Saturday, December 10, 2011

Jadi JAWA Sekejap!

Assalamualaikum ...






Nasi ambang! Orang cakap nasi ambang ini makanan istimewa orang Jawa. Betul ke? Ini kali kedua aku makan nasi ambang. Betul ke gambar kat bawah ini adalah nasi ambang? Rupa nasi ambang sebenar aku tidak pasti.


Nasi ambang nie aku beli untuk lunch 2 hari lepas. Dijual dekat cafe Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Aku tengok tag kat bakul tulis "nasi ambang", so betullah kot.




Aku suka akan kesedapan ayam masak kicap tu. Sangat sedap. Nasi lembut. Lepas tu aku perasan macam ada kelapa parut yang digoreng. Sedap sungguh. Alhamdulillah. Cuma dia letak taugeh. Aku tak berapa suka sangat makan taugeh. Tapi kalau dah tak boleh diasingkan, aku layan ajelah.


Ingat minggu depan hari Selasa, nak lunch nasi ambang lagi. Aku masih rasa kesedapan dan kelembutan nasi ambang tu. Memang memenuhi citarasa aku. Paling aku suka, dibungkus dengan daun pisang. Akukan kampung ... so, makanan yang dibungkus dengan daun pisang memang menarik selera aku.



Korang ... dah pernah makan nasi ambang???







CK : Pagi ini bangun awal, mop lantai dan layan blog sebelum pergi kerja!

6 comments:

  1. pernah makan sekali.tak berapa bole nak telan sebab kadang2 ada yg letak mihun dan mee goreng..

    ReplyDelete
  2. @Azzah Yang ini tak ada mihun dan mee goreng...so, boleh telan la...heheheh

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!