Saturday, December 24, 2011

AKU NAK INI, NAK JUGA!

Assalamualaikum ...




Aku nie memang penggemar durian yang agak tegar rasanya. Pantang nampak, hidup aku dah tak keruan. Selagi tak dapat aku akan jadi resah semacam. Macam sekarang. Kerapkali aku lalu dekat Pekan Dengkil, aku nampak ada orang jual durian dekat simpang dekat traffic light. Ramai dok menyinggah. Kerumun macam ada pesta di situ. Aku pandang-pandang dari dalam kereta. Konon nak ambil bau!


Durian yang MB beli dari Kedai Basheer di Ladang Bradwall. Sedap bukan main ....




Bila aku bersuara dekat dia, nak beli durian. Mesti dia cakap, "nanti!". Asal lalu je dekat situ, mesti aku cakap, "jom beli durian!". Dia pun ulang ayat yang sama, "nanti kita beli ye!". Ok aku tunggu nanti dia, sebab aku tahu asal lalu dekat situ, tujuan kami bukan nak beli durian. Jadi, tak punya banyak masa untuk berhenti, pilih dan makan durian di situ. 


Aku masih ingat time makan durian dengan mak ayah aku masa baru balik dari Cameron Highlands setahun lepas, sedap sangat durian yang orang asli tu jual. Buah baru gugur, rasa enak, isi banyak dan biji dia kecik. Bau semerbak durian tu satu myvi bila mak aku suarakan nak beli durian bawa balik untuk anak-anak abang dan adik aku.


"Kakak, kita beli durian nie bawa balik boleh? Tak pe ke naik kereta kakak bau durian??"


Soalan mak aku .... he he he! Aku nie jenis tak kisah, kereta bau durian ke bau ikan ke, untuk mak aku punya pasal, aku rela je! Lepas punggah semua benda tu, aku bawa kereta pergi carwash dan sembur perfume ... hilang semua bau! Benda kecik je, tapi aku tahu ada juga yang tak senang kereta berbau camtu. Tapi bau pun sekejap je pun. 


Apalah sangat bau tu jika nak dibandingkan dengan hati seorang ibu!




[DURIAN KAMPUNG] ----- sedap!

[DURIAN D24] ----- sedap jugak!

[DURIAN oh! DURIAN] ------ nak, nak .... naaaaak!






CK : Menahan nafsu nak makan durian! pheeeeew

6 comments:

  1. bestkan bau dia kalau bawak masuk kereta..pening2 lalat gitu ;DD
    pi blog mai baca entry durian jom hoho promote XD

    ReplyDelete
  2. saya pun hantu durian jugakk!!!
    ngeeeeeeeeeee ^^

    ReplyDelete
  3. kalau ada rezeki, cuba cik kamoo rasa durian balik pulau dan musang king. makan sekali sebulan lepas tu x makan pun x pa dah. puas dpt makan sekali. sy la tu. :)

    ReplyDelete
  4. aku pun nak gak... huhuhu... durian...

    ReplyDelete
  5. lamanya tak makan durian.. selalu bau durian..tegin >.<

    ReplyDelete
  6. Adik tak suka makan durian. Hewhew~

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!