Friday, January 27, 2012

TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM - RUMAH IKLIM 4 MUSIM [Part 2 - Akhir]

Assalamualaikum ...





Lama betul aku ambil masa untuk sambung part 2 @ akhir pasal jalan-jalan ke Taman Botani Negara, Shah Alam nie. Tersimpan je dalam draft. Nasib baik tak jadi pekasam. Kadang ada cerita lagi best, cerita tulah aku update dulu. Kadang aku lupa. Oh! bagi korang yang belum jenguk part 1, bolehlah singgah kat sini je.



Dekat TBN nie, aku tak ke mana-mana sangat. Tujuan sebenarnya, memang nak ke rumah iklim 4 musim sahaja. Sebab itu malas nak berjalan kaki atau naik basikal. Rela simpan pelun dengan naik bus shuttle. Korang takyahlah tiru perangai buruk aku nie. Kalau rasa pergi tu awal, ambillah masa berjalan kaki atau berbasikal untuk lihat keindahan pokok-pokok hutan yang menghijau. Ini nasihat akulah. Nak ikut ke tak terpulang


Aku tengok ramat mat saleh rela berjalan kaki atau berbasikal, berbanding orang Malaysia termasuk aku yang rasa lebih mudah naik bas shuttle. Mudah atau malas? Kalau ada pun orang Malaysia yang naik basikal atau berjalan kaki, majoriti mereka yang bercouple. Lama sikit nak sampai. Ye dak? he he he .... macam tak biasalah pulak.









Tiket masuk ke rumah iklim 4 musim, RM3.00. Kena beli dekat pintu masuk utama.


Penguin!



Orang salji?



Ramai ambil kesempatan bergambar!



Puashati dapat masuk, tapi macam kecewa sikit. Mungkin expectation aku terlalu tinggi. Aku ingat kita boleh main-main salji @ ais tu macam dekat Genting Highlands tu. Rasa sejuk dia pun macam dalam fridge je. Eh! macam pernah plak masuk dalam fridge dan tidur gayanya cakap camtu! Masa sebelum masuk, aku bajet akan dapat baju yang tebal-tebal camtu. Siap pakai sarung tangan bagai. erghhh ... apa kolot nau aku nie! Sekali masuk macam tu, kalau selipar ... seliparlah. Sejuklah kaki tu. Kalau baju lengan pendek, memang pendeklah. Nasib baik aku pakai baju lengan panjang. So, selamat lengan aku dari kesejukan yang kurang sejuk tu. Kalau tanya pendapat aku, rasanya dah tak pergi dah kot sini .... ha ha ha tak best ok. 



Mana nak bestnya, ada satu pondok je untuk kiri kanan. Pastu nak ambil gambar pun cam berebut-berebut tunggu turn. Bila sampai turn kita, kang ambil gambar nampak belakang orang lain la, nampak tangan la, punggung la .... haish! macam-macam lah. Mati-mati aku ingat rumah iklim nie luas sesangat. Boleh main baling-baling salji bagai! Rupanya tidaaaaaaaaaaaaaaaak! Kecewa di situ. Tak ohsem langsung beb. Tapi takpelah sebab dah pergi, next time bila orang tanya aku tahu keadaannya bagaimana.



Rumah salji nie akan ditutup pula Februari nie kalau tak salah aku sebab nak mulakan kerja-kerja persiapan untuk musim bunga pula. Rasanya musim bunga akan start pada Mac. 



Okeh, itu je pun cerita pasal rumah 4 musim nie. Gambar pun tak menarik. Susah bertolak-tolak nak ambil gambar. Sampai kaburlah lens camera aku tu.



Lepas nie, tak tahulah plan nak ke mana pula. Erghh .... tunggu ajelah! Okeh babai .... tq datang baca ye kengkawan semua. Love u'olls!







CK : Tahun nie mood berjalan-jalan lebih dari mood bekerja!

14 comments:

  1. slm jumaat sis!owh saya dh lama x ke sana.dulu sekolah rdh dan menengah mmg duk shah alam so tiap2 bln mesti pergi.

    dulu masih blh masuk dlm tmpt salji tu..tapi bila dh terlalu ramai diorg tutup,just tgk dr luar kaca tu je.

    nk pegang salji cuba pergi snow world kat i-city...not bad oklah ^*

    ReplyDelete
  2. bestnye tempat tue..azie tk pnh p lagi ...

    ReplyDelete
  3. apa rm3.00 aje, hmmm.......sgt berbalaoi. boleh ker main salji tu?

    CK: gambar2 dalam tmpt salji tu amat menarik. membuatkan aku nak kesana utk mencuba

    ReplyDelete
  4. masa saya pegi dulu musim bunga.. best.. ni musim salji lagi best..

    ReplyDelete
  5. owh tak penah g lagik.nt nk ajak suamy g lah.hehe

    ReplyDelete
  6. dari kecik sampai dah tua bangka ni
    sy tak pernah berkesempatan nak pegi rumah 4 musim ni
    time musim sejuk,memang rase sejuk ke?
    kalau tak sejuk,malas ah nak pegi
    :p

    ReplyDelete
  7. @Telor Power Bukan salji pun...heheh ais je. boleh pegang je. nk main baling2 memang tak dapat la

    ReplyDelete
  8. @shaFazie Pergi la...rasanya bulan 3 nie dah nk tukar ke musim bunga plak

    ReplyDelete
  9. @Zaza musim bunga bulan mac...xtau pun nk pegi ke dak

    ReplyDelete
  10. @penagih kasih sejuk la juga, tp xdelah samapi menggigil

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!