Friday, September 30, 2011

Eh! Kau ... Paksa-Paksa Pulak!!

Assalamualaikum ...


Cerita 2-3 hari lepas semasa aku bergelut menyiapkan kerja. Jam dah hampir 7.00pm. Dah terdengar suara orang mengaji Al-Quran di Masjid Sultan Mizan. Cuma aku sorang-sorang kat office ... dan kemudian handphone putih aku berbunyi. Ada orang call la teeeew!!



Phonemarketing : Hello ... boleh cakap dengan puan xxxx? *bila masa aku dh kahwin siap berpuan bagai!*

Aku : Ya saya ... siapa nie??

Phonemarketing : Saya dari syarikat insuran  XYZ. Saya nak offer satu polisi insuran terbaik untuk puan. Nama puan memang terpilih untuk diofferkan polisi insuran nie. So, bukan semua orang yang dapat. Kiranya puan memang bertuahlah! Bla ... bla ... bla ....Polisi nie memang murah cuma RM35++ dan puan cuma perlu mencarum untuk tempoh 15 tahun. Kalau puan accident ke ... ini minta dijauhkanlah, tapi kita tak tahu yedak? Kita akan bayar kepada puan sebanyak RM100,00.00 kemudian kalau masuk hospital melebihi 6 jam, pihak kami akan bayar bil hospital terus pada puan. Sehari RM200.

Aku : ermmmm ....haaaa ....ermmmm! Then kalau sepanjang 15 tahun tu saya sihat walafiat, duit yang saya carum tu mcm mana?? Saya akan dapat semua ke??

Phonemarketing : Kalau puan sihat sepanjang tempoh tu, kami akan pulangkan 50% daripada keseluruhan yang puan carum sepanjang 15 tahun tu.


Time nie, jari jemari aku ligat je tekan calculator ... RM35 x 12 bulan x 15 tahun = RM6,300. Then kalau aku sihat, syarikat insuran ini akan bayar balik kat aku 50% daripada caruman. Bermakna cuma RM3,150.00!!


Aku : Takpelah lagipun ... saya dah ada life insurans dah. *memang aku dah lama ada life insurans bila abang aku sendiri galakkan aku  berbuat demikian. rasanya dalam 5 tahun dah kot. Abang aku cakap anything happen kat aku, at least akan dicover. Apapun minta dijauhkan segala yang buruk itu. Amin!*

Phonemarketing : Puan, polisi yang ini tak sama macam polisi yang puan ambil. Lagipun kalau apa-apa jadi puan bleh guna 2-2 sekali untuk claim. So ... puan pakai kad kredit ke? Saya akan bantu puan untuk buat pendaftaran mudah. 

Aku : Eh! saya tak buat keputusan pun nak beli polisi nie? Lagipun kalau bab guna kredit card melalui call nie, saya tak berminatlah! Saya tak percaya.

Phonemarketing : Kalau macam tu ... puan ada kad maybank yang ada buah cherry tu?? Kalau dengan kad maybank pun boleh. Janji setiap bulan puan kena masukkan duit RM35++ tu jelah.

Aku : Ermmm ... takpelah. Saya fikir dululah macam mana.


Sedap-sedap si minah insurans nie bercerita, MB sms aku. So, aku minta excuse sekejap sebab nak reply sms. Masa tu aku tengah jalan nak masuk lift dan ke kereta. Tiba-tiba call tu terputus. Aku ingat selamatlah dia tak akan call balik. Rupanya tidak! Masuk kereta tak sampai 5 minit call berdering dan aku terus angkat sebab tak tengok dah nombor yang appear kat screen hp. Ingatkan MB yang call.


Phonemarketing : Eh ... kenapa putus tadi??

Aku : Saya masuk lift tadi ... nak balik kerja. *jam dahh = 7.15pm...dah lah kat basement parking sorang-sorang. Seram giler!!*

Phonemarketing : Ok ... puan bagi data, saya bantu puan buat pendaftaran mudah dengan maybank.

Aku : Terima kasihlah, saya rasa tak berminat. Lagipun saya tak boleh buat keputusan dalam keadaan mendesak macam ni. 

Phonemarketing : Laaa kenapa puan tak nak?? Tak rugi pun. Cuma RM35+++ je sebulan. Belum apa-apa jadi puan boleh cakap mcm nie. Kalau ada benda jadi, puan menyesal tak beli polisi nie. 

Aku : Kan saya cakap tadi, saya dah ada polisi insurans. Jadi buat masa sekarang kewangan saya tak da lagi nak peruntukkan lebih dari satu insurans. Terima kasihlah call saya dan beri penerangan.

Phonemarketing : Oklah .. terima kasih! *Terus letak telefon tanpa kata-kata mesra macam 30 minit yang lepas. Hampeh je aku rasa!!*



Sepanjang perbualan, aku banyak berdiam dan menggunakan nada perbualan yang sopan. Dia terus bercerita tanpa beri aku peluang untuk aku bertanya lebih detail dan dia terus membuat persetujuan sendiri tanpa aku buat keputusan untuk beli atau tidak. Terus-terus minta data tanpa memikirkan aku nie nak ke tidak! Semuanya dengan paksaan! Aku memang tak suka manusia jenis memaksa tak tentu hala.  Aku pula species yang tak boleh dipaksa. Lagipun aku tidak berapa suka penggunaan credit card atau debit card dengan hanya call semata-mata. Hidup dah banyak berhutang jadi aku tidak mahu menambah hutang sedia ada lagi. Cukuplah tu!


Lagipun aku dah jadi adik yang mendengar kata, bila menerima pendapat abang aku untuk membeli life insurans 5 tahun lepas. Kemampuan aku hanya untuk beli satu polisi insurans sahaja buat masa sekarang. Duit yang aku ada sekarang untuk simpanan bagi pernikahan aku, beli rumah, beli susu pampers anak-anak dan buat mak ayah sorang sikit. 


Tak semestinya kau takda calon suami, tak boleh nak menyimpanan untuk tujuan berkenaan ye dak? Niat di hati yang ikhlas mesti ada! Bila akak ipar aku cakap ... "bila jumpa orang yang sesuai, tepat pada masa dan ketikanya, Insya-Allah segalanya dipermudahkan!" hu hu ... detik nie aku rasa menyesal gila sebab membelanjakan duit yang aku simpan untuk pernikahan aku dulu sesuka hati. Walaupun jodoh tu tak ada, sepatutnya duit tu aku simpan je! Kan dah nak kena kumpul balik ... Eh! tersasar dari cerita pasal si minah insurans tu plak. Apahal termasuk cerita bab nikah kahwin nie. hu hu ....


Rasanya dah berjela panjangnya aku taip! Ada ke yang baca  entri ini sampai noktah terakhir? Kalau ada thanks tau. Salam Jumaat untuk korang semua dan hati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali hokeh!




CK : Kerana nasi lemak semalam, aku kekenyangan sampai hari ini! Ada sapa-sapa lagi nak cakap aku kurus??? Silakan ...

Thursday, September 29, 2011

Jalan, Order dan Makan : Gerai Tepi Jalan, Taman Cempaka Nilai N9

Assalamualaikum ...


Hari ini aku siap kerja awal. Gigih seharian aku buat kerja aku, walaupun aku rasa agak slow. Renung dan termenung depan desktop aku tu tak tahulah berapa kali. Lama pulak tu. Rasa macam nak give up juga tadi bila aku tak dapat nak settle kerja-kerja nombor dan sistem tuh! Jenuh dok pusing-pusing nak selesaikan masalah kerja yang tak seberapa. Kadang aku nie jenis malas sikit nak fikir benda yang susah-susah. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku tadi. Syukur sangat!


Pukul 6.00 pm aku dah habis kerja. Siap-siap berkemas ... dalam 6.15 pm mulalah mencari arah. Mood aku memang takda untuk balik rumah awal. Rasa macam nak release tension. Tension? Rasanya takda pun aku tension. Niat hati sebenar memang aku nak pi jalan-jalan.


Lagipun hari ini MB hantar aku. So, aku dah ajak dia pergi jenjalan dulu baru balik. Makan ke apa ke? Nak tengok wayang ... malas nak pergi shopping complex. Alamanda tu lagilah ramai orang. Masing-masing pilih untuk pergi makan dan membesarkan perut. Tempat aku yang pilih!


Aku nak makan dekat gerai tepi jalan je! Well ... aku nie jenis tak kisah sangat asal tempat tu bersih dan sedap. Kira lulus buat tekak aku. Selalu sangat makan kat restoran boleh rebeh wallet aku dan MB. Sebenarnya aku dah lama pendam hasrat nak makan dekat gerai tepi jalan yang berdekatan dengan simpang tiga Taman Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Putrajaya - Nilai amatlah dekat. So, memang tak jadi hal. 15 minit drive dah pun sampai. 


Setiap kali balik pergi Seremban memang aku lalu sini kalau malas nak sangkut kat jammed di highway pada hujung minggu. Jalan nie memang jadi pilihan. Dari Putrajaya lalu Salak Tinggi, jumpa bulatan besar ambil pukul 3 ye ... terus sampai jumpa simpang 3 Taman Cempaka. Belok kanan. Gerai-gerai makan berada di sepanjang deretan jalan besar! Pilihlah mana korang suka ...


Aku pilih gerai tepi jalan yang pertama! Memang pilihan yang tepat .... sedap dan murah! Iloike. Dan kerana lokasi dan menu ala santai dia yang sedap ... aku balun terlebih pulak. Hancus sudah disiplin makan aku bulan nie. Tahu apa aku makan?? Meh jenguk sini sikit ....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Char Kuew Teow Kerang (CKTK) nie memang sedap! Lebih kurang sama dengan char kuew teow Pak Mat dekat Pasar Tani Putrajaya tu. Mabeles beb ... wa cakap lu! Memang aku rasa tak puas makan. CKTK nie diorder untuk aku. huuuu ... MB diet aku rasa. Sekarang nie pun aku tengok dia macam kurang makan kecuali masa open house dia terlebih makan. Tapi dia kongsi-kongsi skitlah CKTK nie dengan aku. Takdelah aku kejam nak bagi dia tengok je.





Tengok nasi lemak daun pisang nie, tak tau nak cakap ada dah. Even aku nie tak berapa suka melantak nasi lemak boleh jadi suka dengan nasi lemak nie. Terbaik sebab bungkus dengan pisang. Sekian lama juga aku cari nasi lemak macam nie. Nampak purbakala tau!




MB amik nasi lemak satu. Tapi bukan dia yg habiskan ... aku yang perabihkan nasi lemak dia. Memang dia pun puji sedap. Sambal pedas dan cukup rasa. Nasi wangi dan lembut. Cheeeeh ... dah jadi pengulas JJCM plak.





Ini rupa dalaman yang dah diselak sebalik daun pisang! Kerana nasi lemak ini yang buat aku tergoda giles ... aku habiskan nasi lemak MB then aku up lagi satu bungkus. Memang aku terlajak makan. Tapi oklah aku makan sebelum 8pm. Boleh lagi sampai rumah nak lompat-lompat kasi berpeluh. 


Memang malam ini aku makan banyak. Nasi lemak 1 + 1/2 bungkus dan CKTK yang mabeles super duper tuh! Semua total aku dan MB makan termasuk air cuma RM8.00! Murah sangatkan. Lokasi ini dah jadi pilihan aku pada masa akan datang. Kalau rasa teragak nak makan CKTK bolehlah drive sampai sini .... he he he .... jauh nau cari makan. Korang pun kalau nak try ... bolehlah! Manatau kot serasi dengan tekakkan!



Mata aku dah kuyu. Sekarang nie memang aku masuk tidur agak awal. So, aku nak tata titi tutu korang. Jangan berjaga sangat depan lappy, jaga kesihatan mata sama!



Thanks ya korang datang sini and thanks for reading too. Aku undur diri dulu yeee ....




CK : Macam menongkat mata aje skang nie! Ngantuk  sungguh!

KONSERT KEMUNCAK RAYA SURIA fm @ PUTRAJAYA

Assalamualaikum ....





Suria FM dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Konsert Kemuncak Raya Suria FM pada 01 Oktober 2011, bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 12.00 malam, di Dataran Putrajaya, Presint 3,  Putrajaya.

Bagi penganjuran konsert ini, 2 lorong jalan di Hadapan Kompleks PPj dan Istana Kehakiman bagi laluan persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 akan ditutup sementara oleh pihak PPj mulai 29 hingga 30 September (Khamis hingga Jumaat) (Hanya satu lorong jalan akan dibuka bagi tujuan laluan di kawasan tersebut pada tarikh-tarikh tersebut).

Kedua-dua belah laluan ini akan ditutup sepenuhnya bermula pada jam 5.00 ptg. 30 September 2011 (Jumaat) sehingga jam 4.00 ptg. 02 Oktober 2011 (Ahad).

Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik oleh pihak Suria FM.



CK : Nak pergi ... tak pergi ... nak pergi ... tak pergi?? ermmmmm

Wednesday, September 28, 2011

Awallah Pulak Hari Ini .... Biar Betik!!!

Assalamualaikum ....


Aku berentry dari office sorang-sorang!


Baru semalam aku buat entry pasal ini di sini. Tapi hari ini tetiba-tiba dah bukan bagai puteri lagi dia. Awal pulak dia balik kerja. 5.00pm dah balik. Jarang sangat dia balik kerja awal. Paling awal pun 6.30pm baru terhegeh nak balik dan ajak aku pergi jalan-jalan. Selalunya macam itulah! Sentap memanjang aku bila terpaksa menunggu dia ... sekejap dia tu boleh sampai hampir sejamlah!


Tapi hari ini awal pulak dia balik. Katanya nak rehat. Malam ini ada jemputan rumah terbuka membesarkan perut. Balik awal untuk relax-relaxkan perut yang romanticlah tu. ha ha ha. Malangnya aku pula banyak kerja hari ini. Masih tertenggek di office untuk berhadapan dengan sistem yang amat aku cintai selama ini. Malam ini juga aku tak boleh menumbuhkan ekor mengekori dia ke jamuan raya sebab aku kemalasan yang berganda!


MB beriya juga bertanyakan aku semalam semasa aku syiok layan bola Kedah vs Perak ... nak tak aku ikut dia? Malangnya jawapan adalah mendukacitakan. Aku nak rehatkan diri. Nak dok rumah! Tapi sebenarnya aku nak layan Jiwa & Lara. Sayang nak tinggalkan Aaron Aziz ... he he he! Mampus kena cepuk berganda kang. Kalau tiba-tiba aku berubah fikiran saat akhir atau dimaklumkan jamuan itu akan ada sate ayam yang mabeles ... mungkin Aaron Aziz yang aku sayang tu pun aku akan tinggalkan juga. hu hu hu. 


Kalau tak ikut pun ok juga, sebab weekend nie aku dan MB akan ke majlis kahwin kawan MB. Makan lagi! Malam ini kasi perut rehat ... kalau rajin aku akan masak pizza up side down lagi. Kalau rajinlah! 


Eh! Tiba-tiba pula aircond dah berhenti. Perlu ke aku cabut skang nie?? Tak paham pula kenapa budak-budak office aku awal pula depa mencapup! Kosong! Cuma yang ada aku dan kedengaran ketukan keyboard hasil kekejaman jari aku ini.


Aku stop sini dululah. Sambung kerja apa yang patut! Korang tu kalau dah kat rumah buatlah jejemput bilis cicah sambal .... perghhh sodap eh!


Thanks datang sini and thanks for reading too!



CK : Tadi dah beli maxis broadband ... mungkin akan terminate streamyx! Usaha menjimatkan kos ... hu hu


Tuesday, September 27, 2011

Bagaikan Puteri??

Assalamualaikum ...


Situasi di morning yang hening tapi mencabar jiwa yang tak berapa kental!



Setelah 30 minit menanti sampai nak berlinang airmata ....

Aku : Ish ... awak sllu je lambat! Jenuh saya tunggu ...

MB : Eh! ye ke lambat? Awal dah la nie ...

Aku : Awal apanye ... dekat sejam saya tunggu awak tau. Bersiap macam Puteri Saadong jerk!

MB : Ish ... kalau Puteri Saadong ... 3 hari dia bersiap. Lagi lambat dari saya. Kalau nak pergi jalan-jalan hari Selasa, hari Ahad dia dah siap. 

Aku : Haaa tulah! Kalau saya cakap ... menjawab memanjang!

MB : Pagi-pagi tak elok bebel *senyum sumbing*




Bila dah selalu sangat berhadapan, aku dah sebati dengan kelambatan dia. Kadang-kadang kelambatan dia buat aku mengalir airmatalah juga. Sebak hati aku kalau dia lambat. Akukan hati macam ais batu, keras konon ... kena panas terus cair! Meleleh ....


Aku pernah menunggu dia selama 45 minit dalam kereta hanya semata-mata dia tidur mati! Nasib baik SETIAKAWAN aku dan dia meninggi diri! Tapi kalau saya lambat dia akan bebel selori. Pastu aku pun buat-buat pekak sepanjang jalan. Sebab aku tak kisah sangat kalau dia bebel ... aku tahu lama-lama dia akan diam sendiri. Dah sebati ... pandai membebel, pandailah berhenti!


So, bila dia lambat aku akan cakap dia puteri! Kalau putera rasanya awal kot. he he he. Kalau dia ada meeting ke hape ke hujung minggu ... manjang aku kena remind dia, gerak sejam lebih awal! Jangan pergi lambat! Jangan pergi lambat! 


Apapun kekurangan dia sebagai kawan baik aku selama 8 tahun ini, ketidaksempurnaan dia itu adakala melengkapkan kelebihan yang ada dalam diri aku. Aku lebih suka buat sesuatu lebih awal. Last minute kadang-kadang bila keadaan memaksa atau mood aku tengah weeeng tak bertempat! 


Bila dia selalu membawa sikap 'bagaikan puteri' ... lama-lama aku dah tak heran sangat dah dengan kelewatan dia. Ada masanya aku pula buat dia tunggu aku ... tapi bukan disengajakan. Kalau aku ada hal, suka tak suka dia akan tunggu, walau dengan wajah masam mencuka. Rasanya cuka pun tak masam macam tu. ngeh ngeh ngeh ....


Untuk memahami seseorang amat susah, tapi bila kita dapat menerima seadanya, bersyukur semampunya, kekurangan itu akan menjadi satu kelebihan!

Aku nak pergi siap-siap nak layan drama Jiwa & Lara kat TV3! Tak sabar nak tengok Aaron Aziz walau dia berlakon jahat ... 


Oklah ... tata titi tutu! Thanks for coming and thanks for reading too!




CK : Bersenang dengan orang lain, bila susah payah mencari orang lain pulak .... kenapa???





Menjakun Di Jamuan Raya PWTC!

Assalamualaikum ....


Sepatutnya last week lagi aku update pasal Jamuan Raya di PWTC! Tapi entah macam manalah boleh tercicir aku pun tak tahu lah. Terlalu banyak cerita atau aku malas benor nak update entry sampai ada yang terlepas ke belakang!


Gini ceritanya,  last week aku beriya ajak MB pergi Jamuan Raya @ PWTC. Tempat jatuh lagi dikenang. PWTC inilah bermulanya sejarah aku menjejak kaki di KL. Terus jadi anak perantauan sampai sekarang. 10 tahun lepas aku kerja dengan MOCAT (Ministry of Culture, Arts & Tourism) sebelum Kementerian ini berpecah menjadi 2 Kementerian iaitu Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.


Dulu aku kerja Bahagian Sumber Manusia, Tingkat  21 di PWTC. Kawan-kawan kat sana memang best. Tapi sekarang masing-masing dah ada haluan sendiri. Dulu, setiap kali ada jamuan raya di Dewan Merdeka ... pastinya ada jemputan. So, tiap-tiap tahun aku akan turunlah pergi jamuan raya. Kadang tak makan sangat pun, lebih seronok nak tengok VVIP. Itu je. Maklumlah orang kampung, menjakun bila dapat tengok menteri face to face! Boleh balik cerita kat orang kampung he he he!


Setelah meninggalkan PWTC sekian lama, sejak tahun 2004 ... aku dah tak menjejak kaki ke sana kecuali masa aku ada kursus kat Pan Pacific tahun lepas. So, bila aku terbaca pasal jemputan untuk orang ramai ke Jamuan Raya di PWTC terus aku ngajak MB. Nasib baik dia nak pergi. Itupun sebab nak jumpa boss dia yang jadi tuan rumah majlis tu ... kalau tak mesti dia tak terima ajakan aku. Dapat juga aku pandang boss MB dari dekat. Face to face lagi you .... Suwetnye muke .... ngeh ngeh ngeh!


Memang meriah jamuan tu. Bukan setakat dihidang dengan makanan tetapi juga ada hiburan. Nash pun ada tau. Syanie. Lain-lain aku tak kenal sangat sebab aku dah lama bersara ambil tahu pasal artis. Macam-macam makanan ada. Setiap negeri! Ada sate, nasi kerabu, roti jala, daging panggang black pepper, mee rebus, mee goreng, laksa .... macam-macamlah! Dalam macam-macam benda yang aku pandang, ada sejenis kuih yang menarik hati aku! So, bila MB offer untuk ambilkan ... aku angguk je laju-laju. 





Inilah kuih tu. MB ambik dari gerai N9. Dia kata kuih nie namanya apam. Bab namanya apam memang tak heran sangat bagi aku sebab mak dah selalu buat. Memang antara peberet juga. Tapi yang peliknye kenapalah dibungkus bagai dalam daun berkenaan.



Daun berkenaan dia kata adalah daun rambai. So, kat situ aku dah menjakun. Mak aku tak pernah pun buat apam lagu ini. Sambung MB lagi, kuih apam yang dibungkus daun nie selalunya orang asli yang buat. Aku memang jenis pemalu bab tapau menapau di khalayak ramai. Kuih apam nie MB yang ambilkan untuk aku ... dia suruh bawa balik then rasa! Huuuu malew tul ... pergi jamuan makan yang ada VVIP siap tapau menapau. Tak suke hokeh! Bila dah nama pun rezeki, aku menerima dengan tanda syukur!



Yang bestnya, tak sangka pula nak jumpa dengan Lavender kat jamuan raya nie. Tapi dia lagi awal dah update entry pasal nie. Aku jer ketingggalan keretapi. Yang penting dia menapau kuih apam berbalut daun tu untuk Mr. Z rasa .... hu hu! Baiknye awak ... he he he. Mithali tul awak ye ....



Mata aku dah sarat sangat dengan rasa mengantuk! Lainkali pulak kita sambung cerita ... bila aku rajin akan aku update entry beserta gambar. Harap korang tak jemu datang and baca blog kedaung aku nie yeeeah!!



Thanks datang sini and thanks for reading too!



CK : rindulah pulak ... alahai!

Sunday, September 25, 2011

Hatiku Kuciwa!! Huk Huk ....

Assalamualaikum ...



Akhir-akhir nie, mood aku update blog dah kurang. Idea juga kurang. Mood ala-ala sahaja. Kadang aku buka blog ... pandang je sampai dan 1/2 jam. New post ... kosong! Serius cam hape lagi aku rasa. Paling aku bengang 2 hari lepas aku taip entry panjang berjela. Cerita cinta kot? Rasanyalah ... last-last entry tu terpadam macam tu sahaja. Hangin aku ... terus pangkah di sebelah kanan sudut atas. Log off lappy then aku tidur! Geram punya pasal. 


Dalam folder lappy aku ada macam-macam gambar yang aku dan MB ambil. Tapi ... malas nak bercerita pasal gambar membuak-buak. Nak edit satu hal. Nak update dah jadi dua hal. Sudahnya berkulatlah gambar tu dalam folder.


Mood aku dari semalam pula memang tak best bila percutian ke Terengganu dibatalkan saat akhir. Patutnya hujung minggu nie aku ke sana. Ke majlis kahwin member baik aku. Tapi memang dah bukan rezeki. Tak dapat pergi. Nampak gayanya ke Melaka sahajalah nanti, majlis sebelah pihak lelaki. Masa MB cakap tak jadi pergi, sedih pun ada. Aku dah siap simpan duit, siap nak book hotel dah. Terus kuciwa dan duka lara hati ini.


Aku dan Lavender sangatlah sedih sebab tak dapat pergi Terengganu. Ayah Mr. Z nak pergi Mekah ... then tarikh yang sepatutnya pergi Terengganu tu ada majlis doa selamat. Alasan yang munasabah, jadi tak dapatlah aku nak emo tak tentu hala. Redha! MB naklah kena pergi rumah Mr. Z untuk majlis doa selamat tu.



Terkulat-kulat aku dengan Lavender, nak pujuk untuk pergi juga seakan rasa kejam di hati. Kalau bukan alasan tu mahu juga aku terkinja-kinja untuk memujuk. Takkanlah aku dengan MB sahaja nak pergi berdua, memang tak bestlah sangat. Kalau beramai boleh juga bahankan orang tu sorang sikit. Meriah! Sebagai memujuk hati yang sedikit terluka ... MB dah janji akan bawa juga pergi Terengganu awal tahun depan! Yeahhh ... pergi beramai katanya. Boleh beli batik banyak-banyak!



Tahun depan juga mungkin nak pergi Sabah. Tapi ticket Airasia yang murah tu tak dapat pun aku book. So kenalah tunggu tahun depan kalau-kalau Airasia  buat ticket murah lagi. Kalau tahun depan dapat pergi Sabah, cuma tinggal Labuan sahajalah belum pergi. Then untuk tahun-tahun berikutnya ... akan ke Bandung, Bali, Phuket, Taiwan,  ... mungkin! Itu plan akulah ... 



Aku nak pergi rawat hati yang duka lara tak dapat pergi jalan-jalan ke Terengganu. Baru berangan nak makan keropok losong dan borong keropok ikan ... sudahnya tinggal harapan je! huk huk ....



Thanks datang sini and thanks for reading too!


CK : Ingat dapatlah pergi snorkeling ... huwaaaaaaaa

Serius Sedap! Mee Goreng Mamak Style Kampung ...

Assalamualaikum ...



Aku kalau balik pergi Seremban, kat Rantau ... sure nak makan mee goreng mamak style kampung. Memang sedap. Teringat mee goreng yang ayah aku selalu beli kat kampung masa kecik-kecik. Sekarang jumpa balik mee goreng macam nie. 


Ini baru 2 kali aku makan mee goreng nie, sedap dan bertambah sedap kalau digoreng skali dengan ayam goreng. Mee goreng kat Kassim Coffee Shop, Ladang Bradwall, Rantau nie ... bukan semua orang dapat merasa. Kadang cepat je habis.

Lebih sedap sebab boss dia, En. Basheer yang gorengkan. Cuma aku nak cakap mee goreng nie rasa dia memang lain dari yang lain. Ada rasa macam kacang sikit rencahnye! Best sebab kawan MB yang gorengkan. Untung lor dapat kawan camnie, boss yang goreng mee tu sendiri.



Sekarang nie aku rasa macam nak makan mee goreng nie lagi. Macam tak puas pulak makan. Mulalah kepala nie dah plan nak ajak MB balik Seremban lagi. Mau makan mee goreng nie ...







Rupa paras mee goreng mamak style kampung untuk tatapan korang. Kalau korang terliur tengok gambar, pastinya korang akan teringat kalau dapat merasanya sekali. Pasti nak makan dan makan lagi. Macam akulah. Asal balik Putrajaya mesti teringat mee goreng nie. Nak cari kat KL atau Putrajaya mee goreng macam ini memang tak dapatlah!



Aku sedang melepak kat rumah sambil layan semua gambar makanan dalam folder lappy aku! Lapar pula rasanya.





CK : Apalah nak buat hari nie??

Friday, September 23, 2011

Andai Allah Beri Kekuatan ... Lupuskan Semua Derita Semalam!

Assalamualaikum ....



Bertemu
Bercinta
Berkasih ... dan 
Tanpa diduga
Perpisahan menjelma!


Kembang Macam Apamlah ... CUN Beb!!

Assalamualaikum ...



"Kembang macam apam!"


Alhamdulillah, aku masih sihat. Masih boleh berkata-kata tanpa suara di sini. Aku semakin pelik dengan keadaan manusia sekeliling aku. Apa sahaja yang ada pada aku memang tak kena pada mata mereka. Aku pula bukan jenis manusia yang nak usik manusia lain. Kalau orang tu tak rapat dengan aku, takda masanya aku nak fikir hal engkau, kembang macam apam atau sebaliknya!


Tadi, masa jamuan raya di office aku, ada seorang 'jemuan' tegur aku. Biar panggil dia jemuan, sebab aku memang tak suka perangai dia yang bertalam 2 muka. Nampak baik, tapi menikam dari belakang. Spesies jemuan lelaki yang tak sedar diuntung dan tak tahu nak bersyukur dengan rezeki Tuhan. Si jemuan inilah! Rasanya dari awal aku kenal dia, memang aku dah sah-sah comel. Dengan kadar berat yang masih boleh ditimbang. Penimbang tu pun belum pernah rosak kerana berat aku. Setia je dia menerima aku berdiri atas dia dengan rela. Serius setia! Lagi pun, berat aku bukannya sampai seberat anak lembu pun, entah apa yang nak dikecoh!


Penimbang yang timbang aku seminggu sekali tu pun dah hafal berat aku. Jangan lebih angka 6 katanya! Cuma sebab ketinggian aku yang tak berapa tinggi, orang nampak aku memang bam-bam. Si jemuan yang tegur aku tu pun, gemuk dan pendek. Tapi perasan handsome agaknya! Mulut dia kalau mengata orang macamlah dia handsome macam Aaron Aziz! Tak sedar diri tu spesies lelaki pendek yang buruk perangai. Kuat mengipas boss. Pastu siap dok kaut-kaut kontrak tak berapa nak halal sana sini. Nasib baiklah aku dah blah dari department lama tu, semuanya sebab sikap jemuan-jemuan macam si jemuan inilah. Kerja malas. Bodek laju! Hampas kelapa tua gugur sebelum masa betul!


Manusia ini memang suka mengata. Orang lain yang bam-bam, tapi orang lain terasa berat! Hiks ... Bila orang cakap aku bam-bam sebab hati senang, ye aku mengaku aku senang hati keluar dari neraka kecil hujung sana! Serius masa aku stay kat sana ... Tuhan sahaja yang tahu bagaimana aku tertekan dengan keadaan kerja yang tak habis bodek boss sana-sini. Fitnah orang tu! Fitnah orang ini! Petisyen orang tu .... burukkan orang ini. Itu belum bab guna kenderaan kontraktor buat macam kenderaan sendiri dan belum masuk bab suruh budak-budak baru tolong punch kat officer yang dah otai! Gile beb ... sebab itu aku doa siang malam agar aku dapat pindah dari situ. Serius kehidupan aku terencat kat sana. Aku memang tertekan tahap maksima.




Hello si pendek lelaki! Renti-rentilah mengata, mengutuk dan menghina orang. Paling penting ... berhentilah menjadi manusia talam bermuka-muka. Sana pun kau kaut, sini pun kau kaut.



Sorry ... entry ini melepaskan perasaan ke atas sikap manusia yang keji! ampun ya ....



CK : Esok kalau aku macam lidi, mesti kau cakap aku putus cintakan?????

Thursday, September 22, 2011

Kismis Doa Dari Seorang Ibu!

Assalamualaikum ...


Rindu kat mak ayah aku! Kalau kampung tu dekat, rasanya setiap minggu aku balik. Walaupun kat kampung aku tak ada pun ramai kawan, pergi mana pun berkepit dengan mak. Tapi happy apa! Sampai kawan-kawan sekolah selalu cakap aku nie anak mak. Tahu kenapa? Kalau aku keluar pergi town, mesti berjalan dengan mak siap-siap pegang tangan! Memang tak pandang kiri kanan dah, pergi sekolah terus kena kutuk-kutuk dengan member.


Masa aku belajar dulu, mak rajin bekalkan kismis sebagai 'ubat' untuk kuatkan memori. Mula dari sekolah menengah sampai aku sambung study kat U sana. Kismis yang mak beli kat Pekan Rabu tu bukannya terus beri pada aku, tapi mak akan buat solat hajat dan baca doa-doa tertentu yang diambil dari Al-Quran. Bukan untuk aku sahaja tapi juga untuk abang dan adik-adik! 


Mak cakap itu adalah salah satu usaha dia sebagai seorang ibu, usaha selebihnya ... anak-anaklah kena rajin baca buku dan ulangkaji pelajaran. Kalau harap pada kismis yang telah didoakan itu semata-mata tak susah jugalah nak score dalam exam! Apapun kismis doa yang dibekal mak itu memang ada kesannya. Sejak tinggal zaman belajar, aku takda lagi nak makan kismis doa dari seorang ibu


Pernah juga aku minta mak buat masa 2-3 tahun lepas aku dah bekerja, memang mak penuhi permintaan aku, cuma katanya dia harap lepas nie aku kena belajar buat kismis doa itu sendiri buat bekal pada anak-anak aku nanti! Insya-Allah ... kalau aku ada anaklah.



Rindu semua keadaan itu. Mak aku selalu cakap, dia takda rezeki nak belajar hingga peringkat tertinggi kerana kesusahan dan desakan hidup masa dahulu, jadi hanya anak-anak sahaja jadi penyambung cita-cita. Menitis airmata! 


Ibu ... ayah sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak. Tapi anak-anak tak tahulah sanggup atau tidak berkorban untuk ibu bapa. Tepuk dada ... tanya hati dan akal sendiri. Termasuk aku juga!


Aku nak share dengan korang petua ibubapa yang aku dapat dari FB Farit Ismeth Emir. Mungkin ia bagus untuk dikongsi bersama. Moga korang yang dah ada anak akan jadi ibubapa cemerlang. Amin ...



• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

• Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.

• Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.

Sudah lewat malam. Mata aku dah mengantuk. Lain kali sambung lagi. Thanks ya datang sini dan thanks for reading too ....





CK : Jamuan kat PWTC siang tadi ... memang menarik!! Dapat juga aku cekau sate .... peberet!

Tuesday, September 20, 2011

Main Dengan Toys Lagi Ye??

Assalamualaikum ....



Aku tengah layan drama Jiwa & Lara kat TV3. First time tengok, tak tahulah drama nie best ke tidak. Bila tengok Aaron Aziz berlakon jadi 'jahat' ... teringin pulak nak layan drama. Memang aku nie kaki drama Melayu pun. Dan perangai aku dah tumpah kat anak abang aku yang kedua. Kami sama-sama suka layan drama Melayu!



Sambil-sambil layan Jiwa & Lara, time tu jugak aku try main dengan toys aku lagi. Malam nie buat upside down pizza untuk dinner aku and my sis. Kurang mabeles pizza nie sebab oregano dan mozarella cheese non ado. So, aku cuma guna kraft single cheese tu ... bolehlahkan dari takda langsung! Rasa filling dia bagi aku sedap dan pedas sebab aku letak cili api. Ini dikira upside down pizza versi Melayu Malaysia sebab ada cili api. Cuma dough dia je kurang mantap pada lidah aku. Memang wajib upgrade pada masa akan datang!



Apa-apapun aku tetap nak tayang kat korang rezeki diberi Tuhan untuk aku malam nie! Dah selamat aku makan dengan my sis. Ada balance sikit untuk dibekalkan esok pagi pergi kerja. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v




Kasi korang terliur sket sebelum masuk tidur! he he he. Oklah aku nak sambung kerja-kerja di dapur. Nanti kita sambung lagi esok. Aku tengah memikirkan resepi apa lagi aku nak try yang  boleh guna toys aku tu. Rasa macam belum puas lagi masak-masak dengan toys tu!



Thanks ya datang sini and thanks for reading too! Goodnite ye .... tidur awal weh, esok keje!




CK : Budak baru belajar!

Masa Yang Pergi ... Tiada Ulang Tayang Lagi!

Assalamualaikum ....



Morning u'olls! Segar-segarkan pagi korang. Mulakan dengan Bismillah dan doa moga segala urusan dipermudahkan hari ini. Amin. Jangan jadi macam aku semalam, rasanya semalam adalah hari gagal aku waktu bekerja. Serius. Aku mempersiakan 8 jam waktu bekerja aku hanya kerana sejuk! Rugi sangat ... masa yang pergi tiada ulang tayang lagi untuk aku. Dan juga untuk engkau yang sedang membaca di sini!



Keadaan office semalam amat sejuk. Bertambah sejuk bila ramai yang tiba-tiba ambil cuti kecemasan selepas kita sambut Hari Malaysia pada 16 September 2011. Mentang-mentanglah cuti umum itu jatuh hari Jumaat dan bersambung Sabtu Ahad, maka ramai menyambung hingga ke Isnin agar rasa cuti berkembar itu lebih panjang. Wajar ke? Terpulang pada diri masing-masing melihat kewajaran itu.



Sepanjang 3 hari cuti, 2 hari aku bekerja. Ahad memang aku rehat dan melayan rumah terbuka. So, aku memang tak merasa penat sangat sebab masih ada 1 hari untuk diri sendiri ... berehat dan melapangkan kepala dari memikir soal kerja. Cuma semalam aku rasa amat bersalah pada diri. Sebab aku tak mampu melaksanakan tugas sendiri. Sejuk. Rasa beku tangan dan kaki. Bertambah dengan kebosanan yang melampau. Aku terus melangut di work station sendiri sambil memandang fail yang semakin kurang timbunannya. Bilalah dapat habiskan semua nie?? Rasa nak muntah bila melihat fail-fail yang dah lusuh nie. 



Aku tahu selagi aku di situ, kerja aku tidak akan habis. Tidak! Sebab itu memang kerja aku. Ulang-ulang pasti benda yang sama. Bosan! Tak macam dulu. Buat event. Memang jiwa sangat. Kalau kau memang belajar dan praktikkan apa yang kau belajar pasti akan bersatu menjadi satu jiwa. Sekarang? Apa yang aku belajar tak sama dengan apa yang aku kerjakan sekarang. Tapi aku perlu juga belajar. Belajar untuk menerima. Belajar ilmu baru! Tahun ke-3 di department baru ini. Sekejap sangat. Rasa macam baru semalam aku tercampak di sini!



Aku mahu puas dengan kerja ini. Jika aku memikirkan soal bosan. Sampai bila-bila ia akan bosan. Jadi aku sering cari ruang menjadikan ia satu perkara yang menyeronokkan. Belajar mencintai secara perlahan dan semulajadi. Memang payah. Belajar membelai walau terasa berat di hati. Perit. Tapi sebenarnya lama-lama sayang dan kasih itu akan tumpah sendiri bila kita sentiasa percaya, "ini rezeki yang Tuhan beri pada aku ketika ini!". Syukur. Kau pasti akan tersenyum. Mula, pasti akan rasa seakan benci, namun lama-lama pasti akan tetap jatuh cinta dengan kerja sendiri! Kepuasan?? Pandai-pandailah cari ...



Jika korang bosan dengan kerja sendiri. Belajar-belajarlah untuk memotivasikan diri. Sebab ... korang mesti fikir dan sentiasa fikir kalau ingin bekerja di situ dalam masa 10 tahun akan datang, perlu ke menyatakan kebosanan terhadap tugas sendiri selama 10 tahun?? Buku motivasi banyak di pasaran, setakat 1 buku sebulan ... mustahil tak mampu di beli! Kalau tak salah aku, sebuah buku motivasi yang paling biasa-biasa sangat pun harga dia tak sampai RM20.00! Mesti korang mampu belikan. Bukan untuk siapa-siapa pun .... untuk diri sendiri jugakkan ....



Untuk buang rasa bosan dan malas, tiap-tiap pagi aku amal baca ayat seribu dinar (moga aku murah rezeki), surah Al-Insyirah (moga urusan aku dipermudahkan) dan ayat Kursi (moga aku dilindungi).  Korang boleh cuba, amalan yang diajar oleh mak aku sendiri. Yakin ... baru menjadi!



Bekerja dengan senyuman. *ada masanya aku malas juga nak senyum ... he he he. Lahirkan keikhlasan ... pasti cinta hadir dengan memberi kebahagiaan! Thanks ya datang ke sini dan thanks for reading too!



Opsss ... sebelum berundur dan sebelum lupa. Khas untuk adik aku. "Selamat Hari Lahir" untuk adik aku yang sulung. Hari ini ulangtahun kelahiran dia! Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin ....




CK : Mencari sebab ... kenapa dan mengapa dia begitu baik sekali seminggu dua ini??

Monday, September 19, 2011

Seakan Ia Tidak Bersatu, Cuma Tuhan Yang Tahu!! # Part 2

Assalamualaikum ....


Sambungan PART 1!


Malam ini aku cuma nampak satu bintang. Puas aku renung kelam malam. Puas aku telek ke kiri dan ke kanan. Cuma satu bintang yang kelihatan. Kau masih ingat ... kita pernah mengira bintang bersama. Kerja gila bukan! Tapi aku suka. Kau kan tahu aku sangat cekap membaca dan mengingati plat kenderaan. Itu kelebihan aku. Setiap kali kau pasti bersuara, "saya tak ingat nombor kereta macam awak, tapi bila tengok kereta saya dah tahu tuannya siapa!".



Malam ini aku mengira bintang sorang-sorang. Nasib baik cuma satu bintang yang keluar, kalau tidak dah pasti aku tidak tidur sampai pagi. Penat mengira bintang. Kau tahu, aku rindu kau dan kasih sayang kita. Sungguh! Dan aku masih menerima sms sayang dan rindu kau pada aku. Aku senyum. Jujur aku tahu kau masih sayangkan aku. Tapi ... seakan ia tidak bersatu antara kita. Aku faham. Semua cerita telah jelas kelihatan. Tuhan itu lebih berkuasa.



Aku teringat cerita tentang kita mula-mula dulu. Kelakar!



"Terima kasih hantar saya ... dan temankan makan sekali dan bayarkan juga!". Sipu-sipu malu aku. Terasa betapa bestnya malam ini. Aku keluar dengan kawan yang memang aku suka. Kawan. Cuma pandang-pandang dari dekat. Ada ke getaran hati pada dia? Eh! mana boleh ... rasanya dia dah ada empunya di hati. Rasanyalah!


"Sama-sama ....erghhh saya....!". Kau macam nak cakapkan sesuatu pada aku waktu tu. Serius aku tunggu perkataan yang nak keluar dari mulut kau. Aku pandang kau dan kau pandang aku. Diam.


"Takpelah .. saya balik dulu!". Kau berlalu ... tapi aku perasan langkah kau macam terpaksa sahaja. Aku pun terus kuncikan grill dan sebelum pintu ruma tertutup rapat aku terpandang kau berpatah balik melangkah menuju ke rumah aku. Kau ada tertinggal apa-apa ke? Rasa aku tidak!


"Ermmm ... ada tertinggal apa-apa ke berpatah balik nie?" ... Laju sahaja aku persoalkan. 


"Saya ada perkara nak cakap kat awak. Dah lama saya simpan. Saya dah tak mampu nak simpan lagi. Terpulang pada awak untuk menilai ia bagaimana dan seperti apa!". Sebaris-sebaris ayat tu laju keluar dari mulut kau. Aku diam. Dan kau pandang. Grill masih berkunci.  Dan grill itu memisahkan kita pagi-pagi buta itu. 


"Apa??" ... Aku memang nak tahu sangat apa yang kau nak luahkan. Aku tunggu!


"Saya sayangkan awak selama ini!". Mata kau berair. Aku lagi terdiam. Gila kau pagi-pagi buta macam ini kau cakap sayang aku. Aku memang diam. Eh! bukan dia memang ada empunya ke?


Aku diam dan kau masih punya kemahuan menyambung kata-kata yang terhenti. Serius aku buntu. Mimpikah? Kau yang hari-hari aku pandang. Kadang-kadang seminggu kau tak bercakap dengan aku. Malah ada sahaja hal yang kau cari dengan aku. Perli pasal aku jangan cakaplah ... bertimbun-timbun. Hinggakan ada masanya aku kecik hati. Aku sabar. Anggap semua tu gurauan. Tapi ... kata-kata kau pagi-pagi buta ini gurauan juga ke? Air mata yang bergenang di kelopak mata kau itu gurauan juga ke?



"Saya patah balik jumpa awak, sebab saya rasa ini sahaja peluang yg saya ada. Saya kuatkan diri saya untuk bercakap. Untuk luahkan. Hingga saya cakap tadi pada diri saya, kalau saya tak patah balik utk cakap sayang saya pada awak ... tentu saya tak ada peluang lagi!" ..... 



"Bukankah awak dah ada empunya?" ... Penting aku minta kepastian dia. Gila kau nanti orang cakap aku perampas. Memang aku suka tengok dia. Cara dia. Sikap dia. Walaupun dia bukan lelaki Melayu terakhir pun. Tapi seolah ada hubungan kimia antara kami berdua. Cis .... ye ke? Ke aku je yang perasan! ha ha ha ...


Aku ingin kepastian dari dia sejujurnya!


++++++++



teeet ... teeeet ....sms masuk lagi! Inbox,  "masuk tidur awal, dah pagi Isnin dah. pagi nanti nak bangun awal pergi kerja. awak jangan nak mengadap lappy je. nite ya!".


..... cerita di atas maybe bersambung! aku kena masuk tidur.


Entry yang korang baca nie, aku tulis siap-siap selepas balik dari Senawang. Ini memang autopublish entry. Sila percaya. Aku pergi open house yang ada sate sedap petang tadi! Tapi aku tak suka akan kegedikan ... beberapa princess atas stage tu. "Lavender, awak tahu tak ... dia tak salam kita pun tadi. Nampak sangat kita bukan  princess tau".





Thanks ya baca kata jiwang rekaan aku ... dan thanks datang sini!!




CK : Memang gedixkan korang. Bila tuan majlis terlebih gediz, aku yg jadi tetamu rasa menggeleng kepala sahaja!

Tabiat Kita Melambangkan Pemikiran Kita

Assalamualaikum ....


Morning frenzs! Sharing is caring!



Kita akan memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:


1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.
5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga 6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.
7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.
13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.
14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.
15. Mahu orang lain hormat kita, tetapi susah untuk kita menghormati orang lain.
16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.
17. Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.
18. Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tidak sanggup dikalahkan.
19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
20. Tidak mahu berubah, selesa kekal dengan yang ada.
21. Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tidak menghormati keputusan mereka.
22. Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.
23. Amat menjaga sembahyang, tetapi mulut memaki-maki dan hasad dengki selalu.



Sendiri fikirlah ye! Thanks and credit untuk Pak Ngah!



CK : Jenguk-jenguk diri sendiri terlebih dahulu!

Sunday, September 18, 2011

Seakan Ia Tidak Bersatu, Cuma Tuhan Yang Tahu!!

Assalamualaikum ...



Kisah lembaran yang lalu. Saat aku sendirian. Kau datang hulurkan kasih serta harapan. Aku tersenyum. Aku terdiam. Ini cuma cinta manusia. Tapi tetap aku rasa percaya. Jika tanpa sebab tidak mungkin Tuhan hadirkan kau untuk aku, melengkapi kerongakan puzzle kehidupanku. 


Kita seiringan. Ketawa dan senyum. Sesekali airmata tumpah kerana hati diguris. Kau rawat. Kau sembuhkan. Kita ketawa dan senyum semula. Begitulah berulangkali. Hingga. Aku terlena dalam dakapan cinta manusia yang sementara. Sungguh! Aku bahagia. 


Siang malam aku panjatkan doa. Bangun di malam yang gelap. Walau ada masanya tiada bulan menemani, jauh sekali bintang di langit tinggi lagi kelam. Merintih pada Tuhan yang SATU. Menangis dalam esakan dan sendu! Sandarkan harapan sepenuh hati. Kerna aku seyakin manusia tentang apa yang diberi Tuhan dan tentang apa yang aku miliki. Sungguh aku sayang kamu!


Hati aku, mulut aku tidak pernah berhenti dari berkata-kata dan berbual bicara dengan Tuhan tentang cinta dan kasih sayang kau dan aku. Aku dan kau bukan semulia dan sebaik manusia. Tapi aku berhak miliki bahagia. Aku berhak miliki gembira. Aku berhak menadah tangan untuk berdoa. Maka itu yang aku lakukan. Usaha terakhir. Hanya pada Tuhan segalanya disandarkan!




Tuhan! Andai dia yang kau takdirkan untuk menemani perjalanan hidupku di dunia sementara ini. Maka aku mohon padaMu, dengan rahmatMu, dengan kasih sayangMu pada hambaMu ini, satukanlah hati aku dan jua hati si dia. Kekalkanlah hubungan ini hingga ke hujung nyawa dan hingga berjumpa di sana nanti. Limpahkan kasih sayang antara kami berdua dengan rahmatMu agar ia berpanjangan. Serta kau permudahkanlah urusan kami di dunia ini dalam menuju ke syurgaMu Ya-Tuhanku.


Namun, Ya-Tuhanku! Andai ... telah Engkau tentukan aku bukanlah tulang rusuk kirinya, bukan teman kehidupan si dia. Aku mohon padaMu, berikanlah aku segala kekuatan untuk menghadapinya. Aku mohon dengan kasih sayangMu Ya-Tuhanku, permudahkanlah urusanku untuk melupai cinta kasih sayang yang tidak menjadi satu ini dan berilah kekuatan untukku memaafkan segala kekhilafannya. Limpahkan aku dengan kesabaran untuk menerima bahawa segala ketentuan adalah milikMu Ya-Tuhanku dan percayakanlah diriku bahawa hati si dia jua digerakkan olehMU tatkala cinta tidak bersatu!





Siang malam doa itu aku hanyutkan sebelum aku melelapkan mata. Persediaan untuk aku redha atas sebarang kemungkinan tak terjangka.  Sebagai hamba, doa adalah milik kita. Berusaha adalah hak seorang hamba. Namun, harus menerima bahawa ketentuan adalah milik Tuhan!


Di saat aku perlukan kasihmu. Kau tagih kasih yang lain. Di saat aku menjadi manusia begitu setia pada cinta. Kau khianati sekelip mata. Di saat aku menitiskan jernihnya airmata. Kau makin jauh pergi, genggaman tangan kita tidak lagi bersatu. Di saat aku rindukanmu, yang ada hanya kenangan yang hadir antara kita! Menemani perjalanan sepiku!


Jernih airmata yang tumpah semakin kering dan kering. Masa menjadi penawar untuk segalanya. Airmata telah menjadi sebuah senyuman. Hadir kau bersebab. Pergi kau bersebab. Aku menerima. Walau aku pernah rasa amat terluka. Aku tidak lagi tahu sunyi itu apa? Tidak sempat berfikir bagaimana rasa sakit terluka? Tapi ... setiap cerita, setiap perjalanan masih segar dalam hati dan ingatan. Aku ambil segalanya sebagai iktibar dan pengajaran buat menemani jalan kehidupan! 



Cuma aku tak pasti kenapa aku perlu menangis di saat kau menangis kerana melalui kisah yang sama seperti kau pergi dariku dulu? Kau pasti tahu sebabnya bukan??









Teeeet...teeet....teeet! SMS masuk ... check inbox!



"Nak pergi open house tak?? Jangan nak feeling lebih pasal cerekarama semalam".



Perghhh .... sebab cerekarama semalam aku terbuat entry sedih pagi nie! Ianya sekadar tulisan. Jangan persoalkan apa-apa. Ia hanya cerita semata-mata. TAPI ... doa di atas korang boleh amalkan sebagai satu kekuatan buat diri. Sebab selalunya kita tidak tahu apa yang akan terjadi, doa milik hamba Tuhan begitu jua usaha, apapun bersedia untuk sebarang kemungkinan dari segi mental dan hati adalah baik! Kalau pun kita jatuh, kita pasti boleh bangun semula walaupun bermula dengan merangkak .... pasti kemudiannya kita akan boleh berlari lebih laju dari dulu!



Senyumlah! Selagi senyuman itu bukan atas airmata orang lain. Aku pernah rasa bagaimana orang lain tersenyum atas airmata aku, ambil apa yang aku ada. Tapi aku berpegang ... segala di dunia hanya pinjaman semata. Jika Tuhan tentukan sesuatu itu milik kita, pasti suatu masa Tuhan akan kembalikan ia pada kita. Percayalah!



Tiba-tiba ....



"Awak boleh tak saya nak Samsung Galaxy SII??" .... Aku seakan meminta penampar daripada dia berulangkali dengan rela! Serius aku asyik mimpikan benda nie lagi. Giler!!




Thanks datang sini and thanks for reading too! Entry ini seakan sewel hari ini. Maafkanlah!





CK : Aku minta maaf asyik sms mamai setiap malam ... hingga terabai segala sms seterusnya! Kau tahukan kalau aku dah tidur, segalanya indah sahaja.

Cerekarama : Bara Cinta Ramadan di TV3

Assalamualaikum...


Aku baru sudah layan cerekarama BARA CINTA RAMADAN kat TV3. Sedih drama Melayu nie. Nak-nak aku yang tak tahan bab sedih nie. Memang laju je air mata turun bak air terjun! Menangis. Bengkak mata memang dah biasa kalau bab layan drama Melayu. Lagi sedih lagilah aku suka layan. hu hu.


Aku nie sekali pandang je nampak ala-ala garang. Garang tu memang dah sinonim ngan aku sejak dari kecil. Mak aku pun dah tau perangai aku. Cuma skang nie sejak dan jadi remaja purba, aku rasa kegarangan dan keleteran aku dah banyak kurang. Garang...tapi bab menangis aku memang laju! Kalah awal lagi. 


Kalau ingat masa kecik-kecik, mengaji Quran pun aku menangis. Habis kembanglah huruf-huruf jawi kat Quran tu! Sebab tu lah masa kecik-kecik time mengaji, aku ambil kain batik sarung buat tudung kepala, asal mak ayah tertinggi suara je bila mengajar ngaji terus aku kelubung siap-siap kain batik tu sampai tak nampak muka. Yang laju turun cuma airmata je macam air terjun! 


Opss dah termelalut ... berbalik pada cerekarama tadi, memang bestlah! Menusuk hati dan banyak pengajaran. Aku kagum dengan suami dia, lakonan Zamarul yang sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga walaupun tahu dia miskin. Macam sakit hati dengan mak mertua dia, lakonan Fauziah Nawi yang asyik hasut anak sendiri, Ita (Jasmin Hamid) suruh minta beli barang kemas dan bayarkan duit langsir baru sempena raya.


Mak Ita bangga dengan menantu dia yang, Din (Ako Mustapha) yang bekerja Kerajaan dan tinggal di bandar. Tiap-tiap bulan hantar duit. Nasib baiklah si Din nie bukan jenis penghasut, cuma isteri dia sahaja perangai buruk gile! Dengan kakak sendiri yang tak berkemampuan pun nak berdengki. Ish ... geram pulak! Tapi lakonan Zarina AF nie memang mantop. Pandai dia bawa watak!


Mak Ita plan nak menyusahkan menantu yang tinggal sebumbung dengan dia, si suami Ita tu. Mak Ita siap tempah langsir baru dan paksa Ita agar suruh suami dia belikan rantai. Alasan, 13 tahun kahwin tapi takda seurat barang kemas pun di badan. Alasan normal zaman dulu hingga sekarang aku rasa!


Si suami susah payah cari duit dan sanggup berpinjam dengan tauke tempat dia bekerja. Nasib baik tauke Cina tu baik. Bila dapat duit si suami terus pergi beli juadah berbuka puasa. Katanya anak-anak teringin nak makan kepak ayam madu. Tapi ... masa nak melintas jalan selepas beli juadah, si suami kena langgar dengan kenderaan. Meninggal dunia. 

Dan akhirnya si isteri menyesal. Bagi aku menyesal pun macam tak gunalah. Si suami dah jadi arwah. Memang sedih sangat. Puncanya mak sendiri! Anak menantu dan cucu-cucu dah hidup bahagia elok-elok walaupun miskin tapi dihasut macam-macam. Siap membanding-banding dengan anak menantu yang lain. Cucu-cucu jauh datang masak sedap-sedap. Makan kat meja. Tidur kat tilam empuk. Anak cucu kat rumah, makan di lantai. Suruh tidur kat ruang tamu je. Punya dasyat pilih kasih!


Kesudahannya, si isteri yang baik ... bila hari-hari termakan hasutan dan diperli oleh mak dan adik sendiri, akhirnya berubah. Memaksa si suami menyediakan apa yang si suami tak mampu. Rantai emas dibayar dengan nyawa suami sendiri! .... Mohon ampunpun dah tak sempat!


Mintalah dijauhkan! Tapi aku rasa cerita ini berdasarkan kisah benar. Cerita masyarakat. Siapa yang dah tengok, pasti boleh ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Terpulanglah pengajaran apa yang nak diambil.



Oklah ... dah lewat malam! Tidur dulu ya! .... Thanks datang sini dan thanks for reading too! Goonite goodpeople ...




CK : Teresak-esak aku nangis! hu hu .... siap MB sms, "jangan nak bersedih sangat!".

Saturday, September 17, 2011

Cuti Lagi .... Yabedabedu!!

Assalamualaikum ....



Sabtu ... cuti lagi. Rasa macam hari nie Ahad je, sebab semalamkan cuti umum. 3 hari cuti rasa macam lama, tapi kalau cuti seminggu balik kampung mesti rasa macam sekejap teramat. Rasa macam belum panas punggung pun dok kat kampung!


Semalam aku kerja. Hari nie pun aku kerja jugak. Disebabkan pergi kerja dalam keadaan yang tak berapa formal, so rasa bekerja tu lagi best! Orang pun tak ramai kat office, buat kerja pun rasa lebih selesa. Banyak juga kerja yang dapat disiapkan semalam. Tunggu lawat site je belum lagi. Bab nak pergi site memang agak malas sikit sebab nak kena jumpa ramai orang yang bermacam karenah. So, next time baru buat jadual lawat site. Penting siapkan kerja di office dulu.


Hari ini aku ada jemputan open house kat rumah kawan di Sungai Buloh dan jemputan oleh Seri Pajam yang buat rumah tu. Seri Pajam tu dokek je ... Senawang je pun. Bab Sungai Buloh tu yang jauhnya. Lagipun MB pun takda nak jadi driver. Terpaksalah pendam hasrat. Aku kalau jauh-jauh macam tu memang tak pandailah nak drive sendiri. Lagipun aku agak gagal dalam membaca map! Kalau nak drive dari Putrajaya ke Alor Staq dengan highway yang lurus tu memang aku pandai. Yelah ... jalan balik rumah sendiri kalau tak tahu memang parah!


So, esok ajelah aku pi open house kat Seremban. Esok balik Seremban. Opss silap. Esok aku pergi Seremban. Balik Seremban cam gaya aku dah beli rumah kat sana je. Ahaks ... tapi memang aku plan nak beli rumah sendiri area Nilai atau Seremban. Area Salak Tinggi dan Sepang semua aku dah redah. Tapi harga memang boleh tepuk dahilah! Tunggulah sikit masa lagi kalau aku murah rezeki. Sekarang masih survey-survey lagi. Erghhh ada sape-sape nak jual rumah ke? Nak beli kat Alor Staq sana ... rasa cukuplah ada rumah kampung tu kot. Lagipun abang aku kat sini ar ... kalau boleh nak dekat ngan abang aku! Boleh hari-hari suruh dia masak nasi beriani dan ayam sambal yang sedap tu! Cis ... adik yang kejam je bunyinye!



Oklah ... aku dah nak siap-siap pergi kerja. Pergi awal, siap kerja awal dan boleh balik awal. Balik awal sebab aku berhasrat nak jalan-jalan ke Alamanda. Rasa nak beli eyeliner kot ... eyeliner aku dah ilang. Esok nak gi open house, menggagau cari eyeliner. Erghhhh .... beransur dulu ye. Nanti kita sambung!!


Thanks datang sini dan thanks for reading too!!




CK : Kalau cuti 3-4 hari macam nie, elok balik kampung. Rasa lebih bermakna hidup!

Friday, September 16, 2011

... sambungan SIBUK JER!! Kenapa tak bersambung??

Assalamualaikum ....


SELAMAT HARI MALAYSIA!


Morning! Disebabkan hari ini adalah Hari Malaysia, jadi aku tak terfikir lagi nak buat sambung pada entry SIBUK JER!!. Macam tak sesuai dengan keamanan yang aku miliki hari ini. Rasa macam tercemar hari ini kalau aku buat entry tu. Tunggu lain masa sahajalah. Pasti mungkin akan bersambung ...


Bangun awal  pagi bila MB dah kejutkan aku. Solat Subuh dan buat sedikit bacaan Surah Yasin. Berdoa agar Malaysia terus aman, damai, cemerlang, gemilang dan terbilang. Aku kalau boleh tak nak lagi Malaysia ada perhimpunan haram macam BERSIH 2.0. Sebolehnya aku tak nak ada episod 3.0 atau 4.0 atau 5.0 bla ... bla ... bla ...


Memang semua itu aku tak nak! Menghuru harakan. Kita sepatutnya rasa bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini. Patut rasa berbangga kita ANAK MALAYSIA! Ya ... aku memang berbangga menjadi ANAK MALAYSIA walaupun aku punya keinginan untuk melancong ke luar negara! Pengalaman. 


Selesai yang wajib, aku terus on kan tv yang comel. Semestinya nak layan perbadiran dan perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54 dan Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Ini memang satu kemestian dan kewajipan sejak aku kecil lagi. Tiap-tiap tahun tak pernah pun terlepas. Seolah memang dah diajar begitu. Nak pergi ke Dataran Merdeka untuk bersesak memang bukan minat. Jadi aku rasa lebih selesa lepak depan tv. Tahun ini lagu-lagu patriotik lagi menarik. Dah lamanya aku tak menyanyi lagu patriotik setelah berhenti dari join group koir! Rindu rasanya. 



Pagi nie, MB pun ada perarakan Kemerdekaan di negerinya. Tu yang dia boleh kejutkan aku seawal pagi. Mungkin sekarang dia dah berarak kot. Nak join dia memang malaslah kalau dah ramai-ramai dalam kesesakan. 


Lepas layan rancangan perarakan nie, aku nak pergi office. Kemas workstation aku yang bersepah terlampau tu. Semak rasa, Ini semua sebab 3-4 hari ini aku bertungkus lumus menyetelkan 100 fail. Naik lebam rasanya! But Alhamdulillah .... sebab MOOD KERJA AKU DAH KEMBALI!!



Aku nak pergi makan pagi jap ... sambil layan tv. Korang bolehlah terus bersantai-santai kat rumah. Ke korang dah ada program jalan-jalan hari nie??? Selamat bersantai dengan yang tersayang terutama family!!



Thanks ya datang sini and thanks for reading too.




CK : Makan pagi nasi tomato ayam madu .... can ar???