CIK PUAN BELOG KAYA RAYA

Cik Kamoo. Seorang isteri yang kecik molek tapi bercita-cita besar. Mudah menangis dan sensitive. Simple & Ordinary & Kadang-Kadang Extraordinary. Loving person. Loyal. Hakikatnya seorang yang pendiam. Suke gigit kuku dan order air suam. . Love traveling, cooking & blogging. Suka pada kerja sendiri. Part time blogger. Atkiners. Sentiasa berfikiran kejayaan itu datang dengan usaha yang gigih & dengan izinNya.

Belog yang asyik tayang gambar makanan sedap, sederhana sedap dan kurang sedap. Walaupun cik puan belog nie bukanlah pemakan sangat pun oghangnye. Harap maaf kalau semua ini buat korang terliur!

MEREKA YANG KAYA BERJAYA!

Friday, December 2, 2011

Review Produk Hada Labo

Assalamualaikum ...



Putrajaya hujan. Lebat selebatnya. Melepas aku nak makan dim sum dekat Pasar Tani Putrajaya. Ajak MB dia tak pergi pula. Hujan katanya! Malas bebenor tu. Sudahnya baik aku review produk untuk kulit yang aku guna agak sekian lama. Lama tak lama dekat 2 tahun.


Produk yang aku nak review nie adalah satu produk dari Jepun. HADA LABO. Aku rasa ramai kot yang tahu pasal produk nie. Aku mula kenal produk nie melalui kawan aku, Ratna. Itupun masa dia war-warkan dalam blog dia. Terus aku isi form dekat web Hada Labo untuk dapatkan samplekan free. Alhamdulillah, bila cuba produk Hada Labo nie, aku memang berpuashati. 


Sejak itu, muka aku tak berminyak. Tempek bedak pun lekat elok. Tak adalah macam sebelum nie, pakai bedak pun macam tak pakai. Sebab bila muka berminyak, memang tak lekat bedak. Kejap pakai dah hilang. Pori-pori kat muka aku pun semakin mengecil. 



Moisturizing Set Hada Labo .... harga RM58.99 rasanya. Beli dekat Guardian Alamanda.

Ini adalah set pelembap Hada Labo. Untuk produk Hada Labo nie memang aku pakai set Moisturizing Care. Ada pencuci muka, toner, dan pelembap. Walaupun harga agak mahal, tapi tahan sampai 4 bulan. Sebelum nie, aku beli sebotol-sebotol. Sebotol besar bagi  Super Hyaluranic Acid Moistruizing Lotion lebih kurang RM40 ++. Aku tak berapa nak ingat bab harga. Tapi lebih kurang macam itulah. Kalau korang nak tahu set moisturizing ini terjual 1 botol dalam masa 4 seconds di Jepun. 




Dalam gambar kat atas tu, sebelah kiri luar kotak aku beli bukan set. Yang dalam kotak tu aje set. Set lebih murah. Tapi saiz lebih kecil. Fungsi tetap sama. Aku beli set untuk buat travel. Senang sket! Jimat space. Sebelum aku lupa, untuk moisturizing care nie ada  Super Hyaluranic Acid Moistruizing Face Wash (guna ini dulu), Super Hyaluranic Acid Moistuizing Lotion (yang ini guna 2nd selepas Face Wash), Super Hyaluranic Acid Moisturizing Essence, Super Hyaluranic Acid Moisturizing Lotion, Super Hyaluranic Acid Moisturizing Cream (yang nie aku jarang guna, tak menyempat)Super Hyaluranic Acid Moistruizing UV Milk, Super Hyaluranic Acid Moisturizing Mist, Super Hyaluranic Acid Lip Moisturizer, Super Hyaluranic Acid Moisturizing Make-Up Remover, Super Hyaluranic Acid Moisturing Cleansing Oil (Makeup Remover) dan Super Hyaluranic Acid Moisturizing Mask.


Yang aku bold tu, memang aku selalu pakai. Hari-hari. Dan yang lain-lain aku belum cuba. Selama hampir 2 tahun guna produk nie ... aku rasa amat selesa. Tapi selain Hada Labo, aku juga pakai Olay untuk krim siang dan malam. Olay nie aku dah pakai sekian lama. 10 tahun lebih dah kot. Dua-dua produk ini memang sesuai dengan kulit muka aku, walaupun tak dapat buat kulit aku lebih licin tapi ia berupaya menjadikan ia lebih baik dari dulu.




Insya-Allah aku tak tukar kepada produk lain dah kot terutama Olay tu memang terus menerus aku pakai! Nak harap cun macam Erra Fazira tu tak dapatlah ... he he he. Tapi kalau Erra Faziri pun ok jugak ... ngeh ngeh ngeh.



Nanti aku review lagi pasal produk Hada Labo .... kalau korang pun guna produk nie, bolehlah share pengalaman korang!!






CK : Laparlah pulak ...

8 comments:

  1. Ratna dah x pakai lg produk ni. X pernah lg nampak produk ni kat cni. Tp mmg masa pakai produk ni kulit ok ajer....

    ReplyDelete
  2. @ratna Patutnya hari tu balik Malaysia, ratna borong je kat Guardian ... he he he. Serius produk nie sgt ok

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nak pakai produk nih tapi mahal sgt kot. bile tgk harge die terus tutup mate. hehe.

    ReplyDelete
  5. @starzieti Memang agak mahal, tp berbaloi sebab ada kesan yg baik dan lagi satu ia tahan lama ... sehingga 4bulan ke 6 bulan.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hai..boleh x bagi link untuk dapatkan sample produk ni....??

    lg 1 nak tanya bile pakai produk ni, adakah kulit kelihatan lebih cerah? n kalo kulit de jerawat mcmane dgn jerawat tu? hilang x? n bekas2 hitam tu hilang x?

    ReplyDelete
  8. @Mis iQa (^_^) akak dah try post komen dekat blog awak, tp tak boleh.

    Ini link produk hada labo

    http://www.hadalabo.com.my/en/index.html


    So far akak guna, kulit lebih cerah dr dulu dan bila naik jerawat cepat kecut serta tak meninggalkan kesan hitam. But, ia mungkin berbeza bg sesetengah kulit.


    Apa yang akak review kebanyakannya dpt feedback yg baik

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!

CERITA HOT SPOT!!