Saturday, December 3, 2011

Tembam Pulak Dia ...

Assalamualaikum ...




Aku sedang layan cerekarama, Nur Ain. Lakonan Fasha Sanda dan Fahrin Ahmad. Tak tahulah cerita dia best ke tidak. Baru 1/2 jam aku layan. Dah lama juga aku tak layan cerekarama. Sebelum nie, asal tengok TV je, TV pula yang tengok aku lepas tu. Ini pun tak pasti kejap lagi entah-entah TV tengok aku lagi. Ngeh ngeh. 



Cerekarama minggu nie cerita pasal Nur Ain yang merupakan anak yatim piatu yang dibesarkan dirumah anak-anak yatim. Kemudian diambil sebagai anak angkat oleh pasangan suami isteri lakonan Fasha dan Fahrin. Dalam cerita ini, Fasha sebagai isteri tak boleh mengandung sebab dia pernah keguguran akibat kejadian ragut dan perut dia terhentak kepada kereta yang menyebabkan pendarahan teruk.  Ambil anak angkat, tapi aku tengok kedua suami isteri nie macam sibuk dengan tugas masing-masing. Kemungkinan anak angkat mereka, Nur Ain akan terabai. Mungkinlah ... aku pun tak pasti sebab cerita pun baru je 1/2jam bermula.



Yang bestnya bila dorang ambil Nur Ain sebagai anak angkat, tanya sejadah masing-masing berpaling sesama sendiri. Biasalah rumah anak-anak yatim akan terapkan nilai-nilai kerohanian yang baik kepada anak-anak jagaan mereka. Bukan bekalan dunia sahaja, tapi bekalan untuk akhirat!



Cuma yang aku nak cakap sebenarnya, Fasha Sanda nampak sangat tembam dalam cerita nie. Dagu dia dah berlapis mengalahkan dagu aku pula. Aku suka juga tengok Fasha berlakon walaupun aku bukanlah peminat dia sangat. Sehingga hari ini aku rasa lakonan dia tak adalah mengecewakan sangat. Begitu juga dengan Fahrin, pandai jugalah dia bawa watak!



Fasha Sanda nie cantik dan lebih cantik kalau dia tak seksi!!



Tahu tak apa maksud Nur Ain? Aku baru tahu tadi ... Nur adalah cahaya, dan Ain adalah mata. Jadi maksudnya cahayamata. Jom aku nak sambung layan cerita nie sampai habis. Harap-harap tak tertidorlah depan TV. ngeh ngeh ...






CK : Lepak di Angkasa Indah, nasib baik tak banjir!

2 comments:

  1. ending agak kurang best, macam tak siap jer..huhu

    ReplyDelete
  2. @Cik Cempaka haa tu lah pasal, awal je cam menarik

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!