Wednesday, February 1, 2012

BANGKU KOSONG

Assalamualaikum ...








Bangku kosong yang terdapat di Putrajaya nie selalu menjadi tempat aku dan MB lepak untuk makan tengahari dan malam. Terutama bangku kosong di area Presint 2, 3, 4 dan 6 yang dekat Taman Ampangan tu. Dulu memang rajin lepak makan dekat area berkenaan. Cuma sekarang nie je dah kurang banyak sebab sibuk. Balik kerja dah lewat dan terus je balik rumah. Kalau tidak mesti masak makanan atau yang beli kemudian lepak sampai 1 jam sebelum balik. Sejam ajelah paling lama pun. Nak lepak lama-lama rasanya balik rumah tengok TV lagi best kot. he he he.


Terima kasih bangku kosong!

Cuma last week kami lepak lagi dekat bangku kosong depan Istana Kehakiman Presint 3. Ini kira dah sekian lamalah tak "berkelah". Dah tak tahu nak pergi mana, masak-masak kemudian pergi makan depan IK. Makan sambil ambil angin. Asyik makan di kedai selalu, boleh lari bajet kami. ha ha ha.




Menu hari tu, tomyam ayam ... simple! Tomyam nie peberet aku. Dah lama pasang angan-angan masak tomyam sendiri. Tomyam dekat kedai terlampau pedas. Rugi kalau pedas sangat sebab aku tak boleh hirup kuah nanti ...



Brocolli goreng kunyit dengan ayam! Peberet pakcik tu le ...



Plus ikan dan telur dadar goreng! Ini pun dah cukup best walau simple teramat. Makan sambil ditiup angin sepi bahasa. Tiba-tiba tengah sedap makan, hujan turun rintik-rintik. Sebab setakat rintik je, teruskan makan tanpa ada perasaan akan basah dek air hujan tu. Perut lapar mesti diisi dulu, kalau hujan lebat nie aku rasa kuah tomyam tu penuh balik kot...he he he


Disebabkan hujan dah berhenti bila kami sudah makan, dia siap lepak baca suratkhabar. Aku bab baca suratkhabar kat luar nie, feel kurang sikit. Aku selesa baca suratkhabar dekat rumah je. So, biar dia habis baca dulu kang aku pinjam bawa balik ... he he he! Dan kerja aku aritu selepas makan adalah ............


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kerja aku layan camera la! Dari ada camera hp sampai ada compact camera, memang inilah kerja aku. Kadang sampai dia geleng kepala tengok perangai aku. Aku rasa penyakit suka camera ni berjangkit dari abang aku sendiri.  Okeh, sila layan gambar yang tak seberapa dari budak baru belajar.


Batang pokok!

Lokasi berkelah!

Gerbang Perbadanan Putrajaya


#Hari nie Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan! Rasa macam ada hati nak berkelah lagi ... he he he








Okeh ... that's all! TA-TA!








CK : Teringin nak berkelah dekat tepi pantai .... bilalah?

5 comments:

  1. Selamat Bercuti!! Best tu.... :P

    ReplyDelete
  2. +1 di google. selamat bercuti..

    menarik bokeh effect tu CK, dan angle pun kena. semat la

    ReplyDelete
  3. @Telor Power tq bg tahu...dh check +1 di google, kena wat entry nie...hehehhe

    ReplyDelete
  4. syok je makan kat atas bangku tu. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!