Saturday, December 31, 2011

SEJAM SEBELUM BERAKHIR ...

Assalamualaikum ....





Tinggal sejam sahaja lagi, 2011 akan berlalu. Sayu juga hati ini. 2011 adalah tahun yang agak 'tenang' buat aku jika hendak dibandingkan dengan tahun 2009 dan 2010. Tahun ini lebih baik walaupun ada juga airmata yang tumpah! Walaupun ada juga dosa yang terbuat dengan sengaja dan tidak sengaja. Aku manusia, kadang aku lupa. Tipulah kalau cakap aku ini tidak berbuat kejahatan. Niat untuk elak, bila sampai masa tetap melakukan. Serius aku pernah jatuh tersungkur, bangun dan cuba melangkah sebaiknya.


2011 berlalu juga. Kalau rasa nak keraskan kaki di tahun 2011 selamanya, tak mungkin akan berlaku. Masa bergerak. Masa berlalu. Sesaat, seminit ... jam ... hari ... minggu, sedar tak sedar habis 365 hari aku dan kita lalui. Sekejap sangat. 2012, usia meningkat lagi setahun. Bila sebut pasal umur, soal kesihatan perlu aku titikberatkan di tahun depan. Itu antara azam aku. Perhatian yang amat serius perlu aku berikan.


2011, walau banyak perkara lorat berlaku di pejabat, tapi ia tetap lebih  baik dari tahun sebelumnya. Aku suka. Tahun ini, walau aku memendam rasa tapi aku rasa ia lebih mudah untuk diuruskan. Tahun 2012 tidak tahulah bagaimana. Aku berserah. Mungkin juga aku belajar untuk redha. Tapi aku akan cuba berusaha untuk yang terbaik dan mendoakan sesuatu yang terindah dalam kerja aku dalam tahun 2012.  :)


2011, soal keluarga ada juga yang menyentuh hati. Ada juga yang buat aku terluka dan aku juga ada masanya buat mereka terluka tentang aku. Huk! Luka melukai sesama sendiri. Cuma 2011, aku terkilan tak dapat bawa mak ayah aku pergi Pulau Pangkor. Aku dah plan, tapi soal kewangan aku dahulukan untuk majlis pertunangan adik aku. Tukar langsir baru mak. Aku harap 2012, aku dapat bawa mak ayah aku bercuti hujung tahun selepas majlis perkahwinan adik aku. Insya-Allah. Harap-harap dimakbulkan Dia. Mak aku suka ke Cameron Highlands sebab tahun 2010 aku dah bawa mereka ke sana. Tapi takkan nak ke Cameron lagi kan? Aku nk bawa mak ayah pergi pulau pulak ... 


2011, kiranya tak terlampau banyak sangat perkara mengusutkan kepala aku. Sebab aku suka ambil langkah untuk tidak peduli dan malas layan masalah. Rasa boleh diselesaikan, aku usaha secepat mungkin. Rasa susah sangat, aku abaikan dahulu. Relaks sambil makan kit kat. Layan beb! Letihlah kalau nak layan hal kecik-kecik nie, tambah-tambah soal perasaan. Aku kalau sentap sekejap je, then aku akan pujuk hati aku sendiri. "Aku hidup untuk rasa bahagia dan tenang ... bukan nak bersedih!". Tahun inilah, tahun yang paling kurang berendam airmata. Suka sangat. Sebab aku selalu pujuk diri dan hati. Aku tak pandai lagi pujuk orang lain, tapi aku sudah banyak belajar pujuk diri dalam tahun ini. Dan hasilnya, hidup lebih tenang. Takde kusut masai atau kusut musut lagi. Alhamdulillah, nikmat dan rahmat dari Allah! Tahun 2012, tidak tahu apa akan jadi bab perasaan ini, buut aku sentiasa berharap yang terbaik dan membahagiakan! Amin ...


Azam 2012, aku belum buat apa-apa perancangan lagi. Cuma ada 3-4 perkara penting yang perlu aku beri perhatian. Pertama sekali tentulah soal kesihatan. Yang lain nantilah aku detailkan. Wishlist 2012 pun ada, utamakan bab melancong. Sedang bercadangan untuk pergi ke Kota Kinabalu, Sabah! Harap-harap berjaya terbang ke sana. Kali ini nak cari kawan yang betul-betul minat melancong. Pergi ke Sarawak hari itu, rasa tak puas sangat. Rasa perlu repeat ke Sarawak lagi. Lagipun aku seakan rindu suasana naik sampan pergi ke seberang untuk makan. Wishlist lain? Aku belum list lagi. Tengah fikir wishlist sekali dengan bajet dan juga masa!


Bersempena hari terakhir di tahun 2011 dan sambutan kedatangan tahun 2012, aku dah reward diri sendiri dengan sesuatu yang aku idamkan. Sempat lagi petang tadi aku pergi ke Jusco Bukit Tinggi, Klang dengan MB ... bukan nak beli "benda" itu, but bila terjumpa dan harga pula agak murah, apa salahnya aku belikan .... memang dah aku rancang pun nak beli sebelum ini. Ingat tahun depan nak beli. Apa dia? Tunggu nanti aku update ye!


So, sebab kepenatan ke Jusco Bukit Tinggi, malam ini aku malas nak ikut MB pergi BBQ dekat PD. Duduk rumah layan cerekarama Aduh Sayang lakonan Remy Ishak dan Tiz Zakyah! Aku memang jenis tak sambut tahun baru atau apa-apapun sambutan yang gah kecuali ulangtahun kelahiran dan persahabatan je setakat ini. Aku tak minat konsert. Aku tak suka suasana yang sesak dan kecoh dan juga bising. Jadi, stay at home di kala orang lain bersuka ria di luar sana adalah langkah terbaik. 


Panjangnya cerita aku sejam sebelum berakhirnya tahun 2011. Bercampur baur perasaan aku untuk jejak kaki ke tahun 2012. Sujud syukur kerana masih dipanjangkan usia olehNya. Semoga diberi kesihatan yang baiklah hendakNya sepanjang tahun 2012 dan tahun-tahun akan datang. Pssst, 2011 aku cuma ada 2 sahaja MC tahu! Aku ingat akan kekal tak ambil MC, but mana tahu nak demam hari tu. Terus tak bangun ... ha ha ha! Dugaan dalam hikmah tu ....



Tak sabaq nak cerita dengan korang pasal reward untuk diri aku nie .... he he he. Oooopsss lupa nak share, dalam azam tahun 2011 setahun tu aku azam nak turunkan berat badankan, kalau tak sure korang boleh jenguk balik entry 1 JANUARI 2011 ini. Memang turun pun berat aku, tapi ....................................... cuma 2kg ajelah! ha ha ha .... aku rasa kelakar nau pasal bab nie! Okeh, nekad carry forward untuk 2012!





SELAMAT TAHUN BARU 2012 UNTUK SEMUA!

SEMOGA TAHUN 2012 LEBIH BAIK DALAM SEGALA HAL. 



2011, SELAMAT TINGGAL ....

2012, SELAMAT DATANG DENGAN PENUH KEBAHAGIAAN DAN KEINDAHAN!








CK : 2011, aku gigih berblog ....

MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 FINAL - OSBON [1]

Assalamualaikum .....








Memang patutlah OSBON jadi juara Maharaja Lawak Mega 2011, memang lawak sangat-sangat. Walaupun aku ketinggalan layan MLM Akhir nie, but aku still rasa lawak tu memang terbaiklah. Os dan Abon .... memang best sangat-sangat. Kiranya kemenangan yang tepat pada orangnya! Lawak otai ... mana ada lucah-lucah beb. Idea mantop ..... "Adoooooo Malam ....". Boboi pun best jugak. 



Cute Abon pakai gaun warna pink dengan reben di kepala. Kelakar loghat jawa dia. ha ha ha. Suwet aku tengok time Os suruh picit tu, Abon siap cakap, "Dah nak dapatkan syurga nie ....". He he he. Lawak rumahtangga neh. Tak agak-agak mengidam nak makan dorayaki. ha ha ha. 



Dato' Siti Nurhaliza komen kat Abon, "setiap kali Abang Abon jadi perempuan, dia confident cantik aje!". Ha ha ha, aku tengok pun memang Abon tu confident je bawa watak perempuan. Cam real aje. Manalah dia tak confident cantik .... he he he


Tahniah OSBON ..... adoooooooooooooooooooooo malam!


Inilah kerja aku hari nie, layan MLM akhir ... he he he. Walaupun ketinggalan keretapi, aku tunggu keretapi satu lagi, YOUTUBE! Jimat aku dari bayar Astro .... keh keh keh!







CK : Hari ini dah last 2011, rasa bercampur baur perasaan aku!

MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 FINAL - BOBOI [1]

Assalamualaikum ....






Cuti-cuti takda keje sangat. Malam nie MB ajak aku pergi Program Santai BBQ dekat Sunshine Bay Port Dickson, anjuran penduduk Taman Kobena katanya. Memandangkan adik aku pun balik kampung dan takda aktiviti lain, maka aku suka sukilah ikut dia. Makan ... laju aje aku angguk kepala nak ikut. BBQ beb ...


Disebabkan takda kerja sangat, aku dok godek Boboi MLM akhir nie dekat youtube. Memang layanlah. Kelakar aku. Kalau korang takut hantu, calling-callinglah DATIN MAIMON ... 



Juri Zainal Abidin siap pantun-pantun perli plak ... he he he, "makan ikan ... ikan ikan pari, jangan lawan juri!". he he he mesti cakap pasal Afdlin Shauki dok lawan dekat fb dengan Dato' Chef Wan. Tak tau sape betul sape salah ... sebab 2-2 aku suka. Chef Wan pun aku suka sangat .... Afdlin pun aku suka!



Paling aku suka, bila Afdlin request nak hug Dato' Chef Wan, then dia turun dari stage pergi hug DCW and said, "I Love You ..."


Macam itu aku suka, bermaafan dan berdamai .... kan bagus kan ...





CK : Kemas rumah sikit-sikit hari nie. Esok baru kemas banyak-banyak!

MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 FINAL - BOBOI [2]

Assalamualaikum ....








Semalam, ramai yang update FB pasal Maharaja Lawak Mega Akhir. Aku tak jarang amat nak layan MLM nie, sebab aku tak langgan pun kat Astro Channel Warna. Nak godek-godek kat youtube pun jarang-jarang amat. Bila dah tahu Boboi dapat tempat kedua. Sukelah ... sebab boifren cute aku, Afdlin Shauki tu dapat tempat kedua. Cute je aku tengok dia ...


Dari mula dia handsome kurus dulu, sampailah dia bam-bam cute macam sekarang, aku memang suka bebenor! Aku paling suka movie yang dia berlakon dengan Vanida Imran .... sangat-sangat cute kat mata aku. Ha ha ha ... aku memang suka lelaki cute-cute camnie. Ayat bengong dah keluar!


Apapun tahniahlah dekat BOBOI, Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Memang kelakar. Dengar ceritanye, dapat RM250,000.00! Hui, banyak tu ... kalau aku dapat banyak tu, bolehlah beli sebuah rumah teres dekat Salak Tinggi tu!


Tahniah juga dekat OSBON! RM350,000.00 kan dapat .... syioklah!


Bila dah habis dah MLM nie, takda lagi dah kot peserta bergaduh dan berperang dengan juri kat facebook ke twitterkan? Bila aku fikir "perang" camtu .... rasa tak matang pun ada dikedua-dua belah pihak. But, takmaulah komen lebih-lebih .... rasanya bersalaman dan berdamai lagi baik kot.


Dunia seni nie kecik je, pi mai pi mai tang tu juga! Muka tu juga yang akan nampak, so tak molek pun nak perang-perang dalam alam maya pastu wat kenyataan macam-macam kat media bagai. Ada pihak sukalah,  cerita hot-hot gaduh camnie, but aku tak suka! Suka sebab boleh lariskan media cetak  kot ...



Apapun, aku doa ... semoga ada pendamaian antara mereka! Dah nak sambut 2012, eloklah bermaafan mana yang terguris dan berkecik hati. Kan kan  ....






CK : Hebatlah Boboi .... rasa nak google semua MLM Boboi kat youtube!

REDMUMMY DAPAT BABY BOY!

Assalamualaikum ....




Aku baru tahu yang Redmummy dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam. Aku tahu pun bila jenguk FB Redmummy. Biasalah aku nie suka sangat singgah FB dan blog RM. Seronok baca. Enjoy je. Tahniahlah RM dan RD sebab dianugerahkan seorang lagi anak lelaki. Meriahlah dan gamatlah family Red nanti.


Kiranya baby boy RM nie datang sambut 2012! Tak sabar aku nak tengok baby boy RM. Bila agaknye RM nak letak pic baby boy tu dekat blog atau FB. Orang lain yang dapat baby tapi aku yang teruja lebih. kui kui kui.


Kak Red, TAHNIAH YE ... selamat menempuhi tempoh berpantang! Jangan lupa cepat-cepat update blog pasal baby boy tu! Tak sabaq dah nie nak tengok gambaq baby ... he he he






CK : Tengok anak orang ajelah ... he he he

Friday, December 30, 2011

HARI TERAKHIRKU ....

Assalamualaikum ...




30 Disember 2011, esok dah 31 Disember 2011 ... tinggal sehari je lagi kita semua nak jejak ke tahun 2012! Bermakna, hari ini adalah hari terakhir aku untuk hari Jumaat di tahun 2011 dan hari terakhirku bekerja di tahun 2011. Terakhir ... terakhir.


2011, akan aku dan kita semua tinggalkan. Macam-macam yang telah dilalui sepanjang 365hari di tahun ini. Ada suka, duka, senyum, ketawa, pahit, tersentap, dosa, pahala, taubat dan sebagainya! Bermacam-macam peristiwa suka duka, pahit manis yang aku lalui, yang aku kecapi ... telah berlalu dan telah menjadi kenangan! Ada yang aku simpan di hati dan di ingatan. Dan ada yang aku ambil langkah untuk abaikan dan tinggalkan di tahun ini juga. Agar tidak membebankan hati, perasaan dan akal aku untuk lalui 2012 dan juga tahun-tahun yang akan datang. Chill ....


Tahun 2011, aku dinaikkan gaji kerana lulus peperiksaan PTK. Tahun 2011, aku banyak sentap dan makan hati dengan sikap ketua unit aku. Tahun 2011, aku banyak diam dan buat kerja aku sendiri dan berubah selepas ditegur oleh ketua bahagian kerana sering melawan cakap ketua unit (dah dia selalu buat hal, buat benda salah bajet betul! ingat aku kura-kura nak ikut cakap yang salah? silap oranglah!). Tahun 2011, aku makan angin ke Perak, Pulau Pinang dan Perlis sambil balik kampung di Kedah. Tahun 2011, aku dapat melancong ke Sarawak dengan MB dan geng aku. 


Tahun 2011, adik aku bertunang pada 1 September. Tahun 2011, abah MB meninggal dunia pada September, beberapa hari sebelum ulangtahun kelahiran aku. Tahun 2011, aku dapat hadiah oven untuk ulangtahun dari MB (Thanks ya!). Tahun 2011, aku dapat anak buah baru, Si Darish, Oktober 2011. Tahun 2011, setelah 75% berpuashati dengan SBPA, maka aku ambil keputusan untuk sign dan hantar opsyen SBPA pada 29 Disember 2011. Malas nak berfikir lagi pasal SBPA. Aku berserah!


Ini antara yang penting ... dan sentiasa segar dalam ingatan. Ada lagi benda lain yang tetap penting dan lagi segar dalam ingatan. Tapi, ia terlalu peribadi untuk diceritakan. Ada suke dan ada duka!


Pasal dunia blog, nantilah aku update. Ada banyak lagi nak sambung. Tunggu ye ...



Apapun Selamat Tahun Baru 2012!





CK : Tahun 2012 ... apa akan jadi?

SEBAB ORANG LAIN CEPAT SANGAT!

Assalamualaikum ...




Hari ini aku tak keluar lunch sebab ada kerja banyak yang perlu aku siapkan. Terutama kerja-kerja teknikal dan nombor nie. Pening kepala aku but aku sedang tenteramkan diri. Punah nak pergi ke Jusco hari ini. Hu hu takpelah, kerja punya pasal berkorbanlah pasal Jusco tu.


Aku cuma rasa terkilan dengan sikap sesetengah staff kat office aku, macamlah dia aje yang guna part teknikal nie. Bila dia buat kerja laju belum lagi time, dia dah minta pegawai closedkan apa yang patut. Sudahnya kerja aku dan anak buah pending dan aku terpaksa bertungkus lumus cari kenapa tugasan aku tak boleh running. Siap cari pegawai-pegawai yang boleh tolong minta settlekan.


Sepatutnya kerja aku siap semalam lagi dan hari ini bolehlah aku lenggang kangkung sikit! Geram pun ada. Tapi aku sabaqkan aje. Sebab aku tahu staff department yang satu nie kalau buat kerja laju tak bertempat. Kadang-kadang sampai menyusahkan pihak lain termasuk aku. Erghhhh ...


Yang bestnya pegawai yang tolong aku cakap tadi, staff department tu salah buat kerja dan terpaksa reverse balik apa yang dorang buat. Bukan sikit tapi beratus! Haa itulah, kan dah ada yang salah. Aku punya style kerja biar siap on time, jangan siap sebelum time atau selepas time .... tapi salah! Dah nak kena buat dua kali. Tak larat woooo!


Okeh aku nak sambung kerja, lepas tu nak pergi cari makan. Apapun kerja aku nie tak siap lagi. Cari makan penting saat genting camnie ... ha ha ha






CK : Sehari je lagi ....2012!

Thursday, December 29, 2011

UPDATE PERIHAL YANG SAMA TAPI TAK SERUPA AYATNYA!

Assalamualaikum ...





Aku buka FB1, teruja tengok semua update wall post Tentang Dhia!

Yang kelakar ... member aku update wife dia menangis tengok cerita tu. Siannye, sedih ye!


Yang update cinta sehidup semati ...


Ramai yang suka ending Tentang Dhia. Aku pun suka, kalau cinta sehidup semati nie. Eaaauuuwww gatai! ha ha ha. Ada yang tak tengok ke ending dia?


Kalau tak tengok, meh aku bagitahu ... Zikir dan Dhia meninggal dunia. Zikir meninggal sebab kena angin ahmar. Dhia ... meninggal sebab kanser. Dorang memang sehidup semati sebab Zikir meninggal sebelah Dhia dekat hospital! Kalau tengok macam tengah tidur je (lakonan ... he he he).


Aku tak sedih sangat, langsung tak feel apa-apa. Bukan aku takda perasaan. Mustahillah peminat drama Melayu aku tak feel sedih kalau tengok drama macam ini. Tapi disebabkan aku tak follow cerita nie, maka aku tidak tahu sangat jalan cerita! Kesian dekat aku, tengok pun celup-celup je! But, rasa ok sebab aku dapat layan ending Tentang Dhia. So, ada kecacatan sikit disitu sebab aku terus jump to conclusion! ha ha ha ..


Lepas nie, TV3 tayang cerita Gemersik Kalbu untuk slot Akasia nie .... sapa pula pelakon dia? Syahdu ke tidak cerita nie? Tapi aku rasa mungkin jadi keigauan juga kot macam Nora Elena dan Tentang Dhia nie!


TV3, tolong ubah time untuk slot nie boleh?? 






CK : Kalau cerita start 6pm atau 7pm, memang aku tak sempat pun nak layan .....

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS

Assalamualaikum ...



Sesuatu yang menarik aku jumpa mengenai berita terkini tentang SBPA di facebook KPPA. Sesuatu yang bermanfaat untuk aku kongsikan kepada semua penjawat awam! Fikir sehabis baik sebelum menurunkan tandatangan! Jom kita baca  ... apa sebenarnya MOUT antara JPA - CUAEPACS??



MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Di antara perkara yang dipersetujui ialah:-


1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.
 
2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.
 
3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan
 4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.
 
5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.
 
6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.
* Selamat membuat keputusan ke atas opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun kepada semua penjawat awam* - pesanan KPPA




Setakat ini aku dapat menerima dengan baik, nak kata sepenuh berpuashati tentulah susah. Susah nak puaskan hati semua pihak. Jadi, selepas perundingan antara JPA dan CUAEPACS, aku rasa sedikit lega. Namun, aku harap JPA mengkaji semula mengenai kenaikan gaji 100% untuk pegawai gred JUSA. Sedikit tertekan di situ. Semasa, Presiden di organisasi aku bekerja bercakap soal ini sempena Perhimpunan Dwi Bulanan, aku jadi terkedu. Kenapa begitu banyak kenaikan?? Wajarkah??


Apapun, keputusan ... aku terima dengan relahati. Nak merungut, seoalah tiada tanda syukur dalam diri. Jadi menadah tangan kesyukuran kepada Allah adalah lebih baik, kerana Dialah yang memberikan rezeki serta nikmat kepada aku selama bernafas di dunia ini.


Dan kerana itu, pagi tadi baru aku tandatangan dan hantarkan borang Opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun! Tapi aku boleh bersara umur 58 tahun jika aku rasa tidak mampu!


Semasa tandatangan, aku berdoa agar Allah memberikan aku kesihatan yang baik, ingatan dan penglihatan yang tajam serta pendengaran yang jelas agar aku mempunyai kudrat yang bagus serta sihat untuk memberikan perkhidmatan kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia dalam perkhidmatan awam. Amin ....Itu doa aku! Semoga Allah makbulkan ...


Terima Kasih Ya-Allah untuk segala rezeki dan nikmat Mu. Semoga aku lebih bersyukur!







CK : Mula rasa lega dan sedikit tenang tentang SBPA! 


Perut rasa lapaq sangat, tapi Si MB tak ada untuk makan sama-sama (eaaaauuuuwwwwwww), dia pergi solat jenazah dekat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ariffin Jaka, meninggal dunia pada pukul 6.05 pagi tadi di Hospital Serdang. AL-FATIHAH ....



Kawan-kawan lain pun cuti .... aiyak! Kesian aku ...

CINTA DAN KECEWA DI PANAS TERIK TENGAHARI

Assalamualaikum ....




"Saat kau pergi, rindu dan sayang sentiasa bertamu ... hinggakan kala bintang berkerlipan di langit kelam, aku setia menunggu. Bila kerlipan bintang menghilang, aku masih di situ! Aku senyum ... aku bangun dan melangkah, esok kalau ada kita pasti bertemu!"




Jangan kecewa dengan cinta
Jangan terkulai dalam harapan

Jangan berdendam kerana terluka
Jangan merintih saat ditinggalkan

Harus percaya ...
Cinta, bersatu atau tidak
Hanya melahirkan dua rasa

... "SUKA dan DUKA!".

Lahirkan syukur saat "kesukaan ..."
Muhasabah diri saat "kedukaan ..."

Cinta tidak melukai hati manusia
Yang melukai hati manusia adalah manusia ...!









CK : Jiwang pula aku hari ini, ada sesuatu sedang menyentuh hati sanubarikah saat ini??

CINTA DI PAGI HARI!

Assalamualaikum ...





"Sedang hangat .... diperkatakan dan dibualbicara si mami jarum!"










Cinta yang pergi
Boleh datang kembali

Kerana yang menentukan bersatu atau tidak
Cinta dan rindu kita
Hanya Tuhan Yang Maha Esa

Sejuta kata yang mengejek
Sejuta kata yang mengeji
Sejuta mata yang memandang sinis

Sejuta bibir yang mencebik

 


Siapa mereka untuk menidakkan kuasa dan ketentuan Dia Yang Esa?

 


Lupakan kisah silam
Mulakan satu kehidupan
Buku lama disimpan
Buku baru mulakan catatan ....

Senyum, dan melangkah dengan tenang!










CK : Terkejut, tapi wajib percaya!   Aku tidak meminta, tetapi mungkin Tuhan yang ingin memberi atau mungkin yang terjadi punya hikmah besar tersembunyi ... atau mungkin pengajaran di hujung hari. Aku tak pasti .... 

Wednesday, December 28, 2011

RESEPI : AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS

Assalamualaikum ...



Ingat lagi tak pasal entry 2 hari lepas, kalau tak ingat jenguklah kat sini! Hari itu, aku dah janji nak letak resepi yang sedang dan sedap. nyum nyum punya sedap. Resepi ayam bakar blackpepper bermayonis. Actually, aku ambil resepi ni dari blog Jintan Manis. Aku niekan antara pengunjung tegar ke blog dia selain daripada beberapa blog masakan yang tersohor seperti Che Mat Gebu, Home Sweet Home, Periuk Tanah, Mamafami ... dan dot dot dot.. Ramai sangatlah blogger masak memasak yang best-best nie.


Dah lama aku memendam rasa nak buat buat ayam bakar blackpepper bermayonis. Tapi manjang je tak kesempatan. Resepi dah print, sampai naik lunyai ... but ayam bakarnya belum nampak. So, cuti ganti Krismas tu aku nekad juga bakar ayam. Terima kasih pada ROS (admin Jintan Manis) yang share resepi sedap ini. "Ros, saya copy paste resepinye.... halalkan ye!! he he he".


Hasil aku tidak secun Jintan Manis, but rasa memang sedap pada tekak aku! Sekian ... he he he


Resepi : Ayam Bakar Blackpepper Bermayonis
Sumber : Ros (Jintan Manis)


Bahan-bahannye;

1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah



Caranya;


1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).





 
Lepas nie, memang aku bakar ayamlah setiap hari. Mula-mula dapat oven nie, aku dah try bakar ayam. Tapi bukan guna resepi Jintan Manis. Entah mana aku godek ntah dah lupa. Masa mula cuba, ayam bakar tak berapa nak menjadi .... sebabnya aku salah setting oven kesayangan dan kecintaan aku tu.



Sekarang aku rasa macam dah pandai sikitlah kot guna oven tu nak setting bagai. Cuma, aku belum try buat kek ajelah lagi. Tunggulah bila "sawan buat kek" datang .... aku mengekek setiap minggu ... ha ha ha! Ada ke perkataan mengekek dalam kamus DBP?? Mampus kena hentam ngan orang DPB kang pandai plak buat perkataan sendiri. Suka suki ....



Berbalik kepada cerita ayam bakar tadi, aku syorkan untuk korang cuba. Mesti sedap punya! Kalau korang nak diet, ratah ayam memang sesuai sangat .... tambah-tambah ini adalah ayam bakar, den tak lotak minyak ko, marjerin ko...... semuo tu takdo yooo!!



Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!!





CK : Susah betul nak cari idea menulis sekarang (cheeewah bajet bagus ayat aku). Mood nak bercuti je berganda-ganda sekarang nie!!

KONSERT AMBANG TAHUN BARU - KLFM PUTRAJAYA 2012

Assalamualaikum ...



KONSERT AMBANG TAHUN BARU - KLFM PUTRAJAYA 2012


ARTIS :

Izwan Pilus 
(classmates aku masa kat UUM dulu ... tak sangka jadi penyanyi, sekarang dia dah jual ikan keli salai!)
Emergency 
Kasanova
Jinbara
Kristal (Like like like)
Mirwana (Ini pun like juga!)
Razis Ismail (Penyanyi 80-an yang suweeeet)
ND Lala (kesian kereta dia kena pecah dengan mat rempit ...)
Farrawahida 
Ah Chong & Angeline



31 DISEMBER 2011
8:30 MALAM
LAMAN 1MALAYSIA, PRESINT 2, PUTRAJAYA





CK : Aku tak minat konsert2 nie, so aku tak pergilah ... he he he ...malas nak bersesak reramai!!
 Lagipun artis tak best sangat ... ha ha ha, jahatnya statement aku!!

BOLEHLAHKAN ...

Assalamualaikum ....



Hati aku rasa nak update ...

Tapi aku semacam penat sangat ...

Dalam masa yang sama tetap terhegeh nak log in blog ...

Sudahnya, aku tak tahu apa aku nak taip untuk dikongsi dengan korang semua!


Ucap selamat malam bolehkan .... moga mimpi indah untuk semua pembaca kesayanganku!!





CK : Penat sebab layan manusia yang tak faham bahasa ...

Tuesday, December 27, 2011

KONSERT AMBANG TAHUN BARU 2012 DI PUTRAJAYA

Assalamualaikum ....







Malas nak cerita panjang, sebab aku busy dok melayan orang ramai. Nak jawab call yang bertalu-talu lagi. Penat jugak. Penat layan orang yang tak faham bahasa.


Sebelum aku mengarut lebih-lebih, aku hidangkan korang dengan info tentang ...... 
KONSERT AMBANG TAHUN BARU 2012 DI PUTRAJAYA

lokasi :
LAMAN 1MALAYSIA, PRESINT 2, PUTRAJAYA
(Kalau nak tahu, Laman1Malaysia nie berhadapan MOF aka Kementerian Kewangan aka Perbendaharaan)

Layaaaaaaaaaaaaan.





CK : Ada juga manusia yang tak reti hormat soal hidup dan mati.

CUTI GANTI KRISMAS YANG TERHEBAT ABAD INI

Assalamualaikum ...





Daripada cuti Sabtu, Ahad dan Isnin ... cuma Isnin je aku duduk rumah seharian. Sabtu dan Ahad aku kerja serajinnye. Cheeewah! Macam orang lain, cuti 3 hari macam nie semua balik kampung. Tapi aku je yang tak balik. Tunggu cuti panjang bulan Februari nie, nak balik kampung dan pergi bercuti sekali.


So, semalam seharian aku kemas dapur dan ruang tamu je. Itu je pun yang aku rajin. Masa aku lebih banyak tertumpu untuk geledah dapur dan buang apa yang tak patut dan luput tarikh. Bangun pagi, my adik rajin pula hari ini. Siap buat nasi goreng kunyit. Aku senyum-senyum ajelah. Rasanya inilah 1st time dia buatkan aku breakfast. Adik, dah baca entry itukah? he he he .... Entry luahan hati seorang kakak tu. Jangan main-main. Ahaks ...




Thank you adik untuk breakfast pagi semalam. Sedap cuma kurang pedas! Pandai pun masak, but lepas nie please rajinlah sikit. Tahun depan dah nak jadi isteri orang. Faham dooook?? Sian mak penat-penat nasihat anak dia kan ... kan .... untuk kebaikan masa depan anak-anak juga tu!


After perut aku kenyang makan nasi goreng kunyit yang dah style mak aku tu, aku start melepak depan TV. Biasalah akukan kaki layan drama Melayu. Puas aku cari takde pun drama Melayu yang best. Adik aku pula keluar berdating dengan fiancee dia ... So, aku mulakan aktiviti mengemas dan membuang apa yang tak patut kat dapur tu! Rasa rindu nak bermanja dengan ruang dapur yang aku abaikan sejak 4-5 bulan yang lalu. Busy beb ... busy layan blog!!




1st sekali aku kemas dan susun semula kabinet bekalan kuih muih aku nie. Segala mak nenek ada. Rasa dah boleh buka kedai runcit. Ingat semalam aku nak buatlah kek puding karamel. Tapi tak jadi, sebab penat sangat dah. Dah tu, aku cuma makan nasi goreng adik aku je. Malam baru aku masak. Kira macam seharianlah aku tak makan sibuk dok mengemas. Lupa bab makan terus!


Asalnya bekalan buat kuih dan kek ni dekat kabinet yang ruangnya keciklah sangat. So, memandangkan nanti bekalan akan bertambah sebab aku nak pi shopping barang dapur, baik aku pindahkan ke ruang yang lebih luas. Sedap sikit mata memandang dan aku pun senang nak capai. Dah gaya-gaya Masterchef dah nie ... ha ha ha.


Okeh, ini ruang yang sempit tu. Ruang nie buat letak maggi hot cup dengan bihun bolehlah. Untuk masakan bila teringin je. Beras pulut aku tu dah sekian lama beli. Plan nak buat tapai pulut, tapi tak terbuat pun lagi. Adoi buruk tul perangai. Jangan beras tu jadi pokok padi balik sudahlah. ngeh ngeh


Setengah hari jugalah aku dok mengemas sampai ke petang. Dah petang dekat Maghrib semalam baru aku rasa perut nie lapar terlampau. Mood masak dah datang sebab ruang dapur dah cun. So, siap mengemas segala aku google resepi plak. Mendidih perut aku punya lapar. Malam semalam aku buat masak lemak cili api telur dan kentang dan menu special ayam bakar lada hitam bermayonis! Tengok bawah nie .... amacam, terliur tak???



Ayam bakar lada hitam bermayonis yang yummie! Resepi nanti aku tempek. Korang patut cuba bila aku dah tempek resepi tu. Memang sedap! Kalau korang diet, elok sangat menu nie. Tapi jangan pula buat macam aku, lapar punya pasal aku siap makan dengan nasi dan masak lemak cili api telur plus kentang. Sendawa berganda-gandalah jawabnya!!


Ini cara aku manfaatkan cuti aku. Maklumlah anak dara bujang mak ayah yang berada di perantauan. Sooooobs ... sooooobs. Bukan selalu dapat stay kat rumahku syurgaku seharian dan semalaman macam semalam! Bila mood rajin datang berganda-ganda semua benda aku nak kemas. he he he ... bab masak tak payah cerita, itu bab wajib buat sebab nak isi perut lapaq.




Okehlah, aku nak cari mood sambung kerja. Lagipun ramai yang bercuti hujung tahun. Jeles aku kat depa sebab ... depa pi dengan family, bawa anak-anak! Aku nak pi dengan sapa .... nak bawa sapa?? hua hua hua .....






CK : Untuk sahabat aku yang sedih tu, sabaq banyak-banyak ya!

Monday, December 26, 2011

Untuk Sahabat ...

Assalamualaikum ...




Jangan menitis wahai airmata
Kerana dia yang tak kunjung tiba

 
Jangan merintih wahai jiwa
Kerana rindu tidak berbalas

 
Sabarlah wahai hati
Cinta manusia hanya sementara

 
Bila kita meminta Tuhan pasti memberi
Tuhan meminta kita bersabar
Berikan sedikit masa kepada hati dan diri!











CK: Sabarlah wahai sahabat, aku tahu rindu itu penat dan meletihkan. Jangan dibuai perasaan rindu yang keterlaluan, kerana sekali terjatuh ... bangunnya belum tentu boleh berjalan. 

SHOUTMIX IMPORTANT NOTICE - Perhatian Para Blogger Yang Menggunakan Shoutmix!

Assalamualaikum ...




Aku lepak rumah hari ini. Tak plan ke mana-mana lagi. Sorang, jadi tak reti aku nak plan pi mana. Dok ngadap depan TV layan Anak Mami Kembali kat Astro. Sambil tu, layan blog dan FB. Memang takde keja lain kalau duduk rumah. Haishhh ... kena berubah dah nak masuk 2012 nie!!


Sambil layan blog aku, belek dashboard dan shoutbox sekali. Sekali aku tengok ada important notice dari Shoutmix. Important Notice - Free Service Has To Stop! Aku lampirkan bukti sekali yang aku dah snipping shoutbox berkenaan. Notice ini hanya untuk blogger pakai shoutmix ajelah!




Tengok yang aku dah bulatkan merah tu dalam gambar. SHOUTMIX IMPORTANT NOTICE. So, aku pun klik la untuk tatapan umum sendiri.



Sekali, ini yang aku dapat ..... panjang bebenor notice yang diberikan!


  • Thanks for using ShoutMix for all these year. I have been providing free shoutboxes on the World Wide Web for over 7 years now. It wasn't long before I realized being 100% free is not sustainable. Just before ShoutMix's first birthday, it almost had to be closed.

  • ShoutMix has tried to work with the freemium business model ever since. Conversion rates were low with the first version. With the second version, things improved and I have had more paying customers. Fortunately people liked the service and started paying for more features.
  • With that in mind, the new third version was developed to make things better for free and paid users alike. It was developed with lots of feedback from users over the course of several years. Meanwhile my biggest goal remained: to improve conversion rate to keep things sustainable and profitable, all while making ShoutMix a really high quality product for everyone.
  • One of the most mentioned feedback was that the old free version was too restrictive. Others are less trivial, just make it better, more premium features, more powerful stuff, avatar support, real time push update, really good spam protection, support for really high traffic situations, etc.
  • Finally, in November 2011, the new version 3 was completed. It was launched successfully and very smoothly. It was a great moment.
  • During the first month since launch, the reception went really well. New sign ups are in the thousands daily. Just within a month, almost 50,000 users have signed up! Hundreds of thousands of messages posted. Over 10,000 users from Facebook. Generally, users loved the new version. The growth are massive.
  • So, what went bad?
  • The conversion rate did not go up. In fact it fell lower. Our stats show 99.93% of users either have no intention to upgrade or are just happy with our free service. Worst of all, some customers have actually stopped paying and switched to our free service! It may seems to be good news for everyone right now, but it is really bad news for all of us.
  • By offering too much with our free plan, we cannibalized our paid plans. Happy users did not make more paying customers. The projections are bad. Only 0.07% users are customers. These are the people who keep ShoutMix sustainable as a business. Business is the part making ShoutMix exists for everyone. If it keeps on going this way, ShoutMix will not be sustainable any more and will need to close down in the near future.
  • The freemium model is broken for us.
  • Some argued that ShoutMix can easily monetize its free service with ads. It has been tried, but the rates were terrible. Beautiful, unobstructive ads do not pay well for ShoutMix. We can probably do better with flashy popup ads, but no thank you. Our competitors do it with popup ads. But there is no way ShoutMix is going to commit such ugly sin.
  • ShoutMix is becoming more of a premium product. In fact it already has. ShoutMix is designed to be the best in the industry. With passion plus personal investments of time, money and labor of over 7 years, ShoutMix has outgrown the freemium model.
  • So where do we go from here?
  • I have two choices. One, allow ShoutMix to become unsustainable. This is bad news for everyone. The other choice is to stop our free service. It is becoming obvious that this is where ShoutMix should go. And so, ShoutMix is not going to be free any more.
  • Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a paid plan.
  • The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month.
  • Existing customers are unaffected by all these changes. In fact, ShoutMix is going to be really awesome for our current and future customers. Our focus will be to make paying customers extremely happy and they will get 100% of our resources. If you are one of our customers, things are just going to get a lot better for you.
  • ShoutMix has always been a product with great passion. It is just unfortunate that it did not work out as a free product. We all have to move on. And ShoutMix will continue to be the most affordable, high quality and premium live chat software that everyone can use and love.




Dah baca? Lepas nie kalau korang nak pakai shoutmix, dah kena bayar. Takde lagi free-free bagai. Masuk toilet buang air sendiri pun kena bayar 30sen tau! Dunia sekarang nie semua nak kena bayarkan. Jenuh memikirkan pasal semua benda yang berbayar nie. Aku rasa duduk dalam hutan yang dari segala kemudahan duniawi ini je tak kena bayar! Kemudahan dan nikmat yang Allah beri sahaja percuma kat dunia nie. Itupun kita tak bersyukur ... kan  ... kan ....


Bukan itu aje, nak kelihatan muda pun kena pakai duit. Kena bayar. Kalau tak percaya korang tengoklah sini. Kena bayarkan???



Free plan yang ada sekarang ini akan switch kepada plan berbayar mulai 1 Januari 2012. Dah tak berapa hari lagi dah. So, fikir-fikirlah nak kena bayar atau nak switch kepada shoubox yang free! Atau kalau nak senang, tak payah pakai shoutbox lagi.


Aku rasa, aku dah tak nak pakai shoutbox kot ... kot!!







CK : Pagi ini adik aku buatkan breakfast, semalam dia ajak aku breakfast dengan kerepek ubi. Hari ini dia buatkan nasi goreng kunyit. Macam itulah, hati kakak mana yang tak happy lagu ni!! Terima kasih sista!!



Sunday, December 25, 2011

KENYANG PERUT SUKA HATI

Assalamualaikum ...





Aku balik kerja tadi, dalam 7.40pm. Lambat sangat. But Alhamdulillah, laporan yang boss aku arahkan semua dah siap. Aku print dan letak atas meja dia. Next week dia ada meeting. Lepas punch card, aku terus ke Pasaraya Darussalam dekat Presint 9. Beli barang untuk dimasak. Siang tadi aku cuma makan maggi hot cup and lunch dengan biskut cap pingpong. Malas nak keluar sebab takut kerja tak siap.



Pergi Darussalam, aku beli ayam, carrot, sawi, bawang .... dan kacang phool. Aku pantang nampak kacang phool dalam tin tu. Mesti nak beli. Nanti bila rasa nak makan baru aku masak kacang tu. Balik rumah, aku terus mandi and terus ke dapur. Adik aku tengah layan TV. Dah tengok kakak dia pegang pisau nak potong ayam, baru dia nak bangun. ha ha ha. Kalau aku tak masuk dapur, mesti dia rasa kenyang tengok TV  tu. 


So, aku suruh dia potong carrot dan bawang dan juga goreng ayam. Walaupun aku rasa penat sangat sebab seharian kat office dengan main nombor segala, but bila perut lapar kenalah aku rajinkan diri masuk dapur. Siapa lagi nak tolong kalau bukan diri sendiri. But semua kepenatan ini berbaloi, bila dah makan ... kenyang perut sukahati! Boleh start blogging .... ngeh ngeh. Jom tengok menu aku malam nie. Dah lama tak masak. 





Sambal udang, ayam goreng kunyit dengan carrot (peberet aku, sebab itu asik-asik aku masak ini je), ikan terubuk masin (jauh datang nie, naik kapal torobang) dan budu ....! Lauk simple yang memang layan. Sesekali makan camnie, perghhhh terbaik punya sendawa. Budu tu antara kesukaan jugalah, tapi aku lebih suka cencalok dan tempoyak!



Kalau ulam takde memang tak sedap makan, aku up dengan ulam daun sup. Belasah je. Itu je pun yang aku beli tadi. Ulam moden. Ulam-ulam kampung manalah aku nak carikan. Kalau duduk kampung senang, macam-macam ulam segar boleh aku petik kat kebun mak. Ulam daun gajus, pucuk kaduk, pucuk ibus, jantung pisang rebus, terung pipit rebus .... huuuuu sedapnye cicah dengan sambal belacan!!


Menu-menu macam ini, tak bolehlah layan selalu sebagai dinner. Tak elok untuk kesihatan dan berat badan akan bertambah dengan mendadak. Kalau 2 minggu sekali, ok lagi. Kira-kira macam dietlah. Makan macam ini, aku nasihatkan sianglah. Untuk lunch. Siang nie, banyak aktiviti yang kita boleh buat, so kalori akan cepat terbakar. Kalau malam, hanya tidur .... kalori tak terbakar jadilah LEMAK!! Kalau dah jadi lemak, korang kenalah buat temujanji ini pulak!



Oklah aku nak sambung layan cerita MERLIN jap .... nanti nak blogwalking plak!!





CK : Terima kasih Ya-Allah untuk rezeki malam ini. Sedap .... he he he

AKU DAN NOMBOR

Assalamualaikum ...



Sejak aku ditukarkan ke department sekarang, nombor adalah rakan karib aku. Hari-hari tengok. Hari-hari pandang. Tapi, aku belum jatuh cinta! Aku pelik. Kenapa susah sangat nak jatuh cinta pada nombor sedangkan, hari-hari aku belai dan belek dia!


Nombor-nombor ini kadang buat aku pening kepala. Bukan sedikit pening. Tapi banyak! Kadang, sebab nombor-nombor ini aku dimarah orang, termasuk boss aku sendiri. Tersalah key in. Dan selalu aku dapat perbetulkan kesilapan. Terlalu banyak sampai tak terhafal dan silap bila aku mula pening dengan kehadiran nombor yang belum wujud rasa kasih sayang dalam diri. Mungkin sebab itu, asal kira sahaja pasti ada yang salah.


Kalau aku bukan di department sekarang pun, nombor dan aku tetap tidak dapat dipisahkan! Sebab gaji aku tiap-tiap bulan adalah dalam bentuk nombor. Selain itu, nombor handphone aku pun nombor juga .... dan aku juga suka baca nombor plat kenderaan. 


Jadi, macam mana aku nak berpisah dengan nombor kalau macam inilah gayanya???



Tapi, aku tidak main nombor ekor ye ..... haram!!






CK : Aku suka nombor enam (6) dan sembilan (9)!

AKU DAN HOT CUP - HATI SEORANG KAKAK

Assalamualaikum ...



Hari ini cuti umum sempena Krismas. Seronoklah cuti. Abang dan family dah sampai A.Staq semalam. Aku? Macam biasa berada di Putrajaya dan kena kerja! Seronok jugakkan? Aku telah diarahkan untuk siapkan laporan hujung tahun. Baik boss, saya menurut perintah. Sebabnya awal tahun depan, maybe Januari or Februari aku nak cuti panjang. Boss, jangan tak luluskan cuti saya pula masa tu.


Hari ini aku bangun lebih awal dari semalam. Aku kemas dapur. Aku kemas bilik dengan kain baju yang belum berlipat. Serius berlonggok. Aku tak suka lipat baju, jadi bila baju dah siap dibasuh aku rasa amat leceh nak melipat. Jalan mudah, aku hang semuanya! Lebih-lebih lagi tu, longgok dalam bakul. Senang. Semudah ABC! Aku hanya lipat semua kain baju bila ... "I have to ....!". Aku lebih rela jadi tukang masak dari jadi tukang lipat baju. Sebab itu aku tak pernah ada cita-cita nak buka kedai dobi. 


Bila dah siap semua, adik aku bangun. Dia takda class sebab Krismas. Maybe lecture dia nak sambut or shopping sempena Krismas. Kata ada salekan? Bila dia takda class, hati aku sebagai kakak kadang terdetik  untuk makan apa yang dia masak But, "takde rasa ke dia nak buatkan breakfast?". Selalu aku masak, dan aku makan air tangan aku sendiri. Sometimes, nak juga rasa masakan orang lain terutama darah daging sendiri yang tinggal serumah. But, my lovelys sis lebih rela makan kerepek ubi kayu for breakfast then dia offer aku kerepek tu. Breakfast kerepek? Nope ...


So, aku decided datang kerja untuk finish my task. Dari makan hati. Because aku tahu, kalau aku kat rumah takda ada nak dibuat, melainkan masing-masing diam. Cukup time aku jugak kena masuk dapur, masak then  isi perut sendiri. Bila saat macam ini aku rindu masa duduk rumah sewa dulu. Aku dengan Jue selalu masak bersama bila weekend. Makan sama. Basuh dan kemas rumah sama-sama. Tengok tv dan baring depan tv sama-sama. Itulah aktiviti kami bila masing-masing takda program pada setiap kali weekend. Kami jarang makan dekat luar bila weekend. Serius aku suka sangat time indah macam itu. Kerjasama dan saling membantu!


Aku mandi, then siap untuk pergi kerja. Aku tengok my sis lagi awal siap untuk pergi ke rumah adik sulung aku dekat Presint 11. Aku tahu, aku bukan teman untuk bergossip. Tak macam yang sorang tu. Teman di kala gelak ketawa. Aku? Wujud bilamana sesuatu diperlukan ... mungkin! Bagi dia mungkin aku membosankan, beza umur yang banyak antara kami mungkin menyebabkan pemahaman kami tidak sealiran. Dan kerana itu, untuk buang perasaan jauh hati, aku yang lebih sanggup untuk bawa diri dan menyendiri. Buat hal aku, dan bersama dengan orang yang sudi temankan senyum, ketawa dan sedih aku. 


Aku pun dah tak banyak menegur apa yang dia buat. Aku tahu dia tak suka ditegur.  Cuma kadang-kadang aku terpaksa menegur kerana dia adik aku. Aku pun dah kurang banyak berleter tentang apa yang dia lakukan. Aku tahu dia tak suka.  Aku hanya pandang dan memendam rasa. Biarpun mak aku sendiri pesan suruh aku tegur dia, suruh ajar dia masak dan macam-macam benda. But, for me ... dia dah besar. Cukuplah aku cakap hanya sekali atau dua, dia sudah pandai berfikir kerana dia sudah besar. Kalau cakap lebih dari 3 kali, mungkin dia akan benci aku pulak nanti. 


Aku pun bukan seorang kakak yang baik dan sempurna dalam segala hal, but aku nak my adik-adik lagi baik dan hebat dari aku!!


Before this, aku memang suka stay at home walaupun sorang-sorang. Sebab rumah itu syurga untuk aku. But, sekarang ... aku suka pergi mana aku nak pergi. Rumah itu ada orang, tapi aku rasa kosong!


Rumah itu bermanusia tapi sunyi, sudahnya aku dan hot cup sekali lagi. Aku dan hot cup di office, sambil bergenang airmata menaip entry ini. Entah kenapa .... jauh di sudut hati aku sebagai seorang kakak rasa sedih dan amat terkilan tentang sesuatu. Mungkin, mereka jua terkilan tentang aku! 


Biarlah my adik-adik senang and bahagia. Itu doa aku sebagai kakak. Dan aku mulai selesa dengan cara sendiri yang baru ini. Kalau tak selesa pun, aku kena belajar agar ia menjadi makin selesa dan terus selasa!




Mungkin, zaman batu dan zaman teknologi serba canggih susah untuk berkerjasama dan bersatu!





CK : Sudah lama aku pendam. Bila pandang hot cup ini lagi dan lagi, aku beranikan diri meluahkan segalanya di sini. Hari ini aku punya kekuatan untuk buang jauh-jauh perasaan sedih hati dan rasa terkilan ini.


Aku tak macam my adik-adik yang sentiasa up to date dalam segala hal .... mereka memang cerdik, canggih dan hebat dari aku! Aku bangga ...

Saturday, December 24, 2011

AJAIBNYA CINTA

Assalamualaikum ....




Cinta itu memang ajaib. Ajaib pada yang bernasib baik. Aku tengah layan cerekarama Ajaibnya Cinta lakonan Umie Aida dan Johan Asari sebagai hero dalam cerita ini. Cerita ini kelakar kot. Kelakar bila sket-sket ada lagu hindustan.


Bukan main lagi berjoget-joget Umie Aida dengan Johan .....


Si Fatin nie, janda anak satu tapi kaya. Suka main angry bird. Background cerita nie pun angry bird je manjang.  Pastu sket-sket asyik melatah je Fatin nie. Hai, nasib baiklah best and memang layan. Fendi pula baru frust bercinta dengan Musliha yang suka kikis mengikis nie. 


Fendi nie mulanya suka mencuri. Dan dia masuk rumah Fatin untuk mencuri but tak jadi. Akhirnya Fatin bagi dia kerja. Kerja jaga kambing-kambing peliharaan Fatin yang berkandang-kandang tu.  But bila dah lama-lama .... hari-hari asyik jumpa ntah macam mana Fendi sukakan Fatin nie dan dalam masa yang sama juga Fatin pun memang sukakan Fendi. Bila sampai part nak luahkan isi hati masing-masing, mulalah nyanyi lagu Hindustan. Dalam kandang kambing pun boleh layan joget-joget Hindustan. ho ho ho!


Kelakar bila Umie Aida dengan rambut kerinting tu jatuh cinta dengan Johan Asari! Alahai .... suwet pun ada. Dalam drama nie, aku nampak Johan Asari nie  suwet dan handsomelah pulak. Umie Aida pegang watak Fatin dan Johan Asari pegang watak sebagai Fendi.



Aku tengah dok tunggu kesudahan cerekarama nie .... jom layan sama-sama! Jadi ke Fatin kahwin dengan Fendi yang suwet lagi handsome nie???




Fendi belikan durian kat Fatin ..... erghhh bila MB nak beli durian kat aku  nie?
ahaks .... melalut plak aku nie.




wuuuuuuuuu huuuuuu huuuuuuuu haaaaa haaaaa (angry bird cenggitukan??)







CK : Kelakar tengok Si Johan nie berjoget - joget!

KERETA COMEL KENA PECAH

Assalamualaikum ...





Petang tadi, aku ada buat entry yang aku tak cukup tidur malah bersedih pasal MB. Sedih pasal MB bukan bermakna dia sakitkan hati aku. Kalau dia buat aku sakit hati pun, memang aku buat dunno dengan dia. Nasiblahkan!


Semalam MB bernasib kurang baik sikit. Kereta comel dia aka kereta kesayangan kami kena pecah! Masa tu MB tengah mesyuarat pasal program futsal yang akan berlangsung esok katanya. So, memang tengah buat persiapan. Habis meeting hampir jam 10pm. Ketika itu hujan renyai. Masa turun dari tempat bermesyuarat, MB dan kawan-kawan terpandang sebuah MPV kena pecah. Laptop dalam MPV berkenaan telah dikebas orang. Siotlah penyamun nie!!


MB terus pergi check kereta dia, memang tak bernasib baik juga sebab kereta dia pun kena pecah! Huk huk. Cermin belakang telah dipecahkan. Nasib baik semalam MB tak bawa laptop. Selalu dia bawa balik laptop. Dan semalam nasib baik aku tidak ikut dia pergi meeting. Masa nak pergi, dia dah call ajak aku sama. Sebab lepas tu plan nak ke Tesco beli barang dapur. But aku tolak pelawaan berkenaan sebab aku agak penat baru balik kerja. Walaupun dalam hati nak ikut sangat! Aku bajet kalau aku pergi, aku nak baring je dalam kereta sementara dia habis meeting. Kalau aku pergi sama semalam, tak tahu apa pulak yang jadi dekat aku .... kan kan!


Nasib baik ada CCTV, so memang nampaklah penyamun yang pecah 2 buah kenderaan termasuk kereta MB. Mula-mula penyamun tu, pecahkan cermin kereta MB dulu. Masa tu hujan renyai. Then dia buka pintu belakang ambil beg. Beg tu dia bawa masuk dalam kereta dia dan geledah cari barang berharga. Mungkin tak ada apa dalam beg baju MB maka penyamun tu campak balik beg berkenaan dalam kereta MB. Kemudian baru dia pecahkan cermin kereta MPV pula .... penyamun tu dapat laptop dan barang2 lain yang berharga. Kata MB owner MPV tu kerugian RM7K!

Bila MB check balik beg dia semasa buat report di Balai Polis Seremban 2, external hard disk  (EHD) hilang!!! Wah .... aku pula rasa nak nangis. Dalam tu ada macam-macam dokumen penting termasuk gambar. Lebur sudah! Harap-harap tak jadi apa-apalah dengan dokumen dan gambar-gambar tu. Risau juga aku. Nasib baik penyamun tarbus tu tak ambil kunci pendua kereta yang ada dalam beg baju berkenaan.



Bila musibah nie terjadi, lepas ini kami dan anda juga perlu lebih berhati-hati. Malang tidak berbau. Menurut kata MB, penyamun nie dia main pecahkan cermin je pastu baru geledah kenderaan. Nasihat dia, jangan tinggalkan barang-barang berharga dalam kenderaan. Kalau nak letak beg, letak siap-siap dekat bonet belakang. 


Kalau boleh jangan sampai kat satu-satu destinasi baru nak alihkan beg ke bonet, kadang-kadang kita tak tahu penyamun2 nie dah aim kita. Sebaiknya, jangan beg atau apa sahaja yang boleh menarik perhatian penyamun di seat dalam kenderaan. Risiko lebih tinggi. Katanya lagi, penyamun tu memang tak buka pun bonet belakang.


Malam tadi, setiap masa MB call dan update aku. Dari mula dia tahu kereta kena pecah, sampai ke Balai Polis dan balik rumah. Sudahnya 3am baru aku dapat tidur!



Setelah semua ini jadi, kenalah muhasabah diri. Aku cakap kat MB, "mungkin ada kesilapan dan kelalaian yang kita lakukan pada DIA (Maha Pencipta) .... dan ini adalah satu peringatan kecil buat kita!"


Aku sedih pasal EHD tu, begitu juga dengan dia but Alhamdulillah .... Allah masih selamatkan dia dari sesuatu yang buruk berlaku.





CK : Setiap yang berlaku mesti ada sebab di sebaliknya! Hati kecil aku sentiasa berharap dapat balik EHD tu ...

SISEM BARTER PRESINT 9 - PRESINT 5

Assalamualaikum ...



Pagi tadi aku bangun agak lewat, sebab malam tadi aku tak boleh tidur. Tengah bersedih. Pasal Si MB. Nak tahu kenapa, nanti aku cerita. Bila dah bangun lewat, aku siap kemas rumah dan masak. Pergi dapur tengok bekas-bekas makanan yang Si June bagi adalah dalam 2-3 yang belum aku pulangkan. Kami selalu bersistem barter. Tetapi sejak dia cuti 2 bulan nie, dialah rajin memberikan juadah kat aku.


Semalam masa pergi ambil adik Si MB dekat SJMC, aku sempat beli roti putih top bakers yang memang jadi kegemaran aku. Aku dah plan nak buat roti lapis daging berkeju untuk Si June dan dalam masa yang sama nak pulangkan bekas-bekas makanan dia tu. Aku niekan masih ada jiwa kampung, mak aku cakap dah orang bagi kita makanan dengan berbekas cantik, so pulangkan jangan pula bekas kosong. Faham-fahamlah ye. he he he. Disebabkan itu, amalan berkenaan aku masih dan cuba teruskan. Insya-Allah. Orang berbudi kita berbahasa ye dak??


Tadi, aku terus ke Presint 5. Hantar roti lapis daging berkeju dekat si June. Sorry gambar tak sempat ambil. Tak sempat sebab aku kalut nak siap-siap pergi office lagi. Nak siapkan SKT katakan. Bila sampai kat rumah June, aku cuma tunggu kat bawah je. Aku nak cepat. Selalunya dialah turun ambil.


Tak sangka pula, akan wujud sistem barter lagi. Sistem barter Presint 9 ke Presint 5 dan begitulah sebaliknya. Aku rasa sampai ke sudah tak akan habis sisterm barter antara kami.




Si June bagi aku mee goreng special pulak. Penuh dengan ayam dan daging. Dapat juga aku buat lunch dekat office. he he he. Untung juga sistem macam nie, tak perlu aku susah payah masak banyak-banyak benda. Masak 1 masakan tapi dapat rasa 2 masakan. Ok kan ...



Teringat time bulan-bulan puasa dulu, masa kecik-kecik kerja aku pergi hantar kuih rumah mak ngah dan makcik aku. seronok sungguh!






CK : Sambung buat SKT!! Sedaih sebab hard disk kami hilang ... dalam tu ada macam-macam gambar dan dokumen!!

AKU NAK INI, NAK JUGA!

Assalamualaikum ...




Aku nie memang penggemar durian yang agak tegar rasanya. Pantang nampak, hidup aku dah tak keruan. Selagi tak dapat aku akan jadi resah semacam. Macam sekarang. Kerapkali aku lalu dekat Pekan Dengkil, aku nampak ada orang jual durian dekat simpang dekat traffic light. Ramai dok menyinggah. Kerumun macam ada pesta di situ. Aku pandang-pandang dari dalam kereta. Konon nak ambil bau!


Durian yang MB beli dari Kedai Basheer di Ladang Bradwall. Sedap bukan main ....




Bila aku bersuara dekat dia, nak beli durian. Mesti dia cakap, "nanti!". Asal lalu je dekat situ, mesti aku cakap, "jom beli durian!". Dia pun ulang ayat yang sama, "nanti kita beli ye!". Ok aku tunggu nanti dia, sebab aku tahu asal lalu dekat situ, tujuan kami bukan nak beli durian. Jadi, tak punya banyak masa untuk berhenti, pilih dan makan durian di situ. 


Aku masih ingat time makan durian dengan mak ayah aku masa baru balik dari Cameron Highlands setahun lepas, sedap sangat durian yang orang asli tu jual. Buah baru gugur, rasa enak, isi banyak dan biji dia kecik. Bau semerbak durian tu satu myvi bila mak aku suarakan nak beli durian bawa balik untuk anak-anak abang dan adik aku.


"Kakak, kita beli durian nie bawa balik boleh? Tak pe ke naik kereta kakak bau durian??"


Soalan mak aku .... he he he! Aku nie jenis tak kisah, kereta bau durian ke bau ikan ke, untuk mak aku punya pasal, aku rela je! Lepas punggah semua benda tu, aku bawa kereta pergi carwash dan sembur perfume ... hilang semua bau! Benda kecik je, tapi aku tahu ada juga yang tak senang kereta berbau camtu. Tapi bau pun sekejap je pun. 


Apalah sangat bau tu jika nak dibandingkan dengan hati seorang ibu!




[DURIAN KAMPUNG] ----- sedap!

[DURIAN D24] ----- sedap jugak!

[DURIAN oh! DURIAN] ------ nak, nak .... naaaaak!






CK : Menahan nafsu nak makan durian! pheeeeew

Friday, December 23, 2011

TAN SRI DR. ABDUL HAMID OTHMAN MENINGGAL DUNIA

Assalamualaikum ...







KUALA LUMPUR 23 Dis. - Bekas Penasihat Agama Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman meninggal dunia akibat strok di pejabat beliau di pusat membeli-belah Maju Junction, di sini hari ini.

 
Difahamkan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) itu telah mendapat serangan strok ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya dan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang tadi.

 
Sebelum ini, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. - UTUSAN
 
 
 
 
 
 
 
CK : Al-Fatihah .... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Amin ....