Thursday, December 29, 2011

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS

Assalamualaikum ...



Sesuatu yang menarik aku jumpa mengenai berita terkini tentang SBPA di facebook KPPA. Sesuatu yang bermanfaat untuk aku kongsikan kepada semua penjawat awam! Fikir sehabis baik sebelum menurunkan tandatangan! Jom kita baca  ... apa sebenarnya MOUT antara JPA - CUAEPACS??



MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Di antara perkara yang dipersetujui ialah:-


1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.
 
2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.
 
3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan
 4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.
 
5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.
 
6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.
* Selamat membuat keputusan ke atas opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun kepada semua penjawat awam* - pesanan KPPA




Setakat ini aku dapat menerima dengan baik, nak kata sepenuh berpuashati tentulah susah. Susah nak puaskan hati semua pihak. Jadi, selepas perundingan antara JPA dan CUAEPACS, aku rasa sedikit lega. Namun, aku harap JPA mengkaji semula mengenai kenaikan gaji 100% untuk pegawai gred JUSA. Sedikit tertekan di situ. Semasa, Presiden di organisasi aku bekerja bercakap soal ini sempena Perhimpunan Dwi Bulanan, aku jadi terkedu. Kenapa begitu banyak kenaikan?? Wajarkah??


Apapun, keputusan ... aku terima dengan relahati. Nak merungut, seoalah tiada tanda syukur dalam diri. Jadi menadah tangan kesyukuran kepada Allah adalah lebih baik, kerana Dialah yang memberikan rezeki serta nikmat kepada aku selama bernafas di dunia ini.


Dan kerana itu, pagi tadi baru aku tandatangan dan hantarkan borang Opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun! Tapi aku boleh bersara umur 58 tahun jika aku rasa tidak mampu!


Semasa tandatangan, aku berdoa agar Allah memberikan aku kesihatan yang baik, ingatan dan penglihatan yang tajam serta pendengaran yang jelas agar aku mempunyai kudrat yang bagus serta sihat untuk memberikan perkhidmatan kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia dalam perkhidmatan awam. Amin ....Itu doa aku! Semoga Allah makbulkan ...


Terima Kasih Ya-Allah untuk segala rezeki dan nikmat Mu. Semoga aku lebih bersyukur!







CK : Mula rasa lega dan sedikit tenang tentang SBPA! 


Perut rasa lapaq sangat, tapi Si MB tak ada untuk makan sama-sama (eaaaauuuuwwwwwww), dia pergi solat jenazah dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ariffin Jaka, meninggal dunia pada pukul 6.05 pagi tadi di Hospital Serdang. AL-FATIHAH ....



Kawan-kawan lain pun cuti .... aiyak! Kesian aku ...

1 comment:

  1. akak pun sign...lega dah!
    akak pun sign je 60 tahun..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!