Saturday, July 30, 2011

Mohon Maaf ....

Assalamualaikum ....

Mohon maaf bukan untuk menjelang Hari Raya sahaja. Bila-bila masa kita rasa ia perlu, tak salah nak mulakan dahulu memohon kemaafan. Isu ini timbul bukan sebab tinggal sehari lagi kita nak sambut bulan Ramadhan. Tetapi memang tiba-tiba rasa ingin jadikan ia satu isu.

Cakap tentang mohon maaf ... saya rasa perlu juga mohon maaf pada bloggers yang selalu datang belog saya, tapi saya tak sempat pun nak balas kunjungan. Apatah lagi nak blogwalking. Update dan tinggal. 1 hari 1 entry. Entry pula bukan-bukan. Bukan tak ada ada idea. Cuma keadaan masa tidak mengizinkan.

Semalam saya cuti. Tapi hari ini saya kena lawat site. Kena pergi office jugak. Semalam walaupun cuti saya memenuhi masa dengan membeli keperluan untuk sambut Ramadhan. Takkan sampai 1 hari beli keperluan? Selebihnya saya kemas apa yang patut kat rumah nie. Masa penuh dengan sendirinya. 24jam sama untuk setiap orang tak lebih dan tak kurang.

Buat bloggers dan silent readers tu ... yang tiba-tiba tinggalkan komen yang saya tak publish ... menanyakan ...


Eh! CK mana pergi?
Lamanya tak datang belog saya ....
Sibuk ke? Diam je!
Untuk mereka ... saya mohon maaf! Insya Allah ada kesempatan kita jenguk menjenguk! Tapi janganlah pula sebab saya jarang wujud di sini ... korang dah tak nak datang lagi kat belog kedaung nie. Sedihlah camnie .... he he he


Ok ... nak out dulu! Masa bekerja .... jumpa lagi nanti!!



CK : Sibuk hanya satu alasan, tapi kadang2 saya cuba yang terbaik utk diri sendiri dan orang lain ....

Friday, July 29, 2011

Makluman Awal : Jualan Raya!!

Assalamualaikum ....

Salam Jumaat! Cepatkan masa nie berjalan even tak ada kaki. Minggu depan kita dah menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia! Bulan untuk menyempurnakan ibadat puasa. Rasa tak sabar, tapi minggu pertama tu dah pastu melembik ajelah. Masuk minggu kedua dan seterusnya baru rasa kuat sebab seminggu diambil untuk serasikan perut tanpa makanan/minuman di siang hari!

Bukan puasa makan dan minum je anak-anak! Satu diri kena puasa luar dan dalam. Mulut kena puasa dari makan, minum, mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang buruk. Mata kena puasa dari melihat perkara yang tidak senonoh. Hidung, telinga dan semua anggota tubuh badan termasuk hati kita pun kena puasa juga!

Sempena puasa nie, saya ada buat jualan raya! Butang baju Melayu. Ini cuma nak tolong sorang kakak nie promosikan jualannya secara online. Kakak nie cakap pemborong juga dikehendaki! Jika berminat boleh tinggalkan comment beserta email. Tentang harga kawan-kawan boleh berunding terus dengan taukenya nanti. 

FOR SERIUS BUYER ONLY YA!!


Ini contoh salah satu butang baju Melayu yang dijual. Batu butang baju Melayu ini menggunakan batu swarovski! Memang cantik. Siap ada warranty satu tahun. In case batu tertanggal ke ... bolehlah dibaiki semula. TAPI jangan buang kotaknyalah. Kotak dijadikan bukti kawan-kawan dah beli dari pihak tauke berkenaan. 

Kalau nak tengok butang baju Melayu yang selebihnya, sila add saya di Facebook : Cik Kamoo Kamie. Saya dah promosikan di sana. Saya baru upload tadi.

Untuk minggu depan jika ada kelapangan saya akan upload ... jualan samping baju Melayu, baju kurung moden dan macam-macam gift lagi. Ini sahajalah yang saya mampu tolong. Seronoklah pulak. 


Untuk semua pembaca belog saya ... 


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA ... DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA! TUNAIKAN DAN NIKMATILAH SEPENUHNYA RAMADHAN YANG BAKAL TIBA INI SEOLAH IA RAMADHAN TERAKHIR BUAT KITA! SAYA MENDOAKAN AGAR KITA SEMUA DIPERTEMUKAN DENGAN MALAM LAILATUL QADAR! AMIN ... MOGA-MOGA ADA DI ANTARA KITA TERPILIH UNTUK MENIKMATI MALAM YANG DINANTIKAN OLEH SEMUA UMAT ISLAM.



Terima kasih baca ...



CK : Sedang berehat dan nak pergi beli keperluan untuk berpuasa ...

Terduga ... Tertekan! Tersedih Sekali ....

Assalamualaikum ...


Sebelum nak sembang-sembang lebih panjang, saya harap korang yang baca blog nie sihat walafiat dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah Ta'ala! Amin ...

Hari ini memang dugaan buat saya, tertekan dan last sekali sedih! erghhh .... macam-macam hal! Tapi Alhamdulillah, apa yang saya rancang boleh dikatakan semua tercapai. Terima kasih Allah! Semua hal mungkin berpunca dari malam tadi dan semuanya berlaku dari minggu lepas dan bersambung kepada minggu nie.

Memandangkan next week saya akan cuti, memang saya pulun kerja giles babas punya. Dengan harapan bila balik sini, tak adalah kerja berlonggok. Memang itu habit saya sejak dulu, kalau nak cuti je ... pasti saya siapkan kerja sehabis boleh. Saya tak nak bila masuk je keje lepas cuti saya jadi stress. So, cuti tu macam sia-sia. Biar saya stress sebelum cuti ... lebih bermakna!

Dengan kelam kabut, banyak kerja, jumpa orang sana sini, pergi ambil kurma coklat kat Abang Long, pergi hantar gambar promosi barang jualan raya, buat report .... dalam kelam kabut macam nie, terjadilah benda tak terduga yang menduga saya!

Sebelum pergi jumpa Abang Long, saya dengan tak sengaja tertinggal kunci  kereta dalam kereta then kereta tu AUTOLOCK! erghhh ... memang sekian sungguh! Terduga dan tertekan je masa tu. Sabar ajelah. Naik atas buat kerja ... kemudian jumpa Abang Long ambil kurma coklat pastu pergi jumpa sorang kakak yang minta tolong saya amik gambar untuk promosi jualan raya. Siap semua saya balik rumah!

Geledah cari kunci spare! Nasib baik jumpa ... dan nasib baik ada yg sudi pinjamkan motor kat saya. Thanks laaa ... kalau tak, petang baru balik la amik kunci. Hari ini memang mencabar. Dahlah saya target siapkan semua kerja yang dirancang hari ini. Alhamdulillah capai target. Suka rasanya.

Tapi suka pun sekejap je! Bila Malaysia kalah masa lawan dengan Singapura tadi... rasa nak hempus hempas pelakon-pelakon singa yang sikit-sikit injured! Bengang je saya yang nengok. Berlakon sungguh! Malulah. Apapun ... Safee Sali 10 dan Khairul Fahmi memang best. *Budak office saya cerita Khairul Fahmi dan Jejariruncing sekarang tengah goyang ... ye ke??*. Keputusan malam ini bagi Kelayakan Piala Dunia : Singapura (1) vs Malaysia(1). Aggregat 6-4! Pasrah ajelah!!

Saya tetap bangga dengan Malaysia walaupun kalah. Kurang-kurangnya tak adalah berlakon lebih macam pemain Singapura tu! Saja je nak lengahkan masa ... huk aluh sengal dowh! Berjuang betul-betullah ... barulah HERO!!

Bab Malaysia kalah nielah tersedih sekali untuk hari ini. Apapun tetap salute kat Malaysia. Mungkin belum rezeki ....


Dah menguap-nguap nie ... tatalah korang ye!! Good nite hokeeeey ... malam Jumaat tidur awal! oppppppsssssssss ... takda kena mengenapun dengan entry dan tuan belog!! heeeee



CK : Rasa macam VIP bila ada yang siap booking tempat kat kedai mamak layan bola. Kedai mamak je pun ... jgn nak perasan lebih hokeeey!

Thursday, July 28, 2011

10,000 Langkah Sehari : Part 3 (People Again)

Assalamualaikum ...












Biar gambar yang bercerita .....



CK : Mood bercuti ... tp masih jasad masih di office!

Wednesday, July 27, 2011

"On the way la nie?"

Assalamualaikum ...


Ting! Pintu lif terbuka. Aras 4.

2 lelaki masuk. Pintu lif tutup. Tekan Aras 1.


Si lelaki 1 : "Lama tak nampak?"

Si lelaki 2 : *Senyum*

Si perempuan : "Ada ... cuma agak busy je!"

Si lelaki 1 : " Ni nak pergi mana?"

Si perempuan : " Hospital .... "

Si lelaki 1 : " Eh ... awak dah kahwin ke belum ar?"

Si perempuan : *senyum ... [dalam hati "dah takda soalan lain ke nak tanya!"]* Belum kahwin lagi!

Si lelaki 1 : "Oh ... on the way lah nie?"

Si perempuan : "Insya-Allah ..."



Ting! Aras 1. Lelaki 1 menamatkan soalan dan lelaki 2 hanya senyum sipu di sudut lif sebelum kedua-duanya melangkah keluar!. Si perempuan meneruskan perjalanan ke aras B. 

Ting! Aras B. Keluar lif. Menuju ke kereta. Hidupkan enjin kereta hitam kesayangannya dan memecut ke hospital! Si perempuan berlalu tanpa memikirkan pertanyaan si lelaki 1. Cuma bisik hatinya ... "biarlah Tuhan lakukan kerja Dia, aku cuma hamba ... apa sangat daya yang aku ada!"


Orang bertanya kita jawab. Orang mendoakan kita aminkan aje! Jodoh itu ketentuan Allah dan manusia seperti kita hanya berusaha. Walau mual bagaimanapun dengan soalan yang menggelikan telinga, si perempuan masih tersenyum! Dalam hidup kita perlu berusaha memenuhi apa yang kita inginkan semampunya, selebihnya terserah kepada Tuhan Maha Pencipta bagaimana ingin Dia tentukan buat hamba kesayanganNya!



Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present ~mr.kf~




Terima kasih baca!


CK : Penat dengan kerja ... minggu depan nak cuti balik jumpa mak ayah! Rindu ....

Tuesday, July 26, 2011

TWIN!

Assalamualaikum ...


Inilah twin yang saya sibuk nak jenguk tu! Ini twin mama lulu sweet touch, saya punya housemate zaman muda mudi! Petang semalam seawal 4:00 pm saya dah keluar dari office semata-mata nak jumpa dengan twin nie ... girl and boy hokeey! Nama belum ada lagi. Risau kalau mama lulu balik berpantang kat Perak, memang tak sempatlah saya merasa kegebuan dan kelembutan pipi twin ini.



[Tak tahu mana satu abang dan mana satu adik ....]


Siyes comel. Mulalah rasa nak jadi ibu. Alahai. Berangan sudah. Sempatlah saya meriba dan mendodoi twin nie secara bergilir. Kalau secara berjemaah mahu kebas kebas tangan nie. he he he. Petang semalam pergi tak sempat pun saya amik gambar. Gambar si twin nie pun saya culik dari FB kakak Orchid. Itupun dia tag kat FB saya, so bolehlah dikira sebagai harta sendiri. ha ha ha.

Hari ini kalau lunch time masih punya masa berlebihan mahu saya pergi jenguk lagi si twin nie. Itupun rumah si twin nie dekat sangat-sangat dengan office saya. Tawaf 7 kali pun ok lagi rasanya!

Sapa-sapa yang belum kahwin ... cepat-cepat kahwin, termasuk tuan belog kedaung nie skali. Untung-untung dapat twin jugak! ha ha ha ... aminnnnnn!




CK : Teringat yong tau foo goreng semalam .... sedapnya! Nanti saya publish kat korang yew!

Monday, July 25, 2011

"Sampai Hati Kau Budiey ... Kahwin Tak Cakap Pun!"

Assalamualaikum ...


Hai! Salam Isnin ... cerita pasal kahwin. Harap korang tak busanlah baca. Walaupun isu nikah kahwin nie buat saya macam muak bila disoal. Mampu senyum ajelah. Sebab saya nie jenis manusia yang yakin dengan segala ketentuan Tuhan. Apapun Tuhan bagi saya terima sahaja. Biarpun manusia sekeliling macam tak puas hati je tengok "senyuman" saya nie. Sampai satu tahap saya dah malas nak fikir dan buat orang lain fikir untuk saya ... terutama mak ayah! Biar kasi pening sikit. Saya ok je ... tapi orang lain yang resah melampau. 

Kawan-kawan yang dah kahwin ... yang ada 2-3 orang anak bila nampak kita, sure tanya "bila kau nak kahwin?", "bila nak makan nasi minyak"!. Buat mereka yang tanya bila nak makan nasi minyak ... anytime saya boleh bawa korang pergi makan nasi minyak kat Nasi Minyak House Jalan Reko, Kajang tu. Korang makanlah puas-puas yek!

Ini perihal sorang buddy saya yang dah pindah keje lebih kurang 2-3 tahun lepas kot rasanya. Kami baik juga. Dia pun kahwin agak lewat, cuma saya je yang belum kahwin lagi. *freedom*. Masa dia kahwin memang saya datang ... dah nama kawan baik. Dulu sebelum kahwin pernahlah dia meluahkan rasa hati dia yang belum kahwin-kahwin ... teringin nak ada anak dan bagai lagilah. Risau dia lagi melaut berbanding saya sedangkan masa tu baru umur 27 tahun. Sayalah dok memujuk hati dia minta bersabar dan bagai. Insya-Allah jodoh tetap ada. Antara cepat dan lambat. Tazkirah tak henggat tapi diri sendiri masih "bebas"!. Baguskan ... takda pengalaman pun masih boleh nasihat orang macam saya dah 4-5 tahun kahwin. kuang ...kuang ... kuang!

Tup-tup dia dapat kerja dengan full gomen. Alhamdulillah ... memang rezeki dia. Dan juga memang bertambah rezeki dia bila setahun kat tempat baru ... dia bertemu jodoh! Paling saya bangga dengan dia ... dia tak lupakan saya. Beria-ia dia jemput saya datang ke majlis dia. Majlis dia memang simple ... tp menarik!

Dia dapat anak sulung ... saya tak sempat pun jenguk. Setakat tanya khabar melalui sms. Itu yang termampu dilakukan antara kami berdua. Masih ingat ... cuma masa tak izinkan untuk bertemu. *Alasan*. Sekarang nie dia sedang sarat mengandungkan anak kedua ... katanya bulan September nie akan melahirkan! huuuu bertambahlah rezeki kau Iejankan! Aku rindu kat ko ...!

Pagi ini saya terima balasan email dari dia ... ha ha ha dia tak habis2 nak tunggu saya kahwin! Nak makan nasi minyak sayalah ... macam-macam betul! Dia risau kot saya lupakan dia agaknya ...


"Ko Aper citer? .... Kawen senyap-senyap tak jempot pownsss ... apa ar budiey macam nieh ...."



Dari dulu sampai sekarang ... macam tulah dia! Tak berubah ... risau sangat saya kahwin diam-diam dan tak jemput dia. ha ha ha ....


Nanti kita jumpa ye .... peluk cium dengan mama buyoooong! Iejan .... aku kahwin aku jemput ko ye ... takdanya nak diam-diam. Insya-Allah.



CK : Bahagia tengok kawan-kawan ....

Sunday, July 24, 2011

10,000 Langkah Sehari : Part 2 (Rozita Che Wan)

Assalamualaikum ...


PART 1 (PEOPLE) jenguk [SINI]
Ini  part 2 versi artis

ROZITA CHE WAN

Dia pun join 10,000 Langkah Sehari nie semalam.

Jenuh juga saya nak zoom artis jelita yang sorang nie *memang jelita*
Disebabkan saya bukan jenis manusia yang ghairah bila lihat artis, so setakat zoom dari jauh sudah memadai bagi diri sendiri



Zoooom yang pertama : Sipi je yang dapat ... sebelah dia pun artis juga! Tapi tak kenallah siapa?


Zoooom yang kedua : Dapat wajah kakak nie! Muka Rozita Che Wan memang sipi betul!


Zooom yang ketiga : YES! Bolehlahkan ... ini separuh sipi! Memang cantiklah! Padanlah ramai peserta yang berebut nak bergambar dengan dia. Badan cantik ... muka lawa ... harap juga hati bersih! Saya suka tengok lakonan Rozita Che Wan dalam drama ANNISA di TV3... dia pegang watak Balkis! Sweet je dia dengan si Zamarul tu .... romantic doowh! Tapi dalam drama tu ... dia diam-diam kebas husband kawan baik sendiri. Ini saya tak suka!! Nasib baik drama je!


Terima kasih jenguk belog ini .... happy Sunday ya korang semua!!




CK : Hari ini kalau ada kelapangan nak pergi jenguk baby kembar kat Hospital Putrajaya. Kalau tak sempat jenguk kat rumah ajelah!

Saturday, July 23, 2011

Memang Kena Baham Terus!!

Assalamualaikum ...


Singa baham harimau! Tak kata apa dah. Redha ajelah dengan kekalahan ini. Singapura 5 dan Malaysia 3! Perlawanan Bola Sepak Pra Kelayakan Piala Dunia 2014.

Malaysia seolah membenarkan gol ke 5 dari Singapura! Nak cakap apa lagi? Benda dah jadi! 5-3 ... Tapi tetap bangga sebab Malaysia berusaha untuk merapatkan jurang yang ada! Tahniah ... semoga kejayaan terus bersamamu Harimau Malaya!


Kita tunggu perlawanan di Bukit Jalil ... milik siapa???





CK : Di saat Harimau Malaya bertarung untuk menyumbat gol, kawan baik saya, MAMA JUE ... bertarung nyawa untuk melahirkan anak kembar, sepasang lelaki dan perempuan! Alhamdulillah ... semunya selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya. Tak sabar nak jenguk esok ...

Dah Kena Baham?? Biaq Betooooi ....

Assalamualaikum ...



Sedang layan Bola Sepak Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014! Singapura lawan Malaysia dari Stadium Jalan Besar, Singapura!

Harimau Malaya dah kena baham sekarang nie dengan SINGApura! Separuh masa pertama 4-1 weeeh! Tak pastilah boleh bangkit ke tak Harimau Malaya nie. Macam sedih pun ada ... sepak plus tendang bola macam tak semangat je. Macam orang tak makan. Dan macam saya tengok budak-budak sekolah main bola!

Haish ... saya tahu depa semua penat berlari sana sini! Tapi bersungguhlah ... kita bawa maruah negara apa! Sampai bila kita nak orang lain cakap kita hanya "jaguh kampung!". 


Nak sambung layan lagi ... apa pun kesudahannya ....redha ajelah!! Kuatkan semangat Harimau Malaya! Tetap bersamamu ....



CK : Lapaq ... huhu

10,000 Langkah Sehari : Part 1 (People)

Assalamualaikum ....



Di awal pagi 23 Julai 2011 ... lokasi Hadapan Istana Kehakiman Presint 3, Putrajaya



5:30 am ... saya dah beratur!


T-Shirt 10,000 Langkah Sehari PERCUMA! [Di belakang baju tu adalah saya!]


Mulanya di sini! Hadapan Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya


Antara peserta!


Si Comel turut serta! [Punya susah nak snap pic si comel nie ... ke hulu hilir dia jalan!]


Meramai lagi!


Dengan semangat!


10,000 Langkah Sehari ... mulai hari ini dan seterusnya!


Pelakon veteran dari FINAS! Maaf lupa nama ...


10,000 Langkah Sehari ... sesuai untuk mereka yang berkeluarga! Mengerat hubungan kasih sayang.



Terima kasih layan sehingga gambar yang terakhir!




CK : Beberapa part lagi akan menyusul! Tungguuuuuuuuuuuuu

Alhamdulillah .... sampai juga ke penamat!

Assalamualaikum ....

Sijil ini adalah bukti saya join ...

10,000 Langkah Sehari!


Setelah berusaha berjalan dengan sesungguhnya ...
Alhamdulillah ... akhirnya saya dapat juga sampai ke garisan penamat
Walaupun ditinggal jauh oleh kawan baik saya,  Incik Babah ...
Freedom kooo jalan sorang-sorang ... cuci mata kejap!
Tanpa cilok dan mengambil shortcut pun ... saya selamat sampai ke penamat.

Bangga!

Upset bila tengok ramai peserta yang ambil jalan shortcut ...
Nak berjalan 10,000 langkah pun mahu tipu-tipu ka ... ?? aissshhhh
Bukannya jauh pun berjalan ... 

Banyak gambar yang saya ambil sepanjang event nie ...
Nanti saya upload ... 
Masih penat lagi nie ... rasa macam tak cukup nyawa dah!
Tapi best ... dengan macam-macam ragam manusia ... adalah dalam 3 ribu ke 4 ribu orang!
Ramaikan??!

Terima kasih untuk ...

Mysihat
Berita Harian ... dan
Kementerian Kesihatan Malaysia!

sebab anjurkan 

10,000 Langkah Sehari!

Program yang sangat sihat!

10,000 Langkah Sehari Mencerna Keceriaan Diri!




CK : Lapar ... mahu makanlah! Rehat pastu masuk office!

Sebelum Cabaran 10,000 Langkah! Early Morning Dah Nak Marah-Marah ....

Assalamualaikum ...

Sempat lagi blogging! heeeeeee ... memang dasar blogger betul. Bangun jam 4:15 am, bergegas bangun dari tempat pembaringan. Rasa macam dah lambat sangat. Yelah pendaftaran untuk Cabaran 10,000 Langkah Sehari nie mula jam 4:00 am hingga 6:30 am. Risau takut lambat ... nak mandi dan siap lagi dah ambil masa.

Terus kejut Inchik Babah. Rupanya dia tak boleh tidur ... asyik-asyik terjaga katanya. Macam nak pergi sukan sekolah rendah aje. 4:40 am saya gerak dari rumah untuk jemput Inchik Babah then sampai kat lokasi pendaftaran depan Istana Kehakiman Presint 3, Putrajaya lebih kurang jam 5:15am.

Dalam kereta memang risau je kami berdua. Risau takut orang dah ramai sangat. Melepas pulak t-shirt free ... hu hu! T-Shirt hanya akan diberi kepada 10,000 pendaftaran sahaja. Kalau dah 10,001 dan seterusnya tu pakai t-shirt yang beli sendirilah ye! Paling risau ... takut orang dah meramai dan terpaksa beratur dengan penat! Tak sanggup rasanya ... lebih baik bangun awal dengan rela ye dak??

Sampai je ... huuuuuuu orang tak ramai pun! Kaunter Berita Harian untuk pendaftaran belum pun buka lagi sedangkan masa tu dah 5:30 am. Senyum meleretlah saya. Tak perlu beratur memanjang ... dan tak perlu bazir masa tunggu lama.

Tapi ada sorang mamat berbadan besar nie ... poyo nak mampus! Geram betul saya. Nama je  tinggal di Malaysia yang jadikan budi bahasa budaya kita, rasanya dia nie takde kesedaran sivik serta ihsan di hati langsung. Sampai je petugas-petugas Berita Harian kat kaunter pendaftaran terus dia bising-bising ... marah-marah ... konon dah tunggu lama gilelah dari kul 4:00 am tapi kaunter belum buka! lagik Macamlah dia sorang yang tunggu ... Orang lain tunggu gak, boleh je cool pepagi nie! 5:30 am kau nak bising tak tentu hala macam orang tak sekolah apahalkan??!??!

Memanglah salah petugas-petugas Berita Harian sebab delay pendaftaran sampai kul 5:30am, tapi mereka mungkin ada sebab kenapa benda nie boleh jadi lambat. Kita cuma merancang dan usaha yang terbaik. Tetapi sebaliknya kita tak tahu. Tak perlu pun nak serang orang pagi-pagi buta macam tu. Kitakan ada budi bahasa. Cakaplah baik-baik. Bikin malu sahaja! Kalau ada peserta dari negara luar macam mana? Mesti mereka cakap, "macam nie ke rakyat Malaysia ... kurang ajar!, tak ada budi bahasa". Tapi takdalah mereka cakap dalam bahasa Melayu ... itu saya dah translate supaya mudah korang baca! heeeeeeee

Oklah nanti kita sambung ... saya nak melangkah dah ... ada lebih kurang 30 minit lagi! Mula berjalan 8:00 am. Kena pergi sesi regangan 7:45am!

Doakan saya ... bukan untuk menang tapi untuk tamatkan 10,000 langkah tu dengan jayanya! Terima kasih korang. Happy weekend ya!!



CK : Sempat lagi makan roti canai kat mamak kembar Presint 9 ... heeeeee

Tinggalkan Blogwalking Gara-Gara 10,000 Langkah! Harap Melangkahlah ....

Assalamualaikum ...

Nak update cepat-cepat pastu masuk tidur! Nanti saya nak kena bangun awal ... kul 4:00 pagi! Saya dengan Inchik Babah dah beria-ia nak join Cabaran 10,000 Langkah Anjuran Berita Harian esok pagi. Pendaftaran start 4:00 pagi hingga 6:30 pagi. So, saya dah menceceh esok bangun awal. Saya rela kejut kamu bangun walau beratus call sekalipun!


Pendaftaran 10,000 yang pertama akan dapat t-shirt! weeee nak jugak! Harap-harap mata akan terceliklah dengan sendirinya esok. Nak berjalan sesama pak menteri segala. Nak bergambar. Habis berjalan segala nak lawat dari booth ke booth pameran. Mesti seronok!

Borang pendaftaran pagi-pagi lagi saya dah isi siap-siap dan simpan dalam beg. Takut lupa ... cuma kasut sukan je belum jenguk lagi. Kejap lagi habis update belog baru jenguk kasut sukan. 

Esok pagi nak jalan pelan-pelan je. Tak perlu laju-laju. Bukan pertandingan pun. Berjalan untuk kesihatan. So, janji sampai ke garisan penamat kira dah oklah! Sorry ye korang malam nie tak dapat nak blogwalking. Esoklah yeeee .....





Kalau jalan camnie ... rasa laju semacam je


Camnie cam ok-ok jer! Senyum manis sekali ... 

Ini jalan ala-ala santai!


Oklah nak pergi beradu! Takut kang tak terbangun pulak. Nak jalan gaya macam mana esok pagi baru pikir. Sekarang yang penting .... tidur!!


Selamat malam ye korang!!





CK : Tanah kubur nie menakutkan....tapi bukankah hidup untuk mati!

Friday, July 22, 2011

"Bapa Saya Buat Hal! ... Dia Kena Tahan ...!"

Assalamualaikum ...


"Bapa saya buat hal dengan mak saya ... dia kena tahan!"


Terkedu dan terdiam saya bila mendengarnya. Ini adalah sambungan dari entry yang [ini]. Entri yang tergantung sebab ada tugas lebih penting yang perlu dilaksanakan pagi semalam. Hari Rabu malam saya menerima jemputan untuk majlis tahlil dan kenduri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Kebetulan kami mengenali dengan agak rapat boss di sebuah lokasi makan yang agak menarik di Putrajaya. Makanan pun sedap. Yang ini kemudian kita cerita ...

Majlis tersebut turut dihadiri oleh lebih kurang 40 orang anak-anak yatim dan anak orang susah dari Puchong. Solat mahgrib bersama, memulakan bacaan tahlil dan kemudian solat Isyak sebelum memulakan majlis. Memandangkan saya pada masa itu berada dalam keuzuran makanya hanya memerhatikan dari jarak dekat  serta mengaminkan doa! 

Sedang leka memandang ... ada seorang budak perempuan lingkungan 14 tahun datang dan duduk di sebelah saya sambil hulur tangan bersalaman. Dia senyum. Dan saya membalas senyuman berkenaan. Dia diam dan saya pun diam. Tak tahu nak berborak apa. Mungkin juga dia segan untuk berborak dengan saya dan saya pula tak tahu nak bertanyakan apa ketika itu.

Lebih kurang 10 minit masing-masing mendiamkan diri dan senyum! Saya mula meringankan mulut untuk  bersembang sebab dari tadi dia asyik tersenyum simpul memandang saya. Mula-mulanya saya ingat dia adalah anak saudara kepada boss tempat makan nie ... rupanya bukan!


Saya : Adik datang sama-sama dengan mereka yang solat tu ke?

Adik Senyum : Ya ... [dengan nada suara agak perlahan, sampaikan saya terpaksa mendekatkan jarak kami]

Saya : Datang dengan apa tadi? Dari mana?

Adik Senyum : Naik bas ... dari Puchong

Saya : Ooooo bas yang luar tu ke? Datang pukul berapa?

Adik Senyum : A'ah...datang kul 3.30 petang.

Saya : Adik dah lama ke tinggal kat situ? [di rumah anak-anak yatim]

Adik Senyum : [Sambil mengangguk] ...... Tahun 2008 ...

Saya : Lama dah rupanya ... seronok ke tinggal situ? kawan-kawan baik tak?

Adik Senyum : Seronok! *senyum* kawan-kawan baik! Ayah saya kena tahan ... dia buat hal balik dengan mak saya!" .... [Tiba-tiba tanpa disoal! Dengan nada bergetar dia maklumkan kepada saya]

Terkedu!! Tiada soalan mengenai kenapa ditahan dan sebagainya! Jadi faham-faham sendiri sudah!

Saya : Mak datang tengok tak?

Adik Senyum : Datang ... tapi mak kerja!

Solat Isyak dah sudah. Kawan-kawan dia panggil dia. Dan marahkan dia ..."kenapa tak solat?? Cepat datang sini solat ... jangan nak mengada-ngada!".

Dia pun berjalan perlahan ke ruang solat dan mula memakai telekung. Dia tak sempurna macam kita. Jalannya agak susah sikit dan pergerakannya agak perlahan. Pertuturannya juga agak susah untuk difahami kerana sebutan yang kurang jelas. Mungkin sebab itu dia agak segan nak berborak dengan saya pada mulanya. 

Ini adalah pengalaman pertama saya menghadiri majlis yang turut disertai oleh anak-anak yatim dan orang susah. Mungkin ada sebab kenapa hati saya tergerak untuk menerima dan menghadiri jemputan berkenaan.

Saya dipertemukan dengan seorang budak yang kurang segalanya dalam kehidupan dia. Kurang kasih sayang. Dengan pemakaian yang kurang kemas. Hidup dia cuma dikelilingi oleh kawan-kawan dan cikgu dan mungkin sesekali ibunya menjenguk dia di rumah anak-anak yatim. 

Tapi dia masih tersenyum! Tidak merungut bila dimarah kawan-kawan kerana lambat solat.  Tetap meneruskan solat dengan senyuman. Dibantu kawan-kawan yang senasib. Betapa di wajah dia penuh ketenangan. Suci. Bersih! Mungkin dia belum tahu kehidupan sebenar ...


Bila melihat dia dan mengingat kembali kata-katanya, saya bersyukur sangat! Saya dilahirkan, dibesarkan dan dididik oleh sebuah keluarga yang lengkap walaupun bukan dalam kemewahan! Alhamdulillah.


Kita selalu berkata kita bersyukur, tetapi tanpa kita sedar ... kita juga kerap kali kufur nikmat!



Terima kasih baca pengalaman saya sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!




CK : Office yang lengang. Masing-masing buat hal sendiri ... ada yang cuti, lawat site, jumpa client, meeting .... dan saya sedang semak laporan kewangan! Huh ... pening memandang nombor! Memandangkan hari ini rehat pun lama, rasanya malas nak pergi merayau tak tentu hala. Nak melepek kat office ajelah!

Thursday, July 21, 2011

Dia Semakin Hensem!

Assalamualaikum ....



Masa saya kenal dia dulu ... 6 tahun dulu rasanya! Dia mash kecil .. berumur 2 atau 3 tahun. Saya dah lupa. hari ini dia dan makin membesar. Makin handsome! Suka melihat dia senyum. Tapi ... dia tak sesempurna kita yang mampu menulis, membaca, berjalan atau berlari dan sebagainya!

Senyumnya begitu indah ... dan hati sentiasa teruja melihat dia! Setiap kali bertemu, dia pasti mengenggam tangan saya yang agak kasar jika dibandingkan dengan tangan dia yang lembut dan mulus!

Buat IBUnya yang gigih membesarkannya dan sentiasa berusaha agar keadaan dirinya semakin baik dan lebih baik ... semoga awak tabah harungi ujian dari Allah ini. Jagalah anugerah Allah ini dengan baik ... dengan ikhlas dan dengan sesempurna kasih sayang yang kau ada!


Setiap kali saya melihat lirik dan senyumnya ... hati memang menangis! Hari ini dan setiap kali saya pandang dia ... bisik hati kecil saya, "dia semakin handsome dan senyumnya semakin berseri!".





CK : Setiap daripada kita ada dugaannya yang tersendiri .... pastinya kita mampu harungi dan hadapinya!

Perit Mata Sebab Ilmu ...

Assalamualaikum ...

Morning kawan-kawan! Mata saya amat perit sangat-sangat. Rasa malas nak bangun pagi tadi. Tapi suka atau tak kena bangun awal jugak sebab pagi ini ada kerja penting perlu diselesaikan. Kepala nie rasa berdengung sangat-sangat. Dah kembang semacam dah gara-gara tak cukup tidur.

Malam tadi memang tak sempat nak update apa-apa ... nak blogwalking jauh sekali sebab sampai rumah 12:30am. Semalam ada jemputan ke majlis tahlil dan sedikit jamuan makan sempena menyambut Ramadhan yang akan datang tak berapa hari sahaja lagi. Majlis tahlil bersama anak-anak yatim dari Puchong. Ada kisah yang agak menyentuh hati di sini. Tapi nantilah kalau ada kelapangan saya akan ceritakan. Yang penting kalau saya tak lupa ... antara cepat atau lambat pastinya cerita berkenaan jadi entri di sini. Insya-Allah!

Sesi makan-makan semalam selepas solat Isyak memang habis agak awal. Kemudian berborak dengan seseorang yang memang berilmu dengan seronoknya. Sampai saya rasa ingin menongkat kelopak mata dengan 2 batang mancis. Mengantuk yang teramat. Menguap tanpa henti! Tapi digagahkan juga sebab ia seakan satu majlis ilmu secara kecilan. Seronok berbicara tentang Islam, Melayu dan Malaysia ....

Nampaknya saya terpaksa biar entri ini tergantung di sini. Dah nak baca doa pagi dan saya telah dipanggil untuk laksanakan tugas.

Sambung nanti ...


CK : Amat penat

Wednesday, July 20, 2011

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

Assalamualaikum ....





Jom kita tambah follower!

Nak join?? Sila KLIK ... [SINI]




CK : Mengantuk ....

Online Sesuka Hati Kat Office!! Jaga-Jaga Kau ....

Assalamualaikum ....


Online dari my messy desk! Semestinya di office. Mahu relaks sikit jadi nak layan belog. Semalam kan dah balik lewat. Lepas hapdet belog kedaung nie, baru nak beramah mesra dengan angka-angka dalam sistem dan siapkan laporan untuk meeting akan datang. Sekarang nie, dah terlebih bijak mengontrol masa dan kerja yang ada. Sampaikan ada masanya saya boleh relaks dan goyang kaki yang comel. Cuma tak selalulah ... sesekali sahaja! Dalam sebulan tu adalah dalam 2-3 hari yang saya dapat relaks dengan sesuka hati!


Itulah pentingnya pengurusan masa dan kerja yang baik! Heeee ... macam baguslah konon. Tapi sebenarnya masih ada banyak kerja yang menanti cuma tak sepenting mana kot. Kot ajelah! Atau mungkin sekarang nie mood sambut Ramadhan dah datang ... kemudian mood Raya pulak! Haisshhh ... macam kanak-kanaklah pulak. Ho ho ho layankan ajelah!


Sampai office pagi tadi ... mak aih rasa macam masuk fridge aje! Punyalah sejuk. Erghhh tapi pernah ke saya nie masuk dalam fridge??? Heeee nampak nau menipu! Tapi bab office nie amat sejuk memang betul! Semalam sebelum siap semua kerja saya dah call maintenance minta offkan aircond jam 9:00 malam. Rupanya tak off pun!


Hari ini berselimutlah sambil buat kerja. Kalau sejuk macam nie kat rumahkan best .... boleh tidur sampai lebam. Ha ha ha


Oklah nak sambung kerja pulak! Nak julingkan mata dengan angka yang puluh-puluh ribu nie. Kasi ligat sikit otak nie bila fikir pasal nombor!


Terima kasih baca sampai NOKTAH YANG TERAKHIR



CK : Hari ini tak bawa bekal datang kerja sebab pagi tadi mata teramat perit untuk bangun seawal 6:30 am! Makanya makan aje bihun goreng kat kafe yang tak berapa nak dilayan oleh tekak. Apapun Alhamdulillah .... masih ada rezeki

#1 Wordless Wednesday! Google Yang Cute ...

Assalamualaikum ....





Google si kacang!
Comel saja ku pandang!






CK : Wordless wednesday yang pertama buat belog ini!

Tuesday, July 19, 2011

BEN ASHAARI TU SAPE HAAAA???

Assalamualaikum ....


Hari ini kerja agak banyak! Balik kerja pun lambat ... 9:30 pm baru sampai rumah. Nasib baik dan amat bertuah sebab kerja dan tinggal di Putrajaya. Tak perlulah hari-hari ngadap jalanraya yang sesak atau berkejar train macam adik saya. Zaman kejar train saya dah berakhir! Alhamdulillah ...

Sampai sahaja rumah, plan mahu terus mandi dan mengadap belog sampai lebam. Tapi, tiba-tiba adik saya yang sedang leka mengadap FB dan belog blogger femes ames bertanyakan sesuatu ...
Adik : "Kak ... Ben Ashaari tu sape?"

Kakak : "Haaa ... apa dia?"

Adik : "Ben Ashaari tu sape?"

Kakak : "Apsal tanya?" Kenal ke?"

Adik : "Tak adalah, orang selalu jumpa dia hari2 naik erl sama-sama!"

Kakak : "Ye ke? Ben tu bloggerlah! Bestlah dapat jumpa blogger femes hari2! Erghh ... esok bolehlah amik gambar dgn Ben! Nanti tegurlah Ben tu ...hehehehe"

Adik : "Oooo ... blogger ke! Padanlah macam pernah tengok je! Dia selalu tunggu area pintu erl yang orang selalu masuk ... hari2lah kira jumpa dia!
Kakak : "Esok jgn lupa ye kirim salam kat Ben Ashaari! hahahah".

Adik : "Mengonglah kau kak ooi!"



Hahahahha .... memang lawak bila my adik sibuk tanya SIAPA BEN ASHAARI! Baru saya tahu yang dia sedang mengadap belog Ben dari tadi. Dan muka si Ben tu hari-hari dia jumpa kat erl Putrajaya. Tapi disebabkan my adik bukan blogger, so dia memang tak kenal pun si Ben. Kakak dalam dialog di atas adalah merujuk kepada diri saya. heeeeeeeee



[Wahai adik ... inilah Ben Ashaari yang kau tengok dari jauh dan dekat hari-hari kat ERL!]



Saya pun bukalah cerita sikit-sikit pasal Ben yang saya tahu dari belog Ben sendiri. Saya juga explain kat my adik ... pasal blogger dan bestnya blogging nie! Tapi kena cari jiwa menulis dulu baru boleh blogging dengan happy. Kalau blogging asyik fikir pasal BE, ME ... kempen bagai ... mungkin susahlah! Idea pun susah nak mari ....! Saya pun ada juga fikir pasal BE, ME ... cuma bukannya selalu. Sesekali je ... sampingan! heeee


Sambung lagi nanti! Terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!



CK : Perut sedang melapar! nak makan apa nie?

Putrajaya Floria 2011 - Roses Are Forever Part 5 (Orchid)

Assalamualaikum ...


Putrajaya Floria 2011 dah pun berakhir hari Ahad baru nie! Dan saya tak habis-habis lagi upload gambar-gambar bunga yang ada. Tema roses are forever atau mawar selamanya ... tapi ada juga bunga orchid yang berlambak sana sini! Jadi mari kita layan .... orchid yang buat saya teruja berbanding mawar selamanya!












Terima kasih layan sehingga gambar yang terakhir!




CK : Hari akhir Floria ... memang terlampau ramai umat! Agaknya pokok murah kot ....

Zahiril Adzim Di Genggaman!

Assalamualaikum ...

Sejak ENTRY INI saya selalu bergegas ke MPH Alamanda! Hanya kerana ingin mencari satu buku yang buat saya teruja. Mungkin bukan lagi rezeki pada masa itu, balik dengan tangan kosong. Akhirnya asyik ligat di kepala di mana perlu saya mendapat buku yang satu ini. Kepingin terlampau! Ingin tahu apa yang menarik di sebalik setiap helaiannya! Rata-ratanya mengatakan buku ini indah dibaca.

Ahad petang adik saya sms, "BOGEL MENUJU TUHAN ADA DI MPH ALAMANDA!". Senyum. Suka. Teruja. Semua ada. Sms dibalas, "TOLONG BELIKAN! NANTI AKAN DIBAYAR KEMUDIAN!".

Petang semalam adik saya belikan! Yang dicari berada digenggaman. Tunggu masa untuk dikerjakan. Laju membelek setiap helaian tanpa sebarang pemahaman terlebih dahulu. Akan dihayati kemudian! 

Tapi ada satu puisi buat mata terhenti lama! ITU ADA JAWABNYA - Buat si wanita hari ini - Shera Aiyob. Saya sudah jatuh cinta dengan puisi berkenaan! Serius sangat suka ... 


... Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau
yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana,
kerana itu lagak ku begini
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
dari hati dan jiwa

 .... dan saat ini kau tiada,
aku lemah menagih
kewujudanmu.

-zahiril adzim-

pulat cepat, please
Aku rindu.




akan ku selak diri mu dari satu dan satu ....


akan ku ratah isi mu ... dari satu titik ke satu titik!

BOGEL MENUJU TUHAN - ZAHIRIL ADZIM!
akhirnya di genggaman!

Terima kasih wahai adik kerana tolong belikan .... bayar kemudian! ha ha ha



CK : Selak dan faham! Pastinya ambil masa yang lama

Monday, July 18, 2011

Nak Sangatkan! Memang Rezeki Engkaulah ... Alhamdulillah!

Assalamualaikum ...


Sabtu pandang-pandang
Ambil bau 
Jeling dan terus blah ...

Ahad siap buat entry lagi
Kalau belum baca sila jenguk kat sini!

Kita mengidam ... minta ... mohon!
Allah tahu sahaja apa hambaNya inginkan

Dan hari ini .. Alhamdulillah!
Sememangnya ia satu rezeki
Belum sempat nak pergi membeli Jumaat ini
Sudah ada yang memberi ...
Terima kasih kepada Inchik Babah dan adiknya sekali

Mak cakap, "benda baik tak elok dilengahkan!"
Makan durian yang diidamkan berhari-hari ni baikkan mak?

Tak menyempat sampai rumah 
Apa tunggu lagi ...
Dalam kereta dibedal sampai tinggal biji!


Biar kereta bau durian ...
Asal jangan kotor sana sini ... sebab saya geli!

Terima kasih kepada si pemberi!
Kereta bau durian pun saya tak kisah lagi ...
Asal perut suka hati! 
Nanti saya sembur perfume 1 lori ...

Alhamdulillah kenyang sekali!







Syukur dengan rezeki yang diberi Tuhan!
Tak terkata apa dah ... hilang sudah kempunan!




CK : Senyum lebar ke telinga! Siap puisi buat durian tercinta ... ha ha ha

777

Assalamualaikum ...





Alhamdulillah ... dan terima kasih untuk semua!




CK : Busy ... tak boleh nak updaet laju-laju dan panjang lebar!

Sunday, July 17, 2011

Mahal ...Tapi Tetap Mahukan Jugak!

Assalamualaikum ....



Memang menawan hati dan memang buat hati tak keruan! Serta memang saya nie suka teramat dengan durian. Boleh buat tidur malam tak lenalah kadang-kadang! 


Ini durian emas yang saya ambil dekat GBBS di Tapak F&B Putrajaya Floria 2011. Baunya sahaja dah menusuk kalbu. Rasanya dah tentukan menikam sukma. Serius buat saya teruja yang amat-amat. Kemudian kaki apa lagi lajulah menuju ke GBBS ... sekali kau ... mak datok ... durian jenis ini memang mahal! Sekilo sahaja RM12! 

RM12 sekilo tu bukan isi sahaja ... dengan kulit, duri dan tangkai. Gulp! gulp! telan air liur sahajalah. Tak pun tunggu balik kampung ajak mak pergi cari kat mana-mana dusun sebelah Singkir Laut! Ini kalau saya beli mahu berat kulit sahaja yang lebih. Ermmmm simpan ajelah hasrat tu buat sementara waktu. Rasa belum kaya lagi nak beli durian emas tu sekilo sampai RM12.

Seingat saya ... durian paling sedap dan segar saya pernah makan masa balik dari Cameron Highlands awal tahun 2010. Masa tu saya bawa mak ayah pergi bercuti ke sana. Kira macam hadiahlah untuk diorang. Tambah pulak mak memang tak pernah pun jejak kaki ke tanah tinggi tu. Bukan main suka lagi mak bila saya cakap nak bawa pergi Cameron. Ayah relaks je ... sebab masa dia kerja dulu-dulu dah pernah pergi. So, rasa keterujaan dia agak kurang berbanding mak. Cuma ayah antara percaya dengan tak yang saya akan drive mybee saya tu naik Cameron ikut Simpang Pulai! Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai. Untuk dijadikan teman ... saya ajak adik bongsu sekali. At least saya ada teman tidur dan boleh gilir-gilir drive kat highway plus. 

Masa balik, kami ikut jalan ke Tapah! Memang mencabar tapi menarik. Kat sinilah jumpa dengan orang asli yang jual durian dan petai. Huh! rugi kalau tak berhenti ... mak siap ajak berhenti makan durian lepas tu siap beli bawak balik lagi. Penuh punggung mybee ai tau! ish ... mak saya tu memang teruja memanjang kalau benda-benda mcm nie. Borong petai dan durian sekali ...

Mak ada request nak pergi Cameron lagi! Dia cakap seronok stay kat sana. Sejuk lebih kurang macam kat Mekah katanya. Nantilah mak ... cukup bajet kita pergi. Tapi tahun nie macam plan nak bawa mak ayah bercuti kat pulau pula. Pulau mana belum lagi ditentukan! Insya-Allah ada rezeki lebih akan dipertimbangkan. Seronok lihat mak yang teruja tu ... lagi seronok tengok dia shopping. Happy je!

Bermula dari hanya nak bercerita pasal durian yang mahal terus cerita pasal mak pulak. heeeee! Lagipun tengah rindu kat mak ayah. Mesti mak tengah sibuk jahit langsir baru untuk raya nie. Hari tu dia sibuk-sibuk nak ke Jakel beli kain langsir. Kebetulan saya dapat rezeki lebih ... dapatlah mak tukat langsir baru tahun nie! Alhamdulillah. "Mak ... doakan anak mak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan hidup ya!".


Sedihlah pulak. Sobs...sobs...saya stop sini dululah! Kang meleleh pulak air hidung nie sekali. Kerinduan tahap maksima kat mak n ayah skang nie. Buat pembaca kesayangan ... TERIMA KASIH BACA HINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR!



CK : Selamat sudah siri kemas mengemas my messy desk! huuuuuuuu kemas siot!

Nuffnang! Kenapakah?

Assalamualaikum ...

Masih berehat di rumah. Layan tv dan tengah plan nak masak untuk tengahari. Nak masak apalah? Abaikan pasal menu yang perlu dimasak tengahari nie, bercerita pasal Encik Nuffnanglah. Lagipun dah lama tak berceloteh pasal Encik Nuffnang nie.

Saya rasa Encik Nuffnang dah merajuk! Semua buffered earnings (BE) saya dah jadi meter earnings (ME). Pastu dah sebulan tak ada lagi BE baru! hua hua hua. Nangis okeyt!  Tapi update tetap update walau macam manapun. Nak berpisah dengan Nuffnang? Oh ... tidak! Biarlah setia ku menanti ENcik Nuffnang. ha ha ha.

2 hari nie, traffic belog agak mengecewakan. Sebabnya saya tak dapat blogwalking laju-laju! Sibuk siapkan report. Terpaksalah abaikan pasal belog seketika. Kalau korang perasaan, saya cuma update then tinggal je. BW pun kejap-kejap. Keje office lagi penting. Tapi takkanlah pasal tu Encik Nuffnang dah kedekut BE ngan belog shomel ni kot! Sangat kesianlah macam nie.


Tadi bila saya sign in Encik Nuffnang .... huh! tak boleh pulak. Pandai pulak kuar ayat-ayat cinta macam nie. Nie yang rasa nak merajuk nie!



Apapun harap-harap Encik Nuffnang bagi saya BE berlambak-lambak lagi. ha ha ha. Giler tamakkan! Apapun kena juga update laju-laju setiap hari! Semuanya khas untuk pengunjung belog ini ... yang tersayang!


Oklah saya nak sambung kerja di dapur. Nanti saya update pasal Encik Nuffnang kesayangan saya lagi! Sayang terlampau bila dapat BE ... tak dapat BE tinggal rindu ajelah! ha ha ha

Terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR!



CK : Sambil layan drama ASTRO!

Bukan Update Pasal Putrajaya Floria 2011!

Assalamualaikum ...

Dah hampir 1:00 pagi! Sepatutnya malam tadi saya update pasal Putrajaya Floria Part 5, tapi tak dapat sebab akak datang rumah dan baru sahaja balik. Takkan nak layan blog kot masa akak datang rumah. Macam tak molek pulak ada tetamu tapi kita buat hal sendiri. 


Jenuh akak tunggu abang saya habis berbasikal dengan 2 orang anaknya! Malam-malam berbasikal di Putrajaya. Katanya ada event. Yang pasti bukan event yang ada saling kaitan dengan Putrajaya Floria. Abang saya yang sorang tu sangat rajin bersukan. Semua sukan kalau boleh dia nak main. Kejap ragbi ... kemudian futsal ... pastu badminton ... swimming dan skang nie dia tengah gila berbasikal! Huh ... abang sorang tu je, so layankan ajelah hobbies dia yang macam-macam tu!



Bestnya kalau dapat berbasikal dengan family mcm nie. Abang saya rajin bawa anak-anak dia berbasikal. Aktiviti riadah yang bagus untuk eratkan hubungan kekeluargaan.


Saya pulak? Saya bab sukan memang amat kurang banyak! Bukan kurang sikit tapi kurang banyak. Setakat jogging dengan berlari anak bolehlah. Swimming pun sikit-sikit je ... asal tak tenggelam. Memang sejak sekolah rendah saya tak berbakat langsung dalam bersukan. Tak pernah terpilih mewakili apa-apa jenis sukan pun. Dah tak berbakat takkan cikgu cikgi nak pilih wakil sekolah pulakkan. Buat malu sekolah je! he he he ... Tapi tak ada pula sukan batu seremban atau pun congkak yek? Kalau tak, bolehlah saya wakil sekolah! Ermmm ... batu seremban dengan congkak tu sukan ke? Belasahlah ... ha ha ha.





Dulu-dulu saya rajin swimming, seminggu 3-4 kali juga! Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan nie ... mood untuk berswimming dah tak ada! Sedangkan swimming adalah cara yang paling best untuk saya hilangkan stress. 


Sekarang nie aje saya mula nak berjinak dengan main badminton. Racket semua dah beli ... cuma belum aktif bermain aje lagi. Dok tergantung juga racket tu kat rumah. Sesekali je main. 2-3 kali main, gantung racket berminggu. Sebabnya sekali main dah sakit-sakit satu badan. Alahai ... tulang reput gamaknya. Tak cukup kalsium kot sebab pemalas terlampau nak minum susu!



Badminton yeee ... bukannya buttminton! Main badminton memang memenatkan.  Tapi seronok! Baru setengah jam main, rasa peluh mencurah satu baldi! Balik rumah terus koma ... ha ha ha


Bila melihat keadaan yang semakin memberat. Mulalah saya terfikir nak berjinak-jinak dengan berjogging. Berjinak sampai terpikat terus! Bukan masa nak main-main lagi dah! Semua seluar baju dah ada yang tak muat. Huh! kesat peluh terus. Apa nak jadi nie? Semua cerita pasal dulu yang rajin jogging pasti diet dengan teratur ... sekarang nie semua ntah ke mana!! Huk huk ... macam menganiayai diri sendiri je bila tak jaga badan nie betul2 bagi sihat. Bukan kurus ya anak-anak tapi sihat!



Jogging ...jogging! Bilalah nak mula balik? Bilalah nak set time betul-betul? Puasa nie ke? Atau lepas raya? ... Orang cakap kalau nak buat benda baik elok dipercepatkan! Cheewah ayat macam nak cerita pasal kahwin2 je. he he he ....

Panjang lebarnya entry nie, kan betul saya tak update pun pasal Putrajaya Floria. Ermmm tunggulah ye rajin terlebih nanti saya upload gambar Floria yang latest ... PART 5! 

Mata dah kuyu ... mahu masuk tidur! Terima kasih tau baca sampai NOKTAH YANG TERAKHIR! Esok pagi bangun awal ye ... kita berjogging! JOM amalkan amalan hidup sihat bersama CK!



CK : Puas bermain dengan anak-anak tadi. Habis semua disepah. Takpelah nanti kemas baliklah.

Saturday, July 16, 2011

Memang Pantang Betul La ....

Assalamualaikum ...

Baru masuk office. Tadi saya pergi lawat tapak. Buat pemantauan sikit-sikit apa yang patut. Panas betul walau tak seterik mana. Berpeluh dan pening jugalah kepala. Seronoknya kalau dapat lepak rumah bersama family! Tadi sebelum masuk office, akak ada call ... katanya nak datang rumah petang nie! sukenye saya ... boleh main dengan anak-anak. Abang saya pula nak cycling kat Putrajaya ... so, akak dan anak-anak akan lepak kat rumah saya. Meriahlah. Jam 5.00pm saya habis kerja, boleh balik rumah and masak apa yang patut untuk abang and akak sefamily.

Intro je pasal family, tapi nak cerita perihal lain. Perihal betapa pantangnya saya tentang satu-satu benda nie. Memang cerewetkan kau minah oi ... sana sini pantang. Sana sini geli! Apahallah lu minah ... ha ha ha. Lantaklah apa orang nak cakapkan. Cerewet pun cerewetlah. hu hu ...

Dekat office, saya memang pantang kalau orang ambik stationery saya tanpa izin. Sedar-sedar hilang kena kebas! Boleh hangin satu badan hokey. Tapi lebih suka diam je lah. Nak ambil boleh, tapi kasi tuan empunya badan tahu dulu. Jangan main sedap rembat. Satu perangai saya ... kebanyakan stationery kat office saya beli sendiri. That's mean saya tak guna sepenuhnya HAK KERAJAAN ok! Walaupun Kerajaan sediakan macam-macam stationery  pada kakitangannya, tapi ada sesetengahnya saya tak berasa selesa. So, tak kisahlah kalau setakat keluar duit gaji sedikit beli pen, stapler, liquid paper dan macam-macam benda yang brandnya saya dah biasa guna masa belajar.

Bukan nak cakap apa yang disediakan tak bagus, cuma tak serasi dengan saya bila nak buat kerja! Bila dah keluarkan duit sendiri mestilah saya bengang kalau orang lain suka suki rembat apa yang ada atas messy desk saya. Bila hilang satu benda memang susahlah saya nak buat kerja. Sebab itulah saya memang pantang betul la kalau orang jenis sedap-sedap rembat nie!

Saya bukan kedekut dan bukan berkira! Kalau jenis kedekut dan berkira tak adanya saya nak keluarkan duit gaji sendiri beli barang-barang office sedangkan telah disediakan. Cuma saya lebih senang buat kerja dengan stationery yang saya beli sendiri! Lagi puashati ....Tapi tak adalah semua benda saya beli sendiri. Benda-benda yang besar semua saya guna KERAJAAN punyalah. Kalau nak keluarkan duit gaji beli mesin cetak dan photostat sendiri .... muflislah saya! ha ha ha. Yang saya mampu sahaja dan untuk kegunaan kerja je saya beli sendiri. 

Ada juga pegawai yang gaji ribu-ribu tapi minta beli stationery office yang harga tak sampai RM10 pun kedekut! Haisssh ... apalah! Kita nak buat kerja untuk dia juga ... asyik anak buah yang gaji tak seberapa je beli ... bila kerja siap, yang dipuji boss jugak. So, apalah salahnya berbelanja sedikit bagi memudahkan kerja! Ye dak???





Manusia nie macam-macam peelnye! Ada kedekut dan ada yang tidak. Ada yang cerewet dan ada yang tak kisah! Macam bola kat atas tu ... macam-macam warna ada! So ... manusia pun tak terlepas memiliki macam-maca warna itu mengikut tafsiran tersendiri! heeeeeeee

Oklah korang ... nanti kita sambung! Terima kasih baca sehingga NOKTAH YANG TERAKHIR! Selamat berbahagia bersama yang tersayang di hari minggu. Esok last day Putrajaya Floria ... ingat malam nie saya nak upload gambar Floria lagi ... PART 5! Insya-Allah ...


PART 4 ....




CK : Baru terjumpa stationery yang hilang seminggu ... tahu dah sapa yang ambik. Bukannya nak cakap. Susah payah cari ... ish ish ....