Monday, December 19, 2011

Jalan, Order dan Makan : AFN Cafe & Restaurant Desa Pinggiran Putra

Assalamualaikum ....




Edisi J.O.M lagi! Haish ... layan makanan je kan. Manalah tak bam-bam oi! Yang bam-bam itu aku, korang jangan risau. Minggu lepas semua menu berat-berat. Seberat aku ke? Oh! tidak ... ini semua menu wajib. Lunch berat seberat batu, kalau pagi aku just makan roti je.



Meh belek-belek menu yang aku dan MB makan, masa lunch hour ... boleh dating. Bolehkan?? He he he. Tak selalu pun. Sesekali dalam sebulan, itupun bila keadaan kerja mengizinkan, bolehlah makan jauh sikit dari suasana pejabat yang mengharukan.


Last week, kami pergi lunch dekat AFN Cafe & Restaurant dekat Desa Pinggiran Putra. Dulu, rajin juga 2-3 kali breakfast dekat sini. Makanan dia boleh tahan sedap dan harga dia pun boleh tahan mahal beb!! Masa pusing-pusing dekat Desa Pinggiran, ingat nak makan dekat Kedai Pak Wahab bawah pokok, but penuh. So, kami pun terus ke AFN. Ini je yang ada. Bolehlah, perut pun dah lapar.


Ini suasana cafe & restaurant tu. Menarik. Suasana santai. Orang memang tak ramai sangat time aku pergi. Rasanya selalu aku pergi orang memang tak ramai pun. Nak kata tak sedap ... makanan dia memang sedaplah. Pelik juga. Tapi aku rasa restoran nie buat catering jugak kot.


Ini menu aku. Nasi putih, ayam sambal  dan masak lemak pucuk ubi plus sambal belacan. Aku suka ayam sambal tu. Sedap sangat!! Semuanya terasa. Sama macam masak lemak pucuk paku tu. Sedap beb!! Cuma aku ambil nasi setengah je. Tak boleh makan banyak-banyak, so aku ambil ayam je yang besar!




Ini menu si MB. Nasi putih, ikan keli goreng sayur kacang dan sayur kailan goreng. Ikan keli goreng ... rasa ikan keli gorenglah. Cuma ikan dia rasa masih fresh. Takda bau tanah. Aku suka!!




Selesai makan, meh kita bayar. Sekali tau berapa semua nie termasuk air limau panas dan limau ais?? RM18.00. Perghhhh punya mahal lunch kami. Mahal bagi golongan macam kitaoranglah. Nasib baik sedap. Selalu kalau makan macam nie dekat restoran lain baru RM10-12 je termasuk air. 


Aku suka restoran nie, tapi satu jelah aku nak bagitau kalau tauke AFN Cafe & Restaurant nie baca blog aku, tolonglah guna BAHASA KEBANGSAAN dekat papan tanda menu dan sebagainya. Kitakan orang Malaysia, kalau kita tak guna dan pertahankan bahasa kebangsaan, siapa lagikan??? Dekat kaunter tu dia tak tulis kaunter bayaran but ditulisnya "CASHIER". Menu pun macam tu juga, breakfast, lunch and dinner!! Ramai sangat ke pelancong luar negara ke sana. Aku belek-belek pun ramai Melayu je!!








CK : Blog aku pun caca marba penggunaan bahasa, ada hati nak tegur orangkan. But ini adalah dari segi komersil yang aku belajar dan perlu digunakan oleh mereka yang berkenaan seluasnya.

2 comments:

  1. rumah i kat situ pun tak penah pi lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. dem...rasa nak gigit-gigit je ayam masak merah tu.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!