Monday, February 28, 2011

Gatal! Bukan Menggatal ....

Assalamualaikum...


Hari ini kerja dalam keadaan yang amat tidak selesa! Habis badan, tangan, kaki dan leher penuh dengan bintat-bintat macam nyamuk gigit! Ntah apa kena pun tak tahu. Malam ini makin teruk. Nak kata makan seafood takda pulak! Adeh...memang gatal sungguh, ini belum sempat nak menggatal.

Siang tadi kira boleh tahan lagi gatal! Malam nie dah tak boleh tahan punya gatal. Dah tergaru-garu sudah! Makin banyak pulak bintat-bintat nie timbul kat kulit nie! Jangan bila baik nanti tertinggal kesan sudahlah! Jatuhlah saham...huahuahuahua....


Apsal boleh jadi macam nie?



CK : Garulah sampai tertidorkan bagus.....tak adalah lenguh tangan!


Saturday, February 26, 2011

Korang Buat Tak Apa Yang Saya Buat??

Assalamualaikum....

Saya dah siap pun kerja-kerja pejabat untuk hari ini. Hampir 7 jam. Yang selebihnya esok sambung lagi. Tak mahu bercerita tentang kerja. Tapi mahu bercerita perihal blog dan blogger. Nak tak?

Korang buat tak apa yang saya selalu buat? Memang sudah jadi tabiat saya sejak jadi blogger untuk menggodek entri-entri lama. Saya baca dan hayati apa yang telah tertulis di situ. Kadangkala bila baca sampai feel ke dalam hati! Touchinglah pulak! Itulah perangai saya....hu hu

Kemudian saya akan baca komen blogger-blogger lain yang ada kat entri saya. Habis baca saya terjah balik blog dorang! Memang habit sungguh! Pelik-pelik dan macam-macam saya ini.

Sepanjang korang jadi blogger ada tak korang buat macam saya???



CK : Nampak tak saya macam ada hobi suka membacakan? he he he

Maaf! Saya sibuk....

Assalamualakum...



Akhir-akhir ini entri saya bukan-bukan. Semuanya kerana saya sibuk. Tapi saya rasa tak keruan kalau tak update blog ini. Dapat sekurang-kurangnya satu entri sehari pun dah cukup! Rasa tak best pula kalau asyik share artikel orang lain dan tampal di sini. Bukan tak nak amalkan konsep 'sharing is caring' tapi rasa takda kepuasan dalam diri. Kata minat menuliskan? So, seharusnya menulis dari hati sendiri bukankannya dari hati orang lain! Tak gitu??

Kalau entri berkaitan petua atau motivasi yang hebat penulisannya, bolehlah saya share artikel berkenaan. Apapun mohon keizinan dari tuan empunya terlebih dahulu!

Maaf! Saya memang sibuk akhir-akhir ini. Tugasan di pejabat yang banyak menghimpit saya dan tak mampu saya melepaskan kerinduan dan perasaan untuk 'merentasi dari blog ke blog!'. Amat jarang blogwalking dan rasa mula tak kenal ramai blogger. Tak dapat nak jengah blog-blog yang best dan hebat dari saya! Oh! rindu sangat semua itu ....

Dan kerana kesibukan kerja itu, ada masanya saya buat auto publish entry. Tak kisahlah berapa ramai atau berapa sedikit pengunjung yang singgah di sini...tapi sebolehnya tidak mahu menghampakan mereka! Kalau datang tapi entry lama masih disiarkan pasti mereka boring bukan...! So, newbie macam saya seharusnya 'rajin' kemaskini blog. Mampukah dalam keadaan sekarang ini??

Kadang-kala ketika ada kursus atau taklimat atau sedang menunggu di dalam kereta, sungguh bernasib baik saya punya E5 yang ada aplikasi microsoft word. Bolehlah saya menaip dan menyinggahkan tulisan saya sementara di situ. Tak perlu lagi saya melangut depan lappy berjam-jam memikirkan apa yang patut di tulis. Jimat masa saya bukan? Saya hanya perlu edit. Kalau rajin letak sedikit gambar! Kalau tiada gambar sendiri yang diambil. Encik Google akan sentiasa membantu saya. Alhamdulillah...walaupun sibuk masih ada cara untuk bloggingkan? Hendak seribu daya sungguh!

Korang pula bagaimana? Sibuk sama macam saya juga ke?


CK : Hari minggu pun masih di pejabat! Rindunya nak bersiar-siar ....

Friday, February 25, 2011

Cerita Tentang Jodoh ..... Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Assalamualaikum....


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Kredit : IluvISLAM!


CK : Macam-macam petanda....bilalah nak bertemu si dia?? hu hu hu

Thursday, February 24, 2011

Tujuh Tahun Sudah ....

Assalamualaikum...

24 Februari 2004 - 24 Februari 2011
7 Tahun sudah!


Hari ini genap 7 tahun saya dan Incik Babah menjadi "teman + sahabat + kawan + lawan + dan macam-macam lagi!". Mengimbas kembali hari pertama berjumpa masa mula-mula lapor diri untuk bekerja di sebuah organisasi swasta! Sedar-sedar hari ini sudah 7 tahun! Sekarang masing-masing sudah kerja di gomen! Akhirnya....

Rasa macam baru semalam kenal. Rasa macam baru semalam senyum-senyum malu. Rasa macam baru semalam lidah kelu ingin bersuara. Rasa macam baru semalam semua itu berlaku. Macam-macam sudah kami lalui bersama dalam persahabatan ini.

Berbaik, bergaduh, bertekak, bermasam muka, menghentam sesama sendiri, bertikam lidah, bergurau senda, senyum ketawa, meninggalkan dan ditinggalkan, berpisah dan dipisahkan namun sehingga hari ini kami masih utuh bersama melalui susah senang suka duka yang tidak pasti sampai bila?? [Allah lebih tahu semuanya]

Hari ini tiba-tiba timbul idea untuk membelikan kek untuk Incik Babah tanpa pengetahuan dia. Harap-harap dia suka! Ini sahaja yang mampu sebagai tanda ingatan...

Kek dalam kotak yang comel!

Inilah dia dari pandangan atas! Simple cukuplah...

Kek comel dari pandangan hadapan! Hu hu ... sesimple mungkin!

OK! Perfectlah kot kan...hu hu

Siap kotakkan sekali beserta note!!
Kalau korang nak jelas baca note tu...klik gambar untuk tumbesaran normal!
Rasanya macam dia belum makan lagi kek nie....


Incik Babah,

"May Allah Bless Us!
Thanks for the greatest and wonderful friendship
and
Thanks for being my 'buddy' and shared happiness & sadness together!!
7 years already!!"




CK : Saya tahu ramai yang tidak suka kita berbaik krn mereka tdk tahu cerita yg sebenar2nya. Saya redha di atas segalanya yg berlaku. Diam lebih baik. Biarlah mereka berkata-kata selagi mereka mampu dan selesa untuk meneruskan.

Tidak Mati Dek Keji

Assalamualaikum....


Tidak mati dek keji. Tidak hidup dek puji. Sebegitulah seharusnya kita meneruskan kehidupan kita. Tetap menerima dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa walaupun diri tidak disukai oleh sesetengah manusia lain. Meneruskan setiap niat baik tanpa mengharapkan balasan atau kata puji.

Kita seharusnya menjadi manusia yang mampu berdiri sendiri biarpun kadangkala kita dipinggirkan. Tidak perlu merasa diri kekurangan atau penuh dengan kesilapan. Kerana kadangkala manusia lain 'gemar' menghukum diri kita tanpa sebarang perbicaraan. Dan kadangkala manusia yang menghukum kita jua tidak semulia manapun. Tetapi kerana hobi yang suka membenamkan diri orang lain maka mungkin kita adalah mangsanya.

Kita perlu sedar bahawa wujud manusia yang suka mencari salah dan buruk orang lain. Umpat keji umpama sumber cari makan bagi diri mereka bagi bekalan akhirat. Di akhirat kelak pasti mereka akan memakan daging saudara sendiri dengan enak dan lazat sekali! Manusia sebegini selagi kita tidak jatuh, tidak kecewa, tidak sengsara jua tidak gagal maka mereka akan bertubi-tubi menyerang mental kita serta berusaha memastikan kita dipinggirkan oleh semua orang! Itu hakikat kerana mereka umpama manusia yang berlakon menjadi semulia Malaikat tetapi sebenarnya jelik di sisi Tuhan! Sabarlah jika ada antara kita berhadapan dengan situasi ini hampir setiap hari. Hiduplah kita sebagai manusia yang tidak mati dek keji oleh manusia lain yang jua mempunyai taraf hamba seperti kita.

Dipinggirkan. Dipulaukan. Kadangkala diri manusia dipinggirkan bukan kerana dirinya jelik. Tetapi kerana ada manusia lain tidak merasa senang dengan apa yang kita miliki. Sedangkan kita tidak menggugatkan diri mereka walau sebesar kuman, namun mereka tetap rasa tercabar. Ada sesetengah manusia yang bertaraf hamba Tuhan ini begitu petah menjaja kehidupan peribadi orang lain yang tiada kena mengena dengan kehidupan mereka. Bercerita, bergossip, berskandal dan mengumpat dengan riang ria di mana-mana lokasi sesuai untuk dijadikan lembah dosa. Mengumpat dengan berjemaah. Dosa mengumpat dikongsi sesama mereka. Yang bercerita mendapat ganjaran dosa. Yang mendengar mendapat dosa percuma tanpa perlu membayar sesen pun! Yang mengiyakan dan yang menokok tambah cerita agak menjadi lazat dijilat bersama juga memikul dosa serupa. Tapi tetap merasa diri mulia. Tetap merasa diri tidak berdosa.

Kadangkala apa yang diceritakan dan diumpat secara berjemaah tanpa saf menjadi satu fitnah! Bercerita tentang kisah peribadi manusia lain yang mana mereka sendiri tidak tahu kisah benar hujung dan pangkal. Sambil bercerita sambil menjatuhkan hukuman pada mangsa yang dijadikan bahan. Mereka hanya melihat apa yang di depan mata tetapi tidak langsung tahu kesahihan cerita. Dari satu mulut ke satu mulut dan akhirnya bermulut-mulut cerita tidak benar itu disampaikan! Hinggakan ....

'kesian si polan sebab si anu itu dia baik dengan si pulin pastu bla...bla...bla..'

Sedangkan si polan yang dikesian itu yang menjadi punca kepada sesuatu. Dan si anu yang dikutuk serta dijaja kisahnya itu hanya mangsa. Dan si pulin pula hanya mampu menyabarkan si anu. Akhirnya si anu dipinggirkan serta dipulaukan. Apa sahaja si anu lakukan dijadikan gossip panas. Apa sahaja dilakukan oleh si anu seolah buruk! Sedangkan hakikatnya si anu tidak bersalah. Tetapi telah dihukum oleh hakim-hakim tidak bertauliah. Hakim yang keji. Hakim yang dirinya juga jelik perangai. Tapi bagi menutup buruk diri sendiri...maka ada rela berbuat doa mengumpat di pagi hari! Hakim yang sibuk mengatakan dirinya berakhlak bagus...namun hakikatnya dia langsung tiada akhlak!

Jika kita adalah mangsa seperti si anu, teruskan kehidupan seperti biasa. Usah berbalas dengan apa yang diumpat keji kepada diri kita. Tiada untungnya. Serahkan semuanya kepada yang Maha Esa. Kerana Dia lebih adil dan saksama dalam mengadilinya. Diam lebih baik kerana membalas segala perlakuan jelik orang lain pada kita hanya akan mengeruhkan suasana. Senyumlah selagi mampu...kerana Allah lebih tahu resah hati kita!


CK : Inilah hakikat dunia yang penuh dengan manusia yang berhati busuk!!

Tuesday, February 22, 2011

Tuhan Memeluk Kita Bukan Kadangkala...

Assalamualaikum...


[Jauh yang kita pandang di hadapan, hingga kita lupa tentang dia yang setia di sisi kita]


Dalam keterlukaan kadangkala kita tidak lokek memberi kasih sayang.
Dalam kekecewaan, kadangkala kita mampu menjadi tempat untuk bersandar.
Dalam kegagalan, kadangkala kita masih mampu berkata syukur.
Dalam kehilangan, kadangkala kita masih menghargai.

Dalam kita ditinggalkan...
kita masih mampu berkata 'itu hanya perpisahan dunia'.
Dalam segala yg berlaku...
merentap dan meruntun hati kita...
Ingatlah Tuhan memeluk kita sepanjang masa dan bukannya kadangkala...



aku menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - Cik Kamoo



CK : Cinta itu ada tapi berdiam di situ sahaja. Entah sampai bila...diri tidak pasti!

Monday, February 21, 2011

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan...

Assalamualaikum....

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Baik. Buruk. Jahat. Cantik. Molek. Gagal. Berjaya. Dan macam-macam lagi. Sedar atau tidak, apa yang kita fikirkan itu membentuk diri kita hari ini dan akan datang. Dengan minda sedar serta minda bawah sedar! Tapi apa pun yang kita fikirkan tentang apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini....jawapan terakhir ia tetap ketentuan ALLAH!

Kita mempunyai angan. Punyai impian. Punyai harapan. Juga punyai keyakinan bagi memastikan apa yang kita angankan, impikan serta harapkan menjadi satu kenyataan yang kita genggam. Sejak kecil kita sudah punyai angan dan impian yang kita canang-canangkan di hati dan pemikiran kita. Sedangkan ketika itu kita tidak pernah sedar bahawa apa yang kita fikirkan menjadi angan dan impian kita sedikit sebanyak akan menjadi realiti! Bukan semua...tetapi sebahagian daripada apa yang kita benamkan dalam pemikiran serta hati akan menjadi milik kita suatu hari nanti.

Kita adalah apa yang kita fikirkan! Jika kita fikir kita bahagia. Maka bahagialah kita. Minda sedar dan bawah sedar akan bekerjasama bagi menjadikan kita manusia yang bahagia. Dan jika kita sering memikirkan kita sengsara dan derita maka minda sedar dan bawah sedar akan bantu membantu menjadikan kita manusia yang derita!

Apa yang kita fikirkan akan menjadi satu niat! Niat yang membuat kita berusaha untuk mendapatkannya. Menjadikan apa yang kita fikirkan satu kenyataan untuk kita genggam.

Teringat saya tentang seorang teman [tapi mesra], bila dia meluahkan isi hatinya [bukan tentang cinta] tentang apa yang difikirkan sejak kecil. Dan bila direnung-renungnya kembali apa yang difkirkan itu menjadi satu niat yang akhirnya menjadi kenyataan dalam kehidupannya. Tetapi apapun semuanya tetap berlaku dengan kehendak dan ketentuan ALLAH [wajib percaya]! Kata teman [tapi mesra] saya ...


"Dulu saya teringin sangat untuk melalui pengalaman hidup di sawah padi.
Masa kecil-kecil saya pergi ke Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah di Shah Alam saya siap ambil lagi pokok padi yang ada kat sana. Saya suka sangat tengok pokok padi. Sampai saya terfikir saya mahu melalui keadaan hidup di kawasan yang ada pokok padi yang banyak [teman saya ini orang selatan]"

"Awak tahu akhirnya saya dapat melanjutkan pelajaran saya ke utara Malaysia! Suka sangat saya. 3 tahun saya melalui pengalaman hidup di kawasan yang ada pokok padi!"

"Dan hari ini saya terfikir, Allah sebenarnya menjadikan apa yang kita fikirkan dan niat itu satu kenyataan walaupun bukan semuanya!"


Itulah penceritaan teman [tapi mesra] kepada saya. Ada banyak lagi. Tapi cukuplah contoh yang mudah-mudah! Sebenarnya bila kita mengambil masa untuk duduk dan renung semuanya kembali tentang apa yang kita fikirkan. Sebenarnya Allah telah banyak memakbulkan setiap apa yang kita fikirkan, niatkan, angankan serta impikan. Allah tidak pernah menjadikan harapan kita itu terkulai-kulai begitu sahaja. Malangnya kita adalah hamba-Nya [termasuk saya] yang jarang dan mungkin amat jarang sekali menyatakan rasa syukur! Tidak pernah ingin merenung kembali sejarah yang ditinggalkan. Dan kita amat jarang menginsafi kekhilafan diri sendiri!

Kita adalah apa yang kita difikirkan! Percayalah! Itu adalah kita. Macam saya. Bukan niat untuk membuka pekung di dada. Saya pernah terfikir sejak dahulu. Sejak zaman boleh berfikir. Zaman yang agak bijak menggunakan akal. Saya mahukan jodoh @ suami dari lelaki yang tinggal di selatan sahaja! Huh! nampak macam memilih bukan. Tapi tipulah kalau kita tidak pernah niatkan sesuatu tentang jodoh dalam kehidupan kita! Saya percaya dan saya yakin. Akhirnya saya jumpa seseorang yang menjadi cinta hati saya [maaf dalam hati ada taman] dari selatan! Walaupun saya dan si dia tidak berjodoh, tetapi sekurang-kurangnya ia berlaku seperti apa yang saya fikirkan!! Tentang tidak ada jodoh antara saya dengan si dia, Allah lebih tahu sebab musababnya. Ada hikmah yang tersembunyi yang saya belum dapat selongkari sehingga hari ini. Mungkin sebab doa-doa saya selama ini tidak sempurna dan ada cacat celanya maka jodoh saya bukan dengan dia. Titik.

Bila saya renung. Dan bila saya diam seorang diri. Saya berfikir. Baru saya sedar. Bahawa apa yang berlaku kepada saya hari ini adalah hasil daripada apa yang saya fikirkan sebelum ini.

Saya fikirkan saya seorang yang tabah! Dan akhirnya saya dapat lalui banyak perkara dengan tabah walaupun saya terpaksa merangkak dan menangis [saya mudah sangat menangis!]. Tapi saya tetap dapat apa yang saya inginkan dengan usaha serta doa daripada mereka yang menyayangi saya.

Saya fikir yang saya akan memiliki kereta sendiri selepas 5 tahun bekerja tetap. Alhamdulillah saya berjaya memilikinya. Tapi terlewat setahun. Tahun ke-6 baru saya dapat.

Saya fikir yang saya mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk dinaikkan pangkat dalam tempoh 2 atau 3 tahun selepas dapat kerja tetap. Alhamdulillah saya dapat! Syukur sangat!

Ada bermacam-macam perkara yang saya fikir telah saya miliki walaupun bukan 100% yang saya fikir menjadi milik saya, tetapi sekurang-kurangnya saya berjaya memiliki dengan apa yang saya fikir, niat, impikan dan usahakan!! Allah Maha Mengetahui. Ingatlah ketentuan akhir adalah hak Allah tetapi usaha adalah hak kita sebagai hambaNya/manusia. Fikir dan usahalah untuk mendapatkan setiap apa yang kita inginkan dengan cara yang betul!

Tapi ada satu perkara yang saya fikirkan belum menjadi kenyataan! Agaknya usaha kurang atau terlalu tenggelam dalam kecewa kasih sayang lama. *Jodoh* ... tapi saya sentiasa percaya ia tetap ada!! Cuma hati belum berani ...



CK : Fikirlah yang baik-baik buat diri sendiri! Jangan terlalu banyak buruk sangka pada orang lain. Sentiasa memaafkan orang lain dengan ikhlas biarpun mengambil masa yang lama. Sentiasa menyemat rasa sabar dalam hati. Insya-Allah apa yang kita fikirkan akan menjadi milik kita. Cuma antara cepat dan lambat ... semuanya atas kehendakNYA jua!! Jika tidak dapat dimiliki apa yang kita fikirkan bermakna Allah telah menggantikan ia dengan perkara-perkara lain yang tidak kita sedari. Kerana Allah lebih tahu mana yang baik dan buruk kepada setiap hambaNYA!


Pilihan

Assalamualaikum...




HIDUP ADALAH SOAL YANG BERKAITAN DENGAN PILIHAN
KITA TIDAK AKAN DAPAT MEMILIKI SEMUA PERKARA DALAM SATU MASA
WALAUPUN SEMUA ITU HAL YANG BAIK BAGI KITA

PILIHLAH.....APAPUN YANG KITA LAKUKAN
PASTI ADA YANG PERLU KITA LEPASKAN....
KERANA
HIDUP ADALAH SOAL YANG BERKAITAN DENGAN PILIHAN




CK : Tunggu dipilih...ahaks...!!

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF!

Assalamualaikum...

Join segmen Ben Ashaari lagi!
Tak pernah serik-serikkan join...

Ada faedahnya juga untuk mengembangkan blog
sedalam lautan dan setinggi langit!
Huh! berangan bukan main...
Suaikenal sampai lembik!!

Siapa yang berminat nak join...
Sila terjah di sini dengan gaya paling sopan!!

Letak header - done!
Tajuk : SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF ! - done!
Url entri - done!

Ok daaaaa



CK : Mengembangkan sayap pendek ku! huhu

Jangan Pernah Berubah [ST12]

Assalamualaikum ....

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya



Entri petang ini agak emosi. Berkait dengan perasaan, cinta dan kasih sayang. Sudah lama saya cari tajuk lagu ini. Sedang asyik melayan Suria FM, tiba-tiba DJ memutarkan lagu ini kembali. Mula-mula dengar lagu ini sejak lebih sebulan yang lalu memang hati saya amat tersentuh! Tapi, tak perlu mengikut perasaan. Cerita sudah tamat. Sudah berakhir. Yang tinggal pun hanya kenangan yang untuk dikenang dan bukan untuk diingat-ingat sepanjang masa dan lebih teruk sepanjang hayat.

Percaya. Kenangan pasti boleh dihapuskan. Semua terpulang pada diri. Antara kuat dan tabah untuk dihadapi. Masa akan membantu dan kekuatan diri akan menyokong segalanya pulih kembali. Walau bukan seperti sediakala, tapi mungkin akan mampu membuatkan kaki mampu melangkah atau berlari!

Masa mungkin mampu menjadi penawar! Tapi sejauh mana dan sehebat mana masa mampu mengubati luka. Semuanya terpulang pada individu yang merasai kecewa dan kelukaan itu sendiri. Sebagai manusia dan semoleknya adalah hamba kepada DIA, seharusnya redha menerima segala ketentuan DIA dengan hati yang terbuka. Sakit memang sakit. Namun, harus percaya diri diuji mungkin ada sebab-sebabnya. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebab disebaliknya. Harus percaya! Harus menerima! Walau sakit, pedih dan menikam kalbu.

Seakan perit dengan apa yang telah berlaku. Tapi tetap bersyukur diri masih mampu tersenyum. Mengharap JANJI UNTUK DIKOTAKAN, belum tentu ia menjadi satu kepastian. Sehinggakan diri berpesan kepada hati, JANGAN BERJANJI DAN MENERIMA JANJI KETIKA SEDANG BAHAGIA dan jangan membuat keputusan ketika hati sedang marah!

Dari saat ke minit. Minit ke jam. Jam ke hari. Hari ke minggu. Minggu ke bulan. Dan bulan ke tahun. Segalanya seolah baru semalam berlaku. Pasti kenangan akan berlalu...tapi bila, diri tidak pasti.

Merindui segala keindahan tetapi harus pasrah menerima kekecewaan! Cinta dan kasih sayang masih sama bagai dulu. Tidak bertambah dan tidak berkurang disaat pemergiaan si dia!

Oh! Tuhan...terima kasih atas segala ujian dan dugaan. Terima kasih mengajar diri tentang cinta, kasih sayang, rindu, kecewa dan kelukaan...dan diri mula sedar! Inilah namanya KEHIDUPAN. Kadangkala yang kita kejar jauh meninggalkan kita dan kadangkala bagi sesetengah orang, apa yang dikendong pula berciciran! Dalam sesetengah hal kehidupan, kita tidak seharusnya tamak. Kerana hidup ini adalah perkara tentang membuat PILIHAN!



CK : Senyum-senyum! Segalanya sudah tersurat...tatkala kebahagiaan hampir digenggam tapi sudah diragut orang!!


Cerekarama : Sudu & Garpu

Assalamualaikum...


[Sudu dan Garpu : Andai cinta kita bersatu. Mungkinkah?]
ada Jantan ada Betina ... uiksss



Malam tadi layan cerekarama Sudu dan Garpu! Best! Jalan cerita pun menarik. Cinta alam siber. Tapi sebenarnya Andy [lakonan Fauzi Nawawi] dan Yaya [tak kenallah dia siapa] berjiran. Tapi hari-hari bergaduh!

Gila garang si Yaya nie. Sampai Andy cakap dia," gengster lagi baik dari kaulah!'. Hu hu. Asal jumpa jer mesti bergaduh! Tapi biasalah drama Melayukan. Ending dia mesti dah boleh tahu. Akhirnya dorang nie couple jugak [mungkin kahwin jugaklah kot] setelah pelbagai usaha mak Yaya, Rosli [kawan serumah Andy lakonan Saiful Apek] dan kawan serumah si Yaya!


Si Yaya nie pulak kerja dia menjawab apa mak dia cakap, asyik melawan dan malas masak. Huh! Not good utk dicontohi. Selamba ja bila mak dia cakap kat dia malas dan suruh pi kerja .... terus sound mcm kat bawah nie;


Yaya : Belajar 4 tahun, berehat 4 tahun ...
Mak : Kalau macam tu 4 tahun tak payah makan!


Kalau saya menjawab camtu kat mak...belum habis cakap dah "paaaaannnng!!" Hah! penampar Jepun pergi baliklah!

Tapi saya amat suka kata-kata si Andy masa ending tu! So memikat kalbu sanubariku..;


"Izinkan saya menjadi SUDU dalam kehidupan awak,
walaupun mungkin saya bukan sudu idaman!"



CK : Siapalah yang akan jadi sudu dalam kehidupan saya yang simple nie? hu hu hu

Saturday, February 19, 2011

Berikanlah Anak Sedikit "Kebebasan" Dipantau .....

Assalamualaikum ....


Semua daripada kita menginginkan kehidupan yang sempurna. Melengkapkan fasa-fasa kehidupan dengan melalui keindahan dan nikmat anugerah DIA. Berapa jumlah fasa kehidupan kita yang sebenar, saya sendiri tidak pasti. Yang saya tahu fasa kehidupan kita bermula dari Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Kubur dan Alam Akhirat! Yang saya tahu, selebihnya banyak yang saya tidak tahu.

Saya cuma ingin menarik minat pembaca tentang fasa kehidupan di ALAM DUNIA! Ini hanya satu pendapat dan tidak perlu emosi bila membaca. Pendapat tiada yang betul dan tiada yang salah. Semestinya ia subjektif! Titik.

Bermula saat kita dilahirkan. Sudah pasti kita dilimpahi sepenuh kasih sayang oleh ibu, ayah, abang, kakak, datuk, nenek dan semua yang ada pertalian darah dengan kita. Semestinya kelahiran kita sesesuatu yang dinantikan. Sedangkan pada saat itu, yang kita tahu hanya menangis bila lapar, kesejukan dan kesakitan! Bercakap? Langsung tidak tahu....

Pelukan kasih sayang daripada keluarga terus membuatkan kita membesar dengan suasana yang "aman" dan tersendiri bergantung kepada didikan keluarga masing-masing. Ada sesetengah daripada kita, membesar menjadi "anak emak" atau "anak ayah"!. Segalanya dituruti sehingga tidak berpeluang melalui dan memenuhi keinginan sendiri seperti kawan-kawan lain.

Bila ayah cakap "A". Kita menerima ia sebagai "A". Bila ibu cakap "B", kita juga mengangguk ia sebagai "B". Dan menyedihkan bila ibu dan ayah tidak menghiraukan tentang perasaan seorang anak. Benar sekali anak adalah anugerah Allah yang menjadi pinjaman mutlak ibu dan ayah di dunia. Kerana itulah kebanyakan ibubapa menggunakan kuasa veto mereka untuk menggerakkan anak-anak menuruti segala kehendak mereka 100%! Pernah atau tidak kita dengar sama ada dalam sebuah drama tv atau realiti kehidupan seorang ibu atau ayah berkata,

"Kalau aku tahu kau nak jadi macam ini hari ini.....kecik-kecik dulu aku picit hidung kau sampai mati! Besar-besar menyusahkan mak bapa!"

Pernah dengar? Kalau tengok drama Melayu di tv mesti pernah dengar bukan?! Bila anak-anak menjadi nakal campur jahat. Dialog ini ada dalam drama Melayu dulu-dulu sekitar tahun 90-an. Sekarang saya tak pasti. Sebab banyak sangat drama cinta dan hantu! Atau mungkin anak-anak sekarang cukup baik. Tetapi tidak semua ibu bapa begitu. Sila jangan salah faham.

Bila anak semakin membesar dan dewasa. Bermula dari tadika. Sekolah rendah. Sekolah menengah. Dan anak mula melepasi peperiksaan sekolah yang kadangkala menjengkelkan kepala otak. Ada susah ada senang. Tidak semua anak yang dilahirkan itu bijak dan pandai. Bila ada salah seorang anak tidak mencapai sasaran yang diharapkan atau buku rekod kemajuan berwarna merah. Pasti ada bapa yang tidak mahu tandatangan buku rekod kemajuan berkenaan. Malu! Katanya seolah anak tidak pandai. Tengah makan bersembang pasal anak orang lain yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam.

"Anak orang sebelah kedai hujung kampung balik simpang kanan tu dapat pangkat 8A1 SPM. Anak sulung Pak Ahmad yang dekat simpang sekolah rendah sebelah pejabat pos kat pekan tu anak dia pun pandai! Dapat 10A. Anak Cik Minah yang jual kuih naik basikal tu boleh tahan jugak maknya! 20A! Semua A dia ambik ..... Bijak sungguh!"

Gulp! Anak orang hebat! Tapi anak kita yang hebat depan mata. Tak dipuji. Betul orang cakap. Kita nampak pagar rumah orang memang cantik, tapi kita tak tahu isi di dalam rumah elok ke tidak? Kita selalu tak nampak pagar rumah sendiri walaupun hari-hari depan mata! Kenapa??

Kerana tercabar si anak berusaha bersungguh-sungguh. Dengan muka tak malu memohon untuk belajar semula bagi mencuba kali kedua. Mungkin telinga pedih mendengar si bapa bercerita tentang betapa bijaknya anak orang lain. Kalau dah jadi "anak ayah" atau "anak ibu" memang susah. Kadangkala anak terpaksa menelan kepahitan, memendam rasa dan mematikan segala impian serta kehendak hidupnya semata-mata ingin memenuhi kehendak ibu dan bapa! Tapi adakah ibu atau bapa bertanyakan minat sebenar si anak?? Ada?? Tiadakan ....

Kadangkala ibubapa perlu memberikan sedikit "kebebasan" yang dipantau kepada anak-anak. Jangan membiarkan anak-anak membesarkan 100% dengan telunjuk kita sendiri. Mereka tidak akan membesar dan matang sebagai manusia yang mampu membuat keputusan optimis. Mereka akan menjadi manusia yang dipekung oleh segala tindak tanduk kita. Fasa kehidupan mereka lebih kepada ingin membuatkan orang lain rasa gembira dan bahagia. Tanpa memikirkan keadaan, nasib serta keinginan diri sendiri yang perlu dipenuhi.

Sedar atau tidak kadangkala didikan ibubapa membunuh dan membantutkan serta menjadikan fasa kehidupan anak sendiri tidak sempurna! Dan keadaan akan menjadi lebih teruk bila anak sudah dewasa. Telah memenuhi segala keinginan ibubapa. Berkorban masa untuk mendapat sekeping ijazah hanya semata-mata ingin memastikan dirinya setaraf dengan anak orang lain agar ibu dan terutamanya bapa merasa bangga dan boleh disebarkan ke seluruh kampung. Serta anaknya mampu memegang jawatan besar! Jodoh anak pun ingin dipilih! Sangat kesian.

Masa belajar tiada percintaan! Larangan 100% untuk bercinta semasa di zaman persekolahan atau kampus. Ini memang bagus dan saya setuju. Tapi kalau hanya setakat berkawan. Salahkah? Asal kawan mesti ingat bercinta? Kenapa? Bila anak adalah pemegang sekeping ijazah maka menantu pun mesti ijazah! Ada ijazah .... tak ada kerja pun takpa! Nanti boleh gigit ijazah itu sorang sikit sampai kenyang. Boleh macam itu? Dan akhirnya anak makan hati. Memendam rasa. Bila cinta dan kasih sayang itu fitrah kepada manusia, tetapi tidak mampu dipenuhi kerana terlalu ingin memenuhi hasrat ibu dan bapa! Serius sangat kesian. Bukan anak memilih jodoh tetapi ibubapa terlalu memilih jodoh untuk anak sendiri! Mungkin si anak takut menjadi anak derhaka. Dan bila anak tidak bertemu jodoh...anak pula yang dipersalahkan?

Ibubapa. Berikanlah anak-anak sedikit "kebebasan" yang dipantau. Kebebasan untuk buat pilihan sendiri. Kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri. Memang anak adalah tanggungjawab ibubapa. Tapi itu bukan bereerti kita perlu membuat anak-anak bagai patung yang boleh kita tolehkan kepalanya ke kanan dan ke kiri. Mereka juga ada perasaan yang perlu kita hormati. Anak-anak cuba menjaga hati dan hormat ibubapa. Atas kesedaran kerana kasih ibubapa mereka berada di ALAM DUNIA ini. Ibubapa jangan terlalu emosi dan mengatakan apa yang anak-anak lakukan SEMUANYA SALAH hanya semata-mata ia tidak selari dengan apa yang kita inginkan.

Dan sedar atau tidak kerana sikap sesetengah ibubapalah yang menyebabkan fasa kehidupan ALAM DUNIA anak-anak menjadi tidak lengkap dan tidak sempurna?? Dan ibubapa mula meletakkan kesalahan itu pada anak-anak kerana ketidaksempurnaan itu tanpa merasa sedar walaupun sedikit yang ketidaksempurnaan itu sedikit sebanyak berpunca daripada diri mereka sendiri.

Adakalanya ibubapa rela mendengar satu pembohongan kerana ia memberikan satu senyuman buat dirinya daripada mendengar satu kebenaran dari seorang anak yang akhirnya menjadi satu kemarahan bertubi-tubi buat dirinya! Anak yang tidak pandai menipu menjadi serba salah .... perlukah menipu untuk buat ibu dan bapanya tersenyum dan dirinya ditatang??

Kalau anda sedang membaca sehingga baris ini dan anda adalah IBUBAPA, teruskan pembacaan sehingga baris di bawah ini.


"Berikanlah Anak Sedikit "Kebebasan" Dipantau"




CK : Bila saya jadi ibu...saya akan tahu semua. Tapi bila saya tidak pasti. Senyum-senyum!

Thursday, February 17, 2011

SEPOTONG KEK DAN PERSAHABATAN

Assalamualaikum...


Rasanya saya sudah lama tidak bersama sahabat-sahabat lama yang saya kenal pada hari pertama saya lapor diri di tempat kerja sekarang. Saya faham. Masing-masing sibuk dengan komitmen tersendiri. Pejabat dan keluarga. Tapi itu bukan alasan untuk kita melupai siapa sahabat kita?

Biar siapapun mereka. Baik atau buruk. Kurang atau lebih. Lemah atau kuat. Hina atau mulia. Bila mereka tersemat di hati walau kadangkala sikap kita dan sikap mereka mengguris hati masing-masing. Kita masih punya rasa menganggap diri mereka sahabat. Walau tidak selalu bertemu. Walau bukan setiap masa bertentang mata. Walau bukan bersentuhan bahu berpanjangan. Walau tidak melihat ukir senyuman. Tapi jauh di sudut hati, masih punya rasa rindu pada sahabat kita bukan...??

Tapi bukan semua orang yang kita kenal selayaknya dianggap kawan, teman dan sahabat! Begitu juga dengan diri kita. Mungkin diri kita juga tidak layak dianggap kawan, teman dan sahabat oleh sesetengah orang. Adil bukan?!

Hari ini saya hadiahkan kepada mereka yang saya anggap sahabat dengan sepotong kek! Kalau saya mahu, boleh sahaja saya sedekah kek yang banyak itu kepada kenalan di department saya yang ramai ini. Buat apa saya susah-susah telefon sahabat saya untuk ambil kek yang melangkaui blok. Tapi bagi saya, lebih baik memberi kepada mereka yang tahu untuk menghargai! Lebih baik bukan. Tersangat baik. Hati saya pun tidak sakit disebabkan sebarang sok-sek sok-sek di belakang hari. Sebab saya tidak mahu orang baik dengan saya bila dapat ganjaran, tapi di belakang, saya dijadikan bahan!

Apa kaitan sepotong kek dan persahabatan? Fikir-fikirkanlah sendiri. Saya meninggalkan kalian dengan persoalan ini. Kalau rasa nak jawab, sila tinggalkan komen. Kalau rasa hadir hanya sebagai pembaca pun tidak mengapa! Tetap berterima kasih untuk itu...




CK : Dulu saya suka berbaik dengan orang. Sentiasa berbaik sangka. Saya beri mereka bunga tetapi mereka membalas saya dengan duri! Hari ini biarlah setakat kenal gitu-gitu sahaja. Habis waktu pejabat habislah tempoh kenal kita. Esok pagi datang, jumpa dan sambung semula kenalan itu, cukup masa pulang, berakhirlah tempoh kenalan itu...dan begitulah hari-hari selagi saya dan mereka masih di sini. Tiada rasa untuk berdendam dengan apa yang mereka lakukan kepada saya. Segala umpatan saya terima dengan senang hati. Tapi cukuplah apa yang saya lalui...pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati! Hinggakan saya merasakan diam itu lebih baik. Biarlah kita meminggirkan diri terlebih dahulu daripada kita dipinggirkan bila sudah tidak perlu....

Wednesday, February 16, 2011

Idea...Mana Idea??

Assalamualaikum....

[Ada yang tunggu saya di rumah pertama mukabuku dengan madah berhelah.
Malangnya telah seminggu saya berdiam diri dari rumah pertama itu.
Sekarang saya di rumah kedua mukabuku CKK. Sesekali perlukan ketenangan tersendiri]



Layan SB kat mukabuku CKK!! Ligat cari idea malam ni nak update entri jenis apa dan spesis apa yang menarik? Puas fikir tapi masih belum jumpa idea yang menyentuh jiwa. Baru sahaja selesai urusan menyelesaikan masalah streamyx dengan pihak TMNet. Terima kasih sangat2 atas pertolongan TMNet dengan pegawai khidmat pelanggannya yang begitu sabar dengan karenah saya yang rabun IT! Teknikal part memanglah tak pandai. Puas menggodek sana sini akhirnya dapat jawapan modem wifi [innacomm TM] telah rosak! Ini mesti hujan ribut kilat sabung menyabung Isnin lepas 14 Februari hari tu di Putrajaya.

Penyudahnya saya terpaksa pakai modem lama yang memerlukan kabel sebesar jari kelingking dicucuk ke lappy! Jangan mimpi mahu layan blog dengan lappy di ribaan atas tilam yang separa empuk! Kabel yang panjang sejengkal menghadkan perjalanan lappy. Dan tuan lappy tidak lagi boleh berlagak terbaring dan tergolek sana sini. Terpaksalah tunggu pihak teknikal TMNet hantar moden wifi yang baru! Terima kasih! Dan bernasib baik warranty masih ada sehingga 3 Mac nie!

Idea...mana idea?? Malam ini entri blog agak bukan2. Puas sudah mencari idea krn dari siang tadi saya agak busan. Malam ini juga busan. Adik masih belum balik kerja. Apa nak buat?? Sudahnya telefon Incik Babah ...

Saya : "Sila temankan saya minum!".
IB : "Boleh! tunggu Buletin Utama habis!"


Kalaulah mood menulis yang sebenar datang. Rasa macam nak tulis entri ilmiah sahaja. Terlalu lama tinggal dunia menyiapkan assignment dengan dateline yang bukan2. Melalui pengalaman assignment pernah dikoyak depan mata hinggakan buat saya berkata2 dalam hati, " belajarlah untuk menghargai biarpun kadangkala ia tidak serasi di hati!".

Nampaknya saya betul2 tiada idea untuk menulis. Lebih baik saya keluar minum dengan Incik Babah. Mungkin dia ada idea utk saya nanti...sapa tahukan??!



CK : Comel dengan makan kek? Sapa ajar kau ckp mcm tu??

SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS

Assalamualaikum....

After lunch jer...saya terus buat entri nie! Tak mahu ketinggalan jugak nak join segmen Encik Ben Ashaari. Almaklumlah dia pun dah jadi follower ai tau...hu hu! Suke-suke ala gediks!


Untuk sertai , sila buat satu entri khas :

  1. Letak header BEN ASHAARI blog [ OK done!!...jenguk balik kat atas tu]
  2. TAJUK : SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ...[Ini pun done!]
  3. Tinggalkan url entri blog korang tau ! bukan url entri aku !! huwaa.. semalam ada ramai buat gitu.. jadi aku terpaksa skip...[Done jugak!! hoyeee siap...]
Sape yang nak join sila terjah SINI! Cepat sket ye sebab tarik tutup malam nie. Tapi tak tau jam berapa mau tutup. Maybe 11.59pm kot...ha ha ha



CK : Kenyangnye....Alhamdulillah

Tuesday, February 15, 2011

CONTEST 50 FOLLOWERS : CIK FYZA

Assalamualaikum...

Join contest atas jemputan! Terima kasih tuan belog SAYA.DAN.DUNIA. Dah 2 kali tuan belog ini meninggalkan pesanan agar saya join contest. Satu pesanan kat shout box dan satu lagi kat comment. Akak memang dah nak jawab dah dik. Dah siap copy segala soalan yang ada. Tapi masa tak mengizinkan. So, untuk tidak menghampakan dan rasa bangga sebab jadi antara 50 followers dari belog SAYA.DAN.DUNIA hari ini dengan sedikit masa yang terluang....jom akak jawab soalan2 yang ada! Dengan penuh harapan agar menang.... ha ha ha!!

Hadiah dia pun agar menarik jugak! Tapi kalau korang nak join tak dapatlah. Ini khas utk 50 followers SAYA.DAN.DUNIA sahaja. Hu hu. Kalau korang memang antara 50 tu...mesti dapat jemputan utk joinkan?? Dah-dah jangan melalut..nak jawab soklan nie...

  • KENAPA SAYA FOLLOW BLOG CIK FYZA?? [Cik Fyza nielah tuan belog SAYA.DAN.DUNIA]
  • Sebab Cik Fyza follow blog saya sebab tulah saya follow blog cik fyza! ha ha ha .... aci dak jawapan mcm nie?? Itu tipu...sebab sebenarnya adalah kerana blog cik fyza ni simple. Sesedap mata memandang.
  • KUTUKAN KEPADA BLOG CIK FYZA
  • Perlu ke akak kutuk?? Rasanya tak perlu kot. Kalau boleh letak banyak gambar! Akak suke taw...ha ha ha
  • PUJIAN KEPADA BLOG CIK FYZA
  • Puji?? Ok bab puji ni memang tunggu2lah nak puji. Bagus sebab tak banyak gadjet!! So, setiap kali akak buka blog cik fyza, tak adalah berjanggut nak menunggukan.?!

Hadiah yang cik fyza tawarkan nie bukan main lagi yek....

tempat pertama(1)
topup RM 50 beserta rantai kunci
tempat kedua(1)
topup RM 30 beserta rantai kunci
tempat ketiga(1)
topup RM 10 beserta rantai kunci
saguhati(3)
topup RM 5 beserta rantai kunci



CK : Agak hadiah manalah yang akak dapatkan...huhu! Berangan sudah....

Cuti Umum Maulidur Rasul

Assalamualaikum...

[Gambar pinjam dari SINI!]


Hari ini cuti! Sempena sambutan Maulidur Rasul. Awal pagi lagi saya dah bangun. Tapi mood tak berapa baik. Badan pun tak berapa sihat. Dari petang semalam tekak saya sakit. Malam tadi dan mula panas-panas badan. Pagi ini layan Sambutan Maulidur Rasul kat Astro 106 sahaja! Call Encik Abie...dia cakap pergi perarakan kat Masjid Putra! Huh...ye ke?? Pastu dia cakap, "pergi dalam mimpi jer".....! Macam nak sound tepeklah pergi tak rogerkan. Kalau tak boleh juga ambil gambar sempena sambutan Maulidur Rasul nie. ha ha ha. Tak baik sungguh saya nie....

Mula plan memang nak rehat jer kat rumah. Maklumlah cuti. Tapi tengahari badan pun macam dah ok. Mulalah busan pulak. Adeeh. Bertambah bosan sebab streamyx pulak buat hal. Nak kata tak bayar semua bil dah settle. Mungkin sebab hujan lebat ribut kilat sabung menyabung petang semalam kot. Terus out sudah!! Terus call TMnet. Dah buat aduan segala yang patut. Tunggulah 72jam lagi tengok mcm mana. Pastu kena configure balik modem dan reset password. Punyalah lama menunggu. Malangnya tak berhasil. Kena tunggu orang TMnet call again! Jangan sampai akak berjanggut sudah ya. Hu hu

Puas fikir apa yang patut buat sempena cuti umum nie. Sudahnya saya ke office sahaja. Sambil menyelam minum air. Siapkan laporan segala...sambil blogging!! Ha ha ha .... aci dak???

Korang pulak buat apa hari nie?? Cuti umum takkan buat taik mata memanjangkan....


CK : Cepat baiklah sakit tekak ini. Amin....

Monday, February 14, 2011

Terima Kasih BEN ASHAARI!!

Assalamualaikum....

Scandal sudah berakhir! So, usah kecoh atau kepoh lebih2 lagi. Sila buat kerja masing2. ha ha ha. Dah nak tidur dah malam tadi. Tapi gatal2 dok melepek kat SB. Tiba2 mata terpandang Encik Ben Ashaari ping entri "aku dituduh berscandal dgn blogger! aisey" kat mukabuku SB! Huh...sapelah yg scandal dgn otai yang satu nie?? Sape? Sape?? Saya sendiri tertanya...

Tengok tu...otai siap post entry scandal tu kat SB! Dan buat saya sendiri nak tahu sape blogger tu? Terus terjah blog otai dengan kadar segera! Lebih cepat dari berubah jadi Ultraman taw...hahahah

Sekali saya jenguk! Huh...diri sendiri rupanya yg berscandal. Erghh tidak!!. Adeeeh ini semua pasal entri inilah yang Encik Ben terus buat cerita pertuduhan scandal itu! Ini hanya scandal main2 sahaja. ha ha ha. Harap maklum. Sebab saya teruja Encik Ben jadi follower saya. Itu sahaja...

Dan hasilnya dalam masa beberapa minit....blog saya diterjah seramai 25 orang! Huh tak pernah2 pun. Selalu dapat pun 9 orang jer dalam satu masa. So, terima kasih kepada semua yang melawat blog saya. Dan terima kasih juga kepada yang jadi follower!! Kepada yang dok komen & ucap tahniah...ia suke taw! Macam menang anugerah plak...huhu

Bila saya check statistik pelawat! Time kul doblas tgh malam sampai satu pagi! Ramainye datang kat blog saya. Suke...suke...tocheee...tocheee! Korang memang suka gossip yeeek?? huhu jangan marah..gurau jeee!

Ok...dah2 pi buat kerja masing2. Cerita scandal mendel dah habis sudah....daaaaa



CK : Erghhh laparlah pulak!! Nak makan...nak makan