Saturday, April 30, 2011

PING.BUSUK.ORG! Ping entry di sini

Assalamualaikum ...

Sharing is caring! Share ilmu takpa. Berapa banyak ilmu pun saya tak kisah. Boleh share anytime and anywhere. Tapi jangan nak share kasih sayang plak ar. Kalau share dengan anak oklah. Tapi jangan dok share kasih sayang dengan kekasih gelap plak. Ai sungguh tak suka ... manusia ketiga berjenama tsunami! Asal datang jer nak memusnahkan kebahagiaan hidup orang lain. Erghh ada kena mengena ke dengan entri nie. Rasanya tak kan? Cuma warning je nie! he he he ...

Jom nak share dengan korang peluang-peluang untuk upkan traffic blog. Alang-alang saya dah jumpa, apa salahnya kita berkongsi untuk kebaikan sebagai blogger. Tapi saya tak suruh korang gila traffic ya! Berblog setakat yang mampu sudah! Jangan nak paksa-paksa diri sampai tak tido, tak makan, tak solat dan tak berkawan hanya kerana berblog. 

Jelajah dari blog ke blog tadi saya terjumpa satu laman yang membolehkan korang ping entri korang kat situ! SO, dalam masa yang sama kalau korang dah ping, for sure ada yang akan datang baca ye tak? Kalau dah ada yang datang baca, maknanya traffic korang dah up. Erghh apa sengal ayat nie....haissshhh mcm ajar budak darjah satu plak!

Jom-jom terjah kat sini dan terus ping entry korang .... PING!

Selamat mencuba!


CK : Dah mula busan tak tau nak pi mana hari nie? Driver pun tak jawab call ... asihh... tak bangun lagi ke??

Layan Maharaja Lawak Minggu Ke - 5

Assalamualaikum ....

Tiga hari cuti! Selamat bercuti korang semua. Semalam Maharaja Lawak Minggu Ke 5 kan? Untuk orang yang tak langgan Astro Warna macam saya sila jengok kat youtube ya! Baik hati saya hari ini kasi link kat korang. Tapi yang saya suka je lah! he he he ... jangan marah ya anak-anak! Layanlah untuk hibur hati yang duka lara, itupun kalau korang tengah bersedihlah ...






Sepah memang superb! Ai suka ... lawak tengok Si Shuib yang tak abeh2 dengan Dafi dia. Lagu yang dia nyanyi buat den ingat kat ex BF den yang dah kahwin tu je. Alahai ...

Yang den heran bonar ... apsal Amir tak keluar-keluar lagi. Lawak dia boleh buat saya fikir 4 juta kali apa yang dia cuba sampaikan. Sian kat dia tahu. Orang bukan gelakkan lawak dia, tapi tersenyum simpul dengan lawak dia yang tak menjadi. Paling kesian kat jurilah ... ha ha ha! Mesti juri pun pening nak bagi komen hape.

Eh! korang tengok ar sendiri 4 yang terbaik bagi saya...santapan korang di hari Sabtu nie! Erghh ada yang belum bagun tidur lagi ke nie?? Woooi bangunlah! apa tidur je ... rezeki tak datang nanti...


CK : Nak buat apalah cuti2 nie...nk jalan2 kereta plak lom renew roadtax lagi. Alahai ....

Friday, April 29, 2011

Petua : Mengubat Penyakit PELUPA

Assalamualaikum ....


1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal

4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam

6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging

7. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut

10. Elakkan lihat kemaluan dan najis

11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).

14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar

15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir
CK : Umur makin meningkat banyak pula yang lupa. Jangan esok-esok dah kahwin lupa suami sudahlah ... hu hu hu

Kalau KECEWA Apa Nak Buat??

Assalamualaikum...

Pagi ini Putrajaya hujan dengan lebatnya. Semalam puas tidur. Balik rumah petang semalam seawal mungkin dengan harapan untuk cuba kosongkan kepala dari sebarang persoalan yang buat diri menangis sehari dua ini. 

Tidur sepuasnya seawalnya. Bila sedar dari tidur ingatkan telah bertemu hari esok. Rupanya masih lagi hari yang sama. Setiap celikan mata buatkan diri mengingati dia. Kenapa ya? Pujuk-pujuk  mata agar terpejam semula. Oh! Tuhan begitu seksa perjalanan hidup ini. Entah apa yang masih dikejar olehnya sehingga diri terluka lagi. Bungkam di situ lagi dan lagi. Ingin terus menangis dan menangis rasa seakan diri terseksa.

Sedaya upaya cuba menyabarkan diri dengan apa yang orang lain telah buat diri berkecik hati dan rasa tidak dihargai atas segala pengorbanan yang dilakukan. Begitu mudah bukan? Masih ingin mencari bahagia di luar sana. Tahniah ... sungguh hebat diri mu wahai kawan! Cukup hebat dan terbaik. 

Bila keadaan ini berlangsung sedemikian, mulalah diri memikirkan dan mengenang detik-detik kasih sayang yang tidak kesampaian dulu. Dulu. Bertahun-tahun dulu. Buku lama yang telah tutup dicuba buka kembali mengingati segala perlakuan adakah ia serupa. Ya! memang serupa. Semuanya buat diri tersenyum sendirian. Dan di benak hati ... "ah! aku tertipu lagi dengan kata-katanya jua janjinya!"

"Buat apa datang?" ....

Terngiang-ngiang percakapan dia 2 malam lepas. Begitu persoalan yang diberikan. Mungkin diri buta dalam melihat perlakuan dan setiap kata-katanya. Tidak! Diri tidak buta. Diri tahu segalanya. Segala rahsia. Tetapi kerana sayangkan ikatan yang terjalin sekian lama, diri memilih untuk diam.

"Saya penat! penat kerja!" ....

Ya! Diri kamu yang penat. Meminta diri sentiasa dan sepanjang masa memahami kamu, Habis hati diri yang penat dengan segala perlakuan mu tidakkah mahu memandang. Apa lagi yang kamu mahu diri lakukan agar kamu rasa cukuplah punyai diri seorang. Segalanya yang kamu ingin diri perlakukan ...  telah dengan rela dan penuh kasih sayang dilaksanakan. Dari yang sepatutnya hinggalah yang bukan sepatutnya. Fikirlah kenapa diri masih bersama kamu hingga sekarang di saat susah dan senang? Fikirlah kenapa diri masih ingin terus ketawa dan menangis bersama kamu? Jika kamu masih tidak mampu berfikir tentang semua itu ... teruskanlah apa yang kamu lakukan sekarang. Diri cuba memahami bahawa diri  ini tidak sempurna dan bukan yang terbaik buat kamu. Pasrah!

Diri seakan ingin memaksa kamu berubah dan belajar dari segala kesilapan yang telah dilakukan. Tapi diri tidak mampu. Biarlah segalanya berlaku dengan sendirinya. Biarlah segala berlaku dengan ikhlas di pihak kamu. Biarlah segalanya terjadi atas kehendak hati kamu. Biarlah ... kamu mencari sesuatu yang lebih baik untuk kehidupan kamu! Pasrah kali kedua.

Setelah perkara yang sama berlaku berulang kali. Diri terasa semakin kecewa. Sentap dengan segala perlakuan dan kata-kata. Dan terfikir kenapa kasih sayang ini masih ada. Untuk apa diteruskan segalanya jika masih dipersiakan kehadiran yang tidak sesempurna mana. Mungkin diri seakan jelik di mata kamu. Tapi harap kamu tidak lupa ... dirilah yang menyapu airmata kamu di kala kamu kecewa. ditinggalkan dia. Dirilah yang membenamkan masa diri yang ada untuk merawat sakit dan sihat kamu, bersama susah senang serta ketawa menangis bersama. Bukan mempersoalkan siapa baik atau jahat. Siapa mulia atau sebaliknya. Cuma apa yang diri inginkan ... letakkan diri di tempat sepatutnya dan sebenarnya jika benar ikhlasnya kamu hadir dalam kehidupan diri suatu tika dulu.Pasrah kali ketiga.

Siapa yang tidak sayang sebuah perhubungan yang terjalin sekian lama. Siapa yang tidak kasih pada satu cinta yang diinginkan dalam hidupnya. Siapa yang tidak cemburu bila ada manusia tsunami yang ingin merosak segalanya. Siapa yang tidak ingin pertahankan manusia yang dia hormati dari hati. Kalau tidak sayangkan ikatan ini, dulu lagi diri biar ia pergi dan putus dipertengahan jalan.

Mungkin kasih sayang dan cinta ini datang dari satu pihak dan atas sebab itulah diri amat menghargai kamu. Dan jika tiada kasih sayang dan cinta ikhlas dari kamu buat diri ... mungkin bahagia di luar sana yang sedang kamu dambakan sekarang adalah yang terbaik buat kamu. Usah sembunyi apa-apa kerana diri tahu apa yang sedang berlaku.

Mungkin kamu akan berkata, "tulislah apa yang kamu suka, cakaplah apa yang kamu ingin, asalkan hati kamu puas!"

Kata-kata kamu buat diri tersenyum dan empangan airmata pecah dengan tiba-tiba! Menangis. Tapi fizikal masih ingin ketawa. Paksa! Untuk terus tersenyum.

Cinta dan kasih sayang ini buat diri terus teruji dan diuji. Terima kasih Tuhan membenarkan segalanya berlaku. Dan diri sedar sedikit sebanyak yang berlaku kerana mungkin atau benar sebagai balasan dosa  diri di dunia ini. Biarpun diri belum pernah dan mungkin tidak akan pernah mengkhianati cinta ... diri akan belajar dan memaksa menerima ujian ini dengan perlahan-lahan. Untuk redha mungkin mengambil masa yang terlalu lama. Tapi pasti redha itu akan datang dengan sendirinya.

Diri masih sayangkan kamu! Jika diberi izin Tuhan diri ingin menjaga kamu sepanjang hayat, tapi ... jika kamu berjanji untuk menjadi manusia yang setia, jujur dan ikhlas pada ikatan ini.  Namun, jika kamu berjumpa yang lebih  baik dari diri ... dan serasi malah mampu memahami diri kamu  sepenuhnya serta menjaga kamu dengan baik. Pergilah pada dia! Pasrah kali keempat.

kamu menjadi seperti KELAPA,
mudah diperoleh,
diparut...diperah,
dan diambil santannya,
selepas itu hampasnya dibuang

[Penulis Senja]

Diri tidak mahu menjadi sebegitu ....


"Kalau kecewa apa nak buat?"


Manusia ... sudah menjadi adat. Sedang gembira, ketawa dan berbahagia pasti sedikit sebanyak lupa pada Tuhan. Walaupun tidak semua begitu. 

Bila jatuh, tersungkur, terluka, dikecewa, dikhianati dan menemui segala kegagalan dalam hidup, pastinya mereka berpatah balik kepada Tuhan. Bukan omong kosong tapi ini adalah kebenaran! Renung-renungkanlah ... kita begitu gigih mencintai manusia, tetapi dalam masa yang sama kita lupa Allah Ta'ala jauh lebih hebat menyayangi dan mencintai hambaNya. Cuma kita tidak dapat melihatNya!

Kalau kita kecewa, jalan terbaik kembalilah kepada Tuhan! Jangan menamatkan riwayat hidup yang sementara ini andai kecewa dimiliki. Jika andai dia jodoh kita, terimalah dengan ikhlas hati. Namun jika andai Tuhan tidak takdirkan dia sebagai jodoh kita di dunia fana ini ... perlahan-lahanlah menerima hakikat hidup walaupun seakan perit. Anggaplah yang kita bukan pemberi bahagia buat dirinya. Bercakap dan menulis memang mudah, tetapi menerima dengan penuh redha amat sukar!

Pujuklah hati! sabarlah wahai hati ... ujian ini hanya sementara. dugaan ini datang ingin menguji ketabahan. percayalah Tuhan masih adil kepada setiap hambaNya.


CK : Bukankah cinta itu memberi dan menerima. Semuanya ayat memujuk hati.

Thursday, April 28, 2011

Petua Mengasihi Isteri

Assalamualaikum ...

1. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

2. Pamerkan kasih sayang apabila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

3. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

4. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

5. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

6. Berkongsilah masalah dengannya, cuba dengar pendapatnya.

7. Pujuklah dia dan tenangkan hatinya sekiranya dia dalam kesusahan. Ketika ini dia benar-benar inginkan anda di sisinya.

8. Jangan kedekut memberi pujian kepadanya kerana dia berhak mendapat pujian.

9. Berbincanglah selagi anda boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan anda menggunakan kuasa veto anda dalam membuat keputusan.

10. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah wanita tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada anda. Oleh itu, anda haruslah peka dan gunakan kebijaksanan anda untuk memenangi hati nya.



CK : Untuk renungan bersama ... 

DOA UNTUK DIRINDUI KEKASIH ...

Assalamualaikum ... 


“Yuhibbu Nahum Kahub Billah Wallazi Na Amanu Asyaddu Hubba Lillah Zuyyi Linnasi Hubbusyh Shahwati Minannisai Wal Bani Nawal Qanar Tiril Muqantharah”


- Ayat dari Surah An Nisa

Baca ayat ini sekali pun dah cukup untuk seharian. Ayat ini untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara seorang individu dengan individu lain. Insya Allah orang itu akan rasa rindu dengan anda. Ayat ini juga baik dan berkesan untuk hubungan suami isteri.



CK :  Amalkan untuk kebaikan jika kita  benar-benar sayangkan pasangan kita. Ikhlaslah dalam perhubungan moga kita akan kecapi bahagia yang indah di dunia ini!

* Untuk penerangan lebih baik sila rujuk kepada yang arif tentangnya.

Aku Siapa Sebenarnya Untuk Dia ... Dari Subuh hingga Senja Menjelma?

Assalamualaikum ...




[mungkin aku gagal dalam cinta ini, tetapi aku percaya bahagia pasti ada]



Cakap-cakap ini hanya untuk melegakan hati sendiri. Menangis sudah. Meraih pun sudah. Akhirnya aku pasrah. Moga paksaan untuk redha ini akan menjadi satu keikhlasan suatu hari nanti.

Setiap kali rasa terluka dek sikap org lain, aku yg yg rawat luka di hati. Org lain mampu meluahkan ketidakpuasan hati terhadap aku ttg apa sahaja, tp bila aku meluahkan rasa tdk puashati, sekejap itu jg aku tdk dipedulikan. Kenapa? Tidakkah aku jua punya hak yg sama sbg manusia. Hidup kita utk mberi dn menerima. Aku berkorban segala tp tetap dn jua pasti sampai masa aku terus diluka.

Ingin rasa dimiliki dan memiliki dalam kepunyaan yang seorang. Tapi harusnya kehidupan manusia penuh dengan perkongsian. Sangka aku, aku mampu bersabar dan menerima segalanya dengan redha. Hakikatnya hati menanggung beban rasa. Dalam segala yang berlaku hati masih menyayangi. Cinta masih bersemi. Malangnya setiap perkara yang kuimpikan melibatkan hati dan perasaan pasti menemui kegagalan.

Tuhan! Kesekian kalinya, cinta dan kasih sayang ini diuji dan terus diuji. Siapa yang harus dipersalahkan? Mungkin aku yang perlu meletakkan salah dalam diri. Itu jawapan yang terbaik. Andai mereka merasai aku dilukai oleh segala perlakuan, pasti tiada penyataan maaf diberikan. Aku terbenam dalam cinta dan kasih sayang sendiri. Lemas dalam lautan airmata entah ke berapa ribu kali. Harap tidak sampai jutaan kali.

Muhasabah cinta. Mungkin bukan aku orangnya. Sehebat manapun aku mempertahankan apa yang aku ada dan sehebat manapun aku menzalimi diri dengan dosa, bila Tuhan berkata sesuatu itu bukan dan tidak akan menjadi milik aku. Pastinya aku akan pasrah dalam airmata lagi dan lagi.

Muhasabah cinta untuk rawat luka di hati. Setiap kali manusia merasa kecewa dan terluka, pastinya ia akan berpatah balik kepada Tuhan. Semasa sedang berbahagia dan gembira dengan cinta manusia, Tuhan dilupakan. Adat kebanyakan manusia dan aku jua tidak terlepas dari melakukan perkara yang sama. Ini kekhilafan diri aku sendiri bukan siapa-siapa.

Cinta yang aku dukung seringkali dirabut tangan orang. Dan aku tidak bijak untuk terus berlawan. Jika si pemilik diri tertawan dengan tangan yang lebih hebat. Seakan takut cinta aku hilang, aku redha menelan segala kepahitan. Senyum tapi hakikatnya hati menangis.

Seringkali jua aku berdoa, andai dia faham cinta aku yang ada. Mungkin cinta ini seakan miskin sifatnya. Kaya dengan cemburu anggapan mereka. Kasih sayang yang sarat boleh menjadi kurus hanya cemburu yang tak seberapa. Bila sayang, cemburu perlu ada dan rasa jaga menjagai perlu wujud. Jika tidak sejauhmana perhubungan akan bertahan lama. Tetapi aku cuba sedaya upaya menjadi manusia yang setia dan jujur dalam segalanya. Mungkin cinta ini tidak lagi panas bagai dulu, tapi aku telah berusaha menjadikan ia utuh. Aku masih gagal jika segala usaha menjadikan ia benar-benar bahagia hanya datang dari pihak yang satu.

Entah apa yang aku masih tunggu. Jelas-jelas di situ. Aku tidak sehebat yang diinginkan. Masih ada tangan lain yang lebih hebat dan buat mereka teruja. Aku bungkam sendirian. Menatang takungan empangan airmata yang kian pecah. Pecah dan pecah.

Setelah ditilik sendirian, sedarlah bahawa aku tidak ingin ada sesiapa yang berkongsi apa yang aku ada. Sikap kepunyaan yang tinggi dalam diri membuatkan hadir ku tidak memberikan keselesaan pada orang lain. Tapi mereka tidak memahami, mereka inginkan aku memahami mereka dengan apa yang mereka lakukan. Bertahun-tahun lamanya bersama masih jua tidak faham diri aku yang benci pada perkongsian.

Sepertimana aku tidak suka mengambil apa yang orang lain ada, seperti itu jugalah aku tidak suka orang usik dan ambil apa yang aku ada.

Perlukan aku terus menanggung rasa kecewa cinta ini sedangkan aku tidak pernah mengecewakan sesiapa dalam cinta. Mungkinkah ini cinta pertama dan terakhir buat aku hingga sehebat itu aku cuba pertahankan? Atau mungkin Allah telah rencanakan sesuatu buat aku yang aku tidak pernah ketahui??

Ya-Allah, Kau jualah yang menghadirkan dia dalam hidupku. Dia sendiri yang datang menapak dalam hidup ku yang tidak seberapa. Tidak pernah aku memaksa. Setelah aku jaga, tatang, berkorban segalanya dan suburkan dengan kasih sayang kenapa seolah dia merasakan aku tidak cukup sempurna buat dirinya? Mengapa ujian demi ujian mendatang di saat aku cuba utk berbahagia dan tersenyum kembali? Kenapa masih ada tangan lain yang cuba meragut apa yang aku ada ... Sedangkan tangan itu tahu siapa aku dalam kehidupannya??

Ya-Allah ... andai aku tidak sempurna buat mereka yang aku sayang dan kasih, berikanlah mereka yang lebih baik dan terbaik daripada aku! Dan aku akan perlahan-lahan belajar untuk menyerahkan kehidupan ku padaMu. Paksakanlah diri aku untuk redha dengan segala yang berlaku. Setelah aku tutup buku lama dan buka buku baru ... perkara yang sama seakan sedang berlaku. Dah lama aku tutup cerita tentang orang ketiga ... rupanya masih ada!

Tak kisahlah apa yang dia cakap tentang aku lagi. Kalau tidak tahan menerima aku akan menangis ... biarpun tiada siapa yang akan menyapu airmata ini! Kelebihan yang aku ada .. dengan menulis, sekurang-kurangnya beban di hati seakan reda.

YA-ALLAH KENAPA BEGITU PERIT YANG KURASA! KENAPA AKU MASIH BELUM MAMPU MEMILIKI CINTA DAN KASIH SAYANG DENGAN CARA YANG HALAL .... perit! dugaan apakah ini??


"Siapa sebenarnya aku untuk hidupnya setelah bertahun-tahun ini melalui susah senang bersama"


Satu perasaan yang digambarkan dengan tulisan. Pastinya menjadi cemuhan ... "tulislah apa awak hendak tulis, cakaplah apa awak nak cakap, asal itu buat awak puashati!". Hanya tulisan sedangkan macam-macam yang terpendam dan biarkan ia terus tersimpan.


CK : Bila kita sanggup menerima cinta dari seseorang, maka kita juga perlu sanggup menerima beban rasa yang bakal mendatang. Tak semua cinta itu jahat dan tak semua cinta itu kejam .... cuma masa untuk memiliki mungkin belum tiba! Terima kasih Tuhan ... "kadangkala aku disayangi dan kadangkala aku diketepikan ...."

Wednesday, April 27, 2011

Komen atau Message Shoutbox??

Assalamualaikum ...

Saya dah lama nak tulis pasal cerita ini! Komen atau shoutbox atau yang sealiran dengannya. Dah banyak blog saya jelajah ... rentasi dan macam-macamlah. Mula perasan sesetengah blog tak ada shoutbox! Terutama blog mereka yang mempunyai tapak sekukuhnya kat dunia blog. Ada kisah?? Saya tak kisah. Ada ke tak ada shoutbox ... jenis saya bab blog nie, LAYANKAN JE! Korang nak tinggal pesanan ringkas kat shoutbox, SILAKAN! Tak nak tinggal jejak?? Saya ok je ...

Tapi antara shoutbox dan komen ... saya lebih suka tinggalkan KOMEN! That's mean saya pun suka kalau korang tinggalkan komen kat entri saya. Tau kenapa saya suka komen! Dengan komen saya akan baca satu-satu entri tu sampai habis. So, boleh amik skit ilmu atau cerita yang ada sebagai pengalaman. Saya lihat meninggalkan komen ini dari satu sudut yang positif. Saya faham kadang-kadang ada juga yang tak sempat nak tinggalkan komen. Bukan dorang tak nak ... tapi tak sempat! Tau kenapa? Sebab mereka ini sedang blogwalking. Namapun blogwalking ... dah pasti kena laju skit coz banyak lagi blog nak kena pi singgah menyinggah. 

Dan dengan komen yang korang tinggal kat entri saya, buat saya lebih bersemangat untuk terus menulis ... walaupun kadang-kadang saya hanya terima 1 komen sahaja bagi satu entri. Saya tetap menghargai!

Jangan risau saya tak complaint atau marah pun blogger macam nie. Saya faham dan saya pernah buat dulu masa mula-mula aktif terlampau menulis bermula Oktober 2010. Entah apa yang merasuk time nie sampai mampu update blog hari-hari biarpun dengan hanya satu entri sehari. Bila dah 2-3 bulan  blogwalking laju-laju, saya macam tak dapat feel hanya tinggalkan msg kat shoutbox! Satu lagi saya rasa rugi blogwalking laju2...say hai pastu blah! Ini pengalaman sendiri, so takda nak tuju pada sapa-sapa. Jangan nak tetiba terasa plak atau sentap sampai ketat muka-muka tu!

Korang pulak macam mana ... komen ke msg shoutbox yang buat korang rasa selesa??



CK : Jangan tersalah hantar msg ... he he he

Tuesday, April 26, 2011

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

Assalamualaikum ....



Gigih join segmen BA kat SINI! Walaupun time dah nazak. Korang layankan jelah kenangan yang tak boleh saya lupakan semasa zaman sekolah! Kenangan yang bukan setakat saya je ingat, tapi semua family saya ingat cerita nie...hahahah


Rindu terlampau dengan zaman sekolah dulu. Nak ulang semula? Ermm ... Tak dapat la. Tengok jer budak sekolah dengan uniform yang cute tu. Alahai comelnya ... Rasa macam nak sandang semula beg sekolah dan bawa basikal sekali. Bagus juga segmen nie. Patut berterima kasih dengan Encik Ben!

Masa darjah satu, ayah atau mak yang hantar. Start darjah 2, saya ke sekolah naik gherek (basikal). Sebab abang pun sekolah sesi petang, so dah ada penjaga yang akan teman mengayuh bersama. Jauh tersangat mengayuh gherk … jarak dari rumah ke sekolah pergi balik lebih kurang dalam 30km. Perghhh terbaik punya kayuh kalau balik sekolah tengahari lit lit, matahari terpacak atas kepala lagi ... dengan peluh meleleh, lalu tepi bendang (sawah padi), siap berlumba-lumba dgn kengkawan. Masa tu hidup takda masalah, kayuh gherek selaju mungkin, asal sampai umah terus teguk air. Cukup time buat kerja sekolah, tido, bangun tido, tengok tv pastu malam mengaji Quran! Best kan … alahai memang tak da ulang tayanglah drama zaman kocik-kocik nie!

Nak cerita pasal kenangan masa zaman sekolah memang banyak. Tapi yang betul-betul semat dalam ingatan ada lah 4-5 kenangan. Cuma ada satu kenangan nie yang betul-betul tersemat dalam kepala saya dan juga mak ayah saya. Hu hu … terbaik punya sampai jadi ejeken hingga skang. Maluuu …

Citer bermula masa saya darjah satu. Biasalah  tak berapa cerdik sangat. Dah tu terlebih manja. Maklumlah jadi anak bongsu selama 5 tahun pastu baru dapat adik. Kira memang dapat perhatian lebihlah berbanding abang.

Lebih kurang 3 bulan saya kat kelas 1 Merah, ada satu hari tu ayah terpaksa hantar pergi sekolah lambat. Hujanlah katakan. Ayah bukan ada kereta pun masa tu. Cuma ada sebijik motor Honda petak je. Motor tulah buat hantar anak-anak pergi sekolah dan ulang alik pergi kerja. So, memandangkan masuk kelas dah jam 9.00am, semua student dah masuk kecuali saya lambat. Bila dah lambat for sure takut cikgu marah. Sedangkan takdanya cikgu nak marah pun. Dia pun faham sebab hujan. Kalau sekolah kampong, datang lambat time hujan adalah perkara biasa. Takda apa nak dihairankan…sebab jarak rumah dengan sekolah adalah jauh sangat!

Berbalik pada cerita lambat datang sekolah, mulalah saya merengek kat ayah tak nak masuk kelas! Wah … terbaikkan, dah lah datang lambat pastu meragam tak nak masuk kelas. Mahulah kena lempangkan … Aissshh idaklah, ayah saya baik, belum pernah lagi makan pelempang dia. Kalau rotan pun … amat-amat jarang! Budak darjah satu kalau meragam … memang standard! Ha ha ha … ayat tak boleh blah! Ker saya sorang jer camtu??

Sudahnya ayah saya heret masuk kelas. Pastu cikgu siap tolong sekali. Masa tu takdanya nak rasa malu ke hape … kepala siap plan nak lari balik rumah lagi. Hah! Memang saya lari pun. Seterusnya jadilah adegan kejar mengejar antara ayah dibantu dengan cikgu yang kejar anak murid darjah satu yang lari dari kelas sambil menangis-nangis. Pergghhhh … baguslahkan! Anak sapalah??  Terus saya lari menghala ke jalan besar. Nasib tak baik sebab larian tak cukup laju. Apalah sangat kelajuan budak yang berumur 7 tahun berbanding umur ayah dan cikgu yang dah 30 tahun lebih masa tu. Mestilah menang kat depa. Dah kena cekup, siap kena dukung untuk masuk ke kelas! Pastu cikgu siap kunci lagi kelas takut terlepas lagi anak murid yang sorang nie. Jahat tau cikgu! Hua hua hua …

Bila ingat balik memang nak gelak! Malu pun ada. Tapi itu adalah satu kenangan yang saya tak dapat lupa sampai hari ini. Banyak yang saya belajar dari kenangan ini terutama kasih sayang cikgu saya masa tu … Allahyarham Cikgu Mohd Jasin Yaacob!

Dan kerana peristiwa itu ayah saya pernah cakap kat saya, “Tak sia-sia ayah kejar anak ayah pagi-pagi ditengah hujan renyai, semata-mata tak nak masuk kelas, tengok sekarang nie anak yang lawan lari dengan ayah dah masuk university dan dah kerja pun! Penat ayah lari tu berbaloi!”

Saya cuma tersengih je lah bila ayah cakap macam tu! Dalam kepala saya, “masa tu saya budak-budak, jauh mana sangat saya dapat fikir, semua berlaku dengan tiba-tiba. Dengan berlari dari kelas itulah saya berada di tahap sekarang nie. Alhamdulillah …”

Itulah kenangan masa sekolah yang paling best dan ‘malu’ bagi saya! Korang punya kenangan mesti lagi terhaibatkan??? Saya tak tahulah sempat ke idak lagi korang nak join....segmen ni tutup jam 12am! Entri ini pun saya type kat E5 pastu balik rumah terus edit. Gigih nak join segmen nie ... ha ha ha! Patut puji usaha gigih ku ini. Kalau korang rasa sempat nak join, sila klik SINI! Saya punya pun last minute.....belasah je lah!



CK : Syukur …..siap jugak!

Rasa macam makan dadah!

Assalamualaikum …


Pernah ke makan dadah? Tengok pernah? Haa saya pun tak pernah. Jauh sekali la utk menyentuhkan. Kalau setakat dadah dalam ubat-ubatan tu tak dikira sebab dah diproses utk jadi ubat. So, dah ada kebaikan pada tubuh badan bagi dadah yang dalam ubatan, yang pasti makan ikut dos yang ditetapkan oleh doktor la.

Siyes saya ngantuk tahap gaban! Mengantuk terlampau. Dah rasa macam nak cari tilam bantal dan segala yang sesuai then krrrooooh...krrrroooooh! Tak pernah mengantuk macam nie. Terhaibat sungguh! Sudahnya satu kerja saya tak dapat buat. Pagi tadi jer pulun keje...haaisssh .... Kenapa nie?? Tulun....tulun....

Ngantuk nie mcm makan dadah je kawan saya ckp! Haissh...babap kang dadah pun tak kenal, ini kan pulak nak makan! Minta simpang tiga ...




CK : Time keje banyak nielah mata ku mengantuk ... Alahai! Time keje sedang-sedang tak nak plak ngantuk.

Monday, April 25, 2011

Puji .. Keji ...

Assalamualaikum ...

 [photo : segala yang kita lakukan ada ujian dan dugaan yang tersendiri]


Dengan pujian orang ...
Kita akan bersemangat!
Tetapi ...
Dengan kejian orang ...
Kita akan jadi lebih bersemangat daripada biasa!

Pujian dan Kejian ..
Ada pro dan kontra yang tersendiri ...
Bergantung kepada si penerima ..
Memandang ia positif atau sebaliknya!


~menulis bukan kerana nama, ini tulisan aku - cik kamoo~




CK : Status FB rumah satu. Kadangkala kejian lebih ikhlas ...

Cerita Tentang Hati ....

Assalamualaikum ...


 [photo : kau datang bawa bahagia, cinta dan airmata.
kau pergi di tanpa sedar yang hadir cuma rasa kecewa dan terluka]



Bercerita tentang hati ...
selagi tidak mati, selagi itu tidak sudah
Ada kalanya kita perlu biarkan cinta itu datang ...
dengan sendirinya ...
tanpa perlu dicari
kerana kita perlu sedar ...
ada masanya cinta pergi tanpa kita sedari

datang tanpa dipaksa ...
pergi tanpa rela!





~menulis bukan kerana nama, ini tulisan aku-cik kamoo~




CK : Status FB rumah satu. berkata-kata amat mudah, tetapi menjadikan kata-kata satu kenyataan amat payah. jangan terkulai dalam janji andai tidak bisa merawat hati sendiri.

Sunday, April 24, 2011

Diri Yang Sedih!

Assalamualaikum ....


Jiwa tengah kecamuk. Rasa sedih dan tertekan. Terasa hati dan geram. Pujuk hati sendiri. Puas sudah dipujuk, sudahnya airmata tetap mengalir laju. Oh! Tuhan ... kenapakah? Bukan soal cinta kepada kekasih tetapi lebih dari itu. Seringkali kata-kata tidak pernah terucap. Dan simpan segala benda yang buat diri terasa semata-mata mahu menjaga hati orang lain.

Ya! memang tiada kesempurnaan dalam diri ini. Tetapi masih mampu menerima nasihat dan teguran. Tatkala ingin memberi nasihat dan teguran pada orang lain terasa berat bibir untuk meluncurkan kata. Sudahnya dibiar tersimpan. Simpan dan simpan. Akhirnya diri sendiri yang terbeban. Berat mata memandang, tapi berat lagi hati yang dibebani.

Diri amat sedih malam ini! Terlalu sedih. Tapi bukan sedih tentang cinta yang tidak kesampaian. Sedih pada perkara paling dekat dengan diri. 

Mereka seringkali memandang segala kesilapan terletak pada diri ini. Hanya kerana diri ini bukan mereka. Memiliki segala kekurangan dan kelemahan. Dan tidak mampu menjadi hebat seperti mereka. Diri semakin terbeban kerana ini menyempurnakan permintaan mereka. Memenuhi kehendak dan keinginan. Tapi sampai masanya mereka tidak pernah memandang. Bila diri memerlukan mereka ... ada tapi amat payah! Kadangkala diri perlu menangis baru hajat dipenuhi.

Hanya kerana sifat diri yang garang. cerewet. sensitif. mudah merajuk. cemburu. dan setiap yang berlaku bagi menutup celaan mereka, diri akan menjadi mangsa. Tetapi mereka tidak pernah sedar, bahawa mereka jua lemah. mereka jua kurang. mereka jua tidak betul dalam semua perkara. hanya kerana mereka bijak. hanya kerana mereka cantik. hanya kerana mereka pandai berkata-kata. jadi segalanya diri akan menanggung beban yang tidak sepatutnya.

Akhirnya diri lebih suka hidup dalam 'dunia sendiri'. Biar sunyi. Biar sepi.  Sekurang-kurangnya hati tidak merasa sakit. Diri bahagia di mata mereka, tapi terseksa di jiwa.

Hidup diri yang tidak sempurna seperti mereka. Masih meniti jambatan yang panjang. Sukar miliki apa yang diinginkan. Kadangkala diri dipandang sebelah mata. Kadangkala sikap mereka buat diri rasa kecewa. Kadangkala mereka buat diri terluka tanpa sedar. 

Diri semakin penat hari ke hari. Dan kadangkala ingin berhenti untuk terus memenuhi keinginan mereka. Tapi diri hanya ada mereka .... dan sayang diri pada mereka keterlaluan. 

Hormatilah saya. sikap dan pendirian saya. cara saya. sepertimana saya menghormati kalian. itu sahaja permintaan mudah saya di dunia ini buat kalian. 



CK : saya lebih rela menyepikan diri, berdiam di hujung sana. dari beramah mesra kerana risau ada yang akan berkecil hati bila saya tidak mampu memenuhi apa yang dihajati. sekian.

Kehidupan Tentang Cinta ....

Assalamualaikum ...

[photo : dalam renyai hujan ku berdiri dan menangis, tiada siapa sedari tentang aku yang sedang bersedih. hujan di hati lebih lebat dari hujan di luar yang dipayungi. cerita tentang semalam yang tiada noktah tapi masih bahagia seadanya dan terus menapak demi sebuah kehidupan dalam kehilangan. Aku mengerti kadangkala yang digenggaman boleh terlepas ke tangan orang]




Kita selalu lupa
Di saat cinta itu ada ... 
Tidak pernah kita menghargaainya ...

Tetapi, di saat cinta itu mulai pergi ...
Baru kita merasa kekesalannya!

Kehidupan tiada ulang tayang ...
Pilihlah sama ada untuk berubah lebih baik ...
Atau terus seperti sediakala.

Peluang datang tidak selalu ...
Berhenti di situ atau buka buku baru!

Kadangkala kenangan perlu dilupakan ...
Kerana ia bakal menghentam masa depan!!



~menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - cik kamoo~ 



CK : Status FB rumah pertama. Cinta yang hilang, ada yang kembali, ada yang pergi dan terus sepi! Hati-hati kerana tidak semua cinta ada ikhlasnya, kadangkala cinta yang kita damba menikam jiwa dan sukma!

Erti Kehidupan

Assalamualaikum ...

[Perjalanan beribu batu bermula dari langkah yang satu]



Hidup yang bererti adalah bila kita tahu ...
kenapa kita menangis dan kenapa kita ketawa
Akan menjadi lebih beerti kehidupan ini ...
bila kita belajar menghargai insan di sekeliling kita ...
membahagiakan mereka seikhlas rasa ...
meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya ...
menghormati perasaan mereka dengan sejujurnya ...
dan berkata benar sentiasa dalam setiap bual bicara ... 
sedarlah kerana mereka adalah ...
lekapan-lekapan terindah dalam hidup kita
yang diberi TUHAN!



~menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - cik kamoo~



CK : Status FB rumah pertama. Alhamdulillah kerana mendapat sokongan dari kawan-kawan untuk menulis kata-kata tentang kehidupan. Buat mereka terutama Puan Masmiza Abu Bakar, terima kasih kerana sudi 'share' status kata hati saya di wall anda!

Bila Si Bodoh Memandu Kereta .... Gen-2 Kelabu

Assalamualaikum .... 

Malam tadi langsung tak dapat nak blogwalking. Lepas buat entri masak-masak layan cerekarama BILA AZAN BERKUMANDANG then terus tertido kat sofa depan tv. Dah tau langsung tak boleh tido. Kejap-kejap terjaga. Walaupun dah telan 2 biji pain killer, langsung takda perubahan. Type entri ni pun kepala masih berdenyut. Dengan sakit kepalanya Tuhan aje yang tahu. Migrain lagi. Dari tengahari semalam sampai pagi nie. Semalam patut pergi office siapkan kerja. Tapi mood takda. Sudahnya hari nie lah kena berkorban 3-4 jam kat office tu siapkan laporan untuk meeting. 

Petang semalam dalam sakit kepala tu sempat lagi pergi PCP (Putrajaya Challenge Park) aka Taman Cabaran kat Presint 5. Kalau tak ada yang suruh memang saya tak pi. Saya tolong si dia cabutkan undi untuk pertandingan karaoke. Sebab masa tu dia on da way lagi risau kot tak sempat. Perihal nak cabut undi giliran karaoke tu nasib baik saya tak langgar lori siput babi aka lori simen. Ini semua gara-gara pemandu Gen-2 kelabu yang drive kereta macam orang mabuk todi! Ish ... bodoh tau .... bawa kereta laju-laju pastu main cilok jer!" Apa kau ingat  kau bawa motor kapcai berkuasa rendah ke! Bagus juga kalau kau bawa kapcai tu nanti boleh terus masuk ke bawah perut lori simen tuh!"

Entah apa yang dipecut sangat oleh pemandu Gen-2 Kelabu tu ,saya pun tak tahu ... dah la dia cilok masuk depan kereta saya then keluar plak selamba tak bagi signal. Sedangkan saya dah bagi signal nak ke kiri, dan-dan masa tu dia keluar nak ke kiri jugak. Hampas kelapa! Nasib baik saya drive dengan kelajuan separa maksimum dan sempat brek. Kalau tak dah masuk bawah lori siputlah saya, adik dan Mybee saya ... tak adalah nak type-type entri cenggini lagi ar!

Ish geram sangat! Semalam kalau sempat tengok no. plat kereta Gen-2 tu memang saya publish kat sini. Macam lesen beli kat JPJ je bawa kereta cam gitu. Kalau tak sayang nyawa sendiri sekalipun, fikirlah nyawa orang lain yang nak hidup lebih lama skit dan masih ada orang-orang yang disayang. "Kalau takda sapa sayang kat kau wahai pemandu Gen-2 Kelabu, jangan libatkan orang lain nak mati sekalipun. Pi mati sorang-sorang! Apsal kau tak berhenti jer kat Jambatan Seri Saujana yang kau lalu semalam tu then terjun dalam tasik Putrajaya....kan senang! Boleh ikan toman yang sebesar orang dalam tasik tu makan kau. Dan-dan masa tu sekian hidup kau!"

Pagi-pagi lagi saya dah luahkan geram! Tahulah jalan Putrajaya nie lengang, tapi janganlah buat sesuka hati. Drive carefully, kita selamat orang lain pun selamat. Insya-Allah ... sekurang-kurangnya kita berhati-hati. Kalau apa-apa jadi pun tak adalah ralat sangatkan.



CK : macam-macam hal manusia yang bergelar pemandu nie .... ada slow macam siput ... ada yang terlebih laju ... alahai!

Saturday, April 23, 2011

Resepi : Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Campur Rebung dan Kerabu Mangga

Assalamulaikum ....

Malam nie mood nak cerita pasal resepi je! Sedap ke idak ke ... korang kena cuba! Saya masak nie atas permintaan dan setelah bahan utama dibeli oleh si peminta, maka saya pun masaklah! Den bab masak nie suka bonar. Love gitu ... he he he. Janji bahan cukup. Nak order boleh, tapi jangan selalu bonar order dengan air liur. Kot yang dapat pun air liurlah. Hak hak hak. 

Disebabkan si peminta yang dah beli bahan utama. Den pun masaklah. Ekau minta den masak satu joo ... den up jadi duo jenis masakan! Baikkan den nie. Tapi ini bukan masakan terbaiklah, sebab masih lagi dalam learning process ... selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan belajar masak! Eh ... apa merepek nie, jom layan resepi simple je dari dapur comel CK!



Resepi 1 : Masak Lemak Cili Api Ikan Keli Salai Dengan Rebung


Bahan-bahan ;
  1. 3 ekor ikan keli yang telah disalai - potong 2 ya!
  2. 15 biji cili api - blend
  3. Bawang merah 8 ulas - blend
  4. 1 cm kunyit hidup - blend
  5. 1/2 kilo santan [ guna santan kotak pun boleh ... sekotak jer cukup]
  6. Rebung [hiris bulat-bulat] - boleh letak ikut suka/ boleh juga diganti dengan belimbing buluh
  7. Daun kunyit - nak letak boleh, tak nak pun tak pa [saya tak letak pun]
  8. Asam keping
  9. Garam
  10. Minyak untuk menumis
Cara-cara ;
  1. Cili api, bawang merah dan kunyit diblend bersama. 
  2. Tumis bahan-bahan yang telah diblend dan goreng sampai naik minyak
  3. Masukkan ikan keli kemudian balik-balikkan biar sebati dengan bahan tumisan
  4. Masukkan santan dan perlahankan api
  5. Dah mendidih masukkan rebung, asam keping dan garam
  6. Kacau perlahan agar santan tidak pecah
  7. Masukkan daun kunyit yang dicarik2kan
  8. Biar mendidih seketika ... kemudian baru tutup api


Resepi 2 : Kerabu Mangga

Bahan-bahan ;
  1. Sebiji mangga muda di mayang halus [mayang panjang-panjang ya]
  2. 1 labu bawang besar - di mayang halus
  3. 5 biji cili api di potong kecil-kecil
  4. Segenggam ikan bilis goreng
  5. 1 biji limau nipis - diperah dan ambil airnya [Limau kasturi pun boleh, tapi guna lebih la]
  6. Gula, garam dan serbuk perasa [maggi atau tumix]
Cara-cara ;
  1. Gaulkan hirisan mangga, bawang besar dan cili api
  2. Masukkan perahan limau, gula, garam dan serbuk perasa
  3. Gaul sampai sekata
  4. Kemudian baru masukkan ikan bilis goreng
  5. Siap dan boleh dihidang!

Dah siap 2 resepi simple sekaligus! Saya buat semua nie jam 6.00am. Nak bawa bekal punya pasal. Memasak nie best ... tapi kena ada minat dan keinginan untuk belajar. Resepi saya semua yang simple je dan sesuai untuk yang baru nak belajar masak. Saya masih lagi dalam proses pembelajaran. Masak untuk mak ayah, perut sendiri dan kawan-kawan masih ok lagi penerimaannya.

Saya sekarang dalam usaha untuk bagi betul-betul pandai masak untuk 3-4 jenis masakan untuk tujuan bisnes! Insya-Allah bila dah ok dan diterima oleh semua orang baru ambil tempahan ... itu niat hati saya dan mendapat galakan serta sokongan yang amat baik dari Mak dan Inchik Babah. Itulah impian saya sekian lama "nak jadi tukang masak!"


CK : Usaha tangga kejayaan ... moga dikabulkan Tuhan!


Ustaz Amirul Dah Tunang .... hu hu

Assalamualaikum ....


Haaa dah tunang dah??!!??! Melepas ... ha ha ha! Sekalian alam ... ustaz encem dah tunang. Dah ada cop dah. Gadis kampung, pekan kecil, bandar, bandar besar....kota metropolitan .... tak yah la nak sendeng dan sengih manja ngan ASHRAF MUSLIM aka Ustaz Amirul lagi. Haaaa tengok kat bawah nie sebagai bukti!

+
+
+
+
+
+
+
+

Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung hari ini Sabtu 23 April 2011 dan majlis pertunangan pelakon ini telah disiarkan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.

Cantikkan tunang dia. Sama cantik sama padan. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendak-Nya! Saya suka sangat tengok ustaz berlakon ... sweet sangat! Lembut  dan sopan bahasa dia. Sesuai dengan karektor yang dia bawa. Sejuk mata kecil ini memandang he he he... memang cam ada gaya dan ciri lelaki idaman ... mak aih! Tak bleh blah punya statement, tu pasallah tak kahwin-kahwin lagi.

Sukalah tengok orang dah nak dirikan masjid nie! Berseri-seri muka .... rasa cam tak sabar nak ehem ... ehem ... jugak! Alahai bilalah tuan belog kedaung nie renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar ... hai beras pulut ...bla...bla...bla ...!

Mak .... nak kahwin jugak! Carikan sorang .... yang sweet! he he he ....*paaaaannnnnggggggggggggggg .... terus pengsan!*


CK : Bilalah nak sain sijil nikah! ha ha ha

Heaven Dok Umah!!

Assalamualaikum ...

Nak tau? Saya rasa heaven tersangat-sangat kalau dapat dok kat rumah on weekend! Best! Banyak benda yang saya boleh buat. Kemas dapur (lokasi paling best dalam rumah bagi saya), kemas bilik tido, MASAK (love giler!), layan bloglah apa lagi ... berFB sampai lebam .... eh! bak kata macam-macamlah boleh buat! Itu keseronokan bagi orang yang jarang ada kat rumah on weekend. Kalau selalu saya rasa bosan jugak kot. Agaknyalahkan ....

Dan sebab itulah saya cakap dok kat rumah jarang-jarang sekali memang heaven! Nikmat dunia yang tak boleh dipandang sepi. Syukur Alhamdulillah. Yang tak bestnya ... dok rumah kena lipat kain baju! Adeeh ... saya tak suka. Itu masalah saya dari kecil sampai dah remaja tua bangka nie. Dulu-dulu mak lebih selesa ajar anak-anak dia 'hang' semua kain baju kecuali yang kecik-kecil la. Dia kata lebih kemas dan senang anak-anak nak ambil. Lepas ambil takdalah kain baju lain bersepah. Tahu jer lah masa umur budak-budakan manatahu sangat nak kemas balik benda-benda yang bersepah. Asal dapat benda yang dihajati terus blah. *Erghh...itu mungkin perangai saya sorang je kot, sila jangan tiru aksi ini di rumah!*. Kerana itulah sampai dan dewasa ini saya lebih selesa meneruskan apa yang mak ajar ... "hang semua kain baju kecuali yang kecik-kecik". Kadang-kadang kalau mood saya baik, saya akan lipat tapi akan ambil masa yang lamaaaaaaaaaaa giler! Buat perkara yang kita tak berapa suka nie sebenarnya tiada tumpuan yang boleh diberikan. He he he .... Alasan sungguh!

Sekarang pun dah jam 10 lebih. Dah siap plan nak masak apa untuk lunch. Ayam pun dah bawa keluar kasi sejuk. Sah-sah nak masak ayamkan. Tapi tak tahu lagi jenis masakan. Sambil-sambil tu layan lappy nie. Tengok Maharaja Lawak Minggu Ke-4. Yelah rumah kita tak langgan Astro Warna. Orang dah sampai Johor, saya masih terkial-kial nak beli tiket trainkan. Sudahnya layan ML kat youtube je. Jimat sikit bajet! Kadang-kadang sesetengah perkara tu tak perlu sangat nak membazir kalau kita ada cara yang lebih baik dan halal untuk perolehi. ye tak??

Eh! korang dah minum pagi belum? Kalau belum jomlah makan sama-sama. Jamah sorang skit ... ini je pun yang ada. Tak tahulah sodap ke idaknya! Meh ... meh ...


Makan kuih pau! Tapi .................... bukan saya buat hokeh! Belum belajar lagi. Ini adik saya belikan semalam kat Pasar Tanie kot. Saya cuma tukang kukus pau jerk. Sambil-sambil makan pau boleh juga layan Maharaja Lawak. Aduis letih dok gelak dengan Kumpulan JAMBU (best ... terbaik), Kumpulan JOZAN dan NABIL ! Lawak dorang nie boleh kasi guling-guling tau gelak...


Kasi layan yang ini .... JOZAN! Best kan ... he he he


Korang weeken buat apa kat rumah??? Takkan blogwalking je kowt .... sesekali tolonglah jiran sebelah rumah siram pokok tak pun tolong kasi ayam makan. Sib baik jiran saya tak tanam pokok dan bela ayam... Haissshh...selamat! he he he


CK : Semalam tengok tv sampai tertido, sudahnya tak tahu kesudahan cerita NASI KOSONG IKAN KERING ... tapi takpe ASTRO banyak siaran ulangan.

Friday, April 22, 2011

Baru gegeh nak buat entri!!

Assalamualaikum ....


2 hari membosankan diri di ofis! Serius ada gossip panas sehingga rasa tak lalu nak bekerja dengan tekun dan kemetot komited. Tapi takmo cerita lagi pasal gosip panas tu, nak biar emosi reda baru cerita. Kalau cerita sekarang nanti emosi syaitan jer yang lebih.

Time-time skang baru saya terhegeh-hegeh nak update blog. Nak kata busy, tak pun! Keje ada cuma mood dah berenang dalam tasik Putrajaya. Nak layan blog time office risau takut kantoi. Blogwalking oke lagi. Boleh juga kecikkan web page nie ... he he he! Hendak seribu daya. Sambil menyelam minum air. Kadang-kadang sambil buat kerja pun boleh lagi blogwalking. Cuma time tu kena pastikan segala kerja tak melibatkan angka.Kalau ada angka-angka masih gatal nak blogwalking ... harus semua tersilap kira! Masa tu baru nak kena 'sekian' dengan boss.

Petang nie bosan giler! Nak ajak Inchik Babah jalan-jalan dia kata gaji lom masuk. Tak best jenjalan kalo tak beruang berwang! hoyeee ... boleh pow skit. Nak cover balik duit yang terlajak bulan lepas. Dari bulan 9 tahun lepas sampai skang saya berjimat giler. Ini semua kerana plan mahu terbang ke satu tempat *tuuut* yang jauh di sana dan saya memang teringin gile nak pi sana. 

Nak taip lagi nie .... tapi Inchik Babah dah datang amik saya balik keje....oklah bubye! Sambung je lah kat rumah kalau sempat. Kalau Nabil ML boleh sambung lawak dia ... takkan saya takleh sambung entry saya ... he he he *bajet macam rajin*


CK : happy weekend korang! kelam kabut saya type .... kalau typo jangan marah sebab itu memang dah selalu sangat .... he he he

Thursday, April 21, 2011

Kau tengok aku bila aku dah senang!

Assalamualaikum ....


Pengalaman hidup susah selepas zaman belajar kira-kira 10 tahun lepas buat saya benar-benar menghargai apa yang saya ada. Walaupun apa yang saya ada sekarang bukan semuanya hak saya. Pinjaman semata-mata!

Dulu saya susah. Tapi takdalah sampai kebulur tak makan. Cuma pernah berpuasa dan makan sehari hanya sekali semata-mata utk jimat duit, sebab duit tu nak buat tambang LRT pergi keje. Mak ajar saya jadi manusia bersyukur dan jangan sesekali cakap 'takda duit'. Takut nanti betul-betul takda duit, baru padan muka sendiri! Dalam kesusahan saya alami, saya senyum je ... Tapi derita dalam hati Tuhan saja yang tahu. Nasib saya, tamat belajar di kala keadaan ekonomi tengah gawat!

Percaya tak? Bila susah takda sapa pandang kita. Motor takda, kereta pun takda ... MPV ke SUV jauh sekali la. Yang ada masa tu cuma bas dengan LRT ... Alhamdulillahkan ... Ada juga daripada takda.

Sekarang Tuhan bagi rezeki lebih, mampulah beli kereta dan mampu hidup sendiri walaupun tinggal pun kat rumah milik kerajaan. Eh! Kira oklahkan ... Dengan kereta yang ada tu saya boleh bawa mak ayah saya jalan-jalan. Dan dengan rumah kerajaan tu lah mak ayah saya dapat berteduh bila datang jenguk anak cucu yang jauh di mata.

Walaupun mak cakap 'kebahagiaan dan rezeki' saya lambat berbanding abang dan adik-adik saya, tapi Alhamdulillah Tuhan sentiasa berikan apa yang saya mohon. Cuma antara cepat dan lambat sahaja. Yang saya tak dapat tu mungkin Allah dah ganti dengan hal-hal lain yang saya tak sedari...ye tak?? Kadang-kadang kita lupa dengan nikmat Tuhan.

Hari ini orang pandang saya seolah sudah cukup lengkap segalanya tapi kalau nak dikira tak lengkap lagi sebab belum ada suami. Ada kereta. Ada rumah tumpangan kerajaan. Adalah benda lain yang kecik-kecik nie tapi berharga jugaklah. So, orang ingat saya nie macam orang senang! Itu yang dorang pandang hari ini. Dan untuk dapat apa yang saya ada hari ini ... saya telah lalui macam-macam perkara. Menangis, berdoa, berusaha, dihina, diketepikan, diabaikan .....ditindas! Dinafikan hak! Adus ... bila kenang-kenang seakan perit itu masih terasa. Tapi semua itu orang tak tahu. Yang tahu hanya saya dan Tuhan sahaja. Pernah hampir putus asa, tapi bila mak cakap putus asa manusia akan menjadi kesukaan syaitan terus saja cancel nak putus asa. Terus cuba dan cuba walaupun rasa macam dah tahap merangkak untuk dpt apa yang saya ada hari ini.

Paling best kawan-kawan yang dah kahwin nie selalu cakap orang bujang macam saya duit berkepuk-kepuk! Wah macam penuh satu jelapangkan duit saya tu! Haisssh .... bercakap macam tak fikir! Apa ingat orang bujang macam saya tak ada tanggungjawab? Ingat beli kereta tu bayar dengan daun getah? Dan rumah kerajaan yang saya duduk nie free ... tak potong elaun apa2? Ingat saya nie tak perlu beri nafkah kat mak ayah? Ish ... teruk sangat sampai tak bagi mak ayah merasa rezki yang kita dapat. Elektrik ... air ... dan line steamyx yang membolehkan saya berblogging nie korang ingat pree jugak ke? Loan belajar bertahun2 pun belum habis bayar lagi. Perut saya juga minta diisi. Saya pun nak kena beli makan pakai. Jadi bila bercakap gunakan otak untuk berfikir dan gunakan hati untuk menilai serta memikirkan perasaan orang sama! Korang yang dah kahwin lagi untung .... boleh berkongsi suami isteri! Yang satu akan jadi dua! Tak ke banyak tu ... berbanding saya, yang satu tetap akan satu selagi tiada siapa yang sudi menjadikan ia dua. sekian.

Korang pandang saya bila saya dah senang! Tapi cuba korang fikir untuk dapat apa yang saya ada sekarang ... bukannya senang! Bukan datang sekelip mata! Bukan menadah tangan terus ada! Untuk dapatkan sesuatu dalam hidup ini ... usaha tanpa jemu dan Allah tentukan segalanya adalah jawabnya! Tak percaya?? Sila cuba.

Samalah juga kalau kita baru bertapak dalam dunia blog. Kata nak jadi blogger! Mula-mula rasa perit giler. Nak dapat 10 followers dan 2-3 komen  pun terkial-kial. Kadang-kadang takda pun pembaca singgah kat blog. Nak harap otai-otai datang ... ermmm belum tentu! Mula-mula tu template blog pun guna yang basic je. Alaa asal ada. Kita jer macam meraih orang datang bertenggek kat blog kita.


Asal singgah blog lain asyik jadi follower ... tinggal komen bla...bla...bla! Rasa susah tak? Susahkan? Tapi kalau kita rajin. Sanggup berusaha dan belajar. Insya-allah kita akan dapat apa yang kita nak. Nak jadi blogger jutawan, hartawan, dermawan .... semua wan wan lah ... PASTI BOLEH!


Lagi satu jangan ingat semua blogger otai terhebat yang dah ada followers ribu riban ... ada pembaca 1 jam ratus-ratusan  dan income pakcik Nuffnang ribu-ribuan sebulan itu tak pernah merasa susah! Korang jangan ingat blogger otai terhebat buat blog hari ini pagi esok terus da boooom blog dia! Terus dapat BE berderet-deret! Tidak...tidak.... Dorang pun berusaha tanpa jemu! Belajar satu demi satu langkah demi langkah. Kalau tak takkanlah blog dorang jadi tumpuan! Asal publish entry .... beratus yang bertenggek baca. Kalau dapat jadi macam tu ... bestkan! Nak tak? Kalau nak, apa tunggu lagu ... berusahalah! Jelajah dari blog ke blog dan belajar segala ilmu blog (amik yang baik je ye ...)


Lagi satu nak ingatkan ... jangan pandang blogger masa dia dah pemes tapi cer tanya dia masa dia mula-mula susah gila menapak sebagai blogger! Kita tengok blogger terfemes tu masa dia dah memang femes sama macam kau tengok aku masa aku dah senang ... masa aku susah ada kau pandang??? 








CK : Ignore the risk and take the fall. If it's meant to be, it's worth it all!

*Alhamdulillah ... untung ada nokia E5 nie ... boleh taip entry blog bila-bila masa. Balik rumah atau masuk office, edit sikit2 then publish! Cepat dan mudah. Entri nie siap masa tengah tunggu adik saya ambil kek kat Presint 15.

Bukan nak jadi BEN ASHAARI!


Assalamualaikum .... 

Bila sebut blogger terhebat ramai blogger nak jadi mcm DIA. Memang diakui dlm dunia blog dia memang hebat. Saya sendiri suka cara dia menulis. Feel dia menulis amat berbeza daripada blogger lain. Tapi ini bukan bermaksud blogger lain tidak bagus. Korang pun bagus dan hebat juga ... Tp saya tertarik dengan cara dia menulis, seolah dia menulis datang terus dari hati. Itu korang kena feel sendiri ... Baru dapat rasa!

Cara penyampaian dia simple, tp saya rasa kebanyakan orang terutama blogger memang faham isi kandung blog dia. Kalau tak, takkan setiap entri dia yang pendek dan simple tu akan dapat berpuluh dan ratusan komen. Tak kisahlah komen tu membina atau melingkup. Cuma yang pasti ada je komen. Saya amat jarang nk tinggalkan komen kat blog otai nie, tapi hari-hari perlu singgah. Ada pun sesekali je komen ....

Ada sesuatu di blog otai nie yang menarik pasal dunia blog yg ditulisnya. Antara korang perasan atau tak BEN ASHAARI memang bawa indentiti tersendiri sebagai blogger walaupun dalam masa yang sama dia pernah dikritik hebat (mungkin). Bukan senang nak senang utk menjadi blogger hebat. Kadangkala kita kena pijak dulu, baru dapat naik ke atas. Itu lumrahlah walaupun bukan semua yang naik kat atas tu dulu-dulunya dia dipijak. Bergantung pada nasib seseorang juga …

Saya tak suruh korang jadi Ben! Tapi tirulah usaha dan kesungguhan dia .... bukan sahaja dalam dunia blog malah dalam semua perkara baik yang korang suka. Hendak seribu daya, tapi kalau taknak, korang bagilah seribu alasan yang korang ada.

Semoga kesungguhan korang membuahkan kejayaan dan bila berjaya korang jangan lupa 'ramai musuh akan berkeliaran dan bakal menghentam'.

Dunia blog sekarang dah tak macam dulu lagi, sekarang nie ramai sangat yang dengki kejayaan blogger lain. Haaaissshhhh .... Apa nie?? Dok diam kat situ tak boleh ke?? Takmo la dengki2 nie ....

Untuk korang semua, selamat berblogging dengan jayanya. Tak dapat jadi macam Ben Ashaari pun takpa ... asal korang happy berblogging udah la. Erghhh apa tunggu lagi ... cepat-cepat cari idea update entry baru! Haiaasssh ... pantas laaa ....


CK : Trying and doing are two different things. When u try, u hope. When u do, u succeed!

*Asal tengahari je lapar...asal lapar je mesti dah tengahari! Moh le kita poie lunch .... 

ALHAMDULILLAH .... OK SAJE!


Assalamualaikum ....

Lelaki xyz : 'Macam mana keje? Ok?
Saya yang comel : 'Alhamdulillah...ok. Biasa-biasa je'

Lelaki xyz : 'Department skang ni busy tak?'
Saya yang comel : 'Kat mana-mana department pun busy! Antara kita nak buat kerja dgn tak aje!'


Pagi-pagi ada juga yang sudi bertanyakan khabar tentang kerja saya. terima kasih. Rasa memang diri wujud dan kehadiran dirasai. Cheeeewah!

Kerja saya memang ok! Alhamdulillah...yang tak ok cuma pengurusan di situ. Tapi saya redha sebab saya dah bagitahu saya sayang kerja saya.


CK : Kadang-kadang rasa, sayalah boss dan sayalah KULI dalam masa yang sama sebab semua kerja yang saya buat, saya yang semak sendiri walaupun ada ketua .... tapi saya perlu redha dapat ketua yang sentiasa 'lepas tangan' dalam melaksanakan tanggungjawab.

Dan akibat dapat ketua macam nie, barulah saya faham kenapa orang ramai selalu ckp SESETENGAH kakitangan awam 'makan gaji pokok buta'. Saya cuma mengharap ketua saya dapat hidayah Allah untuk menjadi seorang ketua yang lebih bertanggungjawab ....

Wednesday, April 20, 2011

"Hisap menghisap best sangatkan....."

Assalamualaikum ....

Peringatan!

Pertama sekali betulkan tune otak korang! Jangan terpengaruh dengan tajuk yang memang tak boleh blah langsung ... Tiada cite separa blue atau sepenuh blue di sini! Harap maklum ...

Ini cerita sebenar yang nak disampaikan ...


"Hisap menghisap best sangatkan....."

Apa yang best sangat? Cuba cerita...kalau setakat merah menyala kat hujung batang rokok dan hembusan asap berkepul-kepul. Rasanya takdalah hebat mana sangat!


[Syiok ke hisap benda nie?]

Perokok pasif adalah kita yang berada di sebelah perokok ...

Ini serius! Mereka dalam bahaya. Serius...memang saya tak suka orang hisap rokok. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Kerana mereka dalam bahaya dan kita juga diangkut bersama dalam bahaya mereka jika kita bukan perokok!

Pening kepalalah ....

Hidup dalam lingkungan manusia perokok buat kepala saya menjadi sakit. Pening! Rasa nak pitam! Bau asap rokok kadangkala buat saya jadi migrain. Tapi nak buat macam mana...ayah, abang, adik ipar dan 2-3 orang kawan sepejabat adalah perokok...termasuk boss lama saya jugak!

Nasib baik my good friend ... Incik Babah bukan perokok. Pernah dia cuba-cuba merokok tapi  katanya 'memang tak boleh blah!'. Bukan jiwa perokok. 

Tegar ...

Ayah dan abang memang perokok tegar...tapi itu dulu! Sekarang Alhamdulillah dah kurang. Ayah dah kurang merokok sejak 15 tahun lepas bila mak selalu bebel....'membazir dan bahayakan kesihatan'. So, ayah pelan-pelan kurangkan kuantiti hisapan rokoknya. Perokok tegar tak boleh meneruskan harinya tanpa merokok terlebih dahulu. Dah nama pun TEGAR bukan ketegaq ya.


Pengotorlah ...

Satu yang saya tak suka perangai perokok  ini...PENGOTOR! Cuba tengok kalau dorang lepak kat kedai mamak atau kedai kopi mana2...alahai bersepah abu rokok dan puntung rokok bawah meja. Dibaginya bekas abu rokok pun tetap nak buang abu kat bawah meja. Apa daaaaa ....! Nasib baik ayah bukan jenis kaki lepak kat kedai kopi or mamak. Lepas kerja terus dia balik rumah. Hisap rokok pun kat rumah...kalau dia buat sepah-sepah mak akan bising. Disebabkan bebelan mak, ayah memang disiplin bab buang abu dan puntung rokok nie. Lagipun mak akan siapkan bekas untuk letak abu dan puntung rokok siap kat luar rumah. Ayah memang hisap rokok luar rumah...dalam rumah anak-anak ada.  Dah rasa macam mak menggalakkan ayah merokok plak … haisssh ….


[Sebatang rokok mengandung benda-benda ini ... ergggh .."Lu pikirlah sendiri!"]


Sarapan pagi ... Ramadhan ...

Pastu dorang ni pagi-pagi Subuh sepiey dah menghisap. Makan pagi belum tapi rokok yang dihisap dulu. Eh! Korang rasa kenyang ke sedut asap pagi2 ... dah macam jin jer makan asap. Kalau satu hari tak hisap rokok, muka dah macam kucing hilang anak je. Kalau bulan Ramadhan ... boleh je tahan satu hari tak menghisap, tapi dengar je azan Maghrib terus teguk air then capai batang rokok dulu .... puussss....pussss...pussss .... hembus asap macam asap bas!

Bazirlah ....

Saya pernah tanya beberapa org kawan lelaki yang memang tegar hisap rokok. Sebulan mereka peruntukkan untuk rokok sahaja dalam RM400 hingga RM500. Dah boleh bayar ansuran Myvi untuk sebulan banyak nie. That's mean sehari antara RM13-RM16 ... ini cukup utk 2 hari saya makan di hari bekerja. Kan bagus duit rokok tu bagi kat saya je .... kui kui! Boleh buat beli oven baru ... dapat juga saya buat cheese tart ke tak pun carrot cake ... boleh juga isi perut tak pun buat jual! Masyuuuuuuuuuuk nie …

Nasihat ...

Berhentilah merokok! Kerna anda bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri, tetapi juga kesihatan mereka yang berada di sekeliling anda terutama yang tersayang!

Fikir-fikirkanlah ... Tepuk dada tanya iman. Jika ingin teruskan juga, terpulang! Kita sudah dewasa untuk memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk. Jika anda rasa diri anda disayangi dan kehilangan anda yang begitu cepat akan diratapi serta kehidupan mereka yang ditinggalkan di dunia ini akan menyendiri tanpa anda ... BERHENTILAH MEROKOK !!

[Merokok boleh tak dikategorikan sebagai 
kegiatan BUNUH DIRI secara perlahan-lahan??]

[Cukup-cukuplah tu! Katakan TAK NAK ... dan laksanakan dengan perbuatan ya!]


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh CK ikhlas untuk anda.



CK : Saat indah bila ayah bukan lagi seorang perokok tegar! Seminggu hanya 2-3 batang je ... Itupun bila jumpa kawan-kawan. Kadang-kadang tak hisap langsung sampai seminggu. Alhamdulillah ....

*Entri nie dah lama terperam kat E5 saya, selagi tak publish, selagi itulah hati tak senang! Hari ini rasa lega … bila dah publish! Ha ha ha … ringan beban ai dan E5 comelku!

Tuesday, April 19, 2011

Pollow...then unpollow! Alahai kamu nie ....

Assalamualaikum....

Baru malam tadi saya blogwalking...singgah blog sana dan singgah blog sini. Saje kenal-kenal dan luaskan networkinglah katakan. Dalam singgah menyinggah tu adalah blogger-blogger yang mengeluh pasal .... "hari ini follow, esok unfollow!"

Sekali da....terkena "pollow then unpollow" nie kat saya! Mula terperasan apsal followers nie cam kurang!  Rupa-rupanya ada yang telah unpollow blog saya. Terima kasih ya sebab unpollow. Sekurang-kurangnya anda telah buat saya mengetahui bahawa isi kandung or background blog ini sikit pun tak menarik minat "anda" untuk datang kat sini lagi.

Ergh ... tak cukup dihargai ke kat blog saya? Tak cukup kasih sayang ke? Atau blog saya nie tak cukup bagus? Tiba-tiba buat persoalan sendiri camtu! Adeeeeh ....

Daripada meroyan sorang-sorang akibat sikap blogger yang macam kebudak-budakan, baik saya teruskan sahaja minat untuk tulis blog nie. Cuma pesan saya ..."KALAU SUKA....datang lagi, baca, komen atau like .... atau jadi silence readers pun tak kisah"....

Saya tak paksa sesiapa untuk pollow dan unpollow blog picisan ini. Kalau suka pollow...kalau esok dah tak suka anda boleh unpollow! Saya menulis blog sejak zaman belum ada Nuffnang atau Innity lagi. Walaupun masa tu, tulis blog pun tertenggelam timbul macam kapal nak haram karam. Maklumlah zaman tu ... saya belum ada lappy sendiri apatah lagi line internet. Alhamdulillah ... bila rezki lebih yang Allah beri nie bolehlah  saya meneruskan minat saya menulis biarpun bahasa saya tidak seindah mana pun. So, saya bukan jenis nak kejar traffic blog. Kalau Nuffnang bagi BE ... Alhamdulillah. Kalau Nuffnang tak bagi BE, dok diam-diam sahaja takkan nak terjun tingkat 16 kot. Esok-esok dia bagi juga ... ye tak ??

Buat pembaca blog saya, saya mohon maaf kalau ada entri-entri di blog ini yang menyinggung perasaan kalian sehingga ada yang unpollow. Mungkin entri tersebut secara kebetulan. 

DAN BUAT SEMUA FOLLOWERS SAYA, SAYA BENAR-BENAR MENGHARGAI KALIAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENJADI FOLLOWERS SAYA walaupun ada yang jadi followers saya datang sekali je kat blog nie masa blogwalking ... pehtu tak datang-datang dah!  Saya tak marah dan saya tak kisah. Pahamlahkan takkan selamanya orang nak bertenggek kat blog picisan camnie. *ceeeeh ayat sedih ... memang tak bleh blah!*. Saya rindu korang datang sini tau .... paling penting baca dan komen! he he he ... I like yaaaw!


Itu jelah pun nak cakap pasal bloggers terpinggir yang asyik pollow dan unpollow bloggers terhebat lain....! Gamaknya le kan ... agak2 blog dia dah cecah juta-juta followers terus dia unpollow bloggers lain kan! eeeey tak suka tau! Apa la gamaknye perangai camnie....

"Issshhh .... kita bakoooo.....kita bakooooo.....bakoooooo" *baca nada Usop Wilcha*



CK : Daripada layan geng yang suka unpollow nia baik saya pi blogwalking....ada gak pekdah! Tak pun masuk dapur wat masak lemak cili api ikan keli ... perghhhh terbaeeeek! kui kui kui....

Syukur !!

Assalamualaikum....


Jika kau ada segalanya ia tidak memungkin kau untuk rasa bahagia andai rasa syukur tiada, 
namun jika kau terasa kurangnya hidup ini yang kau miliki ...
tetapi masih membuat kau tersenyum dan bersyukur ... 
percayalah! ia seolah kau memiliki segalanya apa yang ada di dunia ini!!

Berbalikkan kepada Tuhan dalam apa jua keadaan ... 
yang kurang akan terasa lengkap dengan sendirinya!!




~menulis bukan kerana nama dan ini tulisan aku ~cik kamoo~



CK : Tuhan .... hanya KAU yang tahu suka duka di hati kecil ku! Syukur .... aku masih tabah lalui kehidupan yang macam-macam ini. Terima kasih Tuhan ....

Monday, April 18, 2011

Petua : Mandi Songsang Untuk Awet Muda ....

Assalamualaikum ....

Lazimnya orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Cara mandi begini  sebenarnya akan memberikan kesan yang negatif pada kesihatan diri dan sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

Kebaikan dan Kelebihan Mandi Sonsang

1) Anda akan awet muda dan sentiasa kelihatan segar.
2) Bahagian otak anda akan menjadi bertambah baik untuk befungsi, kerana mandi sonsang akan mengembangkan salur darah otak.
3) Sistem pertahanan badan anda bertambah baik fungsinya untuk tahap kesihatan yang maksima.
4) Anda boleh kurangkan stress.
5) Anda boleh meninggikan daya ingatan anda.
6) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
7) Jiwa anda akan sentiasa bersemangat.
8) Menguatkan gusi dan gigi anda.


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir


CK : Saya selalu amalkan mandi bermula dari kaki dahulu dan naik ke atas! Petua yang mak bagi ... sampai sekarang saya amalkan. Biasalah orang lama-lama banyak petuanya. Mana yang baik boleh diambil untuk dijadikan amalan. Tiba-tiba terasa .. ermmm CK nie awet muda juga rasanya? kui kui kui .... pitam ...perasan sungguh!

Korang cubalah! Ini memang petua orang dahulu yang telah jadi amalan saya sendiri sejak sekian lama.... baik untuk kesihatan diri!