Sunday, February 12, 2012

BILA DAH JADI BLOGGER, BARU AKU TAHU ....

Assalamualaikum ...





Dulu,


Aku menulis dari tahun 2005, zaman tu Nuffnang belum ada lagi kot. Aku buat 1 blog yang tulis kisah peribadi aku sendiri, jarang-jarang pun update, asyik on off private blog then housemate aku adalah pembaca setia blog yang satu tu. Asyik tanya aku, "akak kenapa tak update blog?? update la!". Kemudian aku private terus blog tu sebab malas sangat nak update. Zaman tu aku belum tahu selok belok pasal blog. Tulis pun suka-suka!


Kemudian, 


Bila aku frust bercinta (cheeewah!), aku buat lagi satu blog. Ini memang blog merapu. Ntah hape-hape ntah. Blog nie pun entah ke mana perginya. Nampak sangat aku tak tahu apa nak tulis masa tu. Balik-balik kisah sedih. Boring. Sampai satu tahap aku motivate diri sendiri untuk bangun dari kecewa yang dibuat oleh manusia yang satu nie. Tak ke mana pun ko nak nangis bagai nak gila ... lagi kau tulis hal sedih, selama itulah kau akan sedih! Sebab aura sedih itu akan masuk dalam diri kau bila kau tulis soal kesedihan, kecewa, meratapi dan yang sekawan dengannya, ia seakan sama macam kau jemput kesedihan atau senang cakap aura negatif untuk masuk dalam diri dan kemudian menangis! So, aku stop semua benda buang masa tu. Nasib baik sekejap je .... sekejap pun adalah dalam beberapa bulan! ha ha ha. Masa itu tahap kematangan aku amat kurang. Aku akui! Gilalah pulak, kalau putus cinta tak sedih!'



Sekarang,


Blog yang korang baca nie, ini ajelah yang ada dengan aku sekarang. Sedih ke, happy ke, kecewa ke, makan ke, melancong ke, kerja ke dan apa-apa ker yang aku rasa wajar aku tulis kat sini. Tengok mood, tengok masa, tengok idea dan tengok kelapangan yang ada baru ada entry. Mula tu aku try juga nak update 4 entry dalam sehari. Pernah buat, tapi time cuti ajelah. Untuk kekalkan sehari dengan 4 entry selamanya, agak susah bagi aku.



Kalau time kerja, sehari 1 entry atau 2 entry bagi aku dah memadai! Bagi yang tegar macam korang mungkin tak memadai. Aku nak tepuk tangan kebanggaan kepada blogger yang boleh update lebih dari 4 entry sehari! hebat oooo .... eh! banyak masa korangkan?? Masa kita semua sama 24jam sehari semalam sorang, kira korang bijaklah urus masa berbanding aku ye dak??



Sekarang nie,


Bila aku agak teruja dan ingin serius jadi blogger, banyak bendalah yang aku tahu yang sebelum ini aku tak tahu sangat-sangat!



  • Aku baru je tahu, jadi blogger nie kena rajin blogwalking untuk kita kenal blogger lain dan dalam masa yang sama perkenalkan blog kita. Dulu, bila blogger lain tinggalkan mesej dekat shoutbox, "BW!". Aku mula fikir, apakebenda budak nie tulis nie .... tak faham. Kemudian baru aku tahu "BW" tu singkatan kepada "blogwalking!". Sekarang, aku dah buang sebab shoutmixkan kena bayar, belum cari fibox lagi.

  • Aku baru tahu tentang wujudnya Nuffnang yang boleh bagi income free kepada blogger yang rajin update blog mereka. Aku tahu pun hampir setahun blog nie wujud. Nampak sangat aku nie cam blur blur pasal dunia blog. ha ha ha ha. Buat blog awal tahun, hujung tahun baru letak Nuffnang. Sekurang-kurangnya aku tahu jugak! 

  • Aku baru tahu yang kita boleh jadikan blog kita sebagai tapak pengiklanan. Yang ini aku tak buat. Bila aku tahu, maka aku juga baru tahu kita boleh buat income dengan cara macam nie. Sangat bagus! Cuma aku belum berminat lagi. he he he

  • Aku baru tahu yang kita boleh tulis macam-macam dalam blog nie selain dari kisah peribadi! Nampak sangat samdolnye aku masa dulu bila ada blog 1 dan 2. Blog 3 nie dah cerdik sikit. Aku baru tahu kita boleh share pasal keagamaan, isu semasa, politik, ekonomi, sosial, masakan, lokasi makan, pelancongan, tutorial, tips, kecantikan dan macam-macamlah dalam kehidupan ini. Boleh upload video!! 

  • Aku baru tahu yang Redmummy tu yang aku selalu jenguk blog dia dulu ada income juta-juta setahun dari blog! Hebat sangat! Dan aku baru tahu blogger Ezriqazz pun sama. Dan yang dapat income ribu-ribu sebulan dari Nuffnang macam Cik Epal06 dan Yuyu Zulaikha! Macam mana aku nak jadi macam korang yek??? he he he

  • Aku baru tahu, bahawa traffic blog itu penting kepada sesetengah blogger yang ada matlamat dalam menulis blog!

  • Aku juga baru tahu, sebagai blogger kita tak boleh suka suka hati nak copy entry blogger lain kemudian paste dekat blog kita! Kalau nak buat macam tu jugak kenalah backlink! Nanti free je kena marah dengan blogger lain kalau curi entry orang tanpa backlink!

  • Aku baru tahu dengan blog inilah kita boleh dapat kawan-kawan maya yang baik dan boleh sharing is caring .... info ajelah!

  • Aku baru tahu, bahawa ada blogger yang rajin buat giveaway yang membolehkan kita dapat hadiah free, ada juga segmen dan macam-macam teka tekuk yang menjanjikan habuan! 

  • Aku baru tahu, ramai blogger kita adalah budak sekolah! Hebat korang ... 

  • Aku juga baru tahu, Malaysia adalah antara negara tertinggi menjadi pengguna blog!

  • Dan aku juga tahu, bahawa blog picisan aku ini ada juga pembaca setia! Yang ni aku nak ucap terima kasih sangat-sangat!



Kalau ada benda-benda yang aku baru tahu sejak jadi blogger nie, dan korang rasa macam "alahai, akak blogger nie ..... itupun baru nak tahu ke??", okeh aku nie kan lambat sket. So, banyak bendalah aku baru tahu. Senang cakap, aku ketinggalanlah daripada korang. hu hu hu!





Korang mesti lagi tahu banyak dari aku ..... kan?? kan?? kan??







CK : Hari nie aku nak buat laksa Kedah! Yes, ilangkan rasa mengidam!

10 comments:

  1. dunia blogger ni sgt best sebenarnye kan? :D
    mcm sy, setakat ni kire pernah ade 3 blog la
    blog first tu byk cite psl diri sndiri & sekeliling. pastu delete blog tu.
    buat pulak blog kedua, blog tu byk cite dendam kesumat dgn musuh2. haha. blog tu pun didelete gak.
    blog yg skang ni dibuat utk abadikan kisah2 cinta sy dan dia. ewahhh. hahaha

    #panjang lak komen. sorry. haha

    ReplyDelete
  2. aku baru tahu kamu ada 2 blog sebelum ni heehee

    ReplyDelete
  3. CK : as,salam...

    bagi aku blog adalah info yg terkini juga. dan ianya menyeronokkan.

    ReplyDelete
  4. @farra fajima awak pun sama cam kite gak ada 2-3 blog. hehehe

    ReplyDelete
  5. @Telor Power Salam kawan, yes blog memeng menyeronokkan. tapi jgn salah guna dah le...

    ReplyDelete
  6. blog sy universal...sume benda sy sumbat dlm 1 blog...macam macam ada...hehehe

    neway sy pun byk yg bru tau...hehehe

    ReplyDelete
  7. Saya pun baru tahu juga pasal blog ni. Ada tu sudah boleh tweak blog dia sendiri cuma guna domain blogspot.

    ReplyDelete
  8. @Si BuDaK KaChAk macam2 ada, macam Astro kan...kita sama je

    ReplyDelete
  9. @Awan Biru sama2 kita belajar pasal belog yeah!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!