang amat baik dengan aku semasa di UUM. Serius buat hati aku tersentuh. Rasa jahil. Rasa kerdil. Aku selama ini lebih banyak korbankan masa untuk tidur di malam hari!



Ini adalah komen dari Kak Norati Abdul Malek, seorang kakak yang sentiasa berkongsi suka duka dan keperitan hatinya dengan aku suatu masa dulu. Dan tak lama lagi dia akan melangsungkan majlis pertunangannya. Alhamdulillah ... setelah sekian lama, doanya didengari dan dimakbulkan Allah jua.



"berkorban utk agama....tapi bukan senang nak berkorban utk agama..seperti yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ...kita???berkorban wang ringgit....berkorban masa dan tenaga utk solat tahajud pada malam hari????...menginsafkan diriku..."




Ibadah korban seperti ini mengeratkan hubungan sesama kita. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.




Masing-masing tengah pulun melapah dan mengagihkan daging korban. Semoga usaha baik dan murni ini diberkati Maha Pencipta!



Ada banyak lagi gambar pasal program korban nie, nanti aku update! Mungkin ada yang tak pernah alami situasi macam ini .... termasuk aku!







CK : Bangun pagi je perut meragam ....  

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!