Friday, February 3, 2012

KARIPAP!

Assalamualaikum ...






Bangun pagi-pagi dan teringat dekat kuih karipap. Aritu aku teringin nak makan karipap, terus buat karipap roti. Teringin punya pasal dan malas nak buat doh. Google punya google jumpa resepi buat karipap roti. Karipap roti nie sedap untuk dimakan masa panas-panas je. Tapi kalau karipap biasa, panas ke sejuk ke .... sedap je manjang untuk dimakan!



So, sekarang nie aku teringin sesangat nak makan karipap biasa. Aku selalu juga beli karipap sedap dekat kedai di kuarters Presint 5 yang depan PICC tu. Karipap makcik tu buat memang sedap. Tapi kalau jual pepagi memang cepat habis. Kalau nak makan kenalah pergi awal sket untuk membeli. 




Ini karipap yang aku buat, tapi dah lama la. Aku tak pandai nak kelim sendiri, pakai sarang je!




Aku paling suka karipap yang mak aku buat. Gebu. Inti dia banyak daging. Karipap yang aku buat macam kat atas tu tak sesedap yang mak aku buat. hu hu. Sedih aku. Tapi bolehlah makan. Petang nie rasa macam nak uli doh je nak wat karipap lagi. Tapi bergantung kepada mood sama ada rajin atau kurang rajin!



Alahai, kalau kurang rajin ... manalah nak cari karipap yang sodap??






CK : Asal bangun pagi asyik fikir makanan ... apalah aku nie!

2 comments:

  1. adakah ini dinamakan karipap-karipap cinta CK?

    ReplyDelete
  2. kg baru ade..terbaek..tghari jual..ptg hbs.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!