Saturday, January 29, 2011

Jom Makan...Cucur Ikan Bilis

Assalamualaikum...

Pagi2 ni kalau dapat makan cucur bilis cicah sambal plus dengan teh 'o' strawberry...ermmm memang yummie!! Dulu masa kecik-kecik comel lote dan gebus, rajin mak saya buatkan cucur bilis ini pagi2. Makan ramai2 dengan adik beradik....uiks! indah sungguh...rasa bahagia je!

Skang nie mak ayah pun jauh! Adik beradik pun dah ada kehidupan masing2. So, nak lepak sama2 pun tunggu raya puasa dan raya haji ajelah!

Tapi ada orang baik hati buatkan saya cucur ikan bilis nie! Ini bukan cucur pagi ini ye...he he he. Ini last week punya cerita.

Incik Babah tengok saya jemput adunan nie...dia cakap gemuks....so, kasi dia buat katanya
[Lagilah saya sukakan....]

Tengok ini hasil tangan dia....comel lotey....sib baik tak gemmmm cam dia...hahahaha

Cicah dengan sambal ikan bilis....ermmm yummie!!.....
Dah siap semua hidang dan makan ramai2...ngan geng kitaorang!
Petang yang meriah hari itu!


[erghhh....korang dah sarapan ke?]




CK : Tiba2 rasa nak buat cucurlah pulak...ermmm

Petua Untuk Mudah Mendapat Pekerjaan

Assalamualaikum....


Sharing is caring! Pagi ini saya nak share petua untuk mudah mendapat pekerjaan. Petua ini adalah sebagai usaha selebihnya kita berserah pada Allah. Hanya kerana dia yang lebih tahu mana yang terbaik buat kita. Jangan mudah putus asa dalam mencari pekerjaan yang kita rasa sesuai dengan jiwa kita...namun apapun jangan terlalu memilih kerja! Jika anda belum ada pengalaman bekerja...pilihlah kerja yang biasa-biasa dahulu untuk gain more experiences. Walaupun kerja yang dipilih itu tidak bersesuaian dengan kelulusan anda. Maybe anda ada degree tapi .... kesukaran utk dapat kerja yg sesuai dgn kelulusan....terima dahulu apa yang ada dan dalam masa yg sama terus berusaha utk dapatkan pekerjaan yg sesuai dengan kelulusan!

Ok....jom kita share petua menarik ini....


+++++++++++++++++++++++++++++++++=


1. Kemahiran

Setiap insan mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri, ada yang mahir bercakap, ada yang mahir mengurus, ada yang mahir menaip dan sebagainya. Untuk menjamin anda mudah mendapat kerja, maka perlu ada salah satu kemahiran yang membolehkan anda menarik perhatian pemberi kerja. Kemahiran seperti ini lah yang akan menjadi keistimewaan pada diri anda yang akan membezakan kelayakan anda dalam bidang akademik.

2. Penampilan Diri Anda

Sekiranya ada ingin meminta kerja dalam bidang yang profesional, maka sesuaikanlah pemakaian anda dengan bidang kerja yang anda minta. kalau boleh pakai lah pakaian seperti model di atas yang ada status good 2, kemas dan kalau si penemu ramah nak interview pon sejuk je mata die memandang.

3. Pengetahuan Yang Luas

Bagi memudahkan anda mendapatkan perkerjaan, Lengkapkan diri anda dengan pengalaman, pengetahuan dan kelayakan akademik yang sesuai dengan perkerjaan anda. Terdapat pekerja yang mendapat kerja bukan kerana akedemik tetapi berdasarkan pengetahuan yang dimilikinya.

4. Berfikiran Positif

Berfikiran terbuka, bertoleransi, dan bersemangat tinggi merupakan sifat positif yang perlu ada dalam diri anda.Biasanya cirri-ciri ini dinilai semasa anda ditemu duga.Tujuannya adalah untuk mengenalpasti pandangan seseorang terhadap majikan dan perkembangan semasa.

5. Beretika

Seseorang itu perlu mempunyai etika dan nilai personaliti yang baik. Etika dalam kerja seperti jujur, cekap, amanah, bertimbang rasa, saling bantu membantu dan bertanggungjawab akan mendapat peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan perkerjaan.

6. Mempunyai Kemahiran Sampingan

Selain mempunyai kemahiran utama, anda perlulah mempunyai kemahiran sampingan seperti berkemahiran dalam bidang IT, berkomunikasi dengan baik, pengurusan kerja yang cekap. Ciri-ciri ini penting bagi bakal majikan kerana mereka memerlukan pekerja yang sentiasa berdedikasi dan bersedia menjalankan tugas.

7. Pengetahuan Semasa

Selalunya pekara ini diambil ringan oleh pencari kerja. Kadang-kadang si penemuduga akan bertanyakan isu semasa samaada dalam dan luar negara untuk melihat sama ada bakal pekerjanya peka dengan isu semasa ataupun tidak.


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir



CK : Walaupun kerja sekarang byk menduga emosi saya....tp saya suka! Terlalu mencabar....

Friday, January 28, 2011

Mood Ke Laut.....

Assalamualaikum....

Mood saya hari ini memang tak baik sungguh. Macam-macam masalah dilonggokkan ke atas tanggungjawab saya. Mula rasa bosan. Tapi saya dah mula psiko otak sendiri terbalikkan masalah ini jadikan sebagai cabaran dan peluang. Belajar dari kesilapan. Muhasabah diri...

Kadang-kadang orang tak pernah cuba faham tanggungjawab kerja kita. Mereka hanya tahu berbicara soal masalah kerja mereka. Kesusahan kerja mereka. Sekalipun tidak ada suara untuk menyoalkan beban dan masalah kerja saya. Hinggakan ada masanya kerana kesilapan orang lain menyebabkan mood kerja saya ke laut tiba-tiba!

Kadang-kadang sesetengah manusia lebih selesa menuding kesilapan kepada orang lain. Asalkan tengkuk sendiri selamat dari kena sembelih! Owh! Ayat agak kasar...maaf di situ! Terlalu mengambil mudah soal tanggungjawab kerja...membuatkan saya rasa amat kecewa. Mereka lupa bahawa mereka juga penting dalam perlaksanaan tugasan orang lain. Mereka lupa yang mereka adalah cebisan berguna dalam pasukan. Tanpa mereka puzzle tidak dapat disiapkan. Kerana sikap lalai dan ambil mudah itu menyebabkan mood orang yang ingin bekerja hanyut ke laut.

Saya tahu saya tak mampu mengubah mereka. Tapi saya akan terus berdoa. Dan saya akan mengubah diri saya....bersikap dengan sedikit tegas mungkin lebih baik rasanya!


[Saya tahu untuk berjaya....bermacam cabaran dan ujian perlu saya harungi]



CK : Hari-hari yang dilalui penuh kesabaran dan mereka mencabar kesabaran saya...

Wednesday, January 26, 2011

Sabar...

Assalamualaikum....


DALAM HIDUP INI KITA PERLU BANYAK BERSABAR
BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH
BERSABAR DENGAN KARENAH MANUSIA

KITA TIDAK MAMPU
DAN TAK AKAN MAMPU
MENGUBAH KETENTUAN ALLAH
BEGITU JUGA KITA KADANGKALA
TIDAK MAMPU BUAT MANUSIA BERUBAH
MENGIKUT APA YANG KITA INGINKAN...


SABARLAH.... aku menulis bukan kerana nama tapi ini tulisan aku ~ cik kamoo




CK : Kerana berkursus tak dapat buat entri luahan perasaan tentang 'kekejaman bodek' dalam dunia kerja!

Tuesday, January 25, 2011

KARNIVAL WOW! PUTRAJAYA

Assalamualaikum....

Wahai orang-orang kampung! Putrajaya akan dimeriahkan dengan Karnival WOW! Putrajaya pada Februari 2011 akan datang. DIJEMPUT SEMUA HADIR....even korang bukan tinggal atau bekerja di Putrajaya pun boleh datang tau...Ajak mak ayah, tok wan, atuk, achik, angah, ketua kampung...bak kata semualah datang untuk memeriahkan Karnival WOW! Putrajaya 2011 ...... Info seterusnya mcm kat bawah ini ye....


KARNIVAL WOW! PUTRAJAYA

LOKASI : TAPAK PASAR TANI, PRESINT 2 PUTRAJAYA (BERHADAPAN KEMENTERIAN KEWANGAN)

TARIKH : 11 FEBRUARI HINGGA 13 FEBRUARI 2011

MASUK : PERCUMA!!

Ada persembahan daripada artis-artis yang da booom....

HUJAN BAND
AWIE
ELLA
RAMLI SARIP


DAN
.
.
.
.
.

RAMAI LAGI

KONSERT WOW! PUTRAJAYA PADA 12 FEBRUARI 2011 (SABTU MALAM AHAD YA!)


DATANG....JANGAN TAK DATANG....DATANG....JANGAN TAK DATANG!!
Jumpa korang kat sana ya.....macamlah kenalkan...he he he




CK : Hari ini stress skit....

Monday, January 24, 2011

Lirik Lagu : Ditakdir Kita Bersama : Mac Rahayu


Tak Pasti Siapa Yang Tersentuh
Bila Terserempak Tempat Kita Bertemu Dulu
Adakah Aku Yang Khayal Kehadiranmu
Atau Sememangnya Kau Disini

Kedatanganku Ini
Sekadar Menyisip Suasana
Dan Bukan Untuk Semula

Entah Siapa Yang Bersalah
Tertanya-Tanya Siapakah Lebih Luhur Setia
Hanya Pandai Berjanji Sewenang-Wenang
Untuk Semalam Dan Hari Esok
Tapi Engkau Terlupa
Engkau Yang Terlalu Kecewa
Sehingga Berhari Di Sini

Pedih
Melihat Engkau Begini
Penawar Tidak Berguna Lagi
Sedih
Sekilasnya Engkau Pun Menoleh Aku
Apa Yang Tergambar Menyesali Tingkahmu
Tinggalkan Ku Diwaktu Senangmu

Simpati Jiwa Bukannya Alasan
Kala Mata Kita Bertentangan
Ku Sedari Aku Pun Begitu
Merindui Belaian Kasihmu
Sedari Dulu Andai Pasti
Di Takdir Kita Bersama

Andai Kita Ditakdirkan Berdua




CK : Hari ini saya diuji tapi bukan tentang cinta....tentang kerja! Semoga Allah sabarkan saya dan semoga dia yang menzalimi saya disedarkan Allah dengan tindakannya yang tidak adil itu. Lagu ini tiada kena mengena pun dengan cerita hari ini. Sekian.....

Kata Diet.....Dok Cerita Pasal Makanan dan Makan....Apa Daaaa...

Assalamualaikum....


Pagi-pagi buta pun nak buat entry pasal makanan dan makan! Teruk betul. Dah macam 24jam makankan. Kata diet...tp beria-ria cerita pasal makan dari pagi semalam sampai pagi nie. Hebat sungguh!

Tadi baru je saya sudah siap masak sambal kering ikan bilis! Dah lama tak buat. Bila kenang-kenang sambal ini boleh tahan seminggu. Terus buat. Nak bagi pada Incik Babah sket. Untuk dikomen dan dikomplen...ha ha ha! Incik Babah mmg terror komplen bab makan nie....dia amat susah memuji kecuali makanan tu betul2 sedap kat lidah dia. Ermmm sabar ajelah....

Inilah sambal kering ikan bilis tu! Memang kering.....minyak pun kurang [al-maklumlah sejak-sejak minyak menjadi mahal dgn tiba2..]. Tengah-tengah malam saya bersilat kat dapur. Owh! sangat kesian dengan jiran saya. Mesti telinga dia sakit dengat sudip dan belanga bersilat sesama sendiri. Keletang...keletung! Dah siap memasak semua....tiba-tiba....

.
.
.
.
.
.
.
.

PERUT SAYA MELAPAR TEPAT JAM 1.00AM!
ERGHHH...TIDAK!
HANCUR DIET AI TAW!
.
.
.
.
TERUS JENGUK PERIUK LETRIK TUH....OWH! ADA LAGI NASI...
PANASKAN DGN SEGERA
akhirnya
jadilah macam ini...
.
.

Haaaaaaaaaaaa.....pagi2 buta yang tak berapa buta sangat saya boleh makan nasi + sambal kering ikan bilis. Owh! mabeles sungguh...tapi hancur semua diet. Ingat elok ke makan nasi time-time cenggini kalau dah set kepala untuk dietkan....not good sungguh! Apapun Alhamdulillah...dah kenyang! Mata pulak tak ngantuk, sebab tu terus buat entry ni...he he he

Oklah jumpa korang esok pagi pulak! Selamat Hari Isnin yeeee....jangan Monday Moody! Not good ok...



CK : Bilalah nak disiplin bab diet nie....?

Sunday, January 23, 2011

Entri Cepat, Pantas dan Tuntas.....

Assalamualaikum.....


Selamat pagi korang! Dah bangun belum nie? Awal2 lagi bangun saya dah masak....wah! menarikkan awal pagi dah masak. Siapkan bekalan untuk ke ofis. Hari ini kena keje...hua hua hua. Tapi takpa saya ikhlas ok...he he he. Hari cuti memang kafe tak buka. So, saya siapkan makanan utk breakfast dan lunch skali [jimat bajet ai tau.....he he he]

Kuewteow goreng + ikan pari goreng + ikan sardin sambal + nasi putih

Sup sayur kuchai + fishcake


Siap bekalan saya. Dah nak pergi kerja! Dah nama pun entri cepat, pantas dan tuntas...haruslah daaaaaaaaaaaaaaa utk korang semua....muah....muah....muah.....jumpa lagi nanti ye! Nak gi kerja dah...



CK : Nasib baik bangun awal...dapat juga siapkan semua tepat jam 8.00am

Petua Wanita Supaya Tidak Cepat Nampak Tua

Assalamualaikum.....


Sharing is caring! Mari kita share petua lagi. Untuk kaum wanita semoga sentiasa cantik molek. Tapi mesti cantik dalaman juga ya. Hati mau bersih! Kalau rupa je yang cantik tapi hati tu asyik2 dengki, ngumpat sana sini dan dendam hingga ke mati. Tak guna jugakan. So, biar seimbang cantik dalaman dan luaran....betul tak. Macam biasa petua ini datang khas dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir.

Jom layaaaaaaaaaaaan........


+++++++++++++++++++++++++++++


Diet Tinggi Protein - Jika anda mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan anda kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini anda menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

Minuman Berkafein - Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.

Makanan Tinggi Gula - Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan anda kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.



CK : Mahu cantik...mahu cantik...he he he!

Saturday, January 22, 2011

10 PERATURAN BAPA KEPADA TEMAN LELAKI ANAK PEREMPUANNYA

Assalamualaikum....

Lepas buat karamel tanpa telur, dah takda benda nak buat asik update blog saja. [entri pasal karamel akan dibuat secepat mungkin] Hu hu. Mahu jadi blogger yang berjaya konon-kononnya. Habis belek blog....akan belek FB pulak,. Jalan punya jalan jumpa note menarik kat FB adik saya. Terus minta izin mahu share di blog untuk tatapan korang. Ini hasil tulisan dan idea adik saya sendiri. Tak sangka pandai juga dia merapu dalam menulis....Bila baca rasa nak gelak jer! Rasanya daddy mcm tu jer. Adik ko luahkan apa yg terpendamkah? ha ha ha



10 PERATURAN BAPA KEPADA TEMAN LELAKI ANAK PEREMPUANNYA


KEPADA BF ANAK KU,

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.




CK : Ada benarnya apa yang kau tulis wahai adikku....kelakar tp bermakna!

Merempit Di Hujung Minggu.....

Assalamualaikum....

Aktiviti di hujung minggu ini agak menarik! Menarik bagi sayalah. Mula tu plan nak pi office selepas breakfast. Puas memikir nak breakfast apa yang cepat, pantas dan tuntas....he he he. Sambil-sambil mengadap lappy pagi tadi...ting tong....terfikir mahu buat BURGER! Bila buat burger sebagai breakfast teringat kat bonda di kampung. Dulu masa kecik-kecik comel dan gebu, bonda rajin buatkan burger untuk breakfast.....

Makan burger pagi ini. Ini proses yang hampir nak siap. Perut pun dah melapar sebab masa tu dah jam 9.00am! Memang waktu untuk makan pagi. Asal terlambat sedikit makan....rasa gigil!

Tadaaa dah siap! Dua ketul burger. Satu untuk saya. Dan satu untuk adik saya. Sukalah dia saya willing buatkan breakfast [sekarang sudah ada teman bermanja kat rumah...ye ye ye]

Selepas makan. Tengok TV. Tengahari baru keluar. Uh! Takkan nak pi opis kot. Cancel bab pi opis. Kita merempit. Sebab Mybee telah dipinjam untuk ke Pilihanraya Kecil di Tenang. Hari minggu ini kita merempit la. Perancangan awal mahu ke Alamanda....tapi telah beralih arah ke Seri Kembangan. Cadang2 mahu ke rumah Mak Saudara. Tapi tak jadi juga bila dah terpandang sign board Jusco. Hu hu..... buruk betul perangai!

Tengok kat side mirror tuh. Betapa gigih saya mengambil gambar. Dalam masa yg sama risau HP saya melayang. Dah la tak sampai 2 bulan rasanya beli. Kalau melayang...mahu nangis nie. Adik saya pulak salah ambil jalan. Rupanya dia tak dapat bezakan kiri dan kanan. Itu masalah dia sejak kecik. Belajar je tinggi-tinggi...kanan kiri....left right pun susah nak tangkap. Adeeeeh. Terpaksalah ikut jalan jauh....huh! perabih minyak sungguh....

Dari Jusco, Seri Kembangan balik semula ke Putrajaya. Adik saya nak ke BSN. Nak beli pin nombor UPU. Hah! Nak sambung study lagi lah tu....mahu lawankah? he he he

Siap follow Nadiputra nie lagi.....pon....pon.....minah rempit nak lalu....

Balik rumah lebih kurang 3pm. Perut dah lapar. Baiknya keluar tapi tak makan kat luar. Konon-konon jimat bajetlah. Adik saya jer nak sangat makan ayam goreng kat Jusco. So, ayam goreng tu dialah yang beli. Dia cakap sedap. Bolehlah...ranggup....sedaplah jugak.

Sampai sahaja rumah terus masak nasi. Potong kubis, cili dan bawang. Petang tadi makan nasi putih + masak lemak kubis udang kering campur soohun + ikan masin tenggiri goreng + ayam goreng Jusco + air soya! Kenyang tersandar. Lepas makan adik saya tido...saya plak terus layan tv.

Pastu plan nak ke opis jam 5.30 petang. Terpaksa cancel. Putrajaya hujanlah pulak tiba2....ermmmm


Sekian, cerita merempit dihujung minggu bersama Cik Kamoo....he he he




CK : Banyak kisah di sebalik merempit nie.....kisah2 susah sebelum senang yg byk menyedarkan saya. Hidup ini kita perlu sentiasa sabar dan bersyukur....

Lirik Lagu : Hanya Kau Yang Mampu : Aizat

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku





[Asal dengar lagu HANYA KAU YANG MAMPU nyanyian AIZAT rasa macam bergendang gegendang telinga. Rasa mahu off siaran radio pun ada. Lagi layan. Tangkap leleh. Oh! Rupanya hati macam agar-agar. Keras di luar lembut di dalam. ha ha ha. Kalau agar-agar sirap sedap juga di makan. Ini lagu kenangan. Dari kawan menjadi sahabat menjadi teman menjadi kekasih. Banyak sangat menjadi. Akhirnya langsung tak jadi. Dah tertulis ketentuan Allah begitu. Sebagai manusia harus redha. Tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya masih lagi ada kasih sayang persahabatan. Daripada putus terus lebih baik jadi kawan].

[Kalau kenal terus bercinta. Mungkin hari ini kita tidak akan lagi bersama. Sebab kita kenal sebagai kawan menjadi sahabat menjadi teman dan menjadi kekasih. Maka setelah diselidiki. Persahabatan lebih mahal dari ikatan percintaan. Setahun dua lagi persahabatan ini mencecah 10 tahun. Lama bukan.....?. Kita masih ada bersama. Bercerita mesra. Bergaduh bagai nak gila. Saling tuduh menuduh. Saling bermarahan. Namun dalam masa yang sama. Setiap kesusahan. Setiap kesengsaraan kita ada bersama. Kenapa? Hingga hari ini cuma yang terfikir....persahabatan kita lebih indah dari kisah cinta kita! he he he]



CK : Kaulah racun...kaulah penawar!

Followers...CIK KAMOO SAYANG KORANG!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....Followers Cik Kamoo dah cecah 202 orang. Terima kasih kepada semua sbb sudi terima Cik Kamoo dalam dunia blog. Walaupun dah lama kenal blog tapi baru aktif sejak 2-3 bulan kebelakangan ini. Dulu jadi blogger untuk diri sendiri sahaja. Asyik-asyik nak private jer. Jiwa kacau kot masa tu. He he he. Skang Alhamdulillah....bila tengok followers dah cecah angka 202 tu, Cik Kamoo bersyukur sangat. Terima kasih untuk korang.

Jom Cik Kamoo nak kenalkan dengan follower ke 202 ni!! Jeng-jeng...siapalah orangnyakan....


Orangnya adalah FA-IN....

Jomlah kita sama-sama terjah blog Fai-In ni...

Intro tentang Fa-In ....

"seorang budak yang mahu menjadi nenek dan cuba untuk mematangkan diri"


Cik Kamoo bercadang pada masa akan datang untuk review tentang semua followers Cik Kamoo. Akan diusahakan jika Cik Kamoo tidak kebizian. Maklumlah....kerja sekarang boleh tahan hebat juga sibuknya. So, Cik Kamoo akan dahulukan mana yang pentinglah.

Doa-doakanlah agar Cik Kamoo dapat review semua bloggers yang dah jadi follower Cik Kamoo nie. SAYANG SANGAT KAT KORANG.....semangat untuk berblog meletus meletup lepas nie. Insya-Allah...




CK : Alhamdulillah berjaya juga saya jadi penulis. Walaupun hanya penulis blog picisan sahaja. Tapi tetap menulis bukan.....

TANGAN BERTUAH CIK NICO!!

Assalamualaikum....


Pagi semua! Selamat hujung minggu! Tak sangka ada blogger yang sudi tag CIK KAMOO! Terima kasih Ferra. Sorry...lambat sangat saya jawab tag kamoo. Agak busy kebelakangan ini. Bila tengok biodata si Ferra ni..."Tourism Management Student!". Owh! Kita satu kapal rupanya....tpi saya student yg dah sekian lama berpencen!

Jomlah kita tengok apa yang nak kena buat dengan taq ini dan sapa yang akan kena tag nanti.....weeehaaaa


Mula-mula kita tempek banner TANGAH BERTUAH CIK NICO! Cute ajer banner nie...

Pastu apa yang perlu dibuat adalah panggil semua orang kampung....opss...seramai mana blogger untuk join contest ini!

Jomlah ramai2 kita join! Untuk cari kawan2 blogger dan menambah kenalan. Sape yang berminat jom terjah di sini....lepak-lepak di blog CIK NICO! Join taw...hadiahnya "TERTARIK MEMANG KAU DA BOOOM!"


Sape plak saya nak tagkan? ermmmm.....intai2 di bawah ini sape yang kena tag oleh CIK KAMOO....


Shaofie

Innanie Ariffin

Nur Eyda

Faqihfiqh

Zakiah


Korang jangan lupa join taw.....sila rasa bertuah kerana anda telah ditag! ho ho ho



CK : Tambah kenalan dengan tad dan contest.....ooooooooo i like....

Friday, January 21, 2011

Bila Cinta Kau Tumpah pada KERJA!

Assalamualaikum...

Bila kau rasa dh jatuh cinta dgn kerja, kerja blonggok pun kau rasa ok je! Kau boleh senyum-senyum walaupun kerja kau banyak gile! Kau tak gile tapi org lain yang gile tengok kau. Kau kerja macam esok tak akan ada!! Kerja kau tak stress tapi orang buat kau jadi stress tapi kau still ok lg. Itulah hebatnya kalau kau kerja dengan ikhlaskan hati!! Psiko diri utk fikir yang baik-baik & positif sahaja. Sebab kalau kau 'jatuh' dalam dunia kerja, jangan mimpi ada yg akan tolong melainkan diri sendiri! Kalau ada pun mungkin sahabat yang baik gile dengan kau, tapi dia bukan gile la!

Hidup ini kau kena positif. Terutama positif dlm kerja. Sebab kau akan jumpa dgn macam2 orang. Yang kadang2 buat kau jadi tension gile...even kau tak gile walaupun sedikit. Itu belum masuk lagi cerita bodek, ampu serta kipas mengipas dalam dunia kerja. Kalau kau bukan jenis mcm tu memang kau tak akan boleh terima. Oh! ingatlah kerja yang kau buat kena ikhlas, kalau belum ikhlas, belajar-belajarlah untuk ikhlas dan terima kerja ini sebagai satu ibadah. Kalau kau tak ikhlas dan tak terima kerja itu ibadah...sebab itu akan ada sahaja nak menipu. Oh! fikir tentang orang lain yang kerja dengan jujur. Satu lagi...kerja itu akan jadi darah daging sebab kau terima gaji dari kerja yang kau buat. Kalau kau bujang mungkin duit gaji tu kau makan sorang...habis kuat kau bagi kat mak bapak kau. Oh! sanggup ke kau nak bagi duit yang ikhlas dan menipu tu kat mak bapak kau! Sendiri jawablahkan. Kalau kau dah kahwin....jamu anak bini makan....erghhh sendiri fikir ok!

Kau tentu suka orang jujur dalam bekerja bukan. Tambah-tambah orang yang tak sembunyikan kebenaran. Dan sanggup mengaku kesilapan! Berapa ramai yang berani mengaku..."Itu silap saya....saya minta maaf!"

Tapi kalau kau kerja dgn happy...dgn senang hati...apa pun arahan kau ok sahaja! Apa sahaja masalah kau terima sahaja. Tak akan ada alasan bodoh mahupun tak logik. Bila orang-orang lama bercakap...."HIDUP DENGAN ALASAN KITA TAK AKAN BERJAYA, MALAH TAK AKAN PERGI SEJAUH MANAPUN!". Tak ada pun kau nak cakap benda bukan2. Selalunya kerja itu ok sahaja. Yang buat kita tak ok adalah.........[isilah sendiri apa yang buat kau rasa tak o.k!]

Sampai hari ini...kau perlu bersyukur bila kau adalah seorang pekerja! Sebab kau ada kerja! Sedangkan ramai gile yang kat luar sana sedang cari kerja. Tengah sibuk taip resume...tengah sibuk sediakan gambar ukuran passport...tengah sibuk buat salinan sijil SEMATA-MATA NAK CARI KERJA! Jadi bila kau dah ada kerja. Duduk diam-diam dan buat kerja. Tak payah mengumpat secara berjemaah. Sebab mengumpat ini kau akan nampak orang lain semua salah...orang lain semua buruk, sedangkan kau pun ada salah jugak dan kau pun buruk juga. Tak payah sibuk kerja orang lain. Sebab kau kan dah ada kerja sendiri. Cukup time makan...makan. Cukup time kerja...kerja [Nak mengular..itu ikut sukalah....janji kerja kau siap! Tapi agak-agaklah nak ngular pun]. Jangan bodek...jangan ampu...jangan kipas...apatah lagi guna air cooler! Oh! Sangat kesian pada orang lain yang bekerja dgn jujur...! Kalau kau bodek...ampu...kipas...air cooler...buatlah! Lepas kat dunia...akhirat belum tentu!

Kau bertuah sebab kau ada kerja. Bila ada kerja kau ada majikan. Kecuali kau buka company sendiri. Mungkin kau majikan dan kuli dalam satu masa. Jadi bila kau adalah majikan. Jadi bila kau adalah kuli. PROFESSIONALlah dalam bekerja. Majikan suka. Kuli pun suka.

Jadi kerja ini akan buat kau happy! Mengeluh sikit2 adatlah...sebab kau dan aku manusia! Tak pernah rasa sempurna...apa yang dicakap sebenarnya..."AKU SUKA KERJA AKU" Itu sahaja yang nak dicakap sebenarnya. Penat tapi aku terima dengan penuh rasa terbuka dan rasa syukur! Alhamdulillah .... Allah kurniakan kerja yg cukup baik buat diri masa sekarang ini. Kalau tak bersyukur lagi...tak tahulah apa yang dihendakkan lagi sedangkan ada orang lain yang tak ada apa yg kau ada!

Kau fikirlah sendiri. Jangan tunggu orang berubah. Sebab mereka tak akan berubah...jadi kau yang perlu berubah utk jadi lebih baik....bukan utk sesiapa tp utk diri sendiri...keluarga....organisasi....negara dan agama.

Kau belum cukup baik....dan fikirlah untuk menjadi yang terbaik....[sedang fikir!]. Jangan peduli apa yang orang perkatakan tentang kau...peribadi kau...dan kerja kau...sebab orang bukan tahu pun yang sebenarnya apa. Apa orang tahu adalah mengumpat kau dengan senang hati. Oh! Tak kisah pun....kau happy saja sbb hanya kau yg tahu apa terjadi. Janji kau buat kerja kau sampai siap. Tentu malam kau akan tidur lena!



CK : Note yang saya tulis di facebook saya...bila amat kecewa dengan politik pejabat maka lahirlah semua ini. Maafkan kekhilafan saya andai kalian terasa hati. Saya sekadar meluahkan rasa untuk meredhakan keresahan hati.....itu sahaja!

Wednesday, January 19, 2011

Berpesta pungut syiling atas lebuh raya

Assalamualaikum....


[sumber : Harian Metro]



CK : Ada yg sanggup menggadai nyawa kerana mengutip syiling yg tumpah ini....ermmmm....duitkan...semua orang nak!

Ilmu Firasat Melayu : Rahsia Mata

Assalamualaikum....

Sebelum ini saya dah share entri tentang Rahsia Punggung. Kalau sape2 belum baca boleh KLIK DI SINI. Pagi ini saya share dengan korang tentang RAHSIA MATA pulak. Tengok mata sendiri...tengok mata orang lain pun boleh tapi jangan tenung lama-lama sangat kang jatuh cinta plak. Kalau yg single jatuh cinta...Alhamdulillah, kalau yg double or triple jatuh cinta sbb main tenung-tenung mata ni saya tak tahu ok.....korang jgn cari sakit sudaaah!

Ilmu firasat Melayu ini saya amik daripada Pak Ngah Farit Ismeth Emir. So, sama-sama kita tengok mata masing-masing joooom....


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Saiz Mata Kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tetapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz Mata Sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz Mata Lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tetapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata Selalu Berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata Jarang Berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata Cengkung - Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tetapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata Redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya Seolah Tersembul Keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tetapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya



CK : Sape nak tenung mata saya? he he he

Sunday, January 16, 2011

Jalan-Jalan Ke Kota Melawati, Selangor

Assalamualaikum...

Jom jalan-jalan! Lokasi kali ini adalah KOTA MELAWATI, SELANGOR! Dah lama simpan impian nak sampai ke kota ini. Alhamdulillah akhirnya Allah permudahkan cara utk sampai. Ini pun dikira kebetulan saya pergi tukar tayar kereta kat Klang. Sila lihat ENTRI INI kalau dah lupa ye....he he he. Kiranya jalan-jalan ke Kota Melawati nie dah jadi sikit pekasam....sibuk dengan kerja-kerja tahun baru, so saya tak sempat nak upload gambar. Skang baru ada masa. Itupun jap lagi dah nak pi ofis....! Jom layan lokasi yang best ini.....


Laju jer Incik Babah berjalan tinggalkan saya...hua hua hua

Inilah peniaga yang jual makanan untuk monyet2 di sini
[macam2 ada...kacang panjang, kuaci, pisang...]

Masing2 sibuk dok tengok monyet! Masa saya sampai kt sini monyet2 tak nak turun dari pokok sebab ada pelancong bawa anjing....ish...ish....benganglah orang yg jual makanan monyet tuh. Dah sape nk beli makanan tu kalau monyet tak nak turun...takkan kita plak nk makan...

Meriam dan bunga api....berhadapan Muzium Sejarah

Pintu masuk muzium....

Pelancong tengah sibuk layan monyet-monyet di sini...

Ini meriam kat luar muzium


Maybe saya akan buat part 2! Gambar lain belum sempat edit lagi....Insya-allah ada masa leh la...Korang jangan lupa datang kt sini. Menarik juga...inilah nama dia jalan2 sambil berjimat....he he he


CK : Dah puas hati sbb akhirnya dah sampai sini.....

Ini Bukan Entri Lucah OK : RAHSIA PUNGGUNG

Assalamulaikum...

Jom kita belajar ilmu firasat Melayu! RAHSIA PUNGGUNG. Makluman...ini bukan entri mahu melucah ok. Just nak share ilmu orang Melayu dulu-dulu......tapi lepas ini korang jangan dok usha punggung orang plak....kot kena lempang pergi balik sendiri tanggung ok!

+++++++++++++++++++++++++

1. Seimbang

Peha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

2. Bulat

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir


CK : Belek punggung sendiri jgn belek punggung orang lain ok! Amaran Keras.....

Saturday, January 15, 2011

Petua Untuk Mempercepatkan JODOH

Assalamualaikum....

Entri ini khas untuk si bujang lelaki dan wanita sahaja! Kalau sesape yang ada target nak mendirikan masjid tp masih belum berjumpa dgn si dia yg berkenan di hati. Sila amalkan petua ini. Saya pun nak amalkan jugaklah...he he he! Manalah tahukan tup tup tahun 2011 ini berjumpa dgn si dia yg jujur dn ikhlas dan berkenan di hati. Tak salahkan?!? Ahaks....sudah galak nk kahwinkah CIK KAMOO....hu hu hu! [Daddy n ibu....sila hulur wuangnya byk2 ya...mahu buat pelamin bertemakan hitam dan merah taw...hak hak hak...nk sanding dalam taman boleh....he he he ] So, bolehlah palu kompang sama mcm CIK YANIE Gebus!


++++++++++++++++++



[Best ke kahwin.....he he he]

[Kahwin nanti nak lompat tinggi-tinggi macam ni gak lah! he he he - gilak berangan!]

Untuk yang berhajat untuk mempercepatkan jodoh atau memanjangkan jodoh, hendaklah diamalkan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.

1. Duduk menghadap kiblat

2. Lakukannya dengan khusyuk dan yakin yang Allah s.w.t. akan membantu kita

3. Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, dan Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya waktu maghrib.

4. Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala kedengaran "Allahuakbar" yang pertama kali dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.

5. Amalkannya sebanyak 3 Jumaat berturut- turut.


Kredit : Pak Ngah farit Ismeth Emir (FB)



CK : Semoga dipertemukan jodoh dengan si dia yang jujur, ikhlas, penyayang dan bertanggungjawab! Amin.....mudah-mudahan

Friday, January 14, 2011

Sudah Pujuk Encik Nuffnang!

Assalamualaikum...

Ingat lagi pada entri YANG INI!
Bila waktu itu saya bukan anak emas Encik Nuffnang dalam masa beberapa hari.
Sedih time tu!
Encik Nuffnang telah merajuk dengan saya
Gara-gara kecurangan yang tidak disengajakan
Tapi bila fikir balik
Dulu blogging takda Encik Nuffnang pun
Ok je

So, bila Encik Nuffnang ambil semula
STATUS GLITTERATI
kenapa nak sentap??!!
hu hu hu

Takdalah sentap
Masih menulis
Cuma bila semua orang ada status anak emas tu
he he he saya pun nak juga....
Tapi kalau Encik Nuffnang tak bagi
SAYA TETAP AKAN MENULIS MACAM BIASA
SELAGI TERDAYA
DAN SELAGI ADA IDEA DI KEPALA
WALAUPUN ORANG CAKAP TULISAN INI MERAPU
ERMMM SAYA PEDULI APA...

"ADA AKU KISAH!"

Hari ini
Bila check akaun Nuffnang!
Jeng....jeng...jeng...

DAH DAPAT SEMULA
.
.
.
STATUS GLITTERATI

Terima kasih Encik Nuffnang...
ehem...ehem...esok bagi BE pulak ye...


he he he
Mahu kena lempang laju-lajukan
lempang pergi balik...MAHUKAN???!

dah...dah
Gi menulis
ingat
MENULIS BUKAN KERANA NAMA OKEH!!

Sudah pujuk Encik Nuffnang
dan akhirnya inilah habuan yang dapat ...GLITTERATI!

*senyum sampai ke telinga*


CK : satu kelebihan dapat status ini kembali...kalau tak dapat menulis tetap menulis....

Saya Suka Mungkin Awak Tidak Suka...

Assalamualaikum...

Sudah lumrah manusia tidak menyukai semua perkara yang hinggap dalam perjalanan kehidupannya. Kadangkala manusia juga tidak suka apa yang manusia lain suka. Tak pelik bukan?! Sebab kita mempunyai rasa, keinginan dan kehendak yang berbeza. Kalau semuanya sama sudah pasti tiada keindahan dan keistimewaannya di dalam dunia milik Dia Yang Maha Esa ini.

Ada orang suka menulis. Macam saya. Macam kita semua yang jadi blogger ini. Ada orang lebih senang menjadi pembaca. Ada orang suka politik [politik sekarang sudah tiada kejujuran dan keikhlasan...hancur!]. Ada orang lebih suka menjadi pemerhati politik. Ada orang hanya suka makan tapi masak...MALAS! Ada orang suka masak dan suka makan. Macam-macam hal karenah apa yang disuka dan apa yang tidak disuka! Sebagai manusia , kita sepatutnya menghormati minat dan kesukaan orang lain [selagi apa yang disuka dan diminat itu adalah perkara yang baik+halal].

Macam saya. Tidaklah bagus menulis pun. Walaupun pernah ada impian untuk jadi penulis semasa sekolah dulu. Bila sajak yang dikarang dapat tempat pertama. Bukan main suka dan girang. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita semasa menjadi budak hingusan. Tak pernah terfikir pun untuk mengasah bakat. Maklumlah cuma budak kampung. Sekarang kalau menulis...subjek dan predikat pun hancur! Nasib baik jadi blogger tak perlu ikut semua tu. Kalau ikut lagi baguskan. Bahasa kita pun tak tercemar mungkin. Senyum lebarkan orang DBP [Dewan Bahasa dan Pustaka] kalau kita sebagai blogger menulis ikut subjek dan predikat serta menulis dengan penggunaan bahasa yang betul ya tak?!

Cuma apa yang buat saya sedih dan terkilan. Tiada siapa yang terdekat memahami keinginan dan kesukaan saya. Bukan sahaja dalam bab menjadi blogger...malah kalau saya terlalu rajin untuk bekerja pun akan menjadi isu. Sedih jugak. Tapi selalunya saya abaikan sahaja. Adik-adik saya selalu komplen..."asyik kerja Sabtu Ahad!". Dan Encik Abie pun asyik cakap.."yelah diakan blogger!". Salah ke saya jadi semua ini. Rasanya tak? Sebab saya masih ada masa meluangkan masa dengan kaliankan....Pembahagian masa saya dengan kamu dan kamu adil apa!

Hormatlah minat dan kesukaan orang lain. Itu sahaja. Pernah dipersoalkan. "Best ke jadi blogger? Banyak masa ngadap lappy? Tak buang masa ke? Alah kau kan penulis?" Sentap ok! Rasa macam nak buat muka ketat! Tapi saya bukan begitu orangnya. *Senyum* dalam hati *SAKIT!*.

Penjelasan. Saya bukan 24jam mengadap lappy dan juga bukan 24jam berada di pejabat. Saya masih ada dengan kamu dan kamu bila kamu dan kamu perlukan saya. Dan saya menulis untuk tidak jadikan otak saya bergerak bagai siput khinzir! Bila saya menulis saya perlu berfikir untuk membina ayat. Walaupun bahasa saya tidak cantik malah tidak bagus tapi masih ada yang fahamkan. Begitu juga bila saya bekerja. Saya akan berfikir...maka otak saya bagai tiada rehat bukan. Saya suka walaupun awak tidak suka. Tidak mengapa. Tiada paksaan untuk menyukai minat dan kesukaan saya.

Saya suka mungkin awak tidak suka...tapi pernahkan kamu dan kamu lihat saya menyatakan tidak suka dengan minat dan keinginan kalian? Saya tetap memberikan semangat untuk kamu dan kamu maju serta berjaya bukan??

[Kita pun berdiri tak sama tinggi dan duduk tidak sama rendah...
jadi tidak hairanlah saya suka mungkin awak tidak suka!
Berbeza itu nampak cantik bukan....?]

[Saya suka makan ayam dan dia suka makan ikan....dia cakap bila kita kahwin nanti jangan harap saya nak beli ayam! Ini lagi buat saya lagi sentap....nak ke awak kahwin dengan saya yang makan ayam hampir setiap hari tanpa jemu? Saya suka dan mungkin awak tidak suka....tapi tak bermakna saya rela awak nak suruh saya hilang minat pada AYAM!]


Fikir-fikirkanlah.......



CK : Lega.....

PELAKSANAAN LORONG BAS KHAS DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum....

PENGUMUMAN UNTUK WARGA KERJA & KOMUNITI PUTRAJAYA....

Perbadanan Putrajaya (PPj) telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Lorong Khas Bas pada waktu puncak pagi bermula dari jam 7.00 pagi hingga 8.30 pagi di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Keputusan ini dipersetujui memandangkan terdapat peningkatan perjalanan bas Nadi Putra sekaligus menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang yang dibawa dari kawasan kediaman ke Kompleks A,B,C,D dan E.

Orang ramai dialu-alukan supaya mengubah mod pengangkutan untuk pergi dan balik kerja dengan menggunakan bas Nadi Putra yang selesa, menjimatkan dan mesra alam.


Ayat cedok sebiji dari SINI!!


CK : Bila la nak naik Nadiputra nie....

Thursday, January 13, 2011

Dua Patah Perkataan : TERIMA KASIH!

Assalamualaikum....

TERIMA KASIH! Hanya dua patah perkataan. Tapi amat sukar terluncur daripada kebanyakan mulut kita. Kenapa? Tak perlu dibayar pun kalau sekadar mengucapkan terima kasih. Kadang-kadang mula memikirkan ramai di antara kita di zaman sekarang seolah meminggirkan dua patah perkataan ini.

Cuba lihat sekeliling. Situasi yang berlaku. Di mana-mana sahaja. Bila pertolongan dihulurkan...langsung tiada ucapan dua patah perkataan ini. Orang yang menolong biasanya tidak mengharapkan balasan pun. Cukuplah sekadar mengucapkan TERIMA KASIH. Cukupkan. Sekurang-kurang hati merasa gembira dan membuat si pemberi pertolongan merasa ikhlas dan tersenyum.

Bukan semua manusia begitu. Tapi kebanyakannya sukar meluncurkan kata terima kasih. Sungguh menyedihkan. Saya sendiri banyak berhadapan dengan situasi....'pertolongan dihulur, tiada kata terima kasih diucap'. Bukan meminta, tetapi sekurang-kurangnya berbudi bahasa.

Fikir-fikirkanlah. Moga-moga kita semua tidak menjadi begitu....



CK : Hanya meluahkan rasa ttg situasi semasa...namun, saya tahu tidak semua orang begitu. Masih ada yang kaya dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Wednesday, January 12, 2011

OT...Boleh Kaya Ke??

Assalamualaikum...

OT! Overtime atau kerja lebih masa. Ada yang suka. Ada yang tidak. Ada yang terpaksa. Ada yang ikhlas. Bergantung kepada pemahaman masing-masing. Ada yang OT kerana ingin menambah pendapatan sedia ada. Ada yang OT kerana ia satu tuntutan yang tidak boleh untuk berkata tidak. Ada yang OT suka-suka untuk claim banyak-banyak walaupun tiada kerja hendak dilakukan tetapi masih datang untuk OT [itu antara si pekerja dgn DIA nanti].

Bila mengutarakan perihal OT. Saya adalah salah seorang yang terlibat dalam hal ini. Saya telah berpindah ke 3 department. Kesemuanya menuntut saya untuk bekerja lebih masa. Ada baik dan ada buruknya buat saya. Kadang-kadang terasa penat. Untuk meredakan hati saya menganggap ini sebagai satu rezeki pemberian Dia buat saya. Setelah saya kaji perihal tugasan sendiri....bekerja selama 8 jam tanpa melayan internet dan tanpa berborak kosong. Tetap memerlukan saya untuk bekerja lebih masa. Pernah juga saya mengeluh. Dan pernah juga saya stress. Tapi saya cepat menyejukkan hati sendiri. Sibuklah saya dengan kerja kerana ada masanya kerja ini memberikan saya satu 'senyuman' dan kepuasan!

Apa yang menyedihkan saya baru-baru ini perihal OT...adalah persoalan yang ditimbulkan oleh seorang manusia yang selalu saya tengok tetapi tidak tahu namanya siapa [sebab dia budak maintenance]. Peristiwa itu lebih kurang mcm ini....sewaktu kejadian masa adalah lebih dan kurang jam 8.00 mlm di pejabat saya [gaya macam dah ada office sendiri sahaja];


Budak Itu : Tak balik kerja lagi kak...
Saya : Belum...ada kerja nak disiapkan...
Budak Itu : Wah! Ini kira OT lah nie....balik lambat....
Saya : Lebih kurang mcm itulah. Biasalah awal tahun....byk benda yg nk direport...
Budak Itu : Kalau macam tu KAYA lah hari-hari OT.....
Saya : ermmmmm ... *Berlalu sambil tersenyum...*



Apa yang hendak saya perkatakan....betapa ceteknya mentaliti manusia ini. Hinggakan timbul persoalan di minda kepala saya "Boleh KAYA ke kalau kita OT hari-hari?"! Dah masuk tahun ke-6 saya berkerja yg memerlukan tenaga dan fikiran saya ini utk di OT kan! Saya tak KAYA pun! Tapi saya bersyukur dengan claim yg tak seberapa boleh juga diagihkan kepada mak ayah dan adik-adik yg memerlukan.

Jangan cakap sebarangan, kadang-kadang walaupun kita claim OT...mungkin di dalamnya bukan hak kita pun. Mungkin apa yang kita claim adalah hak orang lain...dan kita cuma perantara. Fikir-fikirkanlah....




CK : Tidak sekaya dan sesenang manapun. Tapi bersyukur dengan setiap sen rezki yang diberi Tuhan. Kerana tanpaNya....mungkin 1 sen pun saya tak dapat....

Status Glitterati.....dah tinggalkan saya!

Assalamualaikum....

Sedih
Bila check Nuffnang
Status sebagai anak emas Nuffnang dah ditarikh balik!!
Status Glitterati la yang Encik Nuffnang amik balik

Adakah kes sama mcm dulu!
Ada kod iklan innity dalam entri saya!
Terus hantar ticket pada Encik Nuffnang utk dapatkan penjelasan
Sambil2 saya check entri yg lepas....mana tau kot-kot ada kod iklan tu lagi....

Tup...tup
Memang ada!!
So...terus DELETE!!

Pesanan saya untuk korang!
Kalau nak copy entri dari mana-mana surakhabar online
SILA HATI-HATI!!
Sebab dalam entri dorang ada kod iklan innity!
Jangan sedap main kopi paste je....
Check dulu kat EDIT HTML.....delete dulu pastu baru publish!!

Silap haribulan korang pun jadi mcm saya..
Encik Nuffnang bagi balik ye status anak emas tu...
huk huk huk....




CK : Moga-moga dapat.....mana tau dah dapat balik status nie boleh dpt BE! hoooyey! Saya tidak berniat menduakan cinta Encik Nuffnang tau....

Memahami Orang Lelaki

Assalamualaikum....

Mari kita [perempuan sahaja!] memahami orang LELAKI!! Jom...jom...pelengkap perempuankan adalah lelaki...so, kita mesti kenal siapa lelaki yg berada berdekatan dgn kita....!

++++++++++++++++++++++






Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Kadangkala sesetengah wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik. Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. 


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir


CK : owh...macam tu ke lelaki? he he he tak tahu pun....

Tuesday, January 11, 2011

Tabiat Buruk Yang Boleh Musnahkan Kerjaya Anda

Assalamualaikum....

Tahun yang masih baru. Baru hari ke-11. Elok sangat kalau berkongsi ilmu yang mampu memberikan kita semangat untuk bekerja dengan luar biasa hebat! Motivasi ini datangnya dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir. Kita baca dan amalkan....


+++++++++++++++


Terdapat beberapa tabiat buruk yang akan memusnahkan kerjaya anda. Jika tidak dikawal, pasti prestasi kerjaya anda jatuh menjunam.

  1. Datang Lewat : dalam membina kerjaya, disiplin merupakan pokok utama. Lewat ke pejabat, gagal menepati temujanji dengan klien hanya akan melepaskan kerjaya anda.
  2. Bergosip : umpat-mengumpat di pejabat sememangnya menjadi budaya sebahagian daripada kita khususnya orang melayu. Namun, awas sikap bergosip ini tidak membawa sebarang faedah, hanya mengundang konflik yang akan memberi kesan buruk terhadap prestasi kerjaya anda.
  3. Menangguhkan Kerja : sikap sebegini hanya mengundang masalah. Penangguhan kerja akan menyebabkan anda melakukan kerja ala kadar sahaja. Jika dilakukan tergesa-gesa, pasti kualiti kerja terjejas.
  4. Menyalahgunakan Harta Syarikat : menyalahgunakan harta syarikat seperti telefon, mesin cetak dan sebagainya demi kepentingan sendiri adalah harus dielakkan. Berbual di telefon dalam jangka masa yang lama hanya membuat anda leka, kesannya banyak tugasan yang tangguh.
  5. Menolak Tugasan : Sikap memilih tugasan seperti enggan menerima tugasan luar, malas bertemu klien seharusnya dielakkan. Terima apa sahaja tugasan yang diberikan oleh bos anda selagi ia masih dalam skop pekerjaan anda. Sekiranya anda berterusan bersikap memilih, lupakan saja impian untuk cemerlang dalam kerjaya anda.

CK : Tahun ini dah target sesuatu dalam kerja! Semoga dapat!

Monday, January 10, 2011

Lelaki dicekup rakam aksi wanita di tandas

10/01/2011 4:55pm

KUCHING 10 Jan. – Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.

Berikutan itu, suspek berusia 20-an ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh hak peribadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, pelancong warga Australia melawat Muzium Kuching bersama teman lelakinya.

Difahamkan, mangsa berusia 20-an sebelum itu bertanyakan suspek yang dipercayai bekerja di situ untuk ke tandas.

Namun sebaik sahaja selesai menggunakan tandas, wanita itu terkejut apabila ternampak kelipan cahaya mencurigakan daripada sebuah kotak sabun.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mangsa menemui sebuah telefon bimbit di dalamnya.

“Mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk tujuan laporan.

“Suspek bagaimanapun nekad mengikuti mangsa dan meminta pegawai polis memulangkan telefon bimbit itu kepadanya.

“Rayuan suspek tidak diendahkan dan sebaliknya dia ditahan untuk disoal-siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata jurucakap itu, hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira sembilan lagi klip video wanita membuang air kecil di dalam telefon bimbit suspek. - Utusan



CK : Dah takde keje lain ke nak buat! Wahai wanita2 di luar sana...sila berhati2!!

Saya Jual Kasut Paling Cun! Nak Beli Tak??

Assalamualaikum

Lelongan kasut!
Jom borong....he he he

Lelongan untuk ditengok sahaja
Bukan utk dibeli
Semua kasut cute-cute dan pelik2 ini saya dapat dari forwarded email
Entah daripada mana dtg entahlah kasut2 jenis cenggini
Kalau ada jual....korang nak beli tak??


cute wehh

Ini wat pakai pi tengok fashion show...sesuwai...

Menyeksa kaki kalau mcmnie...

Mak aih...tak jatuh ke??


Siap nampak jari kaki yg berkuku merah lagi....


Tak seksa ke berjalan pakai kasut cenggini??


Kasut transformer...

Sandal cekci

Lebih baik berkaki ayam jeee

mak aih....menyeksa kaki nampak...

Kasut kaki itik....pap...pap...pap

Sanggup ke nak pakai??

Kalau saya....memang tak pakai....




CK : Comey-comey tp tak sangguplah nak pakai

Anugerah Juara Lagu 25

Assalamualaikum....

Selamat pagi korang...
Semua pakat dok cerita pasal AJL 25 malam tadi

Ana Raffali jadi juara AJL 25!
Inilah orangnya

Inilah lagu yang buat dia memang tu

[TOLONG INGATKAN AKU]

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz


CK : Malas nak komen lebih sebab tengok pun cam boring je

Sunday, January 9, 2011

Zaman Budak Hingusan!

Assalamualaikum....

[rindu pada kasut sekolah]

[sumber gambar : Mr Google]


Teringat zaman budak-budak. Masa bersembang dengan Encik Abie. Sama-sama bincang pasal zaman sekolah. Kena denda. Kena buat homework yang berlambak. Kena pergi kelas sukan petang-petang. Bila ingat balik memang indah. Tapi semasa berada pada umur kanak-kanak zaman itu, terasa menyampah pun ada.

Mana tak menyampahnya. Masa darjah 1 dan 2 kalau salah tulis satu perkataan kena ulang lagi tulis perkataan yang sama berkali-kali. Kadang-kadang sampai 50 kali. Cikgu macam dah takda kerja lain nak suruh buat. Cepatlah habis mukasurat buku sekolah tu. Dah nak kena minta mak dan ayah beli buku latihan sekolah baru!

Lepas itu, kalau tak siap kerja sekolah. Kena berdiri atas kerusi [saya tak pernah kot rasanya...he he he]. Itu belum campur kena berdiri di luar kelas. Yang paling best...kena berdiri sebelah kaki dengan menjunjung buku teks atas kepala! Mahu cikgu tu disumpah seranah [dalam hati ajelah].

Balik sekolah tengahari. Penat lagi. 4.30 petang kena pergi sekolah semula. Ada latihan sukan. Rumah sukan ikut kaler-kaler [merah, biru, hijau dan kuning]. Rumah sukan nama bunga-bunga [mawar, kenanga, cempaka dan seroja]. Sekolah rendah rumah sukan merah. Sekolah menengah rumah sukan Kenanga. Lari separuh padang. Patah balik. Kena marah dengan cikgu sebab tak habiskan larian. Dah kena lari semula. Dalam panas terik. Terbakar rasanya. Sebab itu masa zaman budak hingusan kulit pun gelap [sekarang putih gebu sangat ke?].

Zaman budak hingusan. Kalau takda CINTA MONYET. Macam tak sah! Nasib baik tak sangkut cinta monyet. Kalau sangkut mesti ranting kayu hinggap tengah belakang. Nak belajar ke nak kahwin? Mesti tak tahu nak jawab apakan! Takut. Lebih takut bila dalam buku rekod kemajuan ada markah yang menggunakan pen merah. Jangan mimpilah ayah nak sign buku rekod tu. Jenuh memikir apa cara nak buat. Suka tak suka mengadap dan tadah telinga. Nak main-main ke nak baca buku. Janji tak buat tapi bila dah lupa buat lagi. ha ha ha

Banyak cerita-cerita best zaman budak hingusan. Walau pun tidak senakal mana. Tapi masih ada kenangan untuk disimpan. Paling tidak lupa kena kayuh basikal [gherek] dari rumah ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 20km setiap hari dengan melalui jalan tanah merah di sekelilingnya sawah padi [orang Kedah panggil bendang]. Pergi balik 40km....bayangkan! Masa balik sekolah adalah agak memeritkan...sebab panas!! Sampai rumah dah penat....teguk air then tidur sampai petang. Malam baru baca buku dan siapkan kerja sekolah!

Zaman budak hingusan. Dan sekarang Alhamdulillah....setiap kepayahan itu ada balasan yg baik. Cuma dulu bila cikgu tanya.."cita-cita nak jadi apa?"....Terus jawab, "saya nak jadi CIKGU!". Rupanya cita-cita itu tak kesampaian pun. Namun, bersyukur dengan kerja sekarang....rasanya lebih baik dari jadi CIKGU kot...he he he!

Selamat tinggal zaman budak hingusan yang telah berlalu sekian lama.



CK : Balik sekolah makan laksa kat kedai Mak Ngah tepi jalan.....lepak2 dengan geng!

FACEBOOK AKAN DITUTUP PADA BULAN MAC???!!!????

Assalamualaikum....

BETUL KE FACEBOOK NAK DITUTUP MAC INI???
ADA BAIK DAN ADA BURUKNYA DISEBALIK PENUTUPAN FB INI

Saya pun ada akaun facebook....tp sy memandang facebook lebih byk keburukan daripada kebaikan kerana ramai di antara pemegang akaun facebook ini menyalahgunakan laman sosial ini. Apapun semua bergantung kepada diri sendirikan....

"TEPUK DADA TANYA IMAN....JANGAN TANYA SELERA SBB SELERA NIE MACAM2"



Palo Alto, CA-Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada bulan Mac. Menguruskan laman telah menjadi terlalu stres.

“Facebook telah didapati di luar kawalan,” kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di luar pejabatnya Palo Alto, “dan stres pengurusan syarikat ini telah menghancurkan hidup aku. Aku perlu mengakhiri semua kegilaan ini. ”

Zuckerberg terus menjelaskan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak akan dapat lagi mengakses account Facebook.

Corporation memberitahu bahawa pengguna memadam semua maklumat peribadi mereka dari laman web sebelum 15 Mac. Setelah tarikh itu, semua foto, nota, link, dan video akan secara kekal terhapus.

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.


Sumber : Facebook Encik Abie


CK : Ada FB pun bukan boleh on pun time office hour....mcm ada ke takda ke sama aje kot! Kecuali kat rumahlah...he he he