Tuesday, January 17, 2012

SEPERIUK CHICKEN LASAGNA

Assalamualaikum ...




Hari Sabtu, weekend yg baru lepas aku malas nak masak. Pagi dah buat nasi goreng. Nak masak untuk lunch malas sesangat. Memang sehari tu kerja aku ngadap lappy, terperap je dalam bilik. Tak pergi kerja sebab memang nak rehat plus kecik hati dengan boss aku tak sudah-sudah! Aku rasa boss aku dah "mereng" sikit di tahun baru nie. So, nak bagi hati aku sejuk weekend memang aku tak kerja, walau tahu ada kerja. Untuk weekend akan datang pun aku tak sure nak kerja ke idak?


Berbalik kepada tajuk, sampai ke petang aku tak makan selain dari breakfast nasi goreng, perut aku mula menyanyi minta makanan. Nak masak nasi, of course kena masak lauknya sekali. Macam leceh sikit. Nak buat bihun goreng, rasanya hari-hari aku makan bihun goreng kat office .... so, idea nie tak boleh pakai. Mood pula malas aje. Tapi lapor!


Last-last aku selongkarlah kabinet dapur aku tuh tengok apa yang ada. Nampak San Remo Instant Lasagna. Rasanya dah 3 bulan aku beli benda alah nie, tapi tak buat-buat pun lasagna. Selongkar fridge nampak chicken burger ... ada pes tomato ... bolehlahkan! 


Tung ... tang ... tung ... tang aku dekat dapur sorang-sorang, akhirnya jadi juga lasagna aku. Seperiuk chicken lasagna yang aku buat. ha ha ha ... 1st time cuba masak lasagna dan 1st time juga aku makan lasagna. Disebabkan aku takda bekas 4 segi memanjang macam orang lain, aku belasah susun kepingan lasagna aku dalam periuk vision. Lantaklah! janji boleh bakar dan tak meletup sudah. My chicken lasagna dah siap macam kat bawah nie .... he he he

 

Tengok .... memang seperiukkan aku buat! Ini sebelum dibakar. Yang melengkung tepi-tepi tu garing sebab tak menjejak lantai aku rasa. he he he


 Rupa my chicken lasagna, pandangan atas .... 

Ini dari pandangan sisi depan .... siap tayang atas bawah aih! Baru perasan ... apsal lain macam je bentuk cili sos yang aku tuang tu ... ermmmmmm abaikanlah ye!




Hari ini aku tak rajin nak tempek resepi, sebab semua nie resepi main ingat-ingat lupa dan campak-campak asal jadi. Okehlah bagi tekak aku lasagna nie. Sedaplah bagi perut yang lapar cam aku hari tu.



Kalau aku rajin, next time aku tempek resepi .... nanti korang boleh cuba, sebab sonang sangat aih! he he he. Buat masa sekarang korang layan gambaq dulu ye. Okeh ... tq datang sini ... tata!! :)







CK : Rasa macam pada boss belum habis lagi .... erghhhhh cuba padamkan api kemarahan!

10 comments:

  1. nampak sedap..... meh antor pos sikit sedap ker idak?

    ReplyDelete
  2. terliur. hee. :) untunglah rajin masak. :)

    ReplyDelete
  3. Terliuq tengok chicken lasagne petang2x ni..=D

    ReplyDelete
  4. sumpah tak tipu..bila tgok gambar atas ni mmemang rasa nak makan.. =)
    sedapnya....
    btw nice blog,do follow my blogg to~

    ReplyDelete
  5. @Cikpuan rara bleh masuk masterchep musim kedua tak nie? heeee

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!