Saturday, December 31, 2011

SEJAM SEBELUM BERAKHIR ...

Assalamualaikum ....





Tinggal sejam sahaja lagi, 2011 akan berlalu. Sayu juga hati ini. 2011 adalah tahun yang agak 'tenang' buat aku jika hendak dibandingkan dengan tahun 2009 dan 2010. Tahun ini lebih baik walaupun ada juga airmata yang tumpah! Walaupun ada juga dosa yang terbuat dengan sengaja dan tidak sengaja. Aku manusia, kadang aku lupa. Tipulah kalau cakap aku ini tidak berbuat kejahatan. Niat untuk elak, bila sampai masa tetap melakukan. Serius aku pernah jatuh tersungkur, bangun dan cuba melangkah sebaiknya.


2011 berlalu juga. Kalau rasa nak keraskan kaki di tahun 2011 selamanya, tak mungkin akan berlaku. Masa bergerak. Masa berlalu. Sesaat, seminit ... jam ... hari ... minggu, sedar tak sedar habis 365 hari aku dan kita lalui. Sekejap sangat. 2012, usia meningkat lagi setahun. Bila sebut pasal umur, soal kesihatan perlu aku titikberatkan di tahun depan. Itu antara azam aku. Perhatian yang amat serius perlu aku berikan.


2011, walau banyak perkara lorat berlaku di pejabat, tapi ia tetap lebih  baik dari tahun sebelumnya. Aku suka. Tahun ini, walau aku memendam rasa tapi aku rasa ia lebih mudah untuk diuruskan. Tahun 2012 tidak tahulah bagaimana. Aku berserah. Mungkin juga aku belajar untuk redha. Tapi aku akan cuba berusaha untuk yang terbaik dan mendoakan sesuatu yang terindah dalam kerja aku dalam tahun 2012.  :)


2011, soal keluarga ada juga yang menyentuh hati. Ada juga yang buat aku terluka dan aku juga ada masanya buat mereka terluka tentang aku. Huk! Luka melukai sesama sendiri. Cuma 2011, aku terkilan tak dapat bawa mak ayah aku pergi Pulau Pangkor. Aku dah plan, tapi soal kewangan aku dahulukan untuk majlis pertunangan adik aku. Tukar langsir baru mak. Aku harap 2012, aku dapat bawa mak ayah aku bercuti hujung tahun selepas majlis perkahwinan adik aku. Insya-Allah. Harap-harap dimakbulkan Dia. Mak aku suka ke Cameron Highlands sebab tahun 2010 aku dah bawa mereka ke sana. Tapi takkan nak ke Cameron lagi kan? Aku nk bawa mak ayah pergi pulau pulak ... 


2011, kiranya tak terlampau banyak sangat perkara mengusutkan kepala aku. Sebab aku suka ambil langkah untuk tidak peduli dan malas layan masalah. Rasa boleh diselesaikan, aku usaha secepat mungkin. Rasa susah sangat, aku abaikan dahulu. Relaks sambil makan kit kat. Layan beb! Letihlah kalau nak layan hal kecik-kecik nie, tambah-tambah soal perasaan. Aku kalau sentap sekejap je, then aku akan pujuk hati aku sendiri. "Aku hidup untuk rasa bahagia dan tenang ... bukan nak bersedih!". Tahun inilah, tahun yang paling kurang berendam airmata. Suka sangat. Sebab aku selalu pujuk diri dan hati. Aku tak pandai lagi pujuk orang lain, tapi aku sudah banyak belajar pujuk diri dalam tahun ini. Dan hasilnya, hidup lebih tenang. Takde kusut masai atau kusut musut lagi. Alhamdulillah, nikmat dan rahmat dari Allah! Tahun 2012, tidak tahu apa akan jadi bab perasaan ini, buut aku sentiasa berharap yang terbaik dan membahagiakan! Amin ...


Azam 2012, aku belum buat apa-apa perancangan lagi. Cuma ada 3-4 perkara penting yang perlu aku beri perhatian. Pertama sekali tentulah soal kesihatan. Yang lain nantilah aku detailkan. Wishlist 2012 pun ada, utamakan bab melancong. Sedang bercadangan untuk pergi ke Kota Kinabalu, Sabah! Harap-harap berjaya terbang ke sana. Kali ini nak cari kawan yang betul-betul minat melancong. Pergi ke Sarawak hari itu, rasa tak puas sangat. Rasa perlu repeat ke Sarawak lagi. Lagipun aku seakan rindu suasana naik sampan pergi ke seberang untuk makan. Wishlist lain? Aku belum list lagi. Tengah fikir wishlist sekali dengan bajet dan juga masa!


Bersempena hari terakhir di tahun 2011 dan sambutan kedatangan tahun 2012, aku dah reward diri sendiri dengan sesuatu yang aku idamkan. Sempat lagi petang tadi aku pergi ke Jusco Bukit Tinggi, Klang dengan MB ... bukan nak beli "benda" itu, but bila terjumpa dan harga pula agak murah, apa salahnya aku belikan .... memang dah aku rancang pun nak beli sebelum ini. Ingat tahun depan nak beli. Apa dia? Tunggu nanti aku update ye!


So, sebab kepenatan ke Jusco Bukit Tinggi, malam ini aku malas nak ikut MB pergi BBQ dekat PD. Duduk rumah layan cerekarama Aduh Sayang lakonan Remy Ishak dan Tiz Zakyah! Aku memang jenis tak sambut tahun baru atau apa-apapun sambutan yang gah kecuali ulangtahun kelahiran dan persahabatan je setakat ini. Aku tak minat konsert. Aku tak suka suasana yang sesak dan kecoh dan juga bising. Jadi, stay at home di kala orang lain bersuka ria di luar sana adalah langkah terbaik. 


Panjangnya cerita aku sejam sebelum berakhirnya tahun 2011. Bercampur baur perasaan aku untuk jejak kaki ke tahun 2012. Sujud syukur kerana masih dipanjangkan usia olehNya. Semoga diberi kesihatan yang baiklah hendakNya sepanjang tahun 2012 dan tahun-tahun akan datang. Pssst, 2011 aku cuma ada 2 sahaja MC tahu! Aku ingat akan kekal tak ambil MC, but mana tahu nak demam hari tu. Terus tak bangun ... ha ha ha! Dugaan dalam hikmah tu ....



Tak sabaq nak cerita dengan korang pasal reward untuk diri aku nie .... he he he. Oooopsss lupa nak share, dalam azam tahun 2011 setahun tu aku azam nak turunkan berat badankan, kalau tak sure korang boleh jenguk balik entry 1 JANUARI 2011 ini. Memang turun pun berat aku, tapi ....................................... cuma 2kg ajelah! ha ha ha .... aku rasa kelakar nau pasal bab nie! Okeh, nekad carry forward untuk 2012!





SELAMAT TAHUN BARU 2012 UNTUK SEMUA!

SEMOGA TAHUN 2012 LEBIH BAIK DALAM SEGALA HAL. 



2011, SELAMAT TINGGAL ....

2012, SELAMAT DATANG DENGAN PENUH KEBAHAGIAAN DAN KEINDAHAN!








CK : 2011, aku gigih berblog ....

3 comments:

  1. Salam.
    Hepi new year !
    tahun baru azam baru semangat baru!
    hip hip horey ! :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!