Thursday, June 30, 2011

Apsal Blogger Nie ... Tiba-Tiba Plaks!! Cari Pasal Ke??

Assalamualaikum ...

Ish! geram tul! .... tadi saya taip cerita punyalah panjang lebar ... semuanya hilang sebab blogger .com tiba-tiba bad request. huk huk huk. Sudahnya korang layan ajelah bekalan NASI GORENG KERANG yang saya buat nie pagi semalam! Bekalan pegi kerja nie ... he he he.


Takmolah citer pasal blogger.com lagi, risau kot dia buat hal bukan-bukan. Jenuh jari nak menaip ar. hari ini Khamis malam Jumaat. Esok dah Jumaat ... lusa Sabtu! Yeeee cuti ... best-best!

Jap lagi nak basuh baju ... pastu nak mop lantai kekdahnya. Harap-harap mood rajin nie menjadi. Kesian tengok lantai rumah belum mop lagi.

Kalau dapat siap semua kerja rumah malam nie, bolehlah rehat weekend nie. Boleh pi kerja on weekend dengan riang ria kalau rumah dah kemas. Baju keje semua dah masuk washing machine ... siap untuk disidai! Mudahkan bila ada teknologi nie ... tapi still ingat masa duduk rumah sewa dulu, masih basuh baju kerja dengan tangan. Balik keje je terus basuh. Tak adalah menimbun. Skang nie duduk rumah sendiri ... senang sikit! Campak dalam washing machine je! heeeee .... malas nau!

Oklah nak sambung kerja rumah ... lagipun tak mau dah type panjang2, takut hilang mcm petang tadi lagi. Sudahnya jari je yang penat tapi hasil entri non adooo!!


Malam karang kalau sempat kita sambung blogwalking ye kawan-kawan!!


Terima kasih baca sampai NOKTAH YANG TERAKHIR!!


CK : Rasa nak beli vacum je bulan depan ... he he he.

Rupanya Ramai Yang Berjaga ... Kerananya ....

Assalamualaikum ...


Mata tak boleh nak lelap. Tidur tadi pun tak nyenyak. Rupanya akan dapat berita kematian. Ayah kepada officemate saya meninggal dunia sebentar tadi. Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. Setiap permulaan pasti ada akhirnya dan setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Janji Tuhan ...

Sudahnya mata saya tidak dapat lelap lagi. Rasanya dah lama tak terjaga time sebegini. Dulu memang rajin. Time macam ini masih boleh bangun bersengkang mata buat apa yang patut. Itu zaman study ... bangun sahaja untuk solat hajat dan tahajud kemudian terus study sampai pagi! Waktu paling sesuai menela'ah ilmu. Senang masuk kepala dan senang untuk ingat. Untuk mereka yang masih student terutamanya ... sila amalkan! Tidur dalam jam 10.00malam kemudian bangun jam 2.00am atau 3.00am untuk study.  Otak yang baru bangun dari tidur macam ini memang fresh untk proses pembelajaran dan mengingat! Itu dulu ... rajin bangun untuk buat benda-benda mcm nie.

Sekarang??

Dah tak rajin lagi bangun. Balik keje penat. Tidur awal. Mimpi pun awal. Kadang-kadang sebab mimpilah yang boleh terjaga-jaga. Tapi still punya rasa malas nak bangun dari katil untuh buat hal-hal kerohanian. Ish! kenapakah? *sepatutnya taubat dan berubah ... *

Pagi ini bangun ... siap mandi segala. Kemudian teringat nak on lappy! Wah ... rupanya masih ramai yang berjaga pagi2 mcm nie! Terdetik ... mereka nie tak kerja ke pagi nanti??

Macam mana boleh tahu ramai yang masih berjaga??

Ramai yang masih berjaga time-time cenggini ... kerananya ... dan bukan keranaNYA...

Ramai berjaga sebab ... kerananya ...


  • BLOG ...

  • FACEBOOK ....

  • TWITTER .... dan etc ...

Zaman dah berubah. Bangun bukan lagi nak solat tahajud dan hajat. Bagi sayalah. Orang lain saya tak tahu. Jadi mula rasa diri macam kurang sangat ...


Nak kembalikan diri ke zaman-zaman dulu ... bangun keranaNYA memang perlu didik hati dan diri kembali sebaiknya!!




CK : Kenapa akhir-akhir ini tak macam selalu ... ada sahaja yang tidak kena??

Wednesday, June 29, 2011

Lembu Punya Susu ...

Assalamualaikum ...

Tadi saya buat satu entry yang panjang lebar. Rasa macam nak publish ... tp bila baca semula macam terlalu penuh dengan emosi. Terus saya savekan dalam draf. Biar sahaja dia tersimpan di situ.

Baru masuk office hari ini rasa macam tak sesuai nak beremosi. Lagipun taknaklah saya spoilkan mood kerja yang baik nie! Nanti diri sendiri yang rugi. Bila dah sekian lama tak masuk office nie ... rasa macam-macam yang jadi. Ada cerita itu ada cerita ini. Ada berita best dan ada juga berita yang tak best! Bergantung kepada penerimaannya macam mana.

Saya? Biasa sahaja dan dalam usaha nak jadikan ia extraordinary! Baru semangat ... ye dak?? Nak cerita pasal lembu hari ini dengan korang! Bukan pasal lembu nak ragut rumput atau berak kat tengah jalan. Tapi nak cerita pasa pepatah yang melibatkan lembu ... "lembu punya susu, sapi dapat nama!"

Saya rasa semua orang pernah dengar dan baca pepatah nie. Masa sekolah dulu pun cikgu dah ajar. Siap bagi penjelasan dan contoh. Kalau masih lagi tak faham dalam usia yang dah menginjak dewasa dan tua nie ... tak tahulah saya! Balik belajar lagi ye kalau masih tak tahu... heeeee

Apa yang saya nak kaitkan adalah ... pasal kawan saya yang sorang nie! Biasalah kadang-kadang saya nie tempat "aduan rakyat berkelompok kecil!". Terima aduan ... dan bagi jalan untuk selesai. Nak take action atau tak, bergantung kepada si penerimalah.

Dia ngadu pasal kliknya yang tak rajin sangat buat kerja. Tapi cakap pandai dan bukannya bijak bercakap (cakap pandai dan bijak bercakap adalah 2 perkara yang berbeza). Kebanyakan kerja kawan saya nilah yang buat ... dari yang mudah-mudah hinggalah yang sesusah-susahnya! Duduk dalam unit yang sama ... jawatan yang sama ... tapi kerja tidak seimbang ... tapi dapat gaji sama! Mestilah kawan saya nie tak puas hati.

Sambungnya lagi, klik dia ni kadang-kadang tak tahu pun pasal kerja tu sebab bukan dia yang buat dari A-Z .. tapi buat-buat pandai bila mesyuarat. Bila nak explain kat boss ... dia lagi dulu bercerita! Kononnya dialah yang buat kerja berkenaan. Bercerita atas dasar hanya dengar cerita orang ... kemudian olah bahan yang dia dapat bagi nampak sedap dan menarik! Hebatkan klik kawan saya nie ... he he he.

Kawan saya cakaplah, klik dia nie memang jenis suka potong jalan orang. Bila sesuatu kerja orang lain dah siapkan ... dia potong kat tengah jalan dan buat kerja tu macam kerja dia. Huh! Kalau saya memang dah hangin kus-kus nie! 

Memang betullah klik dia nie ... memang SAPI betul!! Kesian kat lembu ... he he he erghh tapi kawan saya tu bukanlah lembu. Perumpamaan je ... yang sapi tu memang betul leh cakap kat klik dia tu sapi betina! he he he. Yang boss pun satu ... percaya sangat kat sapi betina nie ntah napelah!! Kuat kelentong tuh ...ish ... ish ...

Korang jangan jadi mcm nie ... orang lain penat-penat buat kerja, siap potong line amik kerja orang. Kesian weh ... orang lain usaha korang pulak dapat hasil. Kalau nak ... usaha sendiri. Biar susah pun takpa ...janji tak buat orang lain sakit hati dengan kita!!

Dah-dah .... nak pi minum susu nie .... mamak!! susu sapi satuuuuuuuuuuuuuu .....!!


Terima kasih baca sampai NOKTAH YANG TERAKHIR!


CK : Masuk office je banyak kerja menanti! Terima kasih booosssssssssss ....

Tuesday, June 28, 2011

Antara Perkara Utama Yang Dibuat Bila Dapat Gaji Hujung Bulan ...

Assalamualaikum ...


Makluman ya anak-anak ... ini sememangnya entry autopublish. Saya sedang berada di luar kawasan. Masa korang baca entry ini mungkin saya sedang naik turun tangga kat stesen LRT. heeee

Dah cukup intro sikit-sikit. Kalau panjang kang ada yang mengarut. Nak cerita pasal gaji nie ... dapat gaji dan habiskan duit gaji sekelip mata dan sekali pejam. Saya asal dapat gaji ... memang wajib pergi shopping barang dapur dan keperluan diri. Wajib ... bukan harus lagi dah!

Yang bestnya ... 3-4 hari sebelum gaji semua pasaraya kami akan terjah! Tak kiralah carrefour ... giant ... mydin ... tesco ... semuanya diterjah! Pasaraya yang jual barang murah jew ... jusco memang tak pilah, barangan dapur dia mahal gile. Econsave saya tak berapa suka nak pergi.  Mula-mula jalan tengok barang dan harga barang! Banyak tak beza. Nampak macam membazirkan minyak keretakan ... tapi kalau nak tahu ini adalah salah satu cara untuk hilangkan stress kerja! ha ha ha ... perkara yang sememangnya wajib dibuat setiap bulan!

[Bulan nie berbelanja di Giant Putra Heights]

So, bila dah dapat kata sepakat pasaraya mana yang jual banyak barang yang digunakan kat rumah dan diri dan yang agak-agak murah...dapat gaji je terus terjah! Takdanya nak tunggu 2-3 hari dah. Selalunya gaji sapa yang masuk dulu ... habislah kena pow, sebabnya gaji Incik Babah masuk awal sehari! Untuk elakkan jammed kat pasaraya malam tu juga kami pi shopping untuk isian 2 buah rumah!

[Sardin ngan mee segera pelbagai brand ... memang wajib beli!]

Bulan nie dapat je gaji bulan Jun terus pi shopping kat Giant Putra Heights. Setelah sekian lama perasan yang barang kat sini lebih murah. Satu lagi Giant Seri Kembangan pun murah juga. Apapun memang tak boleh lawan Mydin Kajang tuh ... lagi murah! Bukan sikit-sikit murah ... beza 0.30-0.50 sen! Bayangkan berapa byk boleh jimat kalau semua barang beli kat situ. Okeh ini bukan kes kedekut ye ... tapi satu cara berjimat! Cumanya byk jenama barang-barang yang selalu diguna tak ada kat sana.

Bila dah beli semua barang dapur dan keperluan diri ... baru saya online maybank2u untuk settlekan semua bil! Orang bujang nie banyak juga nak kena bayar ... rumah, kereta, barang dapur, keperluan diri, loan belajar, insurans, bil2 rumah sendiri dan rumah kampung ... tanggung sorang-sorang! Yang selebihnya tu barulah savings dan buat belanja daily! 

Jangan ingat semua orang bujang tu tak ada komitmen ya anak-anak! Jangan dok fikir asal bujang je duit berkepuk-kepuk. Bagi saya lagi untung tau orang yg dah kahwin ... boleh berkongsi bayar itu ini! Tapi orang bujang semua tanggung sendiri ... bezanya cuma tak perlu beli susu, pampers dan bayar nurseri! Yang lain semuanya sama ... kena makan minum, pakai dan beli itu ini juga. Bayar bil bagai!!

Haaa ... mcm marahlah pulak! Tapi sebenarnya tak ... cuma kecik hati dengan sikap sesetengah orang yg asyik cakap, "orang bujang takpalah ... banyak duit!". Macamlah kami nie tak makan dan minum ... pakai ... bayar bil segala! 

Dah-dah jap lagi marah sampai ke hidung pula! Korang pula bila dapat gaji apa perkara utama yang korang buat??? Sila share di ruangan komen ... heeeee


Terima kasih sudi baca hingga NOKTAH YANG TERAKHIR!!




CK : Kadang-kadang rasa gaji kecik ... bila tersedar balik mengucap panjang! Bersyukur kata mak ... Alhamdulillah masih lagi mampu mengurus kehidupan sendirian bertemankan kawan-kawan.

Monday, June 27, 2011

Cara Nak Bagi Anak-Anak Dengar Cakap Mak Ayah ...

Assalamualaikum ...


Baru dapat online! heeee suka sangat ... pagi tadi saya hanya mampu buat autopublish entry. Seharian tak dapat jenguk FB dan belog. Rasa lapang juga kepala otak nie. Tapi dalam hati rindu kat belog. Bila dah dapat online ... mood nak update ... uiks idea pula ke laut! Okeh yang nie tipu, memang ada idea pun ... takda ke laut pun idea tu sebabnya Putrajaya dengan laut punyalah jauh! Saya ada benda nak share dengan korang yang dah jadi mak ayah. Kepada mereka yang ada anak-anak buah pun boleh juga!
Sila amalkan petua ini untuk kebaikan ...

Untuk mak ayah, mummy daddy, ummi babah, mama papa.... angah, achik, alang yang ada anak buah pun boleh amal hokey ...

Perasaan atau tidak anak-anak kecil kita (feel macam dah ada anak sendiri ... heeee) kadang-kadang tak dengar cakap mak ayah! Kita cakap ada jer yang dia tak nak ikut. Lebih nak ikut cakap kawan-kawan. Sedih hati mak ayah.

Ini adalah salah satu ikhtiar ... usahalah namanya nie. Selebihnya kita berdoa dan berserah kepada Allah Ta'ala. Kalau anak-anak korang masih kecil ... amat sesuai untuk diamalkan. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya!"


Bila anak-anak masuk tidur, 5-10 minit pertama anak-anak melelapkan mata, time ni dikatakan masa tidur-tidur ayam! Kiranya time minda di bawah sedarlah (unconscious mind). Korang bisiklah kata-kata yang baik di telinga anak-anak time macam nie ... contohnya ...

"Mama, sayang anak mama. Mama nak anak mama nie (sebut nama penuh anak) boleh bangun awal pergi sekolah!"

"Mummy, sayang anak mummy. Mummy nak anak mummy (sebut nama penuh anak) cepat sembuh" - ini kalau anak kita sedang sakitlah!

"Ummi sayang anak ummi sangat! Ummi nak anak ummi (sebut nama penuh anak) jadi anak yang baik dan dengar cakap ummi dan babah!"


Hokeh ... yang saya bagi ni semuanya adalah contoh. Banyak lagi doa-doa yang baik korang boleh baca pada anak-anak.Yang penting SILA AMALKAN SETIAP MALAM! Insya-Allah hasilnya adalah tidak mengecewakan anda. Usaha, doa dan tawakal ...

Bukan ibu je yang boleh buat! Ayah pun boleh buatkan untuk anak-anak. Yang di atas itu cuma contoh sahaja.


Kalau korang nak tahu minda bawah sedar sebenarnya  berkemampuan menerima, memahami dan menyimpan mesej yang dibisikkkan melangkaui pendengaran biasa. Jadi mulai malam ini bisikkan kata-kata yang baik dan indah kepada anak-anak, semoga dengan bisikan kita yang baik-baik akan menjadikan mereka anak yang soleh dan solehah! Amin ....


Terima kasih sebab baca hingga NOKTAH YANG TERAKHIR!



CK : Ilmu ini dah lama saya dapat dan diberikan kepada adik saya untuk diamalkan  pada anak dia. Cuma hari ini ilmu ini diulang semula dan saya ingin kongsikan dengan semua. Semoga dapat memberi manfaat !

Tegur Sebab SAYANG Katanya ...

Assalamualaikum ...

Masa kecik-kecik ... ada tak korang pernah kena marah ngan mak ayah?? Mesti pernahkan ... kan  ... ! Jangan nak tipulah kalau cakap tak pernah. Mak ayah nie walau sayang kita macam mana pun, marahkan anak-anak adalah perkara wajib! Itu baru marah  dengan tinggi suara ... belum lagi patahkan ranting kayu sampai berlaku kes kejar mengejar keliling rumah!

Hebatkan mak ayah kita ... ajak anak-anak marathon sama-sama setiap petang. Tapi marathon tu untuk anak yang degil atau langgar perintah ajelah! Yang jenis baik terlampau ... jenis IYA je manjang tak adalah dia nak ajar main kejar-kejar!

Masa kecik-kecik mesti selalu kena marah, tapi bila dah remaja or dewasa sikit ... marah tu macam dah berkurang dengan sendirinya. Marah itu terus bertukar menjadi TEGURAN! Teguran nie pun ada yang anak-anak boleh terima ... dan ada juga anak-anak yang sempitkan pemikiran dia untuk terima!  Bila kena tegur ... dan ... dan tu rasa macam mak ayah tak sayang kita! Yang tak nak terima teguran untuk kebaikan tu memang buat hati mak ayah jadi sedih!


 [Bila ditegur oleh mak ayah ... diam lebih baik!]


Actually, anak-anak kena faham bahawa teguran tu semuanya sebab SAYANG! Sapa yang tak sayang anak-anak ye dak?? Macam mak saya cakap, "mak sayang semua anak-anak mak ... sebab tu mak tegur!".

That's mean ... semua mak ayah nak anak-anak dia jadi baik! Dah besarkan ... faham-faham sendirilah. Kalau kita buat salah atau buat sesuatu yang tak sedap mata mereka memandang ... pasti akan ada teguran yang sampai kat telinga kitakan ... kan!! Macam sakit je telinga mendengar, tapi jika kita renung-renung ... setiap teguran amat bermakna!

[Kerana kita muda remaja ... kita perlu sentiasa ditegur! 
Supaya kita tidak lupa apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan ... ]


Itu bab kena tegur dengan mak ayah! Memang sayanglah ... tapi kalau tiba-tiba ada seseorang yang tegur korang dia cakap lebih dan kurang camnie .....


"  Orang tegur dia ... sebab orang sayang kat dia! kalau tak nak dengar tak apa ... buatlah apa pun!" 


Erghhhh .... apa korang fikir dan apa korang rasa??? he he he .... dalam hati ada tamankah???



CK : Mampu autopublish jew ... sebab berada di luar kawasan!

Sunday, June 26, 2011

Buffered Earnings Sudah Bertukar ... Apapun Tetap Nak Berkongsi Tips Dengan Korang Semua! weeehaaaa

Assalamualaikum ...


Happy Sunday gengs! Pagi-pagi nak cerita pasal buffered earnings. Huk huk ... cedih bila buffered earnings nie dah bertukar jadi meter earnings. That means tak ada lagilah iklan tu bergerak goyang kat belog saya. Rasanya inilah buffered earnings yang sekejap benar dapat ... dalam 2 minggu je! Saya dah perasan minggu lepas lagi cuma tak sempat nak update. Sekarang nie cuma tinggal SATU sahaja buffered earnings yang bergoyang riang. Harap-harap pasnie Encik Nuffnang sayang bagilah 3-4 BE lagi ... he he he giler tamak!!


Yang ada arrow itulah BE akhir sekali yang dah jadi ME. Digi WWWWWOW tuh! Earnings pun tak banyak ... tapi Alhamdulillah. Lebih baik ada daripada tiada ... ye dak?? Kalau nak diikutkan ... dah boleh cashout. Tapi malas bebenor nak buat ... kalau cashout dah sah-sah habis duit tu. So, kumpul lagi kot-kot leh wat modal beli DSLR! ha ha ha ... azam tuh! Memang skang nie gigih je nak ngumpul duit beli macam-macam hujung tahun nie. Kang nanti tak tercapai plak impian 2011.

Ada yang pernah tanya saya macam mana nak dapat BE? Ini tips dari bukan otai yang earningsnya tak seberapa ... apapun saya belajar tips nie dari otai jugak. Yang penting kena rajin google dan bertanya bila tak tahu. Alhamdulillah ... sejak saya amalkan tips ini boleh dikatakan tidak mengecewakanlah.Sebagai permulaan sejak serius benar berblog pada November 2010 .... saya rasa income Nuffnang agak berbaloi. Kalau korang nak lebih hebat macam Yuyu Zulaikha, Cikepal06 dan Redmummy ... korang kena usaha lebih dan lebih dan lebih ... tiada kejayaan datang bergolek melainkan usaha yang konsisten! Dapat jadi macam Yuyu si kupu-kupu kecil tu pun kira dah bertuah badan korang. *saya suka dia comel!**cik epal tu ... cantik ... walaupun suka menternak lemak ... he he he ... maintain je nengok badan dia* *redmummy tu kayoooo ... suka baca belog dia yang melancong sana sini ... uiks ... dengki nih!*


Antara tips yang boleh dikongsi ;

  • Pastikan Nuffnang korang ada status glitterati (bukan geli-geli ye anak-anak!)  
  • Letakkan iklan Nuffnang tu di tempat yang betul kat belog ya .... jangan ikut sedap rasa je nak letak! Pastu bising apsal takda iklan goyang-goyang kat situ! Make sure ada iklan kat header belog (leaderbord), bahagian sisi (sidebar) dan antara petikan belog (large rectangle). Tak tahu macam mana nak letak ... sila google! Jangan malas nak cari tutorial. Kalau korang nak tahu ... berlambak blogger yang baik hati share tutorial kat belog dorang. Dari situlah saya cedok segala ilmu. Yang penting keinginan korang nak ambil tahu dan belajar. *erghhh tazkirahkah ini ...???* 
  • Make sure korang punya entri sesuai untuk semua golongan pembaca. Baru pelbagai. Bila pelbagai baru ramai yang masuk dan dapat upkan traffic belog korang. Bila traffic dah tinggi ... Insya-Allah boleh dapat BE! 
  • RAJIN-RAJIN hantar ticket kat Encik Nuffnang. Alah buat-buat tanya macam mana nak dapat BE ke ... atau apa soklan yang sesuai di tanya!  
  • RAJIN-RAJIN update borang tinjauan dalam akaun Nuffnang korang! 
  • Jangan private belog korang! Kalau private belog ... sah-sahlah syarikat pengiklanan tak pilih belog korang nak bagi iklan .... ye dak?? 
  • Ini bagi saya AMAT PENTING! Update belog selalu! Mula-mula giler belog saya update sekurang-kurangnya satu hari 4 kali! So ... ada 4 entrilahkan. Sekarang nie kurang sikit ... jadi 2 entri je sehari. Kena rajinlah lepas nie. he he he. Jeles tau tengok Ben Ashaari yang update belog dia setiap masa. Pehtu ... kaya benor dia dengan idea! Memang dia usaha keras sungguh. Saya memang salute dengan kerajinan dia. 
  • Pilih time yang sesuai untuk update .... ini pun penting! Rajin update tapi time tak sesuai pun ... kadang2 kurang pula pengunjungnya! Masa yang sesuai ... 8.00am (time orang masuk office nie, dorang mesti nengok belog dulu sebelum mula keje), 1.00pm (lunch ... ada yang rela baca belog dan blogwalking time nie daripada pergi makan), 8.00pm (sebelum dinner ... layan belog dulu and blogwalking) last sekali area kul 11.30pm ke 1.00am (ini untuk angkut traffic untuk eosk hari!). Kalau tak da masa yang mencukupi buat entry autopublish! Janji pembaca masuk belog korang tak adalah kecewa sangat!
  • Pastu ... promosilah belog tuh! Kasi up traffic ... mesra alam sikit komen kat belog org lain! Asyik tunggu orang datang belog korang .... "mimpilah!". Ingat ko sape ... redmummy?? yuyu zulaikha??? ben ashaari?? cik epal06?? Dorang dulu pun camnie sebelum berjaya ... blogwalking sana sini. Ping entri merata ... so, contohilah sifat yang baik nie!!

Camne?? Dah baca tips hingga titik yang terakhir ... berani ke nak terus jadi blogger tegar?? Kata nak berjaya ... so, kena usahalah!! Tips nie yang saya amalkan ... tapi bab update selalu tu dah kurang skang nie. Busy dengan kerja harian. Kena utama mana yang lebih penting. 
Belog nie pun mungkin berada di tempat 4 ... 5 ... 6 ... 7 atau mungkin 10 dalam hidup saya. Ada masa akan saya update. Kalau tak ... saya buat entry autopublish. Setelah 8 bulan serius berblog ... saya makin sayang belog ini. Walaupun UV saya tak sampai 100 pun sehari, tapi saya tetap rasa bangga kerana UV makin meningkat dari hari ke hari. Alhamdulillah!

Terima kasih kepada semua yang rajin datang ke belog saya dan komen sekali! Thanks ... sayang korang ketat-ketat! Komen korang tu buat saya terus punya rasa teruja untuk berblog! Selagi mampu jari-jari montok ini mengetuk keyboard! Insya-Allah akan ada entri dari hari ke hari ...


Terima kasih korang sebab baca sampai NOKTAH YANG TERAKHIR!


CK : Hari ini suka ke idak ke ... kena pi office jugak!! Minggu depan tak masuk office 2-3 hari! Yes .... suke suke ....!

Saturday, June 25, 2011

Rasa Sayang Kita Tak Perlu Sama Macam Orang Lain ....

Assalamualaikum ...

Hidup ini begitu indah. Itu yang perlu kita ucapkan setiap hari. Hidup ini begitu bahagia. Itulah yang sepatutnya kita benam dalam hati. Bak kata orang jangan terlalu lemas dalam kekecewaan. Hidup ini singkat untuk dipenuhi dengan air mata untuk selamanya. Itulah nasihat yang pernah saya dapat masa saya kecewa dan gagal dulu .... dulu ...! Menangis itu perlu tapi bukanlah sepanjang masa.

Mustahil setiap manusia bahagia, gembira dan berjaya setiap masa. Pasti ada gagal, kecewa dan rasa duka hinggap walau sekejap. Untuk bercakap soal ini, hanya mereka yang pernah jatuh, kecewa, terluka dan berani bangun semula sahaja yang layak bercakap. Mungkin! Mereka melalui dan merasai ...

Tak semua yang pahit itu harus kita buang. Tak semua orang yang jejak dalam kehidupan kita dan meninggalkan kesan dan parut luka perlu kita benci! Kecewa ... siapa yang tak sakitkan! Kalau boleh masa tengah marah macam nak benam-benam orang yang kecewakan kita dalam tanah! Tapi bila kita fikir semula dengan akal yang waras ... "bukankah dia pernah beri kita rasa gembira dan bahagia!".  Apa-apapun kenanglah ia berpada-pada.

Ada yang tanya saya dulu kenapa saya terima dan masih sayangkan dia? Kenapa? Perasaan sayang di hati manusia itu berbeza. Tak kenal rupa, tak kenal kilo yang ada, tidak kenal cacat cela ... apapun sayang biar jangan sampai buta hati yang ada.

Kalau orang lain pandang dia tak hensem ... mungkinlah ... mata orang lain! Tapi pandangan mata orang lain sama ke dengan kita ? Kita dan mereka punya rasa sayang yang samakah? Kalau rasa sayang sama mungkin terpaksa kita berkongsi! Oh! minta dijauhkan perkongsian kasih sayang. Maaf ... tak wujud dalam diari hidup selama ini walaupun pernah berlaku tanpa permintaan. Kisah lama. 

Bak kata adik saya, "seorang lelaki yang kudung, dipandang sempurna oleh perempuan yang menyayanginya. seorang perempuan yang gemuk dipandang cantik oleh lelaki yang menyintainya!".

Cinta dan kasih sayang tu subjektif bukan?? Penerimaan dan penolakan yang berbeza dan berbagai-bagai! Jadi sayang kita tak perlu sama dengan orang lain. Dah sah-sah kita semua tak sama. Jadi kalau orang asyik tanya, "kenapa kau sayang dia dan kenapa kau suka dia?" ... pulangkan balik soalan yang sama pada si bertanya tadi.

Tak perlu korang penat-penat nak ulas panjang lebar 7 hari 7 malam ... kenapa korang boleh jatuh cinta pada si polan binti/bin si polan! Tak perlu pun nak cakap .... "saya suka dia sebab ... sayang dia sebab ..."


Dia cute ...
Dia sweet ...
Senyum dia buat saya cair ....
Dia caring ....
Dia romantic ...
Dia pandai masak ...
Dia pandai main gitar ...
Saya tengok perut boroi dia kan ... nampak shomel tau ....

Suka tengok dia ketawa besar ...
Dia pandai jahit baju ... baju saya semua dia jahit ...
Dia suka main badminton macam saya ...

Dia memang happy go lucky ...

Saya sukalah dia ... saya sayang dia sangat ... nak cepat-cepat kahwin ngan dia! eeee tak sabarnya!

Walaupun orang yang korang suka tu .... 

"solat pun tak cukup! kadang-kadang tak pernah pun! "
 
yang ini peringatan untuk diri sendiri ... korang jangan nak terasa plak!

Pilihan hati manusia nie sukar dijangka. Kita pandang macam tak sesuai tapi pemilik diri serasi ... dan dia bahagia. Nak cakap apa lagi kan?? 

Percaya atau tak ... kadang-kadang kita memilih untuk terus bersama seseorang itu bukan sebab dia handsome atau cantik atau baik atau pandai masak atau dia periang atau dia hebat berpolitik atau dia selalu puji diri dia handsome ... TAPI sebab kita dan dia serasi bila bersama dan kita selesa berada di samping dia!

Bila korang berada di samping dia dan TAK INGAT pun pada lelaki/perempuan lain, bila berjauhan rasa rindu dan sepanjang masa ingat. Korang rasa happy dan selesa dengan dia.... that's mean mungkin 90.99% dia adalah jodoh untuk kehidupan korang! Yakinlah ... walaupun jodoh itu ketentuan Allah ... namun sebagai hamba kita perlu berusaha dengan cara yang betul!

Adik saya cakap ... "kerana seperti sepasang kasut, kita tidak  memilih kasut kerana warna dan jenamanya, tetapi kita memilih kasut yang selesa untuk dipakai selama-lamanya!" .... dan saya tambah ... "kalau kasut itu rosak pun kita akan simpan baik-baik!".


Entri ini panjang lebar! Terima kasih baca sampai noktah terakhir!


CK : Cinta memang subjektif ... kadang indah, kadang sakit! Tapi saya tetap suka cinta dan kasih sayang! Buat saya semangat untuk teruskan hidup!

#1 - Motivation Words

Assalamualaikum ...






"Don't waste your life in doubts and fears!
Never let fear of the unknown keep you from moving!

Life is beautiful ... Life is sweet!"




CK : Sendiri fikir ... kalau baik ambil dan lakukan ...

Hati Aku Kadang-Kadang Macam Agar-Agar ....

Assalamualaikum ...

Salam good people! Have a nice weekend ... bangun awal terus blogwalking. Kejap lagi nak pergi office kejap, lepas tu tengahari nak pergi kenduri kahwin kat Paroi, NS. Hati masih happy macam ada rama-rama kecil tengah terbang dalam perut dengan kemenangan SEPAH sebagai juara Maharaja Lawak malam tadi. Masih teringat lawak-lawak mereka .... "manisnya kurma itu ...." heeeeee

Tengah buka semua blog yang saya nak BW ... ada pulak belog yang pasang lagu buat hati nie terus rasa lembik macam agar-agar! Saya nie kadang-kadang sensitif juga. Duduk sorang-sorang teringat lagu-lagu yang jadi kenangan pun boleh bergenang airmata tiba-tiba. Orang lain kalau nampak saya nie macam garang benor ... cam serius habis "tapi comel" .... tapi ada masanya hati macam agar-agar bak kata Incik Babah .... "nampak keras kat luar, tapi lembut di dalam!".

Lagu Afgan "Dalam Mihrab Cinta" memang buat hati nie tersentuh jer pagi-pagi yang dingin. Syahdu tiba-tiba. 

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa kepadaNYA

Karena cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepadaNya



Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga

Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa kepadaNYA semoga semoga ...

Rupanya baru saya tahu AFGAN nie ada banyak lagu-lagu yang best dan menarik untuk didengar. Lagu yang menyentuh hati kecil nie ... huk huk huk. Terima kasih kepada Si BLOGGER INI yang sudi letak lagu yang menarik untuk di dengar kat belog dia. Korang boleh terjah belog dia kasi support dan up traffic dia ya!! Nama blogger ni Pieka ... belog dia simple jer!

Kalau letak lagu-lagu macam ini takdalah sakit telinga saya setiap kali nak bw! Ini kalau letak lagu-lagu yang ntah pape ... hingaq bingaq bak kata oghang Kedah ... baik tekan button pangkah cepat-cepat. Satgi mood nak blogwalking pun down je tiba-tiba.



Kata-kata law of attraction khas untuk pembaca belog ini ... "Sebaik-baiknya syukur dan sabar perlu seiring. Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar, besar kemungkinan memiliki tahap kesyukuran setanding!".



CK : Asak celik mata jer perut mula minta di isi ... alahai ....

Tak Sia-Sia Cari Lokasi .... Akhirnya Berbaloi-Baloi Rasanya!

Assalamualaikum ...

Kalau korang yang selalu jenguk belog saya, pasti perasan yang saya update hanya 1 entri 1 hari dalam minggu nie. Tabiat yang amat "not good" bagi seorang blogger picisan. hak hak hak! Sorry ... saya sibuk dengan diri sendiri dan kerja. Takda entri motivasi ... takda entri resepi ... takda entri jalan-jalan ... kiranya semua entri yang sepatutnya saya fikir perlu dikongsi ... saya tak buat! Kadang-kadang dunia blog nie ada pasang surut ... mungkin sebab busy dengan kehidupan seharian yang lebih penting atau mungkin idea nak menulis dah gone! Mungkin la ...

Okeh ... saya bukan nak cerita sangat pasal apa entri saya kurang sikit seminggu nie. Hingga bagi kesan teramat merudum kepada traffic belog. Tapi takpe ... akan diusahakan kembali agar traffic belog kembali kepada asal atau setidaknya up lebih sikit! Baru semangat nak menulis ye dak??

Saya baru balik dari Desa Pinggiran Putra. Lepak kat kedai makan sebelah Optic 69! Ini semua gara-gara Maharaja Lawak Akhir! Ist time layan ML nie secara live ... selalunya dah basi lawak tu baru saya layan kat youtube. Orang lain dan habis gelak, saya baru nak masuk gear untuk gelak! Erghhh ... kesian ... amat ketinggalan dowh!

Incik Babah dah siap booking tempat kat kedai makan tu kul 9.00pm lagi. Kul 9.00pm baru dia sms suruh saya gerak. Biasalah time tulah baru nak mandi and siap ... 9.40pm baru sampat kat lokasi yang jauh dari rumah tu! Nasib orang yang tidak langgan Astro Warna ... melilau cari port nak layan ML Akhir nie. Alhamdulillah dapat juga layan. Kedai makan tuh memang penuh giler! Memang berbaloilah ML Akhir nie ... tak sia-sia Incik Babah cari lokasi sebab saya dah siap melalak kat dia dari siang minta cari lokasi. Terima kasih Incik Babah ... "awak selalu memenuhi permintaan teman awak yang satu nie kan!"




Paling best bila S.E.P.A.H ... jadi juara! Best giler hokeh! Memang layak SEPAH jadi juara. RM350K dikongsi bertiga. Memang rezeki anak Shuib. SEPAH memang konsisten dari minggu pertama sampai final. So, lawak dorang memang boleh diterima ramai. Sukalah dengan si Shuib yang chomel tu ... OMG Dafi ... he he he! Tapi musykil kenapa dialog Mamat cam sangat-sangat sedikit kali ini. Yang banyak cakap and lawak pun Jep ngan Shuib! Incik Babah bagi 8.5/10! Ha ha ha ada juri luar tak berbayar rupanya. Dah macam nengok Mari Menari pulak siap bagi markah camtu ...

JOZAN pun best!Menang RM250K ... banyak  tuh dibahagi 2 orang jew. Dorang nie memang part gaya memang terbaiklah. Memang dah agak Jozan akan dapat naib juara ... he he he. Rasanya persembahan dorang masa minggu-minggu sebelum final ada yang lagi baik dari persembahan final. Apapun dorang memang layak dapat naib juara! nano ... nano ... nano! 7.5/10 untuk keseluruhan.

NABIL ... tempat ke-3! Berbanding semua Nabil memang menang duit! Yelah RM150K tu dia hadap sorang jer. Lawak dia yang part mula sekali bagi saya tak berapa nak menjadi. Nabil memang failed dari segi timing .... lawak yang 2nd tu dah nak menjadi! Tapi biasalah dia failed lagi dari segi timing sampai loceng dah bunyi dan AC Mizal pun dah masuk. Macam potong stim sikitlah kat situ. Jujurnya saya cakap ... ingat Nabil akan dapat no. 4! Sebab lawak dia ... agak kurang sangat! Incik Babah cuma bagi kat dia 4.5/10 jew!

JAMBU bawa pulang RM50K! Suka tengok Yus and Tauke yang sempoi and sporting. Walaupun dapat no. 4 tapi muka dia memang muka bersyukur. Takdelah macam Raja Lawak Musim yang baru nie ... mungkin ingat akan jadi juara tapi sebenarnya tidak ... amik hadiah pun macam nak tak nak je! Sebenarnya dia tak lawak pun ... tumpang lawak yang sorang tu je! 

JAMBU paling best yang part muzikal tuh ... memang saya suka sangat ... lawak dowh! Memang kena lagu dengan jalan cerita. Suka bila Zila Bakarin pula yang keluar ... alahai sweet sowh! Incik Babah gelak sampai kuar airmata! Ramai giler orang kat kedai makan tu siap gelak tepuk-tepuk meja lagi. Huh! macam tengok Final Piala Malaysia je! Seriuslah antara semua ... part muzikal memang yang terbaik jatuh kepada Jambu. Cumanya lawak 1st tu ... kurang buat usus dan pankreas saya ketawa berdekah! Apapun lawak 1st tu lagi better dari Nabil punya lawak. Cuma yang muzikal tu memang mengusik ginjal sungguh! Seriuslah kedai makan tu gamat dengan gelak ketawa! Untuk part muzikal Jambu, Incik Babah bagi 8.5/10!


Umang aih ... panjang bebenor ulasan saya pasal ML Akhir nie. Apapun saya sebagai penonton memang puashatilah! Walaupun tak langgan Astro Warna ... tapi tetap dapat layan juga setelah usaha mencari lokasi telah diberjayakan oleh Incik Babah! Terima kasihlah kat tauke kedai makan tu sebab kasi semua orang lepak makan sambil layan Maharaja Lawak Akhir!!




CK : Esok pi kenduri kahwin kat Paroi, NS! Bestnya dapat makan nasi minyak ... nak tunggu makan nasi minyak diri sendiri tak tahu bila lagi ... he he he!

Friday, June 24, 2011

Teruja Dengan Pasukan Malaysia ... Memang Boleh!!

Assalamualaikum ...

Dah nak tengah malam pun! Mata dah kuyu-kuyu mau tidor. Tapi hati nie meronta-ronta minta update jugak. Haisshhh ... nakal betul hati nie malam-malam. Nak juga ajak jalan-jalan dari blog ke blog. Mampu ke di saat mata dah mahu terpejam lena. 

Baru setengah jam balik dari pergi tengok bola kat Restoran D'Flyover Sungai Merab! Lepak sambil makan kuewteoew kungfu. Peberet Incik Babah skang nie. Tak sia-sia kuar tengok bola ... Pra Kelayakan Olimpik 2012, Malaysia vs Lubnan. Alhamdulillah Malaysia menang dengan keputusan 2-1! Terbaiklah ...

Malaysia boleh! Teruja betul tengok ... dan tak sangka Malaysia boleh menang. Yelah ... tengok pemain Lubnan tu semuanya besar dan tinggi-tinggi belaka. Tak tercampak ke pemain Malaysia kalau kena gesel. kesian  menonggeng kat tengah-tengah padang.

Mata saya dah kuyu dah ...  Jom saya dah nak tidur ... jangan lupa tolong klik ya!


Sapa nak Samsung Galaxy S II, korang klik kat SINI! Kalau tak nak pun klik jugak kat SINI pulak! Itupun kalau korang nak jumpa artis pelik nie. Pi klik kat sana nun ...



CK : Esok dah Jumaat ... lusa dah cuti!

Thursday, June 23, 2011

Padan Muka! Traffic Merudum ...

Assalamualaikum ...

Huwaaaaa baru dapat online! Sadisnye rasa. Bila dah separa giler blog ... tak dapat jenguk rasa macam gunung berapi nak meletup! Sesak-sesak dada ingat kat blog yang belum update.

Hari ini balik awal! Syurga beb kalau boleh sampai rumah jam 5pm. Antara nikmat hidup yang tak terucap dengan kata-kata. Sampai rumah tukar baju dan terus wash semua baju dalam bakul. Esokkan dah Jumaat ... so, semua baju kena basuh hari ini. Weekend boleh relax sikit! Syurga lagi tu ... ha ha ha!

Sambil bagi machine yang cuci semua kain baju yang ada, kita on lappy dan ngadap. Sehari tau tak dapat tengok belog kedaung nie. Rasa tak tenteram jew! Uiks ... dah peringkat teruk nie. Inilah dinamakan jiwa belog. Asal tak menulis rasa gatal hujung jari nak menekan keyboard. Huh! cam bagus nau ayat kau Cik Kamoo ooooi!

Bila petang camnie baru nak on lappy ... check traffic kat Nuffnang ... merudum! merudum! Nak tunjuk graf traffic tu pun malu tau. Ini semua gara-gara malam tadi tak sempat nak buat autopublish entry! hua hua hua ... padan muka hokeh! Leka sangat nak tidur sebab kepenatan shopping barang dapur. Sudahnya balik malam tadi ... mandi dan terus tidor. 


 [Kecewanya tengok traffic camtu ... kesian kat mereka yang datang sini! 
Sorry tau ... sbb tak update ...tiba-tiba rasa bersalahlah pulak! huk aluh ....]


Korang semua jangan jadi macam saya ... agak2 macam esok tu korang tak sempat buat entry, buatlah autopublish entry! Kurang-kurangnya pembaca yang datang tak adalah baca entry basi ... mcm saya! huh! sedih hokey ... rasa padan muka sendiri bila tengok traffic camtu!

Tapi takpa ... usaha balik kasi up traffic kaw-kaw punya!

Rindu kat korang yang selalu komen kag belog CK! Miss u'olls sesangat ....



CK : Hari ini tenang ... sebab hati tak sakit dan hari juga dapat macam-macam ilmu baru! Terima kasih Tuhan ....

Wednesday, June 22, 2011

Comellah pulak ...

Assalamualaikum ...




Teruja tengok google search yang comel ini!
Siap ada bunga-bunga ....
Bila tengok google search ini ..
Rasa tak sabar nak tunggu datangnya FLORIA - Putrajaya Flower & Garden Festival 2011!

Dengar-dengar tema tahun 2011 adalah ROSES are forever!
Walaupun saya bukanlah penggemar bunga ...
Tetapi nak juga menikmati keindahan dan kecantikan ciptaan Tuhan!

Dah siap plan tahun ini ... mesti pergi hari pertama atau kedua ...
Kalau pergi akhir-akhir mesti semua roses yang ada dah layu!

Korang pun jangan lupa datang ye ...
9 Julai hingga 17 Julai 2011
Lokasi di Waterfront, Presint 2, Putrajaya
(Berdekatan Monumen Alaf Baru)



CK : Jangan terlalu mengharap ... akan ada entrinya nanti!

Tuesday, June 21, 2011

Rezeki Di Tangan Allah ... Siapa Kita Untuk Mengambil Hak Orang Lain??

Assalamualaikum ...

Rezeki! Jangan sempitkan pemikiran rezeki itu hanya wang semata-mata. Bila sebut rezeki, kebanyakan kita menyempitkan ia hanya kepada wang semata-mata. Sedangkan banyak lagi bentuk rupa rezeki dari Allah yang tidak kita sedari. Tanpa kita sedar rezeki Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Jodoh (suami/isteri), anak-anak, kesihatan, wang ringgit, harta dan kenaikan pangkat serta gaji adalah antara rezeki yang dihadirkan oleh Allah kepada kita sebagai hambaNya. Tanggungjawab kita hanyalah berusaha ... berusaha ... berusaha ... berdoa dan berserah kepada Dia!

Tersentuh saya menulis perihal rezeki. Semuanya adalah kerana "tazkirah" yang tidak sampai 30 minit oleh salah seorang yang boleh dianggap client saya. Saya anggap ia sebagai takzkirah tapi sebenarnya hanya bualan biasa sahaja. Bualan yang masih ada saling hormat menghormati di antara kami ketika itu. Terima kasih kepada klik saya ... kerana turut memanggil saya atas urusan kerja yang perlu saya bantu walaupun masa itu sepatutnya saya REHAT! 30 minit yang memberikan kesan di hati bila si client ini membicarakan soal rezeki dari Allah Ta'ala!

Apa yang buat saya terfikir bila si client ini membicarakan .... "bila rezeki itu tidak ditakdirkan buat kita, pasti walau apa cara sekalipun ia tidak akan sama sekali menjadi hak kita!". Saya terdiam. Mengiyakan segala kebenaran kata-kata dari si client ini. 

Si client mengadu bahawa sehabis baik dia mencuba untuk tidak mewujudkan unsur-unsur yang tidak baik dalam perniagaannya bila berurusan dengan sesiapa yang berkepentingan untuk mendapatkan projek. Semuanya mengikut saluran yang sepatutnya. Zaman sekarang ... duit kopi ... bawah meja ... balik pintu atau sebagainya seolah menjadi "makanan" kepada sesetengah yang mempunyai kepentingan dalam bekerja. Kebanyakannya dikaitkan dengan orang kerajaan. Sedihnya saya! Suruh itu ... mahukan komisyen. Suruh ini ... mahukan percent. Suruh itu ini ... mahukan upahnya di bank in dalam akaun sedia ada! 

Menggeleng kepala saya mendengar cerita. Dan menggeleng juga hati saya bila "si ketua" yang saya ada juga bersikap hampir sama (malah dia bangga berbuat demikian serta menjaja cerita satu pejabat ... terasa keji di situ!). Bila bahagia, saya diabaikan. Makan komisyen sesama mereka. Tapi bila sengsara baru wujud saya dipedulikan. Oh! saya tidak lupa ... sayakan ibarat "detective conan" ... menyelesaikan masalah yang ada! Tak kisah ... janji Allah tahu niat saya bekerja.

Sambung si client ini, dia berusaha untuk mendapatkan projek yang bagus-bagus dan baik-baik. Tapi dia gagal kerana ... tiada sebesar2 kabel untuk membantu  ... gagal kerana penuh kejujuran ... dia gagal kerana tak mampu nak beri suapan! 


Tapi ...


Dia sentiasa percaya rezeki itu datangnya dari Allah Ta'ala. Setiap kegagalannya dijadikan sebagai salah satu untuk muhasabah diri. Dia gagal tetapi tidak menyalahkan orang lain malah jauh sekali untuk menyalahkan  Tuhan yang menciptakan dirinya. Dia anggap kegagalan itu mungkin disebabkan keculasannya melaksanakan tanggungjawab dan perintah dari Allah Ta'ala. Mungkin solatnya dilewatkan ... itu katanya! Malu saya. Terdiam. Ya-Allah ... masih ada manusia sebegini! Manusia yang benar-benar menyerahkan diri pada Allah bila telah berusaha dan berdoa! Tiba-tiba terasa seakan diri saya lebih kecil dari semut merah yang melata di batang kayu mati! Ya-Allah ... petunjuk apakah yang Kau berikan pada aku tadi??

Sambil tersenyum begitu ligat dia bercerita. Dengan nada suara yang sederhana. Saya dan klik hanya senyum dan menokok tambah sorang sedikit. Namun, saya tetap merasa diri terlalu kerdil. 

Katanya lagi, "Jika rezeki itu bukan hak kita dan kita menggunakan cara-cara yang tidak elok untuk mendapatkannya, pasti jua musibah akan datang menimpa! Mungkin perniagaan kita akan lingkup. Tetapi jika rezeki itu sudah ditentukan buat kita ... walau seribu halangan yang terpaksa kita berhadapan ... pasti akan menjadi milik kita. Rezeki itu ditangan Tuhan, kita ini hanya perlu berusaha dan berdoa. Tuhan akan beri rezeki kepada setiap hambaNya yang berhak. Jadi tak perlulah ... kita menghalang rezeki hidup orang lain!".

Si client bercerita ... dan kepala saya ligat berfikir! Saya memang tidak pandai politik kerja. Malah saya terlalu bodoh dalam bab membodek. Ada sebabnya kenapa Allah jadikan saya ini seakan pendiam. Hikmah yang saya dapat hari ini. 

Sebenarnya saya tidak perlu risau bila ada yang ingin menjatuhkan saya ... dan sedang cuba menabur pasir dalam rezeki saya! Bila ada yang ingin jatuhkan saya bermakna saya berada di atasnya. Bermakna saya lebih hebat daripadanya. Bila "dia" sibuk mengambil alih tugas saya ... saya tak faham apa yang dia akan dapat? Pangkat saya yang tak seberapa? ... Pastinya tak mungkin! Dia akan dapat penat sahaja! Sepatutnya dia bijak berfikir di mana kedudukan diri dan rezeki dia sekarang. Jangan terlalu taksub dan terlalu mengikut apa yg salah dari seorang ketua, kerna bila si ketua jatuh kita akan kehilangan tongkat. Tapi teguhlah dengan pendirian sendiri  dan cara kerja yang betul agar ... kita selesa berada di mana-mana sahaja!


Saya rasa amat beruntung hari ini! Si client ini buat saya tidak perlu risau lagi. Ya ... memang benar rezeki itu di tangan Tuhan. Kepada siapa yang ingin Tuhan berikan rezeki itu ... tiada tangan yang akan dapat menghalangnya!



CK : Harta dunia makin dikejar ... makin jauh ia pergi! Usaha sahaja  .... doa dan tawakal! Insya-Allah pasti ada rezeki yang akan berpihak nanti!

Biarlah Adanya Diri Kita ... Menyenangkan Orang Lain!

Assalamualaikum ...

Kerja seorang ... lambat siap! Semuanya nak dilakukan sendiri-sendiri. Buat itu, buat ini ... kadang-kadang tak sempat. Berkejar ke kiri, berkejar ke kanan. Hinggakan tak sempat menarik nafas. Bila dapat duduk ... tersemput-semput jadinya.

Kerja dalam pasukan ... yang susah jadi mudah! Yang lambat jadi cepat. Buat kerja sorang sedikit ... cepat siap, cepatlah balik! Boleh horey-horey dengan keluarga dan kawan-kawan. Pentingkan muafakat dalam berkerja nie. Sebab itulah wujud pepatah "muafakat membawa berkat!". Memang berkat pun kalau kerja siap awal ... awallah boleh pergi pasar malam! heeeeee

Lihat ... pentingkan diri kita pada orang lain? Dan penting juga orang lain pada diri kita. Antara kita ingin sedar atau tidak ... terpulang pada diri! Hidup ini untuk saling melengkapi. Tak mungkin kita dapat laksanakan semua perkara di duniawi ini sendirian. Kalau tak ... tak mungkin Allah jadikan makhluk ciptaannya berpasang-pasangan! Memang kita saling memerlukan.



Bila kita adalah penting untuk orang lain ... biarlah adanya diri kita memudahkan kerja dan kehidupan orang lain juga! Bukankah itu antara jalan kebaikan? Janganlah sehingga diri kita dianggap, " si polan ini ada ke tak ada ke ... sama sahaja! Macam melukut di tepi gantang!". Maknanya diri kita langsung tidak dipedulikan ...


atau ...


"Si polan nie ... sikit-sikit MC ... lusa EL ... minggu depan cuti rehat!  Seminggu sampai 2-3 kali cuti. Boss tak cakap apa pulak. Datang kerja ... asik keluar pulak tu! Macam kerja kat company bapak dia pulak! Habis kerja nie asik bertangguh ... sapa yang  nak siapkan? Dahlah buat kerja lembap plus lambat!"


Kita tahu diri kita ada tanggungjawab terhadap kerja. Tapi kita buat endah tak endah sahaja. Seolah segala tugasan yang diberikan tidak penting. Mungkin kita lupa setiap tugasan itu berkait dengan orang lain. Jika lambat ... maka orang lain pun akan turut menjadi lambat. Lambat kerana kita! Tidakkan ini dinamakan kewujudan kita menyusahkan orang lain??? Kita punyai peranan masing-masing ... laksanakan ia!


[Genggam erat tangan ku ... teruskan hala tuju kehidupan kita!]


Fikir-fikirkanlah ... kerja kita ada saling kaitan dengan orang lain, jadi biarlah wujudnya diri kita akan turut menyenangkan mereka di sekeliling kita. Jika ikhlas ... ganjarannya pahala! Insya-Allah ... tepuk dada  tanya diri, akal dan iman ... apa untungnya kita "menyusahkan orang lain dengan cara begitu??"



CK : Tempoh berjimat cermat sehingga Hari Raya Aidilfitri nanti ... ekonomi sedang turun naik! Tak mengharap durian runtuh ... tapi menyimpan apa yang ada. Alhamdulillah ...

Diam Lebih Baik ...

Assalamualaikum ...



Sunyi. Sepi. Tiada kata-kata yan perlu dilafazkan lagi. Ada masanya berdiam itu adalah perkara yang sempurna bagi kehidupan kita. Bila tiada lagi indah untuk berbicara.. Atau bila berbicara hanya menimbulkan sengketa. Sengketa yang boleh memusnahkan satu hubungan atau satu perasaan.

Cuma kadangkala bila berdiam diri dianggap sombong pula. Walau hakikat tidak mahu lidah sendiri menjadi pedang ... menghiris perasaan orang lain tanpa belas dan kasihan. Bukankah itu dinamakan kejam?? Insan lain terluka tanpa kita sendiri menyedarinya. Sedar-sedar sudah terhiris ... dan terlantar kepedihan!

Diam. Kadangkala ia bagai emas. Seolah memberi ruang pada diri untuk muhasabah di dunia kecil yang penuh badai kiri dan kanan. Buat diri kita merenung segala silap dan kejahilan yang tiada bertepian suatu tika dulu. Buat kita menginsafi segala perilaku yang merobek sesetengah kehidupan orang lain. Bukankah diam dianggap emas jika kita bijak dalam diam yang kita miliki. Berdiamlah bila rasa sudah sampai masanya.

Bukan semua diam itu adalah sombong! Tapi diam itu ... lebih baik jika tiada kata-kata yang baik, indah serta "sihat" untuk dilafazkan lagi!



CK : Memilih untuk berdiam diri dari "si ketua" .... orang bawahan bukan timun yang boleh digelek sesuka hati! Harap mereka diberikan hidayah oleh Tuhan!

Monday, June 20, 2011

Sibuk Tentang Orang Lain ....

Assalamualaikum ...

Minggu lepas saya sibuk-sbuk menulis entri bermotivasi untuk dikongsikan dengan semua. Tetapi hakikatnya saya nak motivate diri sendiri. Dengan adanya blog boleh buat serampang dua mata. Motivate diri sendiri dan juga orang lain dalam masa yang sama. Itulah diri saya. Setiap kali rasa down dengan karenah di office, seharusnya saya lakukan apa sahaja untuk kembali bersemangat melaksanakan setiap kerja dengan baik! 

Saya tahu sukar untuk mengubah mereka yang berada di office, tetapi lebih mudah ubah diri sendiri. Jadi saya pilih "ubah" diri sendiri. Tentang mereka yang tidak mahu berubah ... biar doa yang jadi penghubungnya kerana hati mereka dalam genggaman Tuhan. Pasti suatu masa hidayah akan tiba! Amin ...

Walaupun sibuk memotivasikan orang lain dalam blog ini, malangnya ... ada 2-3 kerja tidak saya laksanakan dengan baik. Sibuk nak motivate orang lain, tetapi diri sendiri tersasar. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus! Teruk sungguh saya. Apapun saya masih belum putus asa untuk terus bermotivasi melaksanakan semua kerja dengan sempurna.

Tiada siapa yang dapat membantu kecuali diri sendiri. Halangan terbanyak jua datang dari diri sendiri. Tengoklah betapa saya gagal untuk "membangunkan" diri sendiri hingga diulik oleh rasa yang bukan-bukan ... buktinya blog ini terabai tanpa sebarang entri yang menarik! Maaf semua pembaca yang sudi berkunjung. Maafkan saya bila tiada yang istimewa di sini hari ini.




CK : Jauh di sudut hati ... betapa diri ingin berubah menjadi lebih baik! Tetapi terlalu banyak perkara yang menghalang ... Namun, walauapapun akan ku terjah jua hingga kejayaan itu menjadi milik ku dan kebaikan itu terus mendampingi hati ini sampai mati!

Kejayaan Persona ...

Assalamualaikum ...


Sebuah kejayaan yang dikecapi...

Pasti ada cerita di  sebaliknya!

Kejayaan persona di sini!!





CK : Entah kenapa tiada idea untuk berbicara dengan ketukan keyboard lagi!! Layankan sahaja komersil break ini ... Thanks guys ....

Sunday, June 19, 2011

Ingatkan Dapat Hilangkan Rasa Mengidam! Tapi ... Buat Kecewa Lagi Adalah!!

Assalamualaikum ...

Blogging sambil layan Maharaja Lawak Minggu Ke-12! Nabil, Jozan, Sepah ... uiks ... menawan kalbu sungguh lawak korang! Biasalah saya manjang ketinggalan melayan Maharaja Lawak nie sebab kat rumah tak langgan Astro Warna. Astro kat rumah nie pun rasa macam nak potong je ... geram ngan Astro nie yang caj bukan-bukan je sekarang nie!

Bukan nak cerita perihal Astro. Cerita macam-macam pun dia juga yang kaya raya! ... Tapi nak cerita pasal pagi semalam. Pagi semalam yang buat saya rasa kecewa ... ingatkan dapatlah hilang rasa ngidam. Sebelum tu, jom kita layan gambar supaya korang tahu di mana yang buat saya kecewa benar pagi-pagi semalam. 


Melepak dengan Incik Babah di sini! Tahu kat mana nie? Inilah kolam renang di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Pagi-pagi lagi saya dah calling-calling Incik Babah ajak pi breakfast kat luar. Tak sedar diri ... dah hujung bulan masih nak makan kat kedai! Malas masaklah nie ... ha ha ha


Rasa teringin nak swimming jugak! Last swim kat sini rasanya tahun lepas kot. Lepas tu saya dah jarang dah pi swimming sampai sekarang. Lagipun dah tak ada teman nak swim sama. Incik Babah tak pandai nak swim ... jadi dugung tepi kolam dia pandailah!


Dah menjamu mata dengan persekitaran kat Kompleks Kejiranan Presint 11 nie, terus pergi Medan Selera. Nama medan selera nie Seroja! Ini first time breakfast kat sini. Cuma nak try sedap ke idak.  Selalu datang kat sini petang je, itupun minum je! ... Aman sikit dok lepak sini sebab tak ramai orang!


Nampak cantikkan? Kat sini ada TV tau, so boleh layan makan n minum sambil tengok TV... Tapi ada banyak lagi gerai yang belum di buka kat medan selera ini.  So, pilihannya memang tak berapa banyaklah. Yang famous kat sini Sup Urat Keting UK ... alah yang ada kat Bangi, Seksyen 7 tu! Tapi sup urat keting nie buka tengahari.


Dah pusing-pusing, duduk dan mula order minum! Wah ... pagi-pagi dah macam omputih. Saya order orange juice suam dan nescafe panas untuk Incik Babah. Dah minum rasa nak makan pulak walaupun sebelum sampai kat sini dah siap beli karipap dan Incik Babah gorengkan nugget.  Melantak dalam kereta. Pastu teringin pulak nak makan  NASI LEMAK!. Incik Babah dah tahu saya dok melalak tak hingat asik sebut pasal nasi lemak 3-4 hari lepas. Dia tahu SAYA TAK SUKA makan nasi lemak, tetapi bila sesekali teringin mahu melalak tak hengat. Pastu terpandanglah satu gerai tu jual nasi lemak kukus daun pisang! Perghhhh teruja habis!


Memang tengok tu indahlah nasi lemak nie! Tapi nasi lemak inilah yang buat saya kecewa. Tahu tak kecewa??? Ingatkan dapatlah hilangkan rasa mengidam dan teringin yang amat ... tapi buat rasa kecewa lagi adalah!! 

Nasi lemak ni mentah! Tak cukup masak. Terasa beras dia tau. Baru makan 2 sudu ... dah lah beli 2 bungkus. Terus Incik Babah suruh saya cakap pada abang gerai yang jual tu. Bila saya pergi cakap kat dia ... "dia buat muka tak bersalah je!". Saya pulangkan balik nasi yang saya tak usik tu. Dan dia pulangkan duit balik utk yang satu tu je! Oklah kan ...

Peniaga nie kadang-kadang buat pelanggan kecewa ... masak kadang-kadang setakat nak dapat untung je! Bukan nak masak betul-betul dan bukannya nak masak serta jual sambil buat kebajikan! Terus saya pi order roti canai ... tapi tak sempat nak snap gambar sebab roti canai tu sedap!

Lepas nie kalau nak makan nasi lemak ... masak sendirilah!! 



CK : Orang yang sembang besar macam terror ngan saya ... rupa-rupanya biasa sahaja saya tengok! Orang selalu memperlekehkan saya dan anggap diri mereka bagus, tapi bila saya sendiri tengok dengan mata kepala sendiri ... "tak adalah bagus mana pun! lebih kurang saya jugak!"

Saturday, June 18, 2011

Setelah Sekian Lama ... Kasih Kita Bertaut Kembali !!

Assalamualaikum ....



Dulu ... masa zaman study ... coklat bar inilah menjadi cinta hatiku!
Asal study je ... mesti nak bermanja dan bertemankan dia!
Dialah dinosour hatiku!!
 

Itu dulu ...
Tapi atas sebab-sebab tertentu ...
Dah tak boleh lagi nak mengunyah dia mcm selalu ...
Setelah sekian lama ...
 Cinta kami bertaut kembali hari ini!

Happy siot dapat makan coklat bar nie tadi!!
Thanks my dear sis!!

Alhamdulillah ... dapat juga bau coklat!
Rindu nak makan lagi dan lagi macam dulu ... 




CK : Asyik cerita makanan dan makan ... ish! bila kau nak kurus?? Tak sedar2 lagi ramai dok cakap kau tembam naaaau!!

Friday, June 17, 2011

Menjakun Dengan Kuih Tokiyo!

Assalamualaikum ...

Balik kerja tadi saya ajak Incik Babah jalan-jalan. Dia dah tahu dah saya nie asik-asik nak pi pasar malam. Tak pun pi Jusco! Tempat feberet saya. Memang saya nie suka sangat pi pasar malam. Bukan nak beli barang sangat pun ... beli pun 2-3 barang je pastu terus balik. Bengongkan ...

Petang tadi Incik Babah bawa saya pergi pasar malam kat Bukit Changgang, Banting! Dah 2 hari pi pasar malam. Semalam pi yang dekat Shell Seksyen 7, Bangi. Memang sah saya nie muka pasar malam. ha ha ha. Biasalah budak kampung ... dok bandar pun still nak juga menempek kat pasar malam. 

Kalau semalam masa kat Bangi saya beli karipap dan samosa, sedap giles karipap ngan samosa tu... tapi hari ini kat Bukit Changgang saya jumpa kuih yang tak pernah pun saya makan ... nama pun pelik! Mula tu try beli RM1 je ... dapat 5 ketul! Pastu patah balik pulak ... beli lagi 10 ketul! Siap adik ngan akak yang masak tu senyum-senyum lagi. Nampak sangat saya nie menjakun pada kuih yang satu nie ...


Inilah kuih tu. KUIH TOKIYO! Sedap tau ... dia ada inti kacang dan kaya. Mungkin korang pernah makan. Tapi bagi saya inilah kali pertama saya makan. Sedap sangat. Minggu depan Insya-Allah saya akan datang lagi kat pasar malam nie ... nak beli kuih tokiyo yang sedap!

Suka tengok pasar malam Bukit Changgang, Banting nie ... bersih tau! Tak macam kebanyakan pasar malam ... ada yang kotor sangat. Tadi saya tak beli apapun sangat ... beli tau foo fa, kuih tokiyo, sotong, udang dan sayur! Itu pun beli sikit-sikit je. Lepas tu terus balik rumah!

Saya dah jatuh cinta dengan kuih tokiyo nie ... tengok akak yang jual tu mcm senang je dia buat. Boleh lah try buat ... he he he



CK : Sakit kaki berjalan ... sebab jauh benar pasar malam nie!

Tak Kenal Maka Tak Cinta ....."Kalaulah Aku Tahu Perangai Hang Macam Nie ...."

Assalamualaikum ...

Dalam gelak ketawa yang bising kat office nie, tiba-tiba saya boleh pulak teringat zaman sekolah  kebangsaan dulu. Mak aih ... lamanya imbauan kenangan saya di hari Jumaat yang mulia. Pelik pula kenapa cerita yang satu ini saya teringat. 

Dulu masa sekolah kebangsaan, saya memang tak ramai kawan. Selalu berkawan ngan abang je. Sebab umur kami pun beza selang setahun je pun. Saya cuma ada 2-3 orang kawan baik je. Kawan yang dok main tiang sama-sama. Kawan yang dok main getah tali yang lompat-lompat tuh. Kawan yang dok main batu tujuh (batu seremban). Dan kawan yang dok main kejar-kejar!

Masa sekolah kebangsaan, saya ni memang bukan student femes pun ... tapi tetap femes sebab abang saya best student kat situ. Cikgu-cikgu semua kenal saya sebab "kebijaksanaan abang saya tu". Memang saya tak suka betul dibayangi oleh hidupnya. Sebab kena jadi baik dari jam 7.45 pagi hingga 1.15 petang! Nak kena baik je manjang. Pastu cikgu-cikgu yang ajar kelas abang ada juga yang ajar kelas saya ... siap nak banding-banding dengan abang! Huh ... lagilah tak suka. Tapi dah abang saya sorang tu je pun ... memang sayang lebihlah kat dia!

Kebanyakan budak-budak sekolah kebangsaan anggap saya nie sombong! Tapi sebenarnya saya bukan sombong pun. Cuma saya nie spesies pendiam. Sembang pun dengan geng-geng saya je. Tapi kalau mereka tegur memang saya akan layan. Nak saya mulakan dulu bermesra ... memang payahlah! he he he ...

Masa saya darjah 6, kena tukar kelas! erghhh tension sangat sebab dari kelas Mawar (kelas budak bijak) ditukarkan ke kelas Kenangan (kelas kedua bijak ... he he he). Malulah! Ini semua gara-gara results masa darjah 5 tu jatuh sikit. Terus kena tukar kelas!  Dah kena tukar ... redhakan ajelah walaupun ayah bising terlampau masa tu. Siap warning kalau ada results merah lagi ... rekod kemajuan tak akan ditandatangan. Erghhh ... rasa cam kejam je!

Masa kat kelas 6 Kenanga ... adalah 3-4 orang budak yang dari kelas lain  yg telah ditukarkan ke kelas yang sama menegur saya. Saya layan macam biasalah. Takkan nak sombong pulakkan. Sekarangkan dah sekelas. So, kena kumpul geng baru pulak. he he he.

Saya layan dorang ... gelak ketawa ... main sama-sama cam biasa! Hidup mesti diteruskan ye tak ... walaupun kena tukar kelas. Hinggalah satu hari tu, salah seorang kawan baru nie ... meluahkan perasaannya pada saya yang sekian lama dia pendam sejak dia pandang saya ....

"Kalaulah aku tahu perangai hang macam nie dari dulu lagi aku tegur hang!! Aku ingat hang nie sombong ... yelah dok pun kelas budak bijak. Aku dah lama teringin nak kawan dengan hang ... dok tengok ja hang. Nak tegur tak berani ..."

Dengar jer luahan hati dia tu ... terus saya ketawa! Tu lah nilai orang dari luaran .... memanglah camtu. Balas saya kat dia. Rupanya dia baru tahu saya nie suka sangat nyakat ... happy go lucky dan suka berkawan. Saya bukanlah sombong seperti apa yang dia lihat bertahun-tahun sebelum ini. Kesiannya dekat dia ... anggap saya macam tu. Heeee kalau tak dah boleh jadi kawan baik dah!!

Sekarang nie saya masih ingat kat dia. Pernah juga berchat kat FB. Masa saya final kat IPT di utara dia jadi junior saya walaupun kami sebaya! Baru-baru nie dia ajak saya melancong ke Thailand sebab dia kerja dengan sebuah agensi yang menguruskan keluar masuk kat sempadan sana. Tapi Incik Babah tak bagi pergi .. sebab negara sana tu katanya tak berapa selamat.



CK : Kenang kawan-kawan masa sekolah. Tapi ada ke dorang ingat saya ....???

"Hati Senang Kot Sekarang Nie ...."

Assalamualaikum ...

Jumaat! Penghulu segala hari. Cepat betul masa berlalu sekarang nie. Terasa amat sekejap. Saya baru melabuhkan punggung kat kerusi di worksation sendiri. Dengan harapan dan doa semoga hari ini lebih baik dari semalam dan sebelumnya! Saya CERIA!! Kata-kata positif untuk pagi ini

Tadi semasa sampai di lobi office saya naik satu lif dengan seorang pegawai. Senyum-senyum dia ngan saya. Dia rajin benar menegur saya ... ada sahaja cakap2 dia ingin mengusik. Saya cuma senyum ajelah. Biasalah ... orang berbudi kita berbahasa ye tak? Takkan nak buat muka masam pagi-pagi, nanti rezeki menjauh mak cakap!

Sebelum sampai ke aras pejabat saya ... sempatlah dia ngan saya beramah mesra ... 

Pegawai : "Tinggal mana?" ....

Saya : "Saya tinggal Putrajaya ... kadang2 ulang alik ke bandar XYZ!"
Pegawai : "Banyaknye rumah awak ...."

Saya : "Bukan rumah saya ... rumah abang! Sebelum nie saya memang tinggal dengan dia."

Setingkat lagi sebelum sampai ke aras saya ...

Pegawai : "Makin ...nie lah ...(sambil tangan dia membuat gaya muka saya dah tembam!)"

Saya : "Ermmmm biasalah ...."

Pegawai : "Hati senang kot sekarang nie!"

Pintu lift terbuka dan saya mula melangkah keluar. Sebelum tu sempat lagi berpaling kepada pegawai berkenaan ....

Saya : "Biasalah tu ... senanglah jugak! ... he he he!"


Sambil jalan saya senyum2 je ... Hancur la azam saya nak kurus! Semua tegur saya dah tembam. Peliklah ... makan tak adalah sangat pun. Takpelah ... asal diri nie sihat oklah. Bab senang hati tu ... yelah senang hatilah jugak. Alhamdulillah. 

Saya tahu ramai orang pandang saya nie memang happy go lucky! Itu yang orang pandang. Hati di dalam siapa yang tahu.


CK : Kebahagiaan hati itu penting ... belajarlah membahagiakan hati sendiri!