Saturday, November 5, 2011

Tahulah Esok Dah Nak Sambut Aildil Adha! Bukan Main Lagi Ye ...

Assalamualaikum ...



Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca setia blog CK! Masih adakah yang setia .. eceh eceh! Meow meow plak dok tanya soal kesetiaan ye. Okeh, esok kita dah nak sambut raya qurban. So, petang nie semua sibuk buat persiapan. Biasanya kalau raya qurban nie, persiapan gitu-gitu je, ala kadar! Macam mak aku cakap, ini raya tumpang je!



Tapi ... tapi, pasti ada juga yang buat persiapan beriya. Nak buat rendang le, lontong ke, ketupat, lemang dan bagai-bagai lagi. Bagi yang dah terror macam mak-mak kita tak perlulah sibuk google sana sini cari recipe. Semua recipe tersimpan kemas dalam kepala, tunggu masa nak diaplikasikannya dan menunggu hasilnya sahaja!


Bagi yang tak pandai masak, mcm aku contohnye ... setiap kali nak  masak, aku google sana sini! Nasib baik aku bukan buta IT dan beruntung bukan lahir zaman mak aku yang takde pun kecanggihan teknologi nie. Kalau aku lahir zaman mak aku ... sure aku adalah mak-mak ye anak-anak, ngeh ngeh ngeh!



Bagi mereka ini, dulu aku pun macam korang. Menggoogle segala recipe. Tak cukup dengan google siap call mak aku kat kampung. Nak masak beriya. Nak test air tangan sendiri kononnya. Tapi untuk masakan yang satu nie, sejak 2 tahun aku belajar ... celik matalah memang aku tahu buat punya! Nak kata terbaik memang tidak, adalah kurang sana sini but Allamdulillah, aku dah boleh masak tanpa tengok resepi lagi. Terbaik broooo tak tengok recipe!!





Sila tengok mak panah dan anak panah! Petang nie semua sibuk google recipe rendang ayam negeri sembilan. My peberet tu, sebab tu aku rela je belajar. Siap paksa MB minta recipe dari mak dia lagi. Senang, kalau teragak nak makan aku boleh buat sendiri. Nak harap orang masakkan entah bila tahun akan dapat! Minta recipe kat orang pun ada yang kedekut, serius aku pernah minta recipe dengan seorang kawan nie, nak masak sambal yang sedaplah macam dia buat. Tapi macam-macam alasan dia bagi. Sudahnya aku rasa rela usaha sendiri. Try and error lagi baik dari meminta-minta macam tu dekat orang! Aku tak kisah pun nak share ilmu, tapi tak semua orang mempunyai sifat macam tu. Tersentuh hati aku!



Mak aku dah siapkan ketupat palas, part aku buat kari daginglah! Kat Kedah kami tak makan rendang but aku pernah buat kat mak aku .... cuma katanya "lama sungguh nak masak rendang nie ye, nanti adik kahwin bolehlah akak masak utk menu pengantin!" .....



Tak agak-agak nak suruh aku masak untuk hidangan pengantin. Mahu pitam lepas tu ....




CK : Aloq Staq mendung je ....

3 comments:

  1. salam eidul adha..hehe..dapat pahala free kan..:)

    ReplyDelete
  2. Jahidih > Kongsi ilmu itu baik....

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha Sis.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!