Tuesday, December 6, 2011

Jalan, Order dan Makan : Nasi Lemak Tasik @ Serdang, Selangor

Assalamualaikum ...



Edisi JOM (jalan, order dan makan) aku yang terkini memang dekatlah sangat. Semalam selepas cuci kereta, aku dan MB cari port makan. Asal sebut pasal makan, susah juga memikirkan nak makan apa? Itulah untungnya jadi rakyat Malaysia, nak makan pun susah .... bukan susah dapat, tapi susah fikir! Sampai satu tahap tak tahu nak makan apa sedangkan makanan banyak depan mata. 


Mewahkan Malaysia? Makmur dan amankan Malaysia? Jadi tolonglah ... tolong, jaga keamanan, kemakmuran dan kestabilan Malaysia. Bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk mewariskan kepada anak cucu cicit kita akan datang!!


JOM yang amat dekat bagi mereka yang tinggal di area Putrajaya, Serdang dan Bangi .... aku bawa korang semua untuk rasa teruja try NASI LEMAK TASIK! Nasi lemak tasik ini setahu aku memang dah lama famous di kalangan student UPM (Universiti Putra Malaysia). Dorang pun mungkin tak jakun macam aku. Aku nie dah bertahun lamanya tahu pasal nasi lemak tasik di Serdang nie, tapi semalam baru aku berkesempatan try nasi lemak tu sendiri. Bukan nak cakaplah ... memang terbaik punya sedap!!




Ini gerai nasi lemak tasik tu. Nama gerai pun dah terbentang namanya. So, mudah korang nak cari. Pergi je cari tasik area Serdang tu, korang pusinglah sampai jumpa gerai yang macam aku tunjuk nie. Dekat situ ada track jogging dan gerai makan yang lain juga.



Ini nasi lemak yang MB amik, aku rasa dah lari tune nasi lemak nie sebab makan dengan ikan keli dan kuah masak lemak. he he he. Apapun ikan keli dia sedap ... eh! eh! tercilok pula dari pinggan jiran sebelah! Sorry, bang ... tumpang rasa je!



Okeh ... yang ini aku punya. Nasi lemak berlaukkan sambal ayam dan sambal paru! Sedap. Nasi dia lembut, lemak dan wangi. Sambal ayam dia pun sangat sedap. Kuah dia best sangat. Semua cukup rasalah. Memang aku makan tak sedar habis sepinggan, sedangkan mulanya aku janji nak bagi MB separuh. Dah tinggal secoek, baru aku terperasan ... yang aku nie tertiba berselera sangat makan nasi lemak sedap tu. Ini baru nasi lemak! Pure punya rasa kekampungan ... cuma tak bungkus dalam daun pisanglah!


5 bintanglah untuk rasa nasi dan lauk pauk! Kalau pergi hotel 5 bintang pun belum tentu korang boleh dapat rasa macam nie. Tak caya? Tanya budak-budak UPM sure dorang tahu keenakan dia macam mana! Total semua harga termasuk air adalah RM14.70! Agak mahal ... tapi berbaloi sebab sedap. Cuma akak gerai nie kena belajar senyum sikit. he he he ...


Petang nie, yang dekat dengan area Serdang .... pergilah cuba!! Mana tahu kot kena dengan tekak korang.




Madah Pujangga : Tugas kita bukanlah melihat yang samar-samar dikejauhan, tetapi mengerjakan yang sudah ada didepan mata ~ Thomas Carlyle ~








CK : Pagi tadi buat kuah lodeh ... 1st time try, jadi juga. Nanti aku up entry ya!

5 comments:

  1. azie baru thu tmpt nie..tq sis atas info nie..perlu & perlu try nie :D

    ReplyDelete
  2. sedapnye!!

    eh, jom la join class make up CM buat tu...;) jgn la malu2..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!